|
[Tempatan]
Petrol RON 95 dan diesel akan naik 20 sen
[Copy link]
|
|
highcastle posted on 2-10-2014 09:53 PM
Itulah.. macai lebih pikirkan kalau minyak naik kenapa tak nak naik motor atau kenderaan awam. Wal ...
takpaa .. dah tentu ada alternatif laen .
kita beralih laa kpd produk yg lebih murah misalnya .
kalau dan terbiasa minum milo .. beralih kepada teh .
dan kalau naik gak teh .. cuba tea o .
dan naik jugak tea o ..
kita bedal air paipp .
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku sokong bila barang naikk .
ini makna ekonomi kita jugakk naikkk .
|
|
|
|
|
|
|
|
macai cuma insaf sekejap time minyak naik ni je. bile nak pru nanti BN mainkan isu perkauman sikit...koyan2 pakat undi BN.kakiah nasihatkan x perlu bagi BRIM utk pancing undi...mainkan isu perkauman je dah boleh menang. so kenape membazir??? |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku pelik pemimpin ni duk ganggu subsidi rakyat, yg depa tu kehullu kehilir shoping guna private jet ke usa boli golang omeh, rantai, sepatutnya depa punya kesenangan potong utk rakyat
rakyat didahulukan sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.
1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.
2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.
3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.
4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.
5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.
6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.
7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.
8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.
9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.
10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.
11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.
12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.
(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)
..........
Bagi mereka yang hati nye telah tertutup dengan daun-daun KETUM
agak payah nak menerima pernyataan ni..
walahuaklam.. |
|
|
|
|
|
|
|
No reason to raise petrol price when crude oil price is at a 3-year low – Chong Zhemin
Published: 1 October 2014
Barisan Nasional has decided to increase the petrol prices at a time when the people are suffering from rising cost of living. This is not only a betrayal to the people's trust but also a huge burden to the people.
And this is done when the international oil price has fallen to the lowest in nearly three years,
Yesterday, India and United Kingdom announced a reduction in petrol prices, making the petrol hike in Malaysia all the more ironic.
India announced a drop in petrol price by 65 paise (4 sen). United Kingdom has also reduce the petrol prices by 5 pence (27 sen). So, there is absolutely no reason for Najib administration to increase the petrol price when countries around the world are reducing petrol prices.
Although Deputy Finance Minister Ahmad Maslan has denied the decision to impose GST on petrol has been finalised, based on a conversation I had with a customs department officer, petrol is not included in the GST exempt list. Hence there is a huge chance that GST will be imposed on petrol.
Imposing GST on petrol will raise the petrol price to RM2.44 after the 6% GST, this would mean a 34 sen of price hike compare to before the price increase. This is double whammy to the people.
I urged Najib to immediately retract the decision for petrol price hike, and immediately announce a price reduction of petrol in line with the current internation oil price which is declining. This is the best time for Najib to prove that he is sincere in fulfilling BN first promise in the 13th General Election manifesto, easing the cost of living. – October 1, 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang gaji sebulan RM50,000, RM30,000, RM20, 000 dapat subsidi minyak sama dengan yang gaji RM3, 000, RM1, 000 atau RM800.
Lebih baik kurangkan subsidi minyak....yang gaji tinggi2 biar bayar mahal...hasil kutipan kenaikan harga minyak, salur balik pada yang berpendapatan rendah....itu baru namanya Rasionalisasi Subsidi....Konsep sedekah sebenar, yang senang bantu yang susah...... |
|
|
|
|
|
|
|
BN dan Pakatan selar harga RON95 naik ketika harga minyak dunia turun
Tindakan Putrajaya mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman kedua-dua pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.
Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah mengurangkan subsidi sekaligus menaikkan harga runcit jualan bahan api itu dilakukan dalam keadaan tidak masuk akal kerana harga minyak dunia mengalami penurunan sejak empat tahun lepas.
"Kita kesal dan kecewa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak runcit dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
"Semalam harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada Julai AS$103 setong. Dan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, penurunan harga minyak dunia seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia, namun sebaliknya berlaku di Malaysia.
"Di Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia berikan berita sedih kerana kerajaan terus naikkan harga minyak.
"Sedangkan kerajaan sering berhujah harga minyak naik kerana harga pasaran minyak dunia yang naik tetapi harga turun," katanya sambil menambah tindakan kerajaan itu menimbulkan persoalan yang besar.
Beliau turut mempersoalkan kualiti minyak Malaysia yang pada pandangannya rendah kualitinya berbanding standarad antarabangsa.
"Kalau kerajaan bercakap standard dunia negara pertama, diesel mesti capai Euro 5, kita baru capai Euro 2. Kerajaan jual minyak mutu rendah dengan harga tinggi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap kenaikan kos bahan api itu adalah "hadiah" buat rakyat Malaysia.
Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel itu katanya adalah kesan sampingan terbaru akibat sikap kerajaan persekutuan yang tidak mengambil berat kebajikan rakyat dan kegagalannya mengurus ekonomi negara.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengangkutan awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar.
"Apatah lagi, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.
Nik Nazmi berkata, kerajaan Umno dan BN dilihat lebih rela menyakiti mereka yang lemah dan tidak berkemampuan berbanding menyusahkan mereka yang kaya dan mempunyai hubungan dengan orang penting.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam laman Facebook miliknya berkata, kerajaan United Kingdom dan India menurunkan harga minyak mereka sejak minggu lalu ekoran penurunan harga minyak dunia, namun tidak di Malaysia.
Menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low kerana didakwa gagal menguruskan integriti dan membanteras rasuah di kalangan kerajaan, Lim berkata daripada menaikkan harga minyak, Putrajaya harus fokus kepada pembasmian rasuah secara serius.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup.
"Walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.
"Harap para penasihat seperti Pemandu dan Datuk Seri Idris Jala lebih sensitif dan dapat menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan," katanya.
Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran pula berkata, walaupun kerajaan BN mengatakan ia akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan itu hanya sekali setahun sahaja dan tidak akan membantu isirumah untuk jangka masa panjang.
"Kenaikan ini akan menyebabkan reaksi berantai di mana harga barang keperluan dan perkhidmatan juga akan turut naik. Ia akan pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan gologan miskin yang paling merasa penangannya," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, ia juga mungkin menjejaskan sokongan rakyat kepada BN terutamanya di kalangan berpendapatan rendah yang tinggal di desa dan bandar. – 2 Oktober, 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuel hike is ‘minimal’, stay positive for Budget, says minister
The fuel price hike of 20 sen per litre is "minimal" and "not a burden", Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek said, in defending Putrajaya's move to raise prices a year after the last increase and in the run-up to presenting the national budget next week.
He said people should "stay positive" and wait for Budget 2015 when it is tabled in Parliament next week to see what incentives Putrajaya would provide to lighten their burden.
“If we do a calculation, the increment is minimal. If there is going to be an impact (on inflation), it will be minimal,” he was quoted as saying by Bernama.
“So we ask that the people stay patient and see the hike positively. Besides that, wait for the Budget to be tabled because the prime minister will announce several measures to reduce the rakyat’s burden," Hasan told reporters after launching the Malaysian Intellectual Property Award today.
He said Malaysians should be patient and view the hike positively as it will be offset by the budget, which Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will table next week.
Some of these measures are an increase in the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) handouts, school aid, housing subsidies and tax incentives.
He said the government had taken into account the people’s sufferings when it decided to raise the RON95 and diesel price by 20 sen starting today, Bernama reported him as saying.
However, Hasan was unable to confirm that Putrajaya would cease to slash petrol subsidies in the future, saying that it depended on the economy.
He also refused to reveal whether or not petrol and diesel would also come under the Goods and Services Tax (GST), which would be carried out next April.
“We want to reduce leakages and smuggling by irresponsible quarters. It is not our intention to burden the rakyat, on the contrary we want to strengthen the country’s finances so that by 2020, we are able to reduce the country’s deficit to zero,” said Hasan.
He added that the subsidy slashes would allow the government to save more and channel the funds to programmes and infrastructure that would benefit the people.
Yesterday evening, the Domestic Trade, Consumer Affairs and Cooperatives Ministry announced motorists will have to pay 20 sen more per litre of RON95 petrol and diesel from today.
RON95 will now cost RM2.30 per litre, up from RM2.10, while diesel will be RM2.20, an increase from RM2 previously.
The last time Putrajaya slashed fuel subsidies was on September 2 last year. Economists have hailed the subsidy cuts as the right move to address government debt. – October 2, 2014
- |
|
|
|
|
|
|
|
atau mungkin kerajaan buleh mempraktikan
sistem pembelian dgn kad . makna sesiapa yg layak
mendapat subsidi , depa diberikan kad . dan tak perlu
lagi bangla2 stesyen minyak tu nak perati kereta mewah atau tidak ,
atau kereta luar atau tidak . kerana walaupun subsidi ini tidak byk mana ..
tetapi jelas membabitkan angka yg besar .
|
|
|
|
|
|
|
|
so kesimpulannya , kurangkan subsidi minyak supaya duit subsidi tu boleh disalurkan untuk bayaran BRIM, untuk golongan sasaran yang berhak sahaja dapat subsidi.
kenapa tak ikut cara Iran, guna smart card sahaja, nak isi minyak guna smart card untuk dapat harga subsidi, sambil tu pembelian direkodkan untuk menghalang salah guna seperti penjualan balik atau penyeludupan. Bila dah guna dalam bulan tu sampai had, 400 liter contohnya, dia dah tak layak lagi dapat subsidi, kena beli harga sama dengan golongan yang tak layak dapat subsidi. so golongan sasaran berjaya dapat subsidi dan tak perlu susah susah buat bayaran BRIM bagai...tak perlu tukar tukar kadar subsidi. tak ada chain reaction harga barang naik.
atau tujuan bagi BRIM tu hanya sebagai umpan, then lain cerita la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga minyak dunia jatuh paras terendah
Harga minyak dunia merekodkan paras terendah dalam tempoh 27 bulan kepada AS$93 setong, hari ini apabila harga rasmi komoditi itu diturunkan oleh pengeluar utama, Arab Saudi.
Selain itu, penurunan harga minyak juga disebabkan oleh kejatuhan saham Eropah berikutan para pelabur mengambil sikap menunggu sama ada pelan pembelian aset oleh Ketua Bank Pusat Eropah (CEB), Mario Draghi mampu menyuntik keyakinan kepada ekonomi zon tersebut.
Pemotongan harga jualan rasmi secara besar-besaran oleh Saudi Aramco kepada pelanggan Asia semalam telah menjadi satu petunjuk jelas bahawa pengeksport minyak terbesar dunia itu cuba untuk bersaing dalam penguasaan pasaran minyak mentah.
“Ini merupakan satu perubahan struktur di dalam pasaran minyak yang mana Arab Saudi dengan jelas menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bersaing dari segi harga.
"Saya rasa harga Brent akan jatuh di bawah paras AS$88 sebelum ia mencapai paras terendah,” demikian menurut Ketua Penganalisa Komoditi SEB di Oslo, Bjarne Schieldrop.
Harga Brent bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.30 kepada AS$92.86, terendah sejak Jun 2012.
Manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.10 kepada AS$89.63 setong, paras terendah dalam tempoh 17 bulan.
Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan sektor pengilangan Eropah dan China terus lemah.
Dalam pada itu, Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan bermesyuarat bulan depan dijangka mengurangkan pengeluaran disebabkan oleh penurunan harga minyak.
Biarpun para penganalisis meramalkan OPEC akan melakukan penyesuaian terhadap pengeluaran minyak daripada sasaran awal iaitu 30 juta tong sehari pada 2015, namun ia masih tidak mencukupi bagi kumpulan tersebut untuk memaksa harga minyak naik semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 posted on 2-10-2014 11:00 PM
so kesimpulannya , kurangkan subsidi minyak supaya duit subsidi tu boleh disalurkan untuk bayaran BR ...
sgt setuju dgn yg nie...
cuma kene diperhalusi betol2 supaya xder penipuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemikiran ahli politik Msia masih ditakuk lama.
Duit berbilion2 dr subsidi patutnya boleh dijanakan Y dan disalurkan kpd rakyat.
Bukannya dok tambah BR1M.
Semuanya ada agenda politik dan kroni. |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 posted on 2-10-2014 08:58 PM
dia terlupa nak letak la.....
1. UAE: RM1.22
tu yg aku pelik...minyak kat arab mahal apenyerrr...lg murah ade laaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
dcruins posted on 2-10-2014 10:50 PM
Bersedialah dengan harga petrol mengikut harga pasaran dunia seperti negara2 maju lain,dah dekat san ...
mgkin harga trun tapi di mesia xtrun
or tahun 2015 3 kali harga minyak dunia naik... peniaga ikut sama naik harga brg... harga trun haram jadahla harga brg trun jga
peel peniaga malesia |
|
|
|
|
|
|
| |
|