CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Along_XX

♥♥♥ Istana Faizal Ramly ♥♥♥

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-12-2008 10:26 AM | Show all posts
salam pagi senin.....aku OKKE je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 10:45 AM | Show all posts
salam jgak... along aku dh masuk kat web tuh...   aduhaiiiii...cuma  spek beso takmo tinggal...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:26 AM | Show all posts
itu spekl beso yang baru lah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:34 AM | Show all posts
Faizal AF4 tak pernah menyesal bergelar artis

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

TAGLINE 'Senyum Sokmo' lebih popular ketika dua tahun lalu sewaktu zaman kemasyuran juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramly menempa nama dalam industri seni ini.

Namun, tidak bermakna populariti Faizal tergugat kini kerana disebalik karektornya yang bersahaja dan suka merendah diri itu, menampakkan dirinya seolah-olah tidak gemarkan sesuatu perkara yang melibatkan publisiti.

Berilah apa sahaja cop dan gelaran kepadanya, Faizal tidak mudah ambil pusing dengan apa yang dikatakan orang kerana dia selesa menjadi diri-sendiri dan tidak akan sekali-kali mengubah pendiriannya itu, jauh sekali berasa menyesal bergelar seorang artis.

“Istilah menyesal tak pernah ada dalam diri saya sebab cita-cita saya memang untuk bergelar penyanyi dari dulu lagi.
Faizal (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran filem Momok The Movie di Finas baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA

“Saya memang ditakdirkan menjadi seorang penyanyi dan penghibur. Saya suka menyanyi dan menghiburkan orang.

“Biarlah apa orang nak kata, saya takkan pernah menyesal malah bahagia dengan kerjaya yang saya pilih ini. Yang penting, saya tahu apa yang dilakukan,” luah Faizal yang masih pekat bertutur dalam loghat Terengganu itu.

Tambah Faizal, dia tidak mengira samada diberikan kritikan atau pujian, hanya senyuman yang dilemparkan kerana merasakan dirinya bukanlah seorang yang ‘perfect’ dari segala segi.

“Saya tidak mahu dikatakan terlalu cepat melatah. Saya lebih suka menjadi diri-sendiri dari dulu hingga sekarang. Asalkan saya tidak kacau hidup orang lain,” tutur jejaka berusia 24 tahun ini.
Pelakon filem Momok The Movie adalah Mama Rina AF6 (kiri) dan Abon (dua dari kanan). Turut serta adalah pengarah M. Jamil.

Bertanyakan tentang perkembangannya yang kurang mendapat liputan media sekarang, Faizal berkata dia sibuk dengan persembahan yang banyak dicari sendiri.

“Saya sibuk mengikuti kerja belakang pentas atau sesuatu persembahan. Dalam masa yang sama, secara rasminya saya akan bekerjasama dengan kumpulan Iklim mulai tahun hadapan.

“Saya juga telah merakamkan tiga buah lagu yang turut dimuatkan dalam album mereka.

“Jadi, pada tahun depan, saya akan memberikan tumpuan kepada dua perkara iaitu selain bekerjasama dengan Iklim, saya juga akan memenuhi undangan persembahan sempena Tahun Melawat Terengganu bagi mempromosikan Terengganu.

“Semua persembahan tersebut diuruskan dan dicari oleh saya sendiri. Pada tahun depan, biasalah kalau saya perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu,” ujar Faizal yang tidak pernah bimbang memikirkan dirinya yang tidak mempunyai pengurus atau pembantu peribadi itu.

Jelas anak jati Terengganu yang berasal dari Marang ini, dia lebih senang bergerak sendiri kerana semua pendapatan yang dia dapat akhirnya akan masuk dalam poket sendiri.

“Kadangkala pening juga kepala nak uruskan semua hal sendiri tetapi saya lebih suka seperti ini. Bukan sahaja tak susahkan orang lain, saya juga dapat mengumpul duit sendiri,” kata pelantun lagu Lihatlah ini.

Selain menyanyi, Faizal juga akan membintangi sebuah filem seram arahan M. Jamil iaitu Momok The Movie.

Filem terbitan Galaksi Seni Sdn. Bhd itu akan memulakan pengambarannya pada 15Januari depan dan dijangka menemui penonton sebelum penghujung tahun 2009.
Faizal dikelilingi wanita cantik yang turut berlakon di dalam filem Momok The Movie. Dari kiri: Babyfaralia, Hanis, Mimi Rahzia dan Mariam.

Faizal memegang watak Adlin di samping pelakon lain seperti Nabil Raja Lawak 2, Datuk Aziz Sattar, Abon, Mama Rina AF6 dan Datuk Sarimah Ahmad.

Momok The Movie mengisahkan tentang Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti.

Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong.

Kepulangannya ini untuk bertemu ibunya, Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.

Bersama Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis.

Pelbagai petanda dan insiden yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisha-kisah seram.

Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga turut mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India, pekerja kilang yang diganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.

Cerita kisah pontianak, pochong, orang bunian, badi mayat (“Mohini”/ Chandra Murke- Legenda hantu masyarakat Hindu), mayat hidup dilangkah kucing hitam dan sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Kata Faizal, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk berlakon buat pertama kalinya.

Walau bakal menempa nama sebagai pelakon, Faizal tidak akan sesekali melupakan niat asalnya untuk bergelar penyanyi.

“Alhamdulillah, filem ini merupakan rezeki saya. Terima kasih saya ucapkan kepada M. Jamil dan Finas yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam filem ini.

“Memandangkan filem ini merupakan filem pertama saya, ia mungkin hebat dan mencabar buat diri saya.

“Saya ni jenis orang yang suka mencuba sesuatu yang mencabar. Saya akan buat dulu dan lihat sama ada saya boleh buat atau tidak.

“Rasanya tak salah kalau saya mencuba. Selepas mendapat tawaran untuk berlakon filem ini, terus saya menghadiri ujibakat. Saya rasa mereka memilih saya mungkin disebabkan karektor saya sendiri,” kata Faizal yang pernah berlakon sketsa Raya AF Mai Lagi pada tahun 2006.

Selain itu, Faizal berkata dia akan menamatkan kontrak dengan Maestro mulai bulan Ogos 2009.

“Saya mungkin tidak akan menyambung kontrak dengan Maestro lagi..,” akhiri Faizal sambil tersenyum penuh makna.

Faizal bagaimanapun tidak mengulas lanjut sebab dia enggan terikat dengan pihak pengurusan yang menguruskan artis-artis kelahiran program realiti di bawah kendalian Astro seperti AF dan Raja Lawak itu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:56 PM | Show all posts
TQ syd.....gambo takde ke.....

nak tgk arr pejal dikelilingi gadis2 cantek tuu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by lib1962 at 22-12-2008 09:00 AM
salam semuaaaaaaaaaaaa........................pe kabau pepagi senin ni OK KE?????




kabau gumbira kak lib....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by Mel007 at 22-12-2008 10:45 AM
salam jgak... along aku dh masuk kat web tuh...   aduhaiiiii...cuma  spek beso takmo tinggal...




nak nengok gok....uwwaaaa.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by Mel007 at 22-12-2008 10:45 AM
salam jgak... along aku dh masuk kat web tuh...   aduhaiiiii...cuma  spek beso takmo tinggal...

tu pasal la.....aku dah tak kosser nak komen.....lantak lar..... anggap lar tu trademark faizal.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 07:56 PM | Show all posts
Salam sumer....
Singgah kejap tinggal jejak.... heheh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by Along_XX at 16-12-2008 08:22 PM
tu arr.....asik dok anyam ketupat je....rezeki tak masuk.....ambik t**k pun bawak wheelbarrow je.....


Ganas tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_fazill at 17-12-2008 05:47 AM
mad dah ok skang mekaseh pada semua yg membantu


Bagus2....
Mad wat aper skang?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by Mel007 at 17-12-2008 09:47 AM
salam mesra dan selamat semuanya... aku tertinggal bullet train ke neh...


Hello Mel.... How's it goin'?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:03 PM | Show all posts

Balas #442 Syd\ catat

Thanks Syd for the article....
Online version den tak jumpa lak....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:04 PM | Show all posts

Balas #444 lib1962\ catat

Salam Kak Lib....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by chunna at 21-12-2008 10:06 AM
salam ahad.....enjoy sokmolahhhh......


Hello chunna...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:10 PM | Show all posts
Orait den blah dulu..... Adios....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 10:51 PM | Show all posts
assalamualaikum n selamat malam untuk semua warga di istana yg indah ini...

wow...hero ku dah mula nak jadi pelakon pula..apa2pun goodluck la untuk awak mohd faizal ramly kalau itu yg terbaik buat awak..yg pasti jangan awak lupakan nyanyian awak ye kerana irone suka dengar nyanyian dan suara awak yg begitu merdu terasa dibuai2 je bila mendengar nyanyian awak tu :kiss: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:03 PM | Show all posts
chunna jom kita gi ujibakat untuk watak pontianak hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by Anok_Tupa at 22-12-2008 08:10 PM
Orait den blah dulu..... Adios....

uishhhh.....tinggal 3-4 jejak bertapak pastu tu blah..... hehehe.....apa2 pun time kasih.....jumpa lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 08:10 AM | Show all posts
salam pagi selasa.....adehhhhh.....sakit badan aku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.344958 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list