CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I-chi-ban

ANGGUR

[Copy link]
Post time 9-9-2009 12:04 PM | Show all posts
480# cdini

off topik jup...
kak aya raya 1 & 2 ada kat tumpat inshaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 02:36 PM | Show all posts
cdini...boleh mintak jugak ker cutting anggur tu...cam minat pulak nak tanam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 03:01 PM | Show all posts
481# ayasofiya

off topik gak.. kak aya.. cdini.. tumpat beloh mano?... oja gi tumpat rayo ke 4....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 01:06 AM | Show all posts
kak aya dok tumpat kat mana............
oja lak g tumpat buat apa........kan ke p.puteh n kt..........
tumpat pun besar gak kan............
sy ni kalau nak mudah betul2 di bandar tumpat...........
dululah..........skrg ni pun leh jugak...........
tinggal tok sedara jer........tok ngan nenek dah meninggal..........
sebelah jer ngan pej. tanah........
satu lagi kat padang tembesu......5-10min jer ke bandar tumpat.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 01:07 AM | Show all posts
wild...........
bagi add ya...........
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 12:38 PM | Show all posts
sah cutting okid yg cdini kasik tak idup. dah cabut n takde akar langsung padahal dah sebulan gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2009 01:49 PM | Show all posts
cutting okid?
merpati ker...........
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 01:55 PM | Show all posts
opss.. silap ler. cutting anggur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 04:40 PM | Show all posts

takpa..........
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 04:41 PM | Show all posts
kita antar cutting lain g beraya umah mmiss.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 10:39 AM | Show all posts
490# cdini

thanks
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 11:01 PM | Show all posts
satu lagi kat padang tembesu......5-10min jer ke bandar tumpat.....
...cdini Post at 10-9-2009 01:06


off skali lagi.. maaf cik mood yea..
kg kak aya tu cdini... nak carik rumah mek kak aya seney jah... . singgoh la ghumoh.
PM kalu nok tau umoh & hp kak aya.nati bleh msg kalu nok singgoh ( takut takdok umoh ).tengoh jale doh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 11:50 PM | Show all posts
mmiss..
pokok anggur dlm gambo tu baru lepas togel n berdaun semula..tp tak mo bbuah gak.. adehh dah puas pujuk...

kak ayasofia..
blom bbuah lg kak...keturunan susah nak berbuah gamaknya... tak bagi baja langsung baru tau

cdini...
cutting anggur aritu, tak idop jgk le... sbb masa sampai sini, dah agak kering btgnya n ada yg patah... selalunya kalu cikna pos cutting pkk, cikna tulis jangan lipat n berpalang kat bahagian tepi sampul surat, so posmen tak lipat sampul surat, harap2 lahh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 08:54 PM | Show all posts
kak aya.............
harap2 leh idup anggur tu.............
lupalah anggur tu merah ker ijau..........
kak aya tgk pucuklah..........
kalau merah anggur merahlah...........
ijau...anggur ijau......

lepas ni kalau nak yg dah semai bagitau jer bila nak balik tumpat.....
ari tu hubby tanya nak bagi sapa pkk tu............
dia ingat nak bagi pak sedara tu..........tup2 nak bagi kat worih lam tenet...............
ha....ha....ha.....untung gak ya.......boleh cari sedara mara...........
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 11:44 AM | Show all posts
Anggur Sendayan
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
[email protected]




Diusahakan dua sahabat yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian

JIKA selama ini, rakyat negara ini membeli anggur yang diimport dari luar negara, tidak lama lagi Malaysia boleh berbangga dengan label Anggur Sendayan Valley atau Lembah Sendayan.

Tiada siapa sangka Sendayan dekat Seremban, Negeri Sembilan, mempunyai ladang anggur yang dinamakan 'Sendayan Valley'.

Ladang anggur yang dimajukan A-Winn Corporation Sdn Bhd sejak hampir dua tahun lalu diusahakan dua sahabat, Azrul Nazim Abd Azam, 35, sebagai Pengarah Urusan dan Arthur Baumann, 49, sebagai Pengarah Eksekutif.

Menarik untuk mengetahui kisah di sebalik pembukaan ladang ini kerana Azrul Nazim dan Arthur tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian. Berbekalkan minat, mereka tekad mengusahakan ladang anggur di Sendayan.

Azrul Nazim berkata, pertama kali melihat tanaman anggur ialah ketika melawat Thailand beberapa tahun lalu menyebabkannya kagum dengan kesungguhan petani negara itu mengusahakan anggur.


Azrul dan Arthur berbincang mengenai hasil ladang mereka.

"Ketika itu, saya belum terfikir untuk mengusahakan ladang anggur. Apabila pulang ke Malaysia, saya berhasrat menceburi bidang pertanian dan kemudian terfikir untuk mengusahakan ladang anggur," katanya.

Bagi Azrul Nazim, menanam anggur ialah suatu cabaran kerana tidak semua orang boleh buat, tetapi memberikan kepuasan kepadanya.

Bermula pada 2007, sebanyak RM6 juta dilaburkan untuk projek ini yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan pembiayaan kewangan Agro Bank. Walaupun seluas kira-kira 20 hektar, hanya 10 hektar dimajukan dan bakinya digunakan awal tahun depan.

Beliau berkata, percubaan peringkat awal mengecewakan kerana 4,000 daripada 10,000 pokok yang ditanam mati menyebabkan hanya 6,000 pokok yang tinggal hingga sekarang.


Ladang anggur Sendayan Valley yang diusahakan Azrul dan Arthur membuahkan hasil yang memuaskan dan bakal destinasi agropelancongan terkemuka negara.

Katanya, empat jenis anggur ditanam di ladang itu, iaitu Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl dengan setiap jenis ditanam antara 1,000 hingga 2,000 pokok.

Bagaimanapun, katanya ladang itu turut ditanam bidara, nona, jambu dan mangga, tetapi tumpuan utama ialah anggur.

Azrul Nazim mengakui anggur sesuai ditanam di negara kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun.

"Ramai orang tidak tahu anggur ada dua jenis. Pertama, anggur yang sesuai ditanam di kawasan iklim sejuk dan kedua, di kawasan panas seperti Malaysia.

"Ini tidak menjadi persoalan kerana yang paling penting ialah penjagaan rapi kerana anggur mudah mati dan juga mudah hidup," katanya.

Beliau berkata, anggur Sendayan Valley sudah empat kali dituai, tetapi rasanya belum mencapai piawaian ditetapkan, manakala tuaian akan datang dijangka selepas Aidilfitri ini sebanyak tiga hingga empat tan yang dijangka lebih manis dan setanding anggur import.

Katanya, tuaian besar-besaran antara 30 hingga 50 tan dijangka pada April tahun depan dan boleh dijual di pasaran tempatan.

Sementara itu Arthur berkata, setakat ini mereka merancang untuk memasarkan anggur Sendayan Valley untuk pasaran tempatan.

"Saya harap dengan anggur Sendayan Valley, kita tidak lagi perlu bergantung kepada anggur import dan pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu anggur import atau Sendayan Valley. Sudah tentu, harga anggur tempatan dijangka berpatutan," katanya.

Arthur berkata, Sendayan Valley akan meningkatkan pengeluaran anggur, tetapi masih dalam proses penyelidikan untuk mendapat anggur terbaik.

Selain itu, katanya mereka berhasrat menjadikan Sendayan Vallley sebagai antara destinasi agro pelancongan terkemuka di negara ini, terutama dengan lokasi yang hanya kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lumpur dan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami akan menaik taraf ladang ini untuk menarik pengunjung datang berehat di sini sambil menikmati buah-buahan dan memperkenalkan Negeri Sembilan sebagai pengeluar anggur tempatan terkemuka di Malaysia," katanya.

Guna pekerja pakar dari Thailand

CUACA panas dan kelembapan tinggi serta hujan lebat sepanjang tahun adalah antara cabaran getir yang dihadapi Azrul Nazim Abd Nazam dan Arthur Baumann bagi memastikan tanaman anggur di Sendayan Valley menjadi.

Anggur memang rumit ditanam kerana memerlukan penjagaan dan pembajaan secukupnya, selain sensitif terhadap hujan lebat dan angin kencang.

Pokok anggur yang memanjat bergantung kepada tiang khas mudah rosak jika terkena hujan lebat atau dilanda angin kuat.

Cabaran alam ini menyebabkan daripada 10,000 pokok yang ditanam pada peringkat awal, hanya tinggal 6,000 pokok berikutan cuaca tidak menentu.

Bagaimanapun, dua sahabat ini tidak mengalah dan meneruskan usaha mereka hingga hari ini.

Menyedari kesukaran yang bakal dihadapi, mereka mendapatkan kepakaran dua pekerja dari Thailand yang berpengalaman menanam anggur.

Azrul Nazim berkata, pembajaan perlu dilakukan dengan tepat kerana jika berlebihan boleh merosakkan pokok, manakala baja yang digunakan ialah campuran organik.

Katanya, walaupun penanaman pokok anggur rumit, Sendayan Valley menggunakan teknologi biasa seperti tanaman lain.

"Hasil tuaian pertama dibuang kerana pokok baru menyebabkan anggur tidak manis. Hanya tuaian kedua, baru boleh dimakan kerana pokok matang dan rasa lebih manis," katanya.

Beliau berkata, dahan anggur juga perlu dipangkas dari semasa ke semasa bagi merehatkan pokok, berbanding di negara iklim sejuk yang dibantu alam semula jadi, iaitu proses hibernasi (pokok seperti tidur) pada musim sejuk.

Namun, katanya proses memangkas dahan perlu kerap dibuat kerana dahan baru cepat tumbuh, manakala pokok disiram dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan kemudian waktu petang sebelum senja.

Azrul Nazim berkata, tidak banyak perbezaan di antara anggur di kawasan panas dan sejuk, malah anggur kawasan panas lebih segar kerana ditanam di sini.

Katanya, benih diambil dari Thailand kerana negara itu lebih maju dalam penanaman anggur yang bukan saja dijual di negara itu, malah dieksport.

"Anggur boleh dituai selepas 10 atau 11 bulan, tetapi masalah lain ialah burung cukup suka anggur yang manis dan sering datang 'bermain' di ladang ini, terutama ketika buah mula membesar dan masak. Untuk mengatasi masalah ini, jerat dipasang untuk menakutkan burung," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 10:48 PM | Show all posts
494# cdini

pokok anggur dah di bawa ke perak dini.
risau kalau tinggal kat tumpat.. takut pokok tu mati sbb ayah kak aya taktau camner penjagaan pokok anggur.
len kali bleh ar mintak anak pokok terus dr dini bila nak balik tumpat.

selalunye pun anak2 pokok yg kak aya semai di perak akan dibawa balik ke tumpat untuk di tanam disana.ada secuit tanah yg mak ayah bagi tuk kak aya.dan secuit tuk tapak rumah.kalau ada rezeki dan panjang umur ingat nak balik dok kg juga nanti inshaAllah.kelate is the best for me!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 09:32 AM | Show all posts
owh... boleh la pi melawat sendayan lps nih....
kuar exit mana ekk dr kl?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 02:36 PM | Show all posts
sebelum balik raya hari tuh punyelah berkobar kobar nak melawat kebun cdini.. sekali no phone lupa nak amik.. pulak tuh hubby taknak lalu jerteh sebab jam... kitorang lalu semerak- kuala besut jerk.... takder rezeki gak nak berkenalan ngan cdini... kalo tak buleh mengerjakan pokok anggur dia....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:58 PM | Show all posts
kak aya..........
agak2 nak balik kg 2/3 bulan tu bagitau ah.....
sempat lagi kalau nak semai n stabil dulu..........

takpalah oja..........
lain kali balik boleh singgah.............
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 09:30 AM | Show all posts
469# cdini

jue tertinggal ketepi...
klu jue nak jugak cutting anggur bleh tak???

dulu jue ade tanam masa umah bujang lepas tu pindah lupa nak ambik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.083979 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list