CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 033589

KELISA --<@ Kelab Lisa Surihani @>--

[Copy link]
Post time 10-11-2009 12:15 AM | Show all posts
Lisa Surihani ...........alhamdulillah dubbing sumer dh abis! yeayyy! owh psl mantera tu, sbb jadual. pttnya shoot in october, diorg tundakn. so dgn perbincangan ngan pihak MIG, saya tarik diri. nmpknya mantera bkn rezeki lisa. buat masa ni lisa masih shooting tuk Mertua vs Menantu dan yg akan dtg insyaAllah Jangan Pandang Belakang Congkak 2!!! November 5 at 5:52pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 12:21 AM | Show all posts
Lisa Surihani ...........selamat sejahtera kwn2ku! assalamualaikum. hari ni lisa sambung shooting tuk drama Mertua vs Menantu 2. diorg tk bgtawu lg brapa scene hari ni. tp lisa harap hari ini berjalan dgn lancar. Amin. hv a good day everyone! happy weekend!Sat at 12:16pm
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:24 AM | Show all posts
Lisa Surihani........ hello and assalamualaikum my dear friends, lisa ke johore last wknd utk astro Mustika. lisa baru blk kl today.hari ni lisa perlu rehat utk shoot esok.how was ur wknd?6 hours ago ·
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 06:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 07:02 PM | Show all posts
otYgQnrDRDI
harizs Post at 10-11-2009 18:02


thanx harizs:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2009 02:41 AM | Show all posts
otYgQnrDRDI
harizs Post at 10-11-2009 18:02



cute
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 12:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2009 04:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 02:19 AM | Show all posts
Lisa Surihani ..........hello and assalamualaikum kawan2 tersayang, hari ni lisa tkde shoot tp it's my abg sulung's bday! sama ngan pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio taw! hehe. Later ada family dinner. Good evening to all. 7 hours ago
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 02:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2009 10:32 PM | Show all posts
451# mofisa

sebb bunyik tak best

kalo kelisa tu gambarannya ikan yang ber'harga' gitu...so kenalah dgn lisa kita..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 01:47 AM | Show all posts
Lisa Surihani .........Mingguan Wanita (Bil. 1356, 13-19 Nov 2009) terbaru dah di pasaran.. Cerita tentang Lisa bersama Tiz Zaqyah. Banyak gambar & story kat dalam. Fotografi kat Citra Sari Spa. Dapatkan ye? Dah beli nanti komen kat sini!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 03:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 04:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 04:54 PM | Show all posts
Lisa Surihani .........hello and assalamualaikum my dear friends, semalam lisa ada script reading dan juga doa selamat utk filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Lisa akan memegang watak Mustika seperti filem prequel nya (Jangan Pandang Belakang Congkak).
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 03:00 AM | Show all posts
Lisa Surihani Update: ...........Shaheizy Sam kini tidak berlakon kerana jadualnya yang bercanggah dgn shooting drama siri Jangan Pandang Belakang dan kini ada watak baru (Seha, anak kpd Wak Ketari yang dibawa oleh Abg Bob Kuman dalam JPBC) yang akn dibawa oleh pelakon comel kita Nora Danish. Today at 9:59am
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 12:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 16-11-2009 10:45

Lisa nak jadi peguam
Credit:Utusan Malaysia Online        Ahad  15/11/2009



Saya adalah peminat fanatik Lisa dan mula mengenali Lisa melalui iklan Pure Essentials- Sunshine On My Window hampir 10 tahun lalu.

1. Lisa mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang, tak mahu ke menjadi seorang pengamal undang-undang seperti allahyarham ayah Lisa? Tak rasa rugikah jika tak diamalkan?

2. Kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar artis?

n Hafify Flint Skywarker, Melaka.

LISA

1. Ya , Lisa lulus ijazah jurusan undang-undang pada tahun 2007 lalu dan untuk pengetahuan saudara, Lisa ingin juga menjadi seorang peguam seperti arwah Daddy Lisa pada suatu hari nanti. Oleh kerana sistem perundangan yang Lisa pelajari adalah undang-undang United Kingdom, untuk praktis di Malaysia, Lisa dikehendaki untuk mengambil dan lulus dalam kursus Sijil Guaman Malaysia atau lebih kenali sebagai CLP (Certificate of Legal Practise).

2. Lisa sebenarnya seorang yang positif dan Lisa akan cuba untuk sentiasa mengingati diri bahawa jikalau no pain, no gain. Cuma Lisa sekeluarga harapkan dan doakan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Setakat ini, Lisa rasa kenangan manis Lisa sejak bergelar anak seni adalah apabila Lisa memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita pada 2008 untuk Festival Filem Malaysia ke 21.

Kahwin sebelum usia 30

Hai Lisa,

Apa khabar? Harap Lisa sentiasa sihat dan berjaya dalam bidang yang Lisa ceburi. Sebagai peminat saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Lisa.

1. Apakah ciri-ciri lelaki idaman Lisa?

2. Umur dah semakin meningkat. Masih belum jumpa calon suami yang sesuai? Bila agaknya Lisa akan menamatkan zaman bujang?

3. Bagaimana untuk menghubungi atau mengetahui maklumat terkini Lisa?

n Shahrul Annaz Nasir,

Seri Iskandar, Perak.

LISA

1. Ciri-ciri lelaki idaman? Hehe. Awak mungkin boleh bosan dengan jawapan klise yang Lisa berikan tetapi secara jujurnya Lisa sendiri tidak pasti apa ciri-ciri lelaki idaman Lisa. Mungkin bagi Lisa pada mulanya yang penting adalah keserasian dan tarikan yang akan wujud secara semula-jadi.

2. Mungkin kerana buat masa ini, fokus Lisa lebih tertumpu kepada karier Lisa. Lisa perlu laksanakan apa yang patut dan perlu untuk diri Lisa dan juga keluarga terdahulu. Insya Allah, apabila masanya sesuai nanti. Kalau diberi izin Allah, mungkin sebelum Lisa berumur 30 tahun.

3. Lisa agak aktif dalam dua website iaitu Facebook Fanpage yang bernama Lisa Surihani dan juga Twitter iaitu lisa_surihani. Walaubagaimanapun sibuk Lisa, Lisa akan cuba sedaya upaya Lisa untuk update perkembangan terkini di situ.

Mendaki tangga kejayaan

Assalamualaikum.

Saya merupakan salah seorang peminat Kak Lisa dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Kak Lisa. Saya ada beberapa soalan untuk Kak Lisa dan harap Kak Lisa sudi menjawab soalan saya.

1. Macam mana dengan kerjaya Kak Lisa yang lain iaitu peguam?

2. Apakah perkembangan terbaru Kak Lisa?

3. Apakah impian Kak Lisa dalam bidang seni?

n Fatin Sabrina,

Hulu langat, Selangor.

LISA

1. Kak Lisa buat masa ini menumpukan fokus Kak Lisa dalam bidang lakonan. Kak Lisa ingin juga menjadi seorang peguam seperti arwah Daddy Kak Lisa. Apabila Kak Lisa lebih bersedia nanti akan Kak Lisa duduki untuk peperiksaan untuk kursus Sijil Guaman Malaysia yang membolehkan Kak Lisa untuk menjadi peguam di Malaysia.

2. Kak Lisa kini sedang dalam penggambaran untuk drama siri Mertua vs Menantu musim 2. Insya-Allah pada hujung bulan November ini, Kak Lisa akan mula penggambaran untuk filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

3. Impian Kak Lisa adalah untuk menaiki tangga kejayaan. Kak Lisa sedar dan akui bahawa Kak Lisa baru lagi dalam industri seni ini. Banyak lagi yang perlu Kak Lisa mempelajari dan jauh lagi perjalanan sebenarnya.

Tak mungkin jadi penyanyi

Hai Lisa

Apa khabar? Harap Lisan sentiasa sihat dan menjadi pelakon terbaik pada masa hadapan

1. Bagaimana Lisa melihat kerjaya seni anda? Adakah ia semakin berkembang?

2. Apa pencapaian peribadi terbaik yang pernah Lisa perolehi sejak mula berlakon?

3. Tidak mahu menceburi bidang lain seperti menyanyi atau mengacara?

n Yang Kalsum,

Kuala Lumpur.

LISA

1. Dalam apa jua bidang yang Lisa ceburi, Lisa harap dan doakan supaya Lisa dapat laksanakan dengan baik. Bagi setiap pekerjaan yang dilaksanakan oleh Lisa, alhamdulillah Lisa rasa bersyukur kerana pengalaman dan ilmu dalam bidang lakonan kian bertambah dan murah rezeki.

2. Alhamdulillah pada tahun 2007, Lisa memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik untuk Filem Festival Malaysia (FFM-21).

3. Lisa akui Lisa suka menyanyi tetapi sebagai satu kerjaya, Lisa tidak bersedia dan Lisa rasa amat segan sekali. Untuk pengacaraan pula, sebenarnya Lisa pernah mengacara untuk beberapa buah rancangan sebelum Lisa lanjutkan pelajaran ke luar negara. Jikalau ada rezeki, Lisa ingin mengacara semula.

Tak kisah dengan produksi lain

Assalamualaikum Lisa,

Apa khabar? Harap Lisa sentiasa sihat dan terus menjadi anak seni yang berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat.

1. Apakah filem atau drama yang benar-benar melekat di hati Lisa dan Lisa sangat berpuas hati membawakannya?

2. Kenapa kebanyakan filem lakonan Lisa mesti ada sangkut paut dengan MIG Group? Adakah keselesaan yang Lisa cari atau Lisa takut bekerjasama dengan pengarah lain?

3. Sampai bila nak menjadi anak seni dan apakah cabaran yang terbesar sejak bergelar anak seni?

n Pak Man Setia,

Ampang, Selangor.

LISA

1. Bagi drama, yang memberi impak yang mendalam bagi Lisa adalah apabila Lisa berlakon untuk Slot Samarinda; drama Obsesi arahan Murali Abdullah tahun 2007. Bagi filem pula, Legenda Budak Setan (belum ditayangkan). Watak Ayu yang dibawa oleh Lisa, dipukul oleh watak Azmi yang dibawa oleh pelakon berbakat kita Que Haidar. Lisa harap babak kena pukul itu menyakinkan.

2. Lisa adalah seorang artis residen MIG Metrowealth dan Lisa berasa amat bersyukur kerana diberi kepercayaan. Lisa sebenarnya pernah beberapa kali juga bekerjasama dengan syarikat produksi lain. Lisa tidak mempunyai masalah bekerjasama bersama syarikat produksi lain dari MIG Metrowealth.

3. Secara jujurnya Lisa tidak berapa pasti sampai bila Lisa akan bergelar sebagai seorang anak seni memandangkan Lisa masih baru dalam industri ini. Bagi cabaran pula, setakat ini alhamdulillah Lisa ucapkan kerana belum lagi ada yang begitu berat bagi Lisa sekeluarga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 12:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 16-11-2009 00:41

Transisi Lisa
Oleh MURSHID EUNOS
[email protected]                  Ahad, 15 November 2009



Berbanding bintang baru seangkatannya, Lisa boleh menarik nafas lega hari ini dengan apa yang dicapainya. Mula mencipta nama menerusi I’m Not Single bersama Farid Kamil, Lisa terus meniti langkah membanggakan.

Dianugerahkan paras menawan berserta bekalan akademik, gadis berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales ini hadir ke persada seni dengan pakej lengkap.

Namun fakta ini bukan alasan buatnya untuk berpuas hati, jauh sekali mendabik dada dengan kelebihan dimiliki.

Sebaliknya jurucakap produk Lip Ice Lip Balm ini mempunyai impian dan visi lebih besar untuk hari mendatang. Berbicara lebih lanjut, Lisa mengakui kecenderungannya kini berjangkit kepada kerja belakang tabir.

Menurut Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 ini, ada di lokasi penggambaran kini padanya bukan setakat menghayati watak atau menghafal skrip, sebaliknya dia cuba mencuri ruang dan masa dengan mengintai peluang mempelajari selok-belok pembikinan dan kerja belakang tabir.

“Saya tidak berat mulut untuk bertanya kru produksi mengenai perkara asas berkenaan penerbitan sesebuah karya yang saya lakonkan. Malah hubungan baik dengan tenaga produksi menyebabkan mereka tidak lokek memberi tunjuk ajar.

“Saya banyak bertanya mengenai teknikal seperti penataan cahaya dan operasi kamera. Sifat ingin tahu ini sedikit sebanyak menarik minat saya untuk belajar lebih mendalam mengenai pembikinan sesebuah drama mahupun filem, terutama daripada aspek pengarahan, penyuntingan dan kesinambungan.

“Pengetahuan ini boleh dijadikan satu cabang kerjaya buat saya selain berlakon. Mungkin tiba masanya untuk saya mencuba yang baru dan mana tahu, saya boleh berlakon dalam drama arahan sendiri nanti,” selorohnya.

Tambahnya, cabang seni ini terlalu luas dan langkah mencuba di belakang tabir adalah sesuatu yang relevan dan sepatutnya dilakukan mana-mana anak seni untuk menjadi lebih versatil.

“Hari ini banyak rujukan yang mampu kita lihat apabila seorang pelakon itu beralih menjadi pengarah atau penerbit. Kerjaya mereka lebih kukuh dan konsisten. Lihat saja Ahmad Idham, Rosyam Nor, Sheila Rusly, A Aida, Ziela Jalil, Erma Fatima dan ramai lagi, yang mana kerjaya mereka masih mampu meraih perhatian dan membawa status karier ke tahap lebih membanggakan.
“Itu yang saya cuba sasarkan dalam karier saya sekarang. Alhamdulillah, mereka di sekeliling saya banyak memberi sokongan,” katanya lagi yang sering ditemani ibunya.

Mungkin laluannya yang lancar dengan dorongan keluarga dan teman selain kepercayaan diberi pihak pengurusannya, MIG, membuatkan segala yang dirancang mengikut landasan betul. Malah, setiap keputusan yang ingin dilakukan pasti mendapat pandangan daripada mereka yang dipercayainya.

Aktres yang bakal muncul sebagai Maya dalam siri Mertua vs Menantu musim kedua ini masih menanti tayangan beberapa filem lakonannya, antaranya Lagenda Budak Setan, Zoo, Kapoww, Semerah Cinta Stileto dan Rempit V3.

Melihat portfolionya, Lisa bersedia memikul tanggungjawab lebih mencabar dengan membawa jalur watak lebih berat. Menolak spekulasi dirinya sebagai pelakon stereotype, aktres yang mengagumi pelakon Hollywood, Kate Winslet ini sentiasa memastikan lakonannya memberi impak.

“Saya suka lakonan bersahaja dan tidak terikat dengan skrip. Malah seni lakon spontan dapat memberi kelainan di samping memperlihatkan bakat lakonan daripada perspektif berbeza.

“Itu yang saya tampilkan dalam setiap kerja, namun masih lagi mengikut perwatakan sebenar yang digambarkan penulis. Setakat ini saya bersyukur kerana respons sangat baik.

“Pelakon mana yang ingin tampil mengecewakan? Begitu juga saya. Sebagai pelakon yang masih dikategorikan baru setahun jagung, saya akan berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Bagaimanapun, ketika dipilih Astro untuk menjadi wajah eksklusif, ada yang berpendapat Lisa seakan-akan membina tembok kerjayanya. Lebih menyedihkan, sebagai pelakon baru, senario itu membuatkan bakatnya terbatas.

“Sebelum membuat keputusan itu saya berbincang dengan MIG dan keluarga. Saya membuat pertimbangan daripada pelbagai aspek, tetapi saya melihat tawaran itu daripada sudut positif.

“Tawaran itu sesuatu yang munasabah untuk saya tolak memandangkan ia satu pengiktirafan kerana sebagai orang baru, saya diberi kepercayaan untuk sebaris dengan mereka yang berpengalaman seperti Erra Fazira, Aaron Aziz dan Farid Kamil.

“Ia platform baik buat saya kerana dapat terus mengasah bakat lakonan, selain peluang beraksi dalam drama atau telefilem Astro sentiasa mencurah.

“Bagaimanapun saya akui yang mungkin wujudnya terma terhad dan rugi apabila saya hanya muncul di sebuah stesen TV.

“Namun saya lihat kekurangan itu hanya pada skala kecil dan tidak menjejaskan kerjaya saya secara drastik atau menyeluruh,” katanya lagi yang kini sibuk mencuri masa untuk melengkapkan pengajian dalam bidang undang-undang sebelum membolehkannya berdiri sebagai peguam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.205963 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list