CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Edisi Confirmed] Selamat Pengantin Madu, Adira!

[Copy link]
Post time 22-12-2015 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
syarida82 replied at 22-12-2015 09:33 AM
ai ingat nikah kat Mesia konon 1st wife mmg setuju..rupernya kat Thailand ..adeh..Adira oi..mcm dah  ...


Maybe adira xnak guna wali bapa agaknya sebab @chazey ada komen tadi yg bapaknya gila duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 10:26 AM | Show all posts
kata Adira diorang kenal tiga minggu jer pastu alasan kawin kat Thailand sebab tak menyempat nak sediakan dokumen tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk status shahrul wish tahniah pd org yg dh kawen tu tuju kat adira eh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Soksek11 at 22-12-2015 10:47 AM

“Sanggup jadi isteri kedua bukan sebab terdesak” – Adira

BY: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Biarpun sedar berita perkahwinannya begitu mengejutkan ramai pihak, namun Adira menyifatkannya sebagai ketentuan Allah SWT yang sudah tertulis dan termaktub dalam perjalanan hidupnya. - Foto TRP/Syahirah Roslan

KUALA LUMPUR, 21 Disember:

Bekas naib juaraAkademi Fantasiamusim kelapan,Siti Adira Suhaimiatau lebih dikenali sebagaiAdira, 24, menafikan dirinya begitu terdesak sehingga sanggup untuk menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 37.

Sebaliknya, kata penyanyi yang masyhur dengan laguKu Ada KamudanOmbak Rinduitu, dia menganggap apa yang berlaku adalah sebagai satu suratan takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz.

Dan jelasnya lagi, sebagai seorang hamba Allah SWT, dia menerimanya dengan penuh terbuka kerana sudah tertulis bahawa dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang disifatkannya penuh jujur meskipun berkenalan dalam waktu yang cukup singkat.

“Saya menolak tentang soal terdesak itu tetapi ini semua aturan yang telah ditetapkanNya. Bukankah jodoh itu rahsia Allah SWT dan inilah perjalanan hidup saya untuk mengakhiri zaman bujang saya.

“Ingin juga saya terangkan di sini bahawa, saya tidak berniat untuk mendiamkan diri atau lari daripada pihak media yang mahukan penjelasan saya selepas berita ini tersebar minggu lalu.

“Tetapi percayalah, banyak hati yang perlu dijaga dan sekarang ini, barulah saya boleh menjelaskannya kepada anda (pihak media),” terang Adira dalam nada yang cukup tenang sewaktu dihubungiThe Rakyat Post, di sini sebentar tadi.

Minggu lalu, industri hiburan digemparkan dengan pengakuan seorang wanita yang memuat naik status di lamanFacebookdengan sekeping gambarnya bersama Adira sambil menyatakan pada mulanya mereka ibarat seperti adik-beradik tetapi kemudiannya berkongsi suami.

Terdahulu, sekitar bulan September lalu, Adira sepatutnya mendirikan rumah tangga bersama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin tetapi tidak kesampaian apabila kedua-dua sepakat untuk mengakhiri ikatan pertunangan mereka secara baik.

Mendirikan rumah tangga kurang daripada sebulan, Adira menyifatkan kehidupannya kini berjalan dengan baik dan lancar selain berazam untuk terus memperbaiki diri dalam menjadi insan yang lebih baik. – Foto TRP/Syahirah Roslan

Menjelaskan lebih lanjut tentang perihal itu, kata bekas calon Vokal Wanita TerbaikAnugerah Industri Muziksebanyak dua kali ini lagi, dia tidak melihat sebarang masalah tentang berita perkahwinannya itu.

Kata Adira lagi, dia bersyukur semuanya berjalan dengan baik terutama apabila mendapat sokongan dan restu daripada kedua ibu bapanya termasuk daripada madunya sendiri.

Apa yang lebih penting kata anak kelahiran Ranau, Sabah itu lagi, adalah kejujuran dan keikhlasan suaminya itu yang mahu memperisterikan dirinya biarpun Adira tahu bahawa dia perlu berkongsi kasih dan kebahagiaan dengan wanita lain.

“Kami hanya bertemu hanya dua kali dan selepas itu, apabila dia melamar saya, tanpa menunggu lama saya menyatakan persetujuan saya. Bagi saya, selepas apa yang saya lalui, saya pernah berkata seandainya ada yang mahu berkahwin dengan saya, memang saya akan bersetuju kerana tidak mahu lagi bercinta begitu lama.

“Salah satu faktor mengapa saya bersetuju adalah kerana kejujurannya dan begitu terbuka dengan kehidupannya. Dalam erti kata lain, dia tidak menipu akan statusnya sebagai suami dan bapa orang,” ujarnya yang enggan memikirkan tentang soal cercaan dan kritikan masyarakat yang barangkali melabelkannya sebagai perampas suami orang.

Sekadar mengusik dirinya yang kini sudah berubah status kepada isteri orang, sambil tertawa kecil, Adira yang kini sedang popular dengan laguKekasih Teragung Duniaitu mengakui selepas berkahwin dalam tempoh kurang daripada sebulan, semuanya berjalan lancar.

Malah, dia juga sedang menyesuaikan diri dengan dunia baharu itu dan berikrar akan cuba untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi bukan sahaja sebagai muslimah tetapi juga isteri yang baik untuk suaminya.

“Saya juga mendapat keizinan suami untuk meneruskan karier saya kerana dia berkata itu adalah mata pencarian dan minat saya. Jadi, sama sekali dia tidak akan menghalang.

“Menyentuh tentang karier seni saya pula, saya masih lagi sedang mengumpul material baharu untuk album kedua selain terus mempromosikan laguKekasih Teragung Dunia,” katanya yang merancang untuk mengadakan kenduri secara kecil-kecilan di kampung halamannya dan juga di Kuala Lumpur seandainya mendapat keizinan daripada suaminya.



Read more:http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/12/21/sanggup-jadi-isteri-kedua-bukan-sebab-terdesak-adira/#ixzz3v0tljgmn

@Syd minta update artikel
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah laaa adira.
Kesian lak kat bini 1st. Org pompuan ni nmpk je diam dan kuat kat luaran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:53 AM | Show all posts
Desperatenya sheolls ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-12-2015 08:27 AM
aha..
sampai gitu sekali.


Memang kimK. Last2 akak dia nikah guna wali hakim.

Tu kot sebab Adira macam takleh hidop tanpa lelaki. Ada isu father kompleks gituh.

Mak dia pun takda menikah dah lepas laki lari tinggalkan dia. Aman2 dok belah pantai timur Sabah dengan bini kedua dan anak2 pak si Adira neh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 22-12-2015 12:16 AM
bapak gilakan pempuan lain? oh my...she supposed to know better.
now dia with bapak org dan membu ...

Yeap.

Tapi Adira sorang jah jadik bini nomot two setakat ni. Kakak2 dia suma first wives club. Ada dua orang kakak dia dah menikoh tak silap aku, dan sorang abang dah menikoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 11:03 AM | Show all posts
beldandy replied at 22-12-2015 10:19 AM
huhuhu...mmg main gila laki bff ko tuh!
tp mmg ada tau kes laki bini sanggup cerai sbb nk kawin d ...

Ada je, kawan aku pun diceraikan lakinya sb lakinya nak kawin dgn kekasih yg bini org. So dua2 couple cerai, kawan aku bela anak2 dia, ex laki bela anak2 tiri je sb sampai skrg bini baru tak beranak2...amikkk! dah elok2 ada anak bini sdiri, skrg dah jadi keje bela anak2 tiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 22-12-2015 11:07 AM
farlis replied at 22-12-2015 09:26 AM
Walaupun bapaknya ada masalah but still masih hidupkan???? Boleh dihubungi kan?? Or mmg blh buat k ...


Masalahnya meka dah buang habis pak tu dari hidup meka.

Kakak dia nikah guna wali hakim under case wali enggan.

Kalau ko ada bapak macam Adira ko rasa layak ka jadi wali ko? Anak sundri nak kawin pun minta bayar. Propah betul jantan camni.

Btw sila husnuzon meka despret nak nikoh kat Siam sebab nak elak proses celop mencelop seblom nikah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 22-12-2015 10:56 AM
Memang kimK. Last2 akak dia nikah guna wali hakim.

Tu kot sebab Adira macam takleh hidop tanpa ...

Bini ketiga chazey yg skrg nie

Bini kedua dah mati tinggal 2 anak... And 2-2 kekadang balik  ke rumah mama adira di kundasang since mak kandung dah xde n ayah pula stay ngan bini baru..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 22-12-2015 11:10 AM
Soksek11 replied at 22-12-2015 11:06 AM
Bini ketiga chazey yg skrg nie

Bini kedua dah mati tinggal 2 anak... And 2-2 kekadang balik  ke ...


Oh ya aku lupa pula yang mak Adira jugaaaaaaaak yang bela anak2 bini kedua pak dia tu (sebab setahu aku mak dan adik beradik Adira ada bagi anak/adik tiri ni duit). Part bini ketiga tu pun.

Kimk punya jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:10 AM | Show all posts
Soksek11 replied at 22-12-2015 02:41 AM
“Sanggup jadi isteri kedua bukan sebab terdesak” – Adira

BY: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

ingatkan menteri mana tadi...sape kasi title dato seri kat dia ni ekk? beli??
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tiramisuu replied at 22-12-2015 09:13 AM
kakak adira ada brapa org? sbb adira bgthu husband ni diperkenalkan oleh kakak dia..tu sebulan ken ...

Ramai meka adik beradik. Aku pun tak tau. Sila tanya fanatik Adira @Soksek11.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Soksek11 replied at 22-12-2015 11:11 AM
Anak perempuan bini kedua apaknya kira menjadi jugak..dah nak jadi Doktor xsilapnya..

Itu maksudnya genetik Pantai Timur ok la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:16 AM | Show all posts
kesiannn..so desperate batang.baru tiga minggu kenal org ajak nikah terus nikah.esok2 cerai katanya inilah perjalanan hidup sana,sudah tertulis di loh mahfuz. muda lagi kot ko adira.bukannya umur 42 nak desperate macam ni sekali.ntah2 org umur 42 pun relaks2 je tak sangap mcm ni...adoi kesian kot bini dia baru beranak kecik.macam takde hati perasaan plak adira.laki tu pulak spesis gatal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 11:18 AM | Show all posts
chinta89 replied at 22-12-2015 10:03 AM
entah kenapa ak rse adira ni mcm xleh idup tanpa cinta.. jenis nk ade jantang dan xleh single.
dan  ...

dengan hafiz dulu tu..bercinta ke tidaK?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
beldandy replied at 22-12-2015 09:33 AM
hmmm...u rasa pompuan yg sanggup jd bini no2 ni fikir ke benda2 remeh gitu?
bini sedia ada sakit  ...

Takdenye.

Meka cuma fikir nak dapat laki tu jah. Bini dia nak mati meroyan ka, anak baru lahir masih merah ka, takdanya depa nak peduli. Yang penting dapat si jantan kekdahnya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:21 AM | Show all posts
wadiunong replied at 21-12-2015 08:45 PM
Reminder utk pompuan2 termasuk diri sendiri, walau suami berduit sekali pon, pompuan2 suma tolongla  ...

setuju..atau kalo x kerja duit yg suami bagi tu simpan dalam asb or tabung haji jgn sentuh langsung bgi die berbuah..yg ni bagi kes isteri yg tpaksa jadi housewife..apepon tahniah adira moga perkahwinan kekal smpai ke jannah ea..kalo sy jadi adira xsangup kot nak bermadu sbb sy xsuka share benda yang saya sayang dgn orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:21 AM | Show all posts
hatikudus replied at 22-12-2015 11:03 AM
Ada je, kawan aku pun diceraikan lakinya sb lakinya nak kawin dgn kekasih yg bini org. So dua2 cou ...

apa maknosie2 yg gitu pikir kan?
yg tak wajib sebok nak bela....yg wajib ko buang2kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.500445 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list