|
HIBURAN
Jadi bunga atau peluruOleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT dan HARYATI KARIM
[email protected]
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.1.jpg)
ANUGERAH Juara Lagu ke-24 (AJL 24) bakal memecahkan ruyungnya menjelang hujung minggu nanti. Tidak terkongkong dek sebarang genre irama, AJL 24 juga menyaksikan taring dan tanduk baru yang mungkin bisa menundukkan lawan dan kawan.
Itu bagusnya AJL edisi terkini yang menyenaraikan 14buahlagu sebagai calon lagu terbaik. Di kalangan penyumbang vokallaguterbaik sepanjang 2009 itu, hanya empat lagu diwakili penyanyiwanita.Selebihnya milik penyanyi lelaki mahupun band yang tentunyahadir dalampakej penuh rasa.
Di tengah kuasa lelaki, Estranged, Bunkface, Hujan, Tomok,Aizat,Hafiz, Faizal Tahir, Tomok dan Black, terhimpitkah empat penyanyisolowanita untuk muncul sebagai juara di AJL kelak?
Sebelum jam pertarungan mula berdetik, kepantasan adrenalin pembawa amanat lagu Cinta Adam dan Hawa, Dan Sebenarnya, Pakai Buang dan Tak Mungkin Kerana Sayang cuba diselidik oleh Kosmo!. Adakah di AJL nantimerekasekadar bunga atau peluru yang sedang membidik juri. Terpecahkahtradisidua musim lalu di tangan mereka tahun ini? Nantikan Ahad ini!
Misha Omar
Misha Omar
Lagu: Cinta Adam dan Hawa
Komposer: Azmeer
Lirik: Loloq
KATA penyanyi yang berpengalaman lima kali di pentas AJLini,barangkali pengalaman menjadi bonus buatnya. Setiap gerak danrentaksudah boleh diramal namun dada tetap deras beralun kerana nadaAJL kaliini lain benar intonasinya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.2.jpg)
| ADAKAH Misha mampu mengulangi kejayaan Bunga-bunga Cinta?
| “Walauapapun ukuran di AJLadalah lagu, bukan siapapenyanyinya. Jadi, tidak timbul soalpenyanyinya harus wanita ataulelaki kerana yang penting kreativiti dankredibiliti lagu berkenaanyang dinilai.
“Saya harus akur, AJL24 sebuah pertandingan tanpa sempadankeranatidak terikat dengan kategori lagu. Inilah rasa dan warna barumuzikMalaysia. Ia lebih sengit dan banyak bagusnya,” kata Misha optimis.
Penuh persediaan termasuklah menggunakan khidmat HamzahTahirsebagai penasihat persembahan, busana daripada Saiful Baharin dantatarias oleh Chomel, Misha tetap memberi perincian terhadap semuaaspekagar kemunculannya masih memberi impak. Pada firasatnya, AJLbukansahaja mengangkat lagu terbaik bahkan pengukur hayat seseorangpenyanyidalam industri.
“Sebagai penyanyi, AJL medan buat saya untuk membuktikanjejaksaya masih bertapak dalam industri. Semestinya, elemenpersembahanmenjadi faktor penting bagi penyanyi wanita yang muncul solo.
“Aspek persembahan akan menjadi tarikan untuk malamkemuncaknanti. Itu kelebihan penyanyi wanita berbanding band ataupenyanyilelaki. Jadi saya kena bekerja lebih kuat. Itulah cabaran AJLkaliini,” jelasnya yang turut menceritakan resipi baru ke atassusunanmuzik dan komposisi Cinta Adam dan Hawa.
Stacy
Stacy
Lagu: Pakai Buang
Komposer/Lirik: Edry KRU
TAHUN kedua melangkah ke AJL, penyanyi kelahiranAkademiFantasia, Stacy tidak mudah mengalah walaupun tidak meraihsebaranganugerah di pentas yang sama pada edisi lalu.
“Tahun lepas lebih banyak persediaan berbanding tahunini.Alasannya tahun ini saya lebih sibuk, tapi itu bukan bermaknasudahawal-awal saya menyerah kalah.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.3.jpg)
| REZEKI juara Akademi Fantasia keenam, Stacy di pentas AJL terus murah.
| “Tidak seperti tahun lepas,tahun ini cabarannya lebih kuatbukan sahaja kerana lebih ramai penyanyilelaki tetapi kami semua akanbertanding atas satu tiket, tiada kategoripop rock, balada atau etnikkreatif. Semuanya sama.
“Tapi saya yakin, Pakai Buang ada banyak keistimewaan darisegilagu dan lirik. Bukan itu sahaja, ada kelainan dan ‘letupan’ barudalampersembahan dan tarian saya nanti. Tak boleh cerita sekarang,nanti takada kejutan pula,” ujar Stacy yang berkolaborasi denganabangkandungnya, Chaq untuk memantapkan persembahannya kelak.
Mengelak daripada membuat andaian atau memilih lagu danpenyanyimana sebagai saingan terdekat, fokus Stacy hanya kepadapersembahannya.
“Saya hanya mahu buat persembahan. Sampai saat ini, sayasudahtidak sabar untuk nyanyi. Saya mahu semua penonton terhibur,”katanya.
Alyah
Alyah
Lagu: Tak Mungkin Kerana Sayang
Komposer: Ajai
Lirik: Habsah Hassan
PERTAMA kali menjejak kaki ke AJL bagaikan satu mimpi buatAlyahkerana selama 10 tahun dia mencuba nasib dalam dunia seni inilahkalipertama dia menyanyikan lagu di atas pentas yang penuh prestij.
“Ini satu penghormatan, selama ini saya hanya bawakan laguorang.Jadi AJL kali ini amat bererti buat saya kerana setelah 10tahunberhempas pulas baru kini saya rasa dihargai,” ujarnya.
Tambah Alyah, meskipun terpaksa bersaing dengan 13 lagipenyanyihebat tempatan, sasaran menjadi juara tidak pernah terlintasdalamfikirannya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.4.jpg)
| KEMUNCULAN di AJL 24 adalah pengiktrafan untuk Alyah selepas 10 tahun berjuang dalam bidang seni.
| Baginya cukuplah jika orang mengenali siapa Alyah dan menghargai lagu yang dibawanya.
“Saya tidak terlalu memikirkan AJL sebuah pertandingankeranabimbang akan memberi tekanan pada diri. Apa yang pasti saya akanberikejutan kepada penonton pada malam AJL nanti.
“Selain itu saya mengambil kesempatan ini untukmemperkenalkandiri, kerana masih ramai yang hanya mengenali lagu tetapitidakmengenali saya. Bagi saya AJL platform yang baik untuk orangbaruseperti saya,” tuturnya merendah diri.
Mengenai persoalan ramai peserta lelaki yang mendominasi AJLkaliini Alyah mengatakan egonya langsung tidak tercabar langsungdengansituasi itu kerana menganggap semua yang berjaya ke peringkatakhirmempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Ini pertandingan dan yang menilainya adalah pihak juri. Semua dinilai dengan adil. Menang, kalah memang adat pertandingan.
“Saya berbangga dapat melangkah ke peringkat akhir keranaAJLmemang ditunggu orang ramai setiap tahun. Penyanyi yang terlibatsemuadikenali ramai, jadi saya harus buktikan yang saya juga layakuntukdiiktiraf sebagai penyanyi yang berkebolehan,” bicaranya.
Yuna
Yuna
Lagu: Dan Sebenarnya
Komposer/Lirik: Yuna
BUAT gadis berusia 23 tahun ini, perasaan gementar
menyelubungi diri sementelah dia antara penyanyi baru yangbuatpertama kali berdiri di pentas AJL. Malahan, dia langsungtidakmenyangka lagu yang dicipta secara suka-suka terpilih sehinggafinalAJL 24 yang dianggap cukup tinggi nilainya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.5.jpg)
| YUNA mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri.
| “Memang saya tidak sangka langsung lagu ciptaan saya akan
masuk sehingga ke tahap ini. Dapat masuk ke final saya berjanji akan buat yang terbaik untuk memuaskan hati penonton
yang menonton AJL,” ujarnya.
Berbicara tentang perbezaan ketara jumlah peserta lelaki
dan wanita dalam AJL kali ini, Yuna tidak menggangap
ia satu beban ataupun halangan untuknya.
“Semua orang ada kelebihan masing-masing, saya berharaporangtidak lihat kami berempat sebagai wanita di atas pentassebaliknyamelihat bagaimana kami menyampaikan muzik masing-masing,”tuturnyasambil berkata lagu Bencinta dendangan Faizal Tahirberkemungkinanbesar menjadi juara AJL kali ini. |
|