CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honam

PROPERTIES AREA BANGI&KAJANG v2

  [Copy link]
Post time 10-12-2010 10:16 AM | Show all posts
Mutiara Goodyear bangun Nadayu

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
[email protected]

PETALING JAYA 9 Dis. - Mutiara Goodyear Development Bhd. (Mutiara Goodyear) melancarkan pembangunan kediaman terbarunya di bawah jenama Nadayu yang dikenali sebagai Nadayu 92 di Kajang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM 230 juta.

Nadayu 92 merupakan pembangunan pegangan bebas terletak di tanah berkeluasan 27.44 hektar di kawasan matang Kajang.

Pelancaran pada hari ini adalah bagi fasa satu yang meliputi 77 buah rumah teres dua tingkat, 22 buah rumah teres dua setengah tingkat dan 20 buah rumah teres tiga tingkat.

Pengerusi Eksekutifnya, Hamidon Abdullah berkata, pembangunan Nadayu 92 ini disasarkan kepada kelas pertengahan dengan keluarga sedang berkembang dengan anak- anak yang masih muda.

''Harga rumah yang ditawarkan adalah mampu milik dengan harga permulaan sekitar RM420,000 untuk memiliki rumah yang selamat, bersih dan mempunyai ruang yang luas.

''Kami juga ingin memastikan selepas selesai pembinaan kediaman ini, syarikat yang bakal menguruskannya pada masa hadapan dapat memenuhi piawaian Mutiara Goodyear dalam menyediakan komuniti kepada suasana selamat, bersih dan mesra alam,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media pelancaran Nadayu 92 di sini hari ini.

Tambah Hamidon, konsep yang diperkenalkan Mutiara Goodyear bagi pembangunan kediaman ini adalah baru dengan menafsirkan semula ruang dalaman termasuk dengan menggunakan cahaya matahari dan ventilasi.

''Dalam usaha untuk mengekalkan suasana mesra alam, kami turut menggunakan elemen hijau dengan tujuan meminimumkan penggunaan tenaga dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos kepada pembeli,'' jelasnya.

Hamidon berkata, buat masa ini, mereka merancang untuk membangunkan projek kediaman itu dalam tiga fasa dan sekiranya sambutan menggalakkan ia akan ditambah menjadikan empat fasa kesemuanya.

Pembangunan untuk fasa satu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan.

Tempahan boleh mula dibuat pada 11 Disember ini di bilik pameran syarikat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 12:00 PM | Show all posts
kawasan perumahan saya-desa pinggiran putra..
landskap, entrance cam ampeh...
tak menarik langsung ...
pnut Post at 2-11-2010 15:28


kalau ada semi-d setingkat yg harga bawah 300K pm lah twin. Twin check kat m udah...dia org letak paling murah 330K. kalau dapat 28k pun kira ok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 10:19 AM | Show all posts
Reply 462# hermione_twin


    kak umah apa yg 28k tu kak? ke typo error?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 01:32 PM | Show all posts
Reply  hermione_twin


    kak umah apa yg 28k tu kak? ke typo error?
SANKURIANG Post at 14-12-2010 10:19



    aisey typo la pulak ni lah bahana masuk forum time opis..screen semua kena kecikkan..heheh

280k ye..harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 12:08 PM | Show all posts
Location         Taman Nadayu 92, Kajang, Selangor
Price         RM 433,000 – 1,073,864
Built-up         2,116 – 3,890 s.f.

    * 2 Storey Terrace House 22X65 Built-up from 2,116 sq.ft. Total 77 units
    * 2.5 Storey Terrace House 22X70 Built-up from 2,500 sq.ft. Total 22 units
    * 3 Storey Terrace House 25X75 Built-up from 3,700 sq.ft. Total 20 units

Total Unit         119
Completion Date         December 2013
Contact No.         03 8723 3737
Project Manager         Mutiara Goodyear Development Sdn Bhd
Active Date         11 December 2010
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:11 PM | Show all posts
Location         Taman Nadayu 92, Kajang, Selangor
Price         RM 433,000 – 1,073,864

pseudo_kl Post at 15-12-2010 12:08


Mak ai mahalnya

Twin baru nampak banner masa balik rumah sejak kelmarin.

House Type : Semi-D 3 Tingkat
Taman Seri Mutiara Bangi

Twin tak nampak detail sangat. Lagi satu dia tak de pulak sebut harga tapi sapa2 yg nak tu try lah call/sms org ni -> 012-2100876

Err tu jer nombor yg twin sempat salin. Yelah ambik nombor masa tgh jem kat Jln Sg Merab tu. Yg twin perasan dia tulis Freehold Rezab Melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2010 03:11 PM | Show all posts
Reply 466# hermione_twin


rujuk post #454 ada gambar rumah tu..
tapi harga tak tau lah berapa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 04:51 PM | Show all posts
Reply  hermione_twin


rujuk post #454 ada gambar rumah tu..
tapi harga tak tau lah berapa..
along3746 Post at 15-12-2010 15:11



    Along..tak sama lah sebab kat banner yg twin nampak tu dia tulis Taman Seri Mutiara Bangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2010 12:59 PM | Show all posts
Along..tak sama lah sebab kat banner yg twin nampak tu dia tulis Taman Seri Mutiara Bangi.
hermione_twin Post at 15-12-2010 16:51



    saya dah call tadi, sama company/pemaju dgn info yg along postkan..harga 750K , Taman seri mutiara bangi.design rumah: Semi D. x da apartment ataupun teres. Mahal giler. Hanya org yang kaya boleh beli. Belakang kajang impian Semi D. Tapi mungkin berbaloi coz kawasan free hold..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 01:02 PM | Show all posts
Kalau nak tengok rumah contoh mungkin 2 atau 3 minggu lagi siaplah tu. Tiap2 hari lalu kat c2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 08:12 PM | Show all posts
ada sape nk jual umah kat garden homes bangi or taman jelok impian?brape harga skrg yee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2010 08:19 PM | Show all posts
ada sape nk jual umah kat garden homes bangi or taman jelok impian?brape harga skrg yee
shamsay Post at 16-12-2010 20:12



   380k, tgk kat mudah.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 02:42 PM | Show all posts
Taman Jelok Impian semi D utk di jual rm650k..
contact sy segera(owner)...
thn dpn rumah naik hg lg,cepat beli suma!!..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 04:44 PM | Show all posts
Sebelah village view.. umah baru 20x60 rm343k, kajang 2 22x75 = 460k, nedayu rm420k.. uhuhuhu
boleh tahan juga rege umah kini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 05:39 PM | Show all posts
Sebelah village view.. umah baru 20x60 rm343k, kajang 2 22x75 = 460k, nedayu rm420k.. uhuhuhu
boleh ...
actza Post at 19-12-2010 16:44


sebelah village view tu freehold ke leasehold, kecik siut 20x60 dengan rega 350k, untung la sapa sapa yang dah beli rumah tahun 2007 dan 2008, 22x75 baru rega 230k
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 05:57 PM | Show all posts
New MRT SG.BULUH - KAJANG dah official..
Naik lagi lah harga rumah pasnie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2010 06:00 PM | Show all posts
New MRT SG.BULUH - KAJANG dah official..
Naik lagi lah harga rumah pasnie..
saujanaimpian Post at 19-12-2010 17:57



   itu pun salah satu faktor kenaikan rumah kat kawasan bangi/kajang ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 09:31 PM | Show all posts
kos bahan binaan semakin mahal,petrol mahal kos transport mahal so rumah pun makin mahal...so belilah sekarang,akan datang lg mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 12:15 AM | Show all posts
Rumah bawah 200k? Kat Bangi kondo leh laa dapat..baru launch Pelangi Condominium 180k..4 tingkat, ada lif, swimming pool.. lokasi kat Sungai Merab..umah tengoknya macam dah siap..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 01:07 PM | Show all posts
MRT.. last station di KTM kajang.. tapi di bahagian jalan reko... tak sampai bangi.... kalau sampai.. menarik lagie rege tanah/rumah kat bangi....

Honam... menurut SA sebelah village view tue Free hold....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.110068 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list