Edited by ipes2 at 28-6-2017 04:01 PM
TIME'S UP!!!
JAWAPAN YG TEPAT IALAH E) PULMONARY EMBOLISM.
Ini adalah kes Pulmonary Embolism (PE) selepas kena blood clot di kaki kiri ie Deep Venous Thrombosis (DVT) yang classic; that woman was brought into the emergency dept of the nearest hospital and survive the resuscitation (she did not go into Cardiac Arrest but was very hypoxic (tak cukup oxygen dalam darah) dan was very unwell dlm spital, hampir dapat brain damage kot rasanya, ingat ingat lupa). Dia memerlukan treatment dengan Warfarin selama 6 bulan, dan setelah sembuh, tetap ada sedikit kerosakan pada lungs nya kerana PE itu, dan kaki kirinya selalu bengkak dan dapat varicose veins kerana kerosakan akibat DVT tadi.
Tempoh seelama 6 minggu atau lebih sikit selepas beranak adalah tempoh dimana darah wanita agak ''pekat'', dan jika wanita wanita ini duduk duduk aje, maka darah dalam veinnya akan jadi static, lalu membeku, menjadi blood clot ie Deep Venous Thrombosis (DVT). DVT ini akan melayang dalam darah lalu dibawa ke paru paru, menjadi PE. Byk jugak outocme PE ini adalah fatal.
Apa yg terjadi disini ialah kerana bladder infectionnya, wanita tadi jadi lemah dan tak mampu utk jadi aktif. Maka darah dalam vein nya jadi static dan dia dapat DVT dalam labu betis kirinya. DVT itu, selepas 2 hari, melayang ke paru parunya membawa kepada PE. Walaupun dia survive, bila kita bagi Warfarin kat dia, mcm mcm berlaku..uterus dia yg masih lagi ''raw'' dari melahirkan anak tu mula berdarah la etc etc.
TIPS: selepas mengandung, kami amat menggalakkan agar ibu ibu cepat cepat aktif (paling lekeh pun, jika terbaring, gerakkan semua jari kaki) dan minum air dgn secukupnya dan elakkan dehydration (ini amat berbeza di kampung2 di malaysia dimana ibu ibu baru digalakkan berehat; amat merbahaya..tu yg byk jadi ''sesak nafas sampai ke tua selepas beranak''..sebenarnya mereka kena PE yg kecik yg mereka tak sedari dan sedikit paru paru rosak sampai selamanya).
|