CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Saiful

Suhaimi Saad 'Haramkan' Isteri Dan Anak-Anak Gemuk

[Copy link]
Post time 25-1-2019 08:54 PM | Show all posts
Kalau tak silap wife ss, bekas tunang Mawi AF kan..

oklatu janji keluarga ni bahgia...

bab isu vaksin,
uitt boleh pulak tak ambik.. sakit atau sihat mmg dtg dri Allah...
Tp ikhtiar & berusaha tu kan perlu.... tiada larangan dalam Islam pun kan...

Mcm cth : Hang nak cemerlang dlm periksa, tp tak ulang kaji... Lepastu berdoa jee. Usaha takda... Camne Allah nak makbul.

oitttt.... kite dah jadi ustajaaaahh pulakk..


Laaa tak sekolah jugak ke?Awatttt tak hantaq anak pi skolah? Home School ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Haishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
KENAPA ss TIDAK HANTAR ANAK ANAK KE SEKOLAH

Jika ada kebaikan dan kebenaran,maka ambillah ia sebagai ilmu dan panduan.
Jika ia tidak sesuai,maka tinggalkanlah.
tak perlu kecam.
Kalau nak kecam juga,silakan..tapi bukan di sini.di wall masing masing ya

Bismillah.
Setiap orang,
Hidup dan beramal dengan ilmu,kepercayaan dan sesuatu yang dia yakini.

ss pernah belajar di tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,maahad tahfiz dan universiti.
ss pernah mengajar di beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta.

ss pernah tinggal di bandar besar dan pernah tinggal di kawasan pedalaman.

ss dibesarkan oleh seorang guru.
5 dari 8 ahli keluarga ss merupakan guru dan ss juga ada ramai kawan dan kenalan dari kalangan guru.

Dengan pengalaman hidup itulah Allah memberi ilmu,kefahaman dan kepercayaan berbeza ini.

Bukan berniat untuk mengecam,memburuk burukkan atau menghasut orang lain.
Sekadar berkongsi cerita dan rasa dengan harapan tidak timbul lagi persoalan dan spekulasi.

Inilah 6 sebab mengapa ss tidak menghantar anak anak ke sekolah.

1. Sistem Pendidikan.

Sejujurnya,
ss tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada.(minta maaf)

Ia berubah ubah tahun demi tahun.
Seolah olah tidak ada dasar yang jelas.

ss juga melihat ia tidak banyak membantu anak anak ss memahami dan mengamalkan islam dengan baik.
Waktu dan pendedahan untuk mereka memahami Al Quran dan hadis sangat terbatas kerana diisi dengan perkara perkara lain yang kurang perlu.

Al Quran dan hadis sepatutnya bukan saja menjadi perlembagaan,tapi subjek utama dan teras dalam sistem pendidikan negara.

ss juga tidak suka anak anak ss dididik dalam suasana bercampur di antara lelaki dan perempuan dalam satu kelas.
Kebanyakan sekolah agama pun dah guna sistem yang sama.

Dari kecil dibiasakan bercampur lelaki dan perempuan sehingga percampuran tu jadi perkara biasa.
Hasilnya anak anak lelaki dan perempuan hilang rasa malu.
Kesannya mungkin bukan sekarang.nanti..

Kalau kita pernah tersilap dan berdosa,adakah kita mahu anak anak kita juga ikut tersilap dan berdosa?
Kalau ibubapa kita dulu bagi kita makan ubi kayu,takkan kita pun nak bagi ubi kayu pada anak anak,sekurang kurangnya bagilah laksa

Selagi kita tidak meletakkan itu sebagai teras dalam pendidikan awal,generasi kita akan terus menerus gagal memahami agama dan mengamalkan akhlak yang baik.

Buktinya ada ramai netizen yang pergi ke sekolah,belajar agama,tapi jadi haters dan musuh kepada sesama muslim.

Pergi sekolah,belajar agama,
tapi berwudhuk dan solat pun tidak betul.
Tidak tahu hormat ibubapa dan guru.

Pakai tudung hanya di sekolah saja.

Sekolah agama dan belajar akhlak,tapi makan sambil berjalan dan hisap rokok.

Inilah hasilnya bila akhlak islam tidak dapat difahami dan dihayati dengan sebetulnya.

Akhirnya lahirlah graduan graduan yang bijak pandai dan berkelulusan tapi bila berkerja tidak ada integriti.

Nampak hebat dan berjaya secara luaran,tapi jiwa kosong dan jauh dari agama dan amalan.

Kerana kejayaan telah dipaternkan dan diukur dengan banyaknya A,ada sijil,ada ijazah,ada master dan PHD,ada banyak harta dan tingginya kedudukan dan tangga gaji.

Padahal kejayaan sebenar adalah kemuliaan akhlak dan kehebatan dalam hidup beragama.

Pentingnya pendidikan awal ini kerana ia akan menjadi asas dan dasar pertama yang akan membentuk kefahaman dan pegangan hidup mereka.

2. Tanggungjawab.

Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibubapa.
Bukan guru,bukan sekolah.
Sekolah itu platform.guru hanya pembantu.

Allah akan tanya setiap kita bagaimana kita didik anak anak kita.

ss ambil tanggungjawab itu sekadar yang ss mampu.
Tak sempurna,tapi mencuba.

ss percaya tidak semua orang mampu mengajar anak anak sendiri.
Jadi tak perlu kecam.kita lebih kurang sama je.

Apa yang wajib dalam agama ini adalah belajar,menuntut ilmu.
Memang ramai anak anak yang pergi ke sekolah.tapi adakah semuanya belajar?
Berapa ramai yang tak sampai ke sekolah pun
Kalau macam tu lebih baik belajar di rumah

3. Kos.
Perkembangan teknologi dan perubahan zaman membuat ss mengubah cara berfikir.

Dulu kita tidak ada jaringan internet.

Hari ni,
semua ilmu dan informasi boleh didapati hanya di hujung jari.ada handphone,youtube dan google.

Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup,ss tidak fikir ss perlu buang duit untuk tol,minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain.
ss pun bukan orang kaya.

So di rumah boleh belajar.
Di masjid boleh belajar.
Waktu bercuti,di hotel dan di kampung pun boleh belajar.
Kehidupan adalah sekolah yang real.

4. Masa

Bukankah kalian juga merasa bahawa hidup kita terlalu singkat?
ss sangat menyedari hakikat itu.
Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya,menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan.
ss tidak suka situasi itu.ss pilih untuk mengelak.

Tapi kalau tidak ada pilihan,anggaplah itu sebagai pengorbanan.kita sama sama berkorban.

ss juga fikir,
Sistem pendididkan kita mengambil masa yang lama bagi seseorang pelajar mencapai hasrat dan cita citanya.

Ini kerana setiap pelajar perlu belajar semua perkara dan subjek meskipun yang bukan dalam kemampuan dan minatnya.
Akhirnya dia buat kerja lain.
Belajar engineering,tapi jadi grafik dizainer.

ss beri kebebasan untuk anak anak memilih bidang yang mereka minati.
Kerana minat setiap anak tidak sama.begitu juga bakat dan kemahiran mereka.
Kenapa perlu ikat dan paksa.
Belajar,fokus dan jadilah apa yang kamu suka dan mahu.tapi Al Quran dan sunnah,jangan tinggalkan.

5. Kasih Sayang

Inilah part yang paling touching.
ss percaya bahawa ss akan mati.
Apa pun kata orang,demi Allah ss juga sayang pada isteri dan anak anak ss.
Sayang sampai tak mahu berpisah.
Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup.

Anak pindah belajar ke Kelantan,ss dan ina ikut pindah duduk di Kelantan.
Padahal ss orang Pahang..Ina orang Johor.

ss pilih untuk hidup bersama.
Mudah mudahan mati bersama.amiiin..
ss mahu lihat mereka membesar depan mata.

Sebelum ni,
ss hantar mereka ke tahfiz.
tapi ada masalah dengan pihak pentadbiran.
ss keluarkan.
Hantar pula ke tahfiz lain.
Mereka dibuli dan dipukul.
ss keluarkan.
Sementara mereka besar dan pandai membawa diri,ss lebih rela melihat mereka belajar di rumah.

ss boleh pantau solat mengaji dan akhlak mereka.alhamdu lillah..itu pun orang tuduh ss macam macam..takpe,ss maafkan.diorang tu bukan tahu semua perkara.

Ramai orang yang bimbang sangat pada nasib anak anak ss kalau ss mati dulu.terima kasih..
ss nak bagitau,
Kalau kita hidup lagi 100 tahun pun,belum tentu kita mampu jaga dan tentukan nasib anak anak kita.betul tak?

Berapa ramai anak anak yang rosak akhlak dan agama mereka,derhaka pada ibubapa, padahal mak ayah dia masih hidup lagi.

Hidup kita,
Semua berada dalam genggaman dan pencaturan Allah.
Kalau kita ajar anak anak kita jaga Allah, Allah pasti akan jaga anak anak kita walaupun selepas kita dah tak ada lagi di dunia ni.itu kefahaman ss.

6. Cara Kerja.

Panas,sendu atau beku,
sejak 20 tahun yang lalu,
inilah pekerjaan utama ss.Penyanyi.

Kalau tak kenal,sila taip Suhaimi Saad atau Doa Buat Ibu di ruangan carian Youtube
Boleh juga la kalau nak taip Inteam - Nur Kasih.

So cara kerja penyanyi ni,tak sama macam cikgu,macam kerja kilang atau kerja pejabat.
Waktu kerja pun tak menentu,cuti pun tak tentu.

Kadang kadang out station 3 hari,5 hari.so ss pilih untuk teruskan kerja ni.sebab ss percaya,inilah rezeki dan minat ss.

Kerja ni tak memudahkan untuk ss hantar dan ambil anak di sekolah.
ss lebih faham keluarga dan kerja ss.so tak perlu susun aturkan.terima kasih.

7. Hadis Akhir Zaman

Beberapa tahun lepas,
ss ada terbaca sebuah hadis tentang Dajjal dan akhir zaman.

Memahami hadis itu,fitnah akhir zaman dan realiti hidup hari ini,ss pilih untuk 'ikat' anak anak dan isteri di rumah.
Semoga Allah selamatkan kami daripada tipudaya Dajjal.amiin

Setelah usaha ini,ss serahkan seluruh hidup dan matiss dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.

Pada hemat ss,
Kalian tidak mampu buat sepertimana yang ss buat.

Tapi sebagai muslim,
Doakanlah yang baik baik,usahakanlah segala  yang terbaik  dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan redha.
WAllahu a'lam

Suhaimi Saad
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan bangsat lagi bodoh dari seorang jantan nama Suhaimi Saad. Hoiiii sohai. Kau bodoh!!! Sial kau ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dia mesti bodoh kan sbb tak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 25-1-2019 10:03 PM
Anak2 dia mesti bodoh kan sbb tak sekolah

Tgk lah mak bapak nya siapa. Harus lah bodoh semua skli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt ke job retis sampai susah nak susun jadual hantar pi sekolah?
Dia ingat anak2 tu selamanya jadi baby dia nak ikat2 nak tahan2?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknya alasan ss create semata mata x nk htr anak sekolah... Semua bergantung dr niat sbnrnya...ni saja nk salahkan semua supaya dia nmpk suci dan bagus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
shara154 replied at 25-1-2019 10:22 PM
Banyak sgt ke job retis sampai susah nak susun jadual hantar pi sekolah?
Dia ingat anak2 tu selaman ...

Seribu satu alasan. Sebenarnya malas dan xde duit. Sbb apa?? Sbb mls usaha cari sumber pendptan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg lawaknya, followers dia leh taksub tuuu. Bebal sama mcm idola diorg gak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 25-1-2019 10:24 PM
Seribu satu alasan. Sebenarnya malas dan xde duit. Sbb apa?? Sbb mls usaha cari sumber pendptan.

Tak sabar nak tunggu beberapa tahun lagi anak2 dia dah besar, tengok mcm mana dorg rebel dgn prangai mak bapak mcm ni gaya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 25-1-2019 09:53 PM
KENAPA ss TIDAK HANTAR ANAK ANAK KE SEKOLAH

Jika ada kebaikan dan kebenaran,maka ambillah ia seba ...

Tabiat memberi alasan adalah tabiat buruk. Sikap negatif yg patut dikikiskan dari diri kita. Pendek kata jgn mencari alasan tp jln penyelesaian.
Kesimpulan dr alasan2 dia ni, dpt rasakan dia mmg ego, self centric, selfish,  ujub.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Miawlover replied at 25-1-2019 10:40 PM
Tabiat memberi alasan adalah tabiat buruk. Sikap negatif yg patut dikikiskan dari diri kita. Pende ...

Dia ni kalau Mufti sekalipun yg bagi nasihat, dgn Mufti2 dia tuduh haters.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 25-1-2019 10:03 PM
Anak2 dia mesti bodoh kan sbb tak sekolah

dah bapak n mak pun budus
skit2 ckp org pitnah.... hidup mintak sedekah lg nak ckp org fitnah ptuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 25-1-2019 10:25 PM
Yg lawaknya, followers dia leh taksub tuuu. Bebal sama mcm idola diorg gak.

tu la psl... bodoh nak idup mcm sohai acah dkt syurga
woii sohai bongok tu tak byr utang org tahu tak... follower bongok tu tak nmpk ke sohai byk fitnah org... fitnah staff bank islam pastu delete....

kena mandrem ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
shara154 replied at 25-1-2019 10:22 PM
Banyak sgt ke job retis sampai susah nak susun jadual hantar pi sekolah?
Dia ingat anak2 tu selaman ...

org lain retis bleh je hantar ke sekolah... bini tu jaga anak... bkn angkut satu family..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
awex^returns replied at 25-1-2019 11:27 AM
bewok kan perasan dia serba serbi elokdia lah ensem macam SRK
dia lah putih macam Fattah Amin
di ...

Fazura ludah je fattah amin kalo muka si fattah tu iras aimyy..hahaha  
Xbleh byg kalo aimy ni ade rupa sket cemana gaya die nye berlagak tu..ni muka mcm bangla pon perasan nak mamp**..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 25-1-2019 02:16 PM
Abis la korang. Ninja dah mengamuk.

Umah die mmg xde satu perabot pon ke? Alaaa kesiannye kt anak bini.. cerai la ina oii..ko keje la..bela anak2..bg masa dpn kt anak2..nape la dok ikut laki bodo n gatal tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nonymous at 25-1-2019 11:41 PM

aku sebenarnya malas nak ambik tahu dah pasal dia ni, td migrain masuk sini semakin teruk migrain gamaknya... korang pun, biarkanlah si luncai terjun dgn labu2nya, biarkan dia teruskan homeschool anak4, dah dia bijak pandai soal ugama dan khidupan, biarkanlah dia hidup menentang arus, agaknya dr siang ke malam dia ni layan forum, pasal tu bertubi2 gigih up post kt yahudi punya fesbuk....
byk masa free, x melaksa ke sudah?

forumer dok ckp anak4 dia xcukup makan kurus kering, x p sekolah, dia x kerja, x drive keta, post gambo makan, post gambo selfie, anak4 xdak progress homeschool, bini ex gangsa, nganjing haters, kemain gigih dia berlawan2 dgn haterss, kemuncaknya dia up sebab2 x hantar anak4 p sekolah, boleh depress doh bapa anak4 ni...

asal up citer korang lakibini asyiklah pasal x vaksin, xdok peti sejuk, xdok mesin basuh, tv dan terbaru pasal anak4 x hantar p sekolah, cuma nak tanya bini ex tunang gangsa, x malu ke kat gangsa asyiklaa citer2 gini je pasal korang, 2019 still xada kemajuan dalam hidup, sighhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 25-1-2019 09:53 PM
KENAPA ss TIDAK HANTAR ANAK ANAK KE SEKOLAH

Jika ada kebaikan dan kebenaran,maka ambillah ia seba ...

Astaghfirullah..istighfar aku bc justification aimyy vangang ni. Part paling xbleh terima karier die "penyanyi" n siap suh google suhaimi saad n doa utk ibu. Ya rabbi..mengong la die ni. Xde malu ke?? Iols xpnh tau pon kewujudan lagu doa buat ibu. N u r sooo not relevant anymore..n to still call urself "penyanyi" n claimed "penyanyi" as ur career??? Puhhleaase..just get lost aimyy!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.185565 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list