|
LIVERPOOL 3-2 QPR
Ulasan blog liverpoolkita
Kasihan kat QPR. Mereka dah jaringkan 4 gol tapi masih tewas. Memang dari awal sepak mula Liverpool main berkecamuk. Yang bek nampak panik sangat dengan Zamora, itu belum kena buli dengan Benzema dan Ronaldo. Penyerang ada macam kayu, jagan kat peluang yang susah, bola yang cuma kena hulur kaki sambil pejam mata pun sepak kelangit. Pemain tengah tak boleh nak simpan bola dapat sikit nak jolok keatas, macamlah bek QPR susah sangat nak jaga Balotelli yang dah macam kerbau balau, malas nak mampus.
Rupanya Liverpool baru bangun tidur pada separuh kedua. Itupun dapat hadiah gol dari Richard Dunne. Namun kita perlu juga tabik GlenJo yang tukar fikiran dari nak hantar kat Balotelli dan buat keputusan bijak hantar kat Dunne yang nampak lebih yakin untuk jaringkan gol. Saya sendiri macam tak percaya yang gol datang dari sumber lawan. Berbanding separuh pertama Dunne dan Caulker nampak sangat stedi dan gagah, tetapi mereka terlampau hilang punca dan terlalu nampak nak menang, maka yang kat bawah pun main sambil lewa.
Zamora memang duri dalam daging buat Lovren dan Skrtel. Tapi dia ada lagi bagus rupanya dari keluar. Pengganti beliau Eduardo Vargas bukan pemain taraf kampung. Dia penyerang utama pasukan kebangsaan Chile dan hampir dinobatkan pemain terbaikAmerika Latin musim 2011, tewas kepada Neymar yang memang lagi pawer ketika itu. Untuk gol penyamaan QPR, Vargas yang memulakan serangan mengcedok bola ketangah, namun ditanduk Lovren tersasar kearah Autin yang menanduk kembali kepda Vargas yang dibiarkan Enrique masuk sambil melalukan rembatan terbang untuk memberikan Loftus Road kembali berbunyi.
Jika QPR ada Vargas, Liverpool ada penyelamat yakni Coutinho. Siapa tengok perlawanan Brazil-Japan tahu bahaya yang Coutinho bawa jika ada penyerang hebat didepan beliau. Tetapi dengan adanya Balotelli, terpaksalah kena usaha sendiri untuk buat gol. Hantaran Henderosn mencari Countiho disayap kiri. Dia masuk kedalam melepasi seorang demi seoarang pemain QPR dan melakukan sepakan lencong rendah melangkaui jangkauan goli QPR yang macam terlindung oleh bek beliau sendiri. Perasaan sedih semasa penyamaan Vargas, dah bertukar jadi jeritan kuat sampai bangun member yang tengok Kedah lawan Pahang.
Drama tak berakhir dengan gembira begitu sahaja buat kita. Giliran peminta QPR kembali bersorak dan Liverpool jadi tensen kembali. QPR tak nampak putus asa, mengasak dan menyerang kerana meerka tahu bek Liverpool agak hambar.Sepakan percuma Fer mensasarkan bahagian depan tetapi bek Liverpool dok meramaikan majlis di bahagian tengah dan belakang. Vargas berada dalam situasi yang terbaik menerima hantaran Fer dan menanduk kearah pintu gol. Memang Allen bagus jaga dekat tiang tetapi dah jadi macam tiang tu juga tak reti nak tepis bola.
Dalam ramai dah macam nak putus asa dan pasrah dengan 2-2. Pemain Liverpool tak mudah putus asa. Coutinho memulakan seranga-balas dengan melakukan hantaran pantas kepada Sterling yang membuat larian pantas disebelah sayap. Dia pun buat macam Glenjo dengan mencari bek QPR sebagai sasaran bukannya Balotelli. Hasilnya Dunne tak keseorangan menjadi penjaring gol sendiri, Caulker tak mahu kalah dengan rakan pertahanannya, menghadiahkan 3 mata kepada Liverpool untuk keputusan akhir 3-2.
Kalau siapa yang tak tengok drama 3-2 ini dari awal hingga tiupan wisel penamat, pasti tak tahu betapa seronoknya beremosi sepanjang menonton persembahan klasik ini. Saya yakin Brendan akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pemain, namun yang pasti dia dia tiada pilihan dibahagian serangan. Sturridge sambung cuti sakit lagi beberapa minggu. Balotelli memang jauh dari apa yang kita sangkakan. Lambert seperti juga Balotelli tetapi tidak diberi peluang untuk masuk. Hanya januari sahaja pilihan untuk memperkasakan serangan, itupun jangan haraplah nak dapat pemain bagus kecuali kena jual Borini dulu.
Kredit kepada Mignolet yang mampu menyelamatkan beberapa percubaan bahaya QPR. Walaupun rakan pertahanan selalu buat badut, namun Mignolet ada peningkata mendadak dari beberapa perlawanan sebelum ini. Mungkin setelah dengar Valdes akan datang rampas posisi beliau,, barulah nak bagi persembahan terbaik. Saya rasa Brendan perlu tegas sikit dengan pertahanan kita yang perlu perbaiki persembahan. Lovren masih yo-yo dan kalau Sakho pulih saya rasa dia lebih layak bergandingan dengan Skrtel.
|
|