eleh korang, entah-entah kalau korang yang berada di tempat myvi hitam tu, bukan takat barang mak, barang bapak, nenek atuk jiran tetangga pun keluar agaknya. Tengok posting dalam sosial media dah tau
Taxi driver yang cari pasal..himpit2 kete girls tu..pas tu serang the girls...memang patut derang mengamuk..
memang padan taxi driver road bully tu..
tapi the girls tak perlu mencarut lah..kan nampak tak manis..
Nasihat dan pengalaman i bila bergaduh terutama di hadapan orang..
Pikir dulu sebelum cakap..jangan guna kata2 kesat atau meroyan...
fikir logik dan fakta.
Sebab bila orang mencarut sungguh tak classy.
Post time 2-4-2015 06:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by MissMamamia75 at 2-4-2015 06:39 AM
Dipetik dr http://www.thereadingmore.com/2015/04/kisah-sebenar-dari-penceritaan-pemandu-teksi.html
Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je.
Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak.
Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.Habis on-scene punya cerita.Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi.
Darah bercucuran di lantai balai polis.Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.Demikian penjelasan dari individu bernama Hurairah bagi sebelah pihak pemandu teksi terbabit.Polis sedang menyiasat insiden terbabit dan mengesahkan telah menerima laporan kedua-dua pihak termasuk laporan yang mendakwa bapa gadis berkenaan telah menyerang pemandu teksi itu selain membuat kekecohan di balai.
Bagi kami,kami sukar mempercayai seseorang yang bertutur biadap dengan segala maki hamun dan carutan.Maki hamun pun selamber,menipu pun boleh selamber jugak kan..<--Itukan contoh.Jadi tunggu sahaja keputusan laporan polis.Harap-harap ada saksi yang tampil.
SEMALAM, video rakaman pertengkaran antara sekumpulan gadis dan seorang pemandu teksi telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.
Pada mulanya ramai menyalahkan kelancangan mulut gadis-gadis dalam rakaman terbabit namun selepas beredarnya rakaman video lebih panjang dan laporan polis, rata-rata mula menyalahkan pemandu teksi yang dikatakan terlebih dahulu mengasari salah seorang gadis terbabit.
Cerita yang tersebar menyatakan, punca kejadian itu kerana pemandu teksi enggan memberi laluan kepada kereta Myvi walaupun sudah diberikan isyarat masuk ke kiri, termasuklah dengan menggunakan tangan.
“Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimput kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali,” dakwa Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid.
Jika itu cerita yang dimaklumkan pihak sebelah perempuan, hari ini timbul pula cerita lain, kali ini versi pemandu teksi terbabit.
Seorang individu yang mendakwa dirinya rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi, telah memuatnaik status di laman sosial, memberitahu pemandu teksi terbabit tidak mengaku ada berkasar dengan gadis-gadis tersebut. Berikut petikannya: Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul. Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera. Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam. Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam. Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan. Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami. Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600. Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ. Habis on-scene punya cerita. Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis. Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.
Apa pun, kita serahkan sajalah kes ini untuk disiasat polis memandangkan kedua-dua belah pihak telah pun membuat laporan masing-masing.
Pada masa sama ambillah pengajaran, jangan dibiarkan perasaan marah menguasai diri hingga hilang pertimbangan baik dari segi percakapan mahu pun perbuatan.
Semata-mata kerana material (kereta dan telefon bimbit) tudung tah ke mana.. status haji pun tah ke mana…
- MYNEWSHUB.CC
Bila dah kantoi pembuli jalan raya n melakukan keganasan ke atas wanita, mulalah keluar cerita imamlah......memalukan agama betullah. Tak melakukan sebarang kekerasan kununnya....dah nak kena dakwa pun. Ada saksi bagai.
Kurang-kurang as father n orang yang bertanggungjawab, bapak budak tu mengaku dia hilang sabar di balai polis. ini orang dahlah buat jahat, pastu berlakun as victim siap viralkan video nak aibkan orang. Bial dah kantoi, keluar cerita, cikgulah, imamlah semua.....
ala jadi imam surau tak semestinya baik.... tapi harap dapat polis selesaikan amsalah ni. Lagi satu, mana boleh masuk balai polis pastu suka2 je pukul orang. Ingat Mumbai ke
Ni cerita orang kat ofis yang tak tengok apa jadi. dah ada saksi pun yang tengok apa yg berlaku. sapa yg start dulu. nak membela sangat pembuli jalanraya macam ni. badan jer besar, nama jer tua tapi perangai jahat, pukul prempuan.
PETALING JAYA: A video of a 27-year-old girl allegedly assaulted by a taxi driver at a petrol station at Jalan Persiaran Kayangan in Section 7 Shah Alam has gone viral on social media.
According to Shah Alam police chief ACP Azisman Alias, the incident happened on March 29 and started after an accident between their cars at about 3.30pm.
Azisman added that both the girl and the cabbie lodged police reports at Shah Alam police station and the girl's father who also turned up later at the police station assaulted the taxi driver.
"The taxi driver will be investigated under Section 506 of the Penal Code and under Section 323 of the Penal Code," added Azisman.
During the road rage incident, the girl was with her friends and her uncle.
The images of the girl's injured face also went viral on websites and social media.
Her uncle uploaded the images of the taxi with its registration number on the day itself and it got a stream of criticisms from angry Malaysians.
In the 1.02-minute video, it can seen that a fight between the girl and the taxi driver started when their vehicles grazed.
Voices of people shouting can also be heard in the video.
The girl was later brought to Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang for a medical check-up.
hahahahaaaa.... moral of the story... jgn pandang rendah pada lady driver!!... harap2 satu hari nanti.. kaum wanita akan lebih kreatif utk memerangi peragut pulak....