CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

[Copy link]
 Author| Post time 16-3-2019 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Berhenti berpolitik, kerja!

15 Mar 2019

SHAFIQ TINO
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu ahli politik kerajaan untuk berhenti memberikan alasan dan mula bekerja bagi mengatasi masalah pencemaran yang sedang berlaku di Pasir Gudang, sekarang.

Perkara itu berikutan dakwaan putera sulong Sultan Johor itu yang turut memaklumkan terdapat kimia beracun, Sianida di tubuh kebanyakan mangsa terjejas dalam insiden berkenaan.

“Masih nak berpolitik, masih nak gunakan cybertroopers, ada pula yang nak salahkan pihak istana, cukup-cukup lah berkempen.

“Ini adalah masa untuk bekerja dan menjadi kerajaan, bangun! orang ramai sedang menderita dan ada daripadanya tenat.

"Sianida ditemui pada tubuh kebanyakan mangsa dan ia adalah amat merbahaya,” katanya menerusi laman Twitternya, di sini, hari ini.

Dalam tweet berasingan, Tunku Ismail turut menzahirkan kekecewaan terhadap segelintir pihak yang tidak dapat membezakan keadaan pencemaran dan bencana alam lain.

“Menyedihkan bila ada segelintir pihak yang tidak boleh membezakan banjir dan pencemaran kimia, banjir kita boleh cari lokasi selamat tetapi pencemaran kimia boleh membawa maut.

“Gas berada di dalam udara, sebagai contoh, lima orang di Ulu Tiram dilaporkan terjejas, di Pasir Gudang kawasan yang terjejas adalah 10 kilometer radius,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2019 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
480 mangsa baharu dirawat
Izlaily Nurul Ain Hussein

SUKARELAWAN Jabatan Amal Malaysia memberi bantuan kepada mangsa bencana pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. FOTO Jabatan Amal Malaysia
SERAMAI 480 mangsa baharu pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, dirujuk ke Pusat Saringan Awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), semalam.

Maklumat terbaru itu menjadikan seramai 4,035 individu sudah dirujuk untuk mendapatkan rawatan awal sejak kes pencemaran itu dilaporkan, 7 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, daripada 480 yang dirujuk sehingga jam 3 petang itu, hanya 20 orang sahaja yang dirujuk ke hospital.

“Sehingga jam 3 petang tadi (semalam), seramai 480 mangsa mendapatkan rawatan saringan awal di Stadium Tertutup MPPG.

“Daripada jumlah itu, hanya 20 mangsa dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika sidang media di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah, MPPG, Pasir Gudang, hari ini.

Dr Sahruddin berkata, seramai 73 pesakit yang sebelum ini dirawat di hospital sudah dibenarkan pulang.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya berita tidak sahih dan menegaskan perbuatan menyebarkan berita palsu menjadi kesalahan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Katanya, kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat berhubung insiden pencemaran itu boleh menghubungi talian hotline 07-2522143 atau 07-2532143.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumlah mencecah 4000 lebih dah ni. Apa cita. Kalau betui udara di pasir gudang di tahap normal. Kasi tengok la bacaan ipu

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
TMJ takkan mengomen jer. Mana bantuan TMJ kat bangsa Johor JDT yg tengah tercungap2 kena kimia toh???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 16-3-2019 01:53 AM
TMJ takkan mengomen jer. Mana bantuan TMJ kat bangsa Johor JDT yg tengah tercungap2 kena kimia toh?? ...

Dia kan suka cakap bergegar sana bergegar sini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
cyanide tu bahaya tapi kena tgk amount dia juga.. gaya tmj cakap mcm takde org yg buat apa2 je kat sana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2019 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sangatlah tidak membantu komen tmj ne. semangat siapa yg dia nak naikkan? ingat rakyat jadi kiat, gagah, berani lepas dapat komen macam ne.. lagi takut adalah... tolonglah pihak diraja ajar public relation kat anak2 raja ne..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 02:54 AM | Show all posts
Remyda replied at 16-3-2019 01:41 AM
Jumlah mencecah 4000 lebih dah ni. Apa cita. Kalau betui udara di pasir gudang di tahap normal. Kasi ...

What dah 4000+ dah? This is critical. Any details of the pollution? Like berapa banyak bahan toksik yang dibuang kedalam sungai ? Since 7th of March and the toll of casualties are rising..macam pelik sangat sangat. Sepatutnya kalau tindakan sudah diambil the number of causalties akan kekal the same amount bukannya semakin mencanak naik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 02:56 AM | Show all posts
Remyda replied at 16-3-2019 02:00 AM
Dia kan suka cakap bergegar sana bergegar sini

Tapi kali ni dia bergegar for a reason yang berpatutan.. at least for the sake of the rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Some traders selling face masks at high prices
NATION

Saturday, 16 Mar 2019

JOHOR BARU: Suppliers and traders should not take advantage of the Sungai Kim Kim chemical pollution in Pasir Gudang to unreasonably increase the prices of goods, says State Women Development and Tourism Committee chairman Liow Cai Tung.

She said feedback from the government agencies and the public showed that there was s shortage of National Institute for Occupational Safety and Health-certified N95 respirators.

“Pharmacies are running out of these face masks,” she said in a press statement.

Liow said there were those who were taking advantage of the situation by buying these masks in bulk and reselling them individually at exorbitant prices.


She said the R95 face masks were sought after as they were the most suitable protective gear to filter oil-based particles, but they needed to be replaced frequently.

She also advised the public not to believe fake news about the incident circulated on social media.

“We hope the culprits will receive severe punishments as their irresponsible act has caused unnecessary inconvenience to the Pasir Gudang residents,’’ said Liow.

She said the state government was grateful to personnel from the relevant agencies and departments at the state and federal levels for their commitment in handling the situation, as well as those from non-
governmental organisations
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Capitalist always see opportunity out of humanity
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
[ADMIN] Kemas kini dari Pasir Gudang

Sehingga jam 4 petang (15 Mac 2019) kerja-kerja pembersihan telah dilakukan sejauh 680 meter daripada 1.5 kilometer kawasan pembuangan sisa kimia.

Sejumlah 250 jumbo beg berisi tanah dan bahan enap cemar serta 350 metrik tan air tercemar telah dikumpulkan dan akan dilupuskan di kilang yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh 4 kontraktor yang bekerja 24 jam (3 shift) dan dipantau oleh Jabatan Bomba dan Jabatan Alam Sekitar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian Kesihatan berdepan sedikit masalah bekalan Cynokit, ubat untuk merawat kesan sianida dengan tiga daripada 10 bekalan sudah digunakan - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad


Kenyataan ini mengesahkan kebenaran tentang kenyataan ketua pengarah bomba.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-3-2019 01:34 AM
Berhenti berpolitik, kerja!

15 Mar 2019

Ada pihak yg salahkan istana ke? Bkn dia ke yg memula start buat statement yg berkaitan dgn istana kononnya penempatan kilang ni x dpt restu istana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-3-2019 01:34 AM
Berhenti berpolitik, kerja!

15 Mar 2019

Wadefak cyanide pun hada?!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 15-3-2019 11:26 PM
X sabar btol nak tau siapa yg payung kilang yg buat salah nih.......mmg menyusahkan btol, pikir untu ...

Sampai la ni culprit masih belum di tangkap. Pasainya depa habaq kena tahu result bahan kimia tu dulu. Pastu baru boleh tahu sapa dalangnya

Sedangkan JAS dah ada tangkap 3 orang pada 13 hb haritu. Tak ka pelik insiden ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-3-2019 06:33 PM
Sampai la ni culprit masih belum di tangkap. Pasainya depa habaq kena tahu result bahan kimia tu d ...

Ada ekor kene pijak la tu, tu yg xberkutik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bomba kesan gas hidrogen sianida
SABTU, 16 MARCH 2019 @ 1:32 PM


PENGARAH Bomba Johor, Datuk Yahya Madis (kiri) menunjukkan sampel bahan kimia yang dibuang di dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
PASIR GUDANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kewujudan gas hidrogen sianida sehingga 4.5 ppm dikesan di kawasan Tanjung Puteri, di sini, Rabu lalu.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahya Madis, berkata ia adalah bacaan gas kimia tertinggi dikesan susulan pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, di sini, sejak 7 Mac lalu.

Katanya, bacaan gas beracun berkenaan bertahan selama dua jam di kawasan itu sebelum pulih seperti biasa.

“Terdapat 15 gas kimia berbahaya turut dikesan di sekitar lokasi pencemaran namun bacaannya berada di bawah 3 ppm iaitu paras berjaga-jaga.

“Bacaan gas kimia berbahaya paling tinggi dicatatkan Rabu lalu di kawasan Tanjung Puteri dengan kehadiran gas hidrogen sianida sehingga 4.5 ppm di situ.

“Kami bersiap sedia melakukan kerja pengungsian (pindahkan penduduk) kawasan berkenaan jika gas kimia berbahaya itu bertahan sehingga tiga jam, namun kualiti udara beransur pulih selepas dua jam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, hari ini.

Sementara itu, Yahya berkata, keadaan kualiti udara di kawasan Pasir Gudang kini berada pada paras terkawal dan tidak merbahaya.

“Namun kami masih memantau bacaan kualiti udara terutama ketika kerja pembersihan Sungai Kim Kim dijalankan sekarang kerana bimbang pengewapan gas kimia berbahaya.

“Hujan mampu menyebabkan gas kimia berbahaya merebak dan bergerak ke kawasan lebih luas. Kita mengharapkan kerja pembersihan dapat diselesaikan segera sebelum perubahan cuaca,” katanya.

Sementara itu, Yahya berkata, seramai 97 anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) melakukan pencerapan bacaan tahap kualiti udara setiap hari membabitkan masa antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 6 petang hingga 9 malam dan 9 malam hingga 6 pagi, bagi memastikan keadaan udara terkawal.

“Kami juga dibantu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART),” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.194389 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list