CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coway_daddy

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

[Copy link]
 Author| Post time 10-10-2014 08:29 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 10-10-2014 02:00 AM
"Dan tidak Kami utuskan kamu (Sayyiduna Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekalian alam" Surah Al ...

Cik @lavendernovella, saya percaya bukan ini maksud Tuan @Dzulqarnain tu. Kita tunggu respons beliau yang seterusnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2014 08:43 AM | Show all posts
mirian1110 posted on 12-7-2014 10:53 PM
jadi jin nie pun ada pekerjaan jugak ye... maksudnya jin yang ketuai saintis tu bukan jin sebarang , ...

Setiap pekerjaan itu ibadah. Ia dikira ibadah kerana rezeki yang diperoleh daripada pekerjaan akan digunakan untuk menyara diri dan keluarga. Jin-jin Islam begitu memahaminya, jadi mereka tidak menganggur atau hanya mengharapkan bantuan BR1J (Bantuan Rakyat 1Jin) daripada pemerintah. Seperti yang pernah saya nyatakan, bidang dan pengkhususan pekerjaan dalam kalangan jin jauh lebih rencam daripada pekerjaan manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 08:47 AM | Show all posts
anaktoyol posted on 13-7-2014 01:37 AM
Jin tertua yg aku pernah jumpa ialah jin samsudin

Jin ini belum cukup tua. Dalam alam jin, umur 60-70-80 tahun ialah usia bayi mereka yang masih menyusu badan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah berinteraksi ngn 2 ekor jin yg diantar utk wat jahat kt aku n family.. satu tuh 500 thn satu lg 600 thn.. yg perawat aku tuh bgtau dia penah berkomunikasi ngn jin yg berusia ribuan thn dan penah dpt anugerah drpd firaun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 04:31 PM | Show all posts
zetty1978 posted on 12-10-2014 01:01 PM
Aku penah berinteraksi ngn 2 ekor jin yg diantar utk wat jahat kt aku n family.. satu tuh 500 thn sa ...

Tidak mengejutkan dan logik kisah Cik Puan @zetty1978 tu. Saya akui kebenarannya. Syaitan terbaik akan memperoleh pelbagai gelaran dan anugerah terutama setelah berjaya menceraikan hubungan seorang suami dengan isterinya. Itu kejayaan terbesar mereka. Bukan Fir'aun sahaja menyenanginya, malah 'Azazil cukup bangga dengan kejayaan anak-anak buahnya yang dapat meruntuhkan sesebuah rumahtangga manusia.
Last edited by coway_daddy on 12-10-2014 04:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 04:53 PM | Show all posts
MANSTIR posted on 7-8-2014 09:53 AM
salam,

berabad dah org tahu mengenai ini. non sense klu budak sekolah menengah pun tak tahu!

Tuan @MANSTIR dan Cik Puan @ilahkhatibrani memaksudkan dua perkara yang berlainan. Saya faham kedua-dua keadaan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2014 04:58 PM | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 8-8-2014 10:58 AM
oh....begitu..hmmm pengalaman saya pula..saya sukar hendak menjinakkan jin yg bermukah dengan manu ...

Kes jin bermukah dengan manusia ni ada teknik yang istimewa untuk menguruskannya Cik Puan @ilahkhatibrani. Jangan lupa ingatkan dia bermula daripada ayat 102 surah al-Baqarah. Tak terlawan dia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 05:15 PM | Show all posts
Paling tua pernah jumpa 250 000 tahun. Pernah jumpa 1500 tahun bersayap.. Biasa jumpa 700-800 tahun... Yang dalam jagaan kawan ni, masih belum diketahui umurnya sebab sering berdolak dalih.. tapi rasanya tak kurang dari 10 000 tahun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2014 07:59 PM | Show all posts
tinbeskut posted on 12-10-2014 05:15 PM
Paling tua pernah jumpa 250 000 tahun. Pernah jumpa 1500 tahun bersayap.. Biasa jumpa 700-800 tahun. ...

Pasti ada kisah menariknya, bukan begitu Tuan @tinbeskut? Kongsilah dengan kami di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 12:54 AM | Show all posts
bayi2 lelaki "mereka" dilatih menggunakan parachut (Hang Glider) terjun dari gunung ganang.
yang bayi2 perempuan pula dilatih membina peralatan super duper high tech.

saya lihat dalam mimpi.


Last edited by lavendernovella on 17-10-2014 02:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 03:50 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 12-10-2014 07:59 PM
Pasti ada kisah menariknya, bukan begitu Tuan @tinbeskut? Kongsilah dengan kami di sini.

Nak kata menarik tu, tak taulah sebab perkara ni semuanya susah diterima logik akal bagi mereka yang tidak mengalaminya. Kawan hanya bercerita pada rakan-rakan terdekat dan kepada mereka yang pernah mengalami situasi ini. Dan kawan rasa tuan @coway_daddy lebih maklum kerana anugerah ini hanya baru 2 bulan kawan sedari. Kebiasaannya 700-800 tahun ni jenis jin liar yang suka merasuk ataupun jin sihir.

Kawan sangat bersetuju dengan kaedah tuan kerana jin-jin ini tidak perlu disakiti. Pujuk mereka dengan cara yang elok, jika boleh islamkan, islamkan mereka. Mereka juga makhluk Allah. Malah adakalanya kawan kesian kepada mereka kerana dihantar untuk menyihir orang sedangkan mereka sendiri tidak rela. Oleh kerana kebolehan ini kawan dapat secara ilham bukan mimpi bukan belajar, jadi cara yang kawan gunakan tidaklah seperti tuan. Sebab itu, adakalanya alam sana akan bising kerana kawan terlalu kejam.


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:01 AM | Show all posts
coway_daddy posted on 9-10-2014 06:21 PM
Memang tiada, apapun mohon diperincikan soalan Tuan @Dzulqarnain ini, saya kurang faham maksud seb ...

Yg dijinak tu bknlah jin...dan sedara percaya bulat2 umur yg diberitakan?
Siapa plk yg mengesah-benarkannya?
- musykil sgt


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:07 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 10-10-2014 02:00 AM
"Dan tidak Kami utuskan kamu (Sayyiduna Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekalian alam" Surah Al ...

Jika saudara/i bijak bestari, berapa ekor jin yg rasulullah s.a.w. berbai'ah dgnnya di bawah pohon Samurah (48:18)?
- juga umur setiapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 08:28 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-10-2014 12:01 AM
Yg dijinak tu bknlah jin...dan sedara percaya bulat2 umur yg diberitakan?
Siapa plk yg mengesah- ...

Betul jugak tu.. jin kaki penipu... jin menipu manusia sebab manusia bukan boleh nampak dia pun (kecuali yg diizin Allah).. takkan dia akan bercakap dgn benar tentang umurnya pula...

Tetapi tuan @Dzulqarnain, jika yg di "jinak" kan itu bukan jin, apakah yg dijinakkan tu? Last edited by k_a_a on 14-10-2014 08:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 06:41 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 13-10-2014 12:54 AM
bayi2 lelaki "mereka" dilatih menggunakan parachut terjun dari gunung ganang.
yang bayi2 perempuan  ...

Alam jin diciptakan Allah lebih awal daripada alam manusia, sekurang-kurangnya seribu tahun lebih dahulu. Secara logiknya pun, teknologi jin sudah pasti lebih advance daripada kita bagi mengimbangi keperluan kehidupan dan pembangunan mereka.
Last edited by coway_daddy on 15-10-2014 06:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 06:49 AM | Show all posts
k_a_a posted on 14-10-2014 08:28 AM
Betul jugak tu.. jin kaki penipu... jin menipu manusia sebab manusia bukan boleh nampak dia pun (k ...

Bukan semua jin adalah penipu. Jin Mukmin terutamanya, mereka makhluk Allah yang shalih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2014 06:52 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-10-2014 12:01 AM
Yg dijinak tu bknlah jin...dan sedara percaya bulat2 umur yg diberitakan?
Siapa plk yg mengesah- ...

Jika bukan jin, siapa mereka pada pandangan Tuan? Penentuan umur jin bukan semata-mata datang daripada dakwaan jin tersebut, ada satu proses khusus yang bukan diketahui oleh semua orang tentang cara pengesahannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 07:31 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-10-2014 12:07 AM
Jika saudara/i bijak bestari, berapa ekor jin yg rasulullah s.a.w. berbai'ah dgnnya di bawah pohon ...

Tuan berilah jawapannya sebagai ilmu kepada kami semua di sini. Saya belum pernah berjumpa kumpulan jin yang Tuan nyatakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 07:36 AM | Show all posts
tinbeskut posted on 13-10-2014 03:50 PM
Nak kata menarik tu, tak taulah sebab perkara ni semuanya susah diterima logik akal bagi mereka ya ...

Syabas Tuan! Kini bertambah seorang lagi ahli dalam masyarakat yang boleh membantu di kala pertolongan diperlukan. Dalam alam jin, ada dua senarai bagi perawat dalam kalangan manusia; senarai putih (whitelist) dan senarai hitam (blacklist). Perawat yang mengutamakan kaedah dakwah dan diplomasi berada dalam senarai putih. Kedua-dua senarai ini sentiasa terpapar dan terpampang di media-media massa mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 12:16 AM | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 22-9-2014 03:32 PM
maksud Tuan Bunuh ...tetapi kalau rela tiada rawatan.....haihhh ..saya sudah dapat jawapannya....
...

Sekadar ingin berkongsi dengan Puan @ilahkhatibrani , kebanyakan kes kehilangan bayi dalam kandungan ini melibatkan bunian (jin yang suka memakai rupa manusia .. mengikut pemahaman saya). Puan boleh cuba mengesan asal usul jin tersebut dan berjumpa dengan raja/ketua/pemimpin mereka dan maklumkan perkara yang dilakukan oleh rakyatnya. Minta dia menyelesaikan (sebenarnya bukan minta tapi arahkan). Saya pernah berhadapan sekali dengan perkara ini dan ianya ada sangkut paut dengan perjanjian di antara jin-jin tersebut dengan manusia. Tapi oleh kerana saya ini tidak berpengalaman seperti puan dan TT, saya menggunakan cara yang agak kasar menyebabkan saya gagal dalam ujian kesabaran.

Mengikut pengalaman saya sendiri, mereka memulangkan bayi tersebut tetapi tidak dizahirkan kerana sudah terlalu lama di alam mereka. Jadi saya meminta mereka mengambilnya kembali dan memberitahu kanak-kanak tersebut siapa ibu bapanya bila dia sudah faham. Dan saya meminta agar semua perjanjian dibatalkan dan jangan lagi berlaku kecurian bayi pada ibu malang tersebut. Semua di bumi, di langit dan di antara keduanya adalah hak Allah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.121172 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list