CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: edi_affandi

ETIKA EMAS ESTET:Ar-Rahnu.PROGRAM PEMILIKAN DAN PENYIMPANAN EMAS 999.9(24K)

[Copy link]
Post time 13-1-2009 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by chayuk at 12-1-2009 09:35 AM
Salam....

Aku nak bagi satu scenario....
panjang sikit tapi aku harap dapat bukak mata korang pelabur, agen,kompeni EEE, koperasi taktaunama etc......Contoh harga yg aku beriadalah berdasarkan kepada harga sebenar (sila betulkan klu silap).

Inche' Ahmad(bukan nama sebenar) telah membeli emas EEE pada 07/07/08
sebanyak 100g pada harga RM115.59/g(Harga Bank Rakyat)
Beliau membayar sejumlah RM11559 + RM577.95 (5% Brokerage Fees)=RM12136.95

Selepas 6 bulan tamat kontrak beliau ingin menjual semula emas tersebutsetelah menerima keuntungan lumayan RM300 sebulan selama 6 bulan =RM1800....
RM1800/12136.95 X100% = 14.83% keuntungan utk 6 bulan
bersamaan 29.66% setahun ....WOWWWW...Saya kaya kata Inche' Ahmad sambil berjalan riang ke opis EEE utk menjual semula emasnya....

Harga semasa Bank Rakyat pada 07/01/09 =RM113.1545
Bermakna harga 100g Emas beliau sekarang = RM113.1545 X 100g = RM11,315.45
Beliau dikenakan cas 2% untuk jualan= 2% X RM11,315.45 = RM226.31
Maka jumlah yg beliau terima = RM11,315.45 - RM226.31 = RM11089.14

Mari kita kira semula keuntungan sebenar Inche' Ahmad
Pelaburan = RM 12136.95
Keuntungan = RM1800...WOWWW...(sila jerit mcm Husin Lempoyang citer 3 Abdul)
Jualan semula = RM11089.14
Selepas 6 bulan bulan melabur = RM1800 + RM11089.14 = RM12889.14 (sila jerit WOWWW...sekali lg)

Keuntungan - Modal = RM12889.14 - RM12136.95 = RM752.19
RM752.19/RM12136.95 X 100% = 6.198 bersamaan 12.395% setahun

Inche' Ahmad kemurungan bila menyedari keuntungan sebenar beliau sebenarnya lebih rendah dari jumlah
fees yg dia bayar kpd EEE dulu = 5% + 2% ..(RM804.26)

Beliau ingin menjual emas mengikut harga belian asal sebagaimana pernah dijanjikan oleh agen dulu
tapi malangnya tidak berjaya kerana polisi EEE sudah bertukar dan janji itu hanya janji mulut.
Tiada tertulis dalam kontrak pun.....


Kesimpulannya EEE amat pandai memutar belit.kawan saya ada masuk program nie.pada permulaan dijanjikan diskaun berjadual serta spot gold.malangnya spot gold yang dijanjikan entah kemana.hanya diskaun berjadual sahaja walaupun sepanjang program itu terdapat kenaikan harga emas.

Semasa penerangan pun telah dijanjikan bahawa sekiranya telah tamat kontrak boleh menjual kepada EEE dengan harga semasa ataupun harga asal belian dalam erti kata yang mana harga tertinggi ketika itu.malangnya apabila dirujuk kepada pihak EEE mereka mengatakan bahawa penamatan kontrak hanya merujuk kepada tarikh akhir tamat kontrak.

Kesimpulannya pada mereka yang baru ingin melabur berfikirlah semasak-masaknya sebelum terlambat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by abuasri at 13-1-2009 03:49 PM


Kesimpulannya EEE amat pandai memutar belit.kawan saya ada masuk program nie.pada permulaan dijanjikan diskaun berjadual serta spot gold.malangnya spot gold yang dijanjikan entah kemana.hanya ...



duit jualan balik leh dapat terus ke?? ke kena tunggu gak berminggu2??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by SaL1980 at 13-1-2009 03:53 PM



duit jualan balik leh dapat terus ke?? ke kena tunggu gak berminggu2??


kena tunggu jugak..bukan boleh dapat terus.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by abuasri at 13-1-2009 03:55 PM


kena tunggu jugak..bukan boleh dapat terus.


lerrr... hampess.. bape lama tu??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by SaL1980 at 13-1-2009 03:56 PM


lerrr... hampess.. bape lama tu??


ntah...mungkin paling lama seminggu kot....saya x pasti sebab x masuk pun...nie kawan bagitau kat saya sebab dia ada join.

masuk EEE nie untung sabut timbul untung batu jawap sendiri laaaa.bukan apa,yang saya tengok perjanjian EEE punca segala masalah.kalau betul-betul buat sama-sama dapat keuntungan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by abuasri at 13-1-2009 04:17 PM


ntah...mungkin paling lama seminggu kot....saya x pasti sebab x masuk pun...nie kawan bagitau kat saya sebab dia ada join.

masuk EEE nie untung sabut timbul untung batu jawap sendiri laaaa ...


tul tu...emas pun bukan spanjang masa naik...ada naik turun gak...ikut demand dan offer...2008 mmg special sket sbb dolar drop, crude oil naik....sbb tu emas pun cepat naik cepat turun....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 05:37 PM | Show all posts
vc gold.. yg buat bisnes sama.. dah tutup kedai.. pe crite..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 06:11 PM | Show all posts
a'kum..

harga untuk hari ini,khamis 15/01/09:-
999.9 RM116.67
916 RM 106.95
__________________
GOLD IS OUR BUSINESS.TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN,LAGI LAMA LAGI UNTUNG!!
evergreen demand of the gold market
AFFANDI 012-2374347 @ 016-3519439
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2009 06:28 PM | Show all posts
Berita - TG Nik Aziz menggesa guna dinar emas
July 25, 2008 • No Comments
Ucapan Nik Aziz di PWTC - Guna dinar untuk sekat kuasa ekonomi Amerika dan Yahudi
Mohd Rashidi Hassan & Intan Abdullah. Foto Nasir Sudin
Tue | Jul 24, 07 | 1102 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.
Image

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

“Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata,” tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena ‘Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar’ yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena “Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa” yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 06:29 PM | Show all posts
Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan “Gold Dinar Economy” kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan “Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa,” yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.
__________________
GOLD IS OUR BUSINESS.TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN,LAGI LAMA LAGI UNTUNG!!
evergreen demand of the gold market
AFFANDI 012-2374347 @ 016-3519439
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 06:33 PM | Show all posts
Kejatuhan ekonomi Amerika: Kembali kuasa dinar emas
October 10, 2008 ·



Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?
__________________
GOLD IS OUR BUSINESS.TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN,LAGI LAMA LAGI UNTUNG!!
evergreen demand of the gold market
AFFANDI 012-2374347 @ 016-3519439
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 08:09 PM | Show all posts
a'kum..

haga untuk harini jmaat,16/01/09:
999.9  RM 116.47
916     RM106.76
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 03:19 PM | Show all posts
x der jawapan ke....????

dok bagi artikel jer watpe!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 07:32 AM | Show all posts
Orang tak ragu pasal dinar, emas etc nh.

no point paste artikel2 LAMA nh...

Artikel2 yg di paste tu apa kaitannya dgn Syarikat EEE nh?

Artikel = AUTA??

[ Last edited by  chayuk at 19-1-2009 07:35 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 01:49 PM | Show all posts
a'kum..

i actually malas nak layan orang2 yang nak main2..actually apa yang u nak kata,katalah itu hak u.
Kalau u betul2 serious nak ikuti program dan ragu2 dengan etika,saya alu2kan kedatangan en ke office saya.Di sini saya akan jelaskan apa yang en mahukan.

Anyway pasal VC Gold, i tak tahu menahu sebab i staff etika dan bukannya VC gold.

PESANAN:
KEPADA SEMUA FORUMER SEKELIAN,SAYA MENGGUNAKAN PLATFORM INI ADALAHUNTUK MEDIA PENGIKLANAN MENGENAI ETIKA EMAS.aCTUALLY,UNTUK MENDAPATKANPENJELASAN SEWAJARNYA HANYA MELALUI PERJUMPAAN SAHAJA,BARULAH ANDA AKANTAHU ETIKA BUKANLAH SCAM.

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ALL FORUMER YANG TELAH BERIKAN.                                                                                                                                                                        __________________
                                GOLD IS OUR BUSINESS.TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN,LAGI LAMA LAGI UNTUNG!!
evergreen demand of the gold market
AFFANDI 012-2374347 @ 016-3519439
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 01:51 PM | Show all posts
a'kum..

harga untuk harini monday 19/01/09
999.9 RM 116.67
916 RM 106.95
__________________
GOLD IS OUR BUSINESS.TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN,LAGI LAMA LAGI UNTUNG!!
evergreen demand of the gold market
AFFANDI 012-2374347 @ 016-3519439
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2009 11:11 AM | Show all posts
a'kum..

haga untuk harini tuesday,20/01/09:
999.9 RM 120.11
916 RM 110.10
__________________
GOLD IS OUR BUSINESS.TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN,LAGI LAMA LAGI UNTUNG!!
evergreen demand of the gold market
AFFANDI 012-2374347 @ 016-3519439
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by edi_affandi at 19-1-2009 01:49 PM
a'kum..

i actually malas nak layan orang2 yang nak main2..actually apa yang u nak kata,katalah itu hak u.
Kalau u betul2 serious nak ikuti program dan ragu2 dengan etika,saya alu2kan kedatang ...


Waalaikumsalam...

Aku bukan main2...bukan nak kacau2...
Aku sudah pun menjadi pelanggan Etika lama dulu...
Aku sudah datang ke opis Etika sebelum nh..
Dulu mmg agak menarik...tapi skarang pada aku tidak lagi....
Tukar polisi sesuka hati nh pada aku TIDAK BERETIKA....

Fees saja sudah 7%, then status harga selepas 6 bulan yg paling risky...

Aku beli 4 ketul & siap intoduce member sekali
accumulated amount dgn member semua tu lebih 3 kg 999 gold. (value semua around RM345 000)
so...orang mcm aku nh ko kata main2?

too bad kawan2 aku tu semua pakai loan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:39 PM | Show all posts
Pengalaman aku:

Beli 4 ketul...tapi cuma 2 ketul yg dapat masuk bank...
lagi 2 ketul cuma tinggal janji dari minggu ke bulan sampai la tamat 6 bulan kontrak.

Dokumen perjanjian aku dapat lepas 3-4 bulan...
tu pun lepas aku kejar2 agen nh..call sana sini...

Dlm byk2 kawan yg aku rekmen..ada sorang je yg selalu agen kontak
tu pun tanya pasal buyer baru...aku tak kisah wpun semua asalnya aku yg introduce.
Disebabkan kwn aku nh ada rekmen yg 1-2kg punya sale... agen jaga la betul2
dapat spot gold bagai....yg lain2 mcm aku senyap je...

banyaklg mau crita...tp nanti jadik main2 pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 01:48 PM | Show all posts
i actually malas nak layan orang2 yang nak main2..

too bad la kalau attitude macam nh..
ko patut bincang balik dgn tokey2 kat Etika tu...
yg tukang buat kira2 nak rollover duit nh..
carik satu penyelesaian supaya customer tak rugi sangat incase harga drop banyak lepas 6 bulan.
so baru win-win situation...

kwn2 aku yg nk abis kontrak 6 bulan nh skang dlm status harga jatuh 5% dari masa beli dulu
klu makin jatuh makin kurang la value...

anyway terpulang la pd kompeni ko kan...aku pun guna platform nh utk share pendapat aku.
aku tak kata Etika scam...VC Gold aku takpenah sebut (lagi mengarut pd pendapat aku)

ikot kiraan aku: tidak mustahil customer akan dapat pulangan lebih rendah dari ASB atau mungkin rugi
kalau harga jatuh teruk. (Which is possible base on harga-harga yg lepas)

itu saja....

Aku pun malas dah klu org tak minat nak bincang...

PESANAN: Sapa yg nak melabor...fahamilah RISIKO anda...aku dah tunjuk contoh2 kiraan dalam pos2 lepas....
                    amati lah betul2...pusing camana pun, Etika nh tak rugi...risiko sebenar anda yg tanggung.
UTK KORANG KAT ETIKA: PLEASEEE.....KOTAKAN APA YG ANDA KATAKAN..
                                                  JADI LAH PENIAGA YG BERETIKA....

PS: Consider this is my last post kat sini...(I'm sure someone must be very2 happy.....)
       Mohon maaf jika ada yg tersinggung, atau silap kat mana2....
       wassalam.

[ Last edited by  chayuk at 21-1-2009 02:02 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061713 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list