CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Post time 3-4-2007 04:16 PM | Show all posts
3 buses collide at Woodlands, 3 people injured

SINGAPORE : Three buses collided on Monday afternoon, leaving three people injured.
The accident happened at Woodlands Avenue 3, in front of Block 318. Two of the buses involved belong to SMRT, while the other is a private bus. The buses were all travelling towards Woodlands Road. The accident occupied two of the three lanes, causing traffic to come to a stand-still. Two bus drivers and a passenger were injured, and were sent to Tan Tock Seng Hospital. Police are investigating the incident. - CNA/ms
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2007 04:17 PM | Show all posts
Heavy traffic expected at Woodlands, Tuas checkpoints over long weekend
SINGAPORE : Travellers planning a short getaway this weekend across the border have been advised to be prepared for heavy traffic at Woodlands and Tuas checkpoints.
Due to the Good Friday public holiday, many people are expected to take advantage of the long weekend. The Immigration and Checkpoints Authority has advised travellers to maintain lane discipline, car-pool and use public transport. Travellers who are registered with the National Registration Office can use the automated eIACS (Enhanced Immigration Automated Clearance System) system for clearance. For information on traffic at land checkpoints, travellers can call the traffic information hotline at 6863-0117. They can also get to know the latest traffic conditions via Short Message Service (SMS) by dialling *112. - CNA/ms
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 04:18 PM | Show all posts
Former football coach Chow found guilty of bribery attempt

SINGAPORE : The verdict is out on former Paya Lebar Punggol football coach Chow Kwai Lam.
Subordinate Court Judge Jasvender Kaur has found him guilty of attempting to bribe a former goalkeeper of the team with a sum of $200 to $300 and a further undisclosed amount in June 2005. This is to let in two or three goals in an S.League match that same month. The judge has fixed April 10th for sentencing and that is when Chow's lawyers are expected to make a mitigation plea. The 63-year-old former Malaysian football coach faces a maximum S$100,000 fine and a five-year jail term. - CNA/ch
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 04:25 PM | Show all posts
TINJAUAN CASE: HARGA KOPI DAN TEH NAIK 10-20 SEN

HARGA kopi dan teh umumnya telah meningkat antara 10 sen dengan 20 sen secara purata sejak 1989.
Bagi tempoh Mac tahun lalu hingga Mac tahun ini, 246 daripada 320 kedai kopi yang ditinjau (76.88 peratus) telah me naikkan harga kopi dan teh sebanyak 10 sen.
Sebanyak 120 daripada 320 kedai kopi yang ditinjau itu telah meningkatkan harga minuman dalam tin sebanyak 10 sen.
Ini berdasarkan hasil tinjauan terbaru Persatuan Pengguna Singapura (Case), yang didedahkan kepada media semalam.
Menurut Case, berdasarkan tinjauan itu, harga yang dikenakan kedai-kedai kopi tidak sama sekalipun bagi kedai kopi di tempat yang sama.
Misalnya, bagi minuman yang sama, perbezaan harga boleh mencapai setinggi 40 sen.
'Lokasi cawangan kelihatan faktor utama yang menentukan harga kopi dan teh.
'Cawangan di pusat membeli-belah kelihatan mengenakan harga lebih tinggi berbanding kawasan estet kejiranan lain, walaupun tempat itu dimiliki pemilik yang sama,' ujar Case dalam kenyataannya semalam.
Case juga berkata 319 kedai kopi telah pun memaparkan atau sedang berusaha memaparkan harga mereka, seperti yang disarankan Case.
Terdahulu, Case menegaskan kenaikan harga biji kopi tidak harus dijadikan sebab kedai kopi meningkatkan harga kopi.
Tetapi, jika pemilik kedai kopi memutuskan meningkatkan harga, mereka sepatutnya lebih telus, dengan memberitahu pelanggan sebelum tempahan dibuat ataupun mempamerkan senarai harga minuman di kedai.
Gesaan itu dibuat selepas beberapa kedai kopi menaikkan harga kopi.
Dapatkan butir hasil tinjauan Case menerusi laman web www.case.org.sg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 12:02 PM | Show all posts
KES DERA DI DARUL IHSAN

PENYELIA TERLIBAT SUDAH DIPECAT




SEORANG timbalan penyelia yang didakwa mendera beberapa kanak-kanak rumah anak yatim Darul Ihsan dua tahun lalu telah dipecat Februari lalu.
Dua penolong penyelia yang juga dikatakan melakukan penderaan ke atas anak-anak yatim itu pula telah diberi amaran keras oleh pihak pengurusan setelah siasatan dalaman ke atas kes mereka dijalankan oleh Darul Ihsan.
Ini dinyatakan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Darul Ihsan, Encik Yahya Shaik Mohamed Aljaru, ketika ditemui Berita Harian semalam sebagai menjelaskan laporan akhbar The New Paper berhubung penderaan yang dikatakan berlaku di rumah itu.
Beliau berkata aduan dibuat oleh beberapa kanak-kanak semasa mereka mengadakan satu perkhemahan Disember lalu. Menyusuli aduan tersebut, timbalan penyelia rumah kebajikan itu disiasat dan kemudian dipecat.
Kesemua tindakan itu diambil selepas 11 penghuni rumah itu mengadu mereka disepak, ditumbuk atau leher mereka dicerut. Seorang daripada mereka juga mendakwa disiram air kencing di kepala.
'Kami dengan segera menjalankan siasatan, memecat timbalan penyelia itu selepas beliau mengaku melakukan penderaan. Selain itu, dua penolong penyelia lain di rumah ini turut diberi amaran selepas siasatan menunjukkan mereka turut terlibat dalam penderaan yang kurang serius,' kata Encik Yahya.
Menurut beliau, sejurus selepas timbalan penyelia berusia 50-an tahun itu dipecat, pihaknya menyediakan laporan untuk dihantar kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS).
Menurut sumber-sumber, timbalan penyelia yang dipecat itu pernah diberi amaran menyusuli satu aduan April tahun lalu oleh seorang penghuni berusia sembilan tahun bahawa dia ditumbuknya.
Timbalan penyelia itu, yang bekerja di rumah tersebut sejak empat atau lima tahun lalu, kemudian dikenakan tindakan dalaman.
Seorang jurucakap polis yang dihubungi semalam berkata siasatan ke atas kes itu masih dijalankan.
Darul Ihsan, yang terletak di Mattar Road, mempunyai 24 penghuni lelaki.
Dalam kenyataannya kepada Berita Harian, MCYS berkata ia memandang serius insiden tersebut.
'Kami sedang bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Rumah itu bagi memastikan kebajikan peng huninya dijaga dan mengukuhkan lagi sistem disiplin rumah itu.
'Kami telah memberi amaran kepada mereka agar mematuhi Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, serta Piawai Rumah Penjagaan Kanak-Kanak dan Orang Muda.'
Semasa ditemui di rumah itu semalam, seorang sukarelawan yang juga anggota pengurusan rumah itu, Encik Ismail Ibrahim, berkata pihak pengurusan memandang serius akan sebarang tingkah laku kakitangan dan penghuni yang tidak mematuhi peraturan.
'Selain itu, kami menyediakan sebuah buku panduan yang turut menggariskan tentang hukuman yang boleh diambil terhadap para penghuni sekiranya mereka melakukan kesalahan,' katanya.
Terdapat 31 kakitangan sepenuh masa di Darul Ihsan dan Darul Ihsan Lilbanat, yang menempatkan anak yatim perempuan.
'Kami mempunyai masalah mendapatkan kakitangan berkelayakan dan berkemahiran. Tapi dalam tempoh terdekat ini kami akan berusaha mencapai matlamat membaiki keadaan di sini,' kata seorang lagi anggota pengurusan rumah itu, Dr Rahim Leyman
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 12:39 PM | Show all posts

Reply #485 SQ154's post

si tua nak tunjuk samseng dgn bebudak

harap dlm jel dia kena bantai dgn real samseng.. amiin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2007 11:06 PM | Show all posts
today TNP.. ada ramai yg kasi komen pasal kes abuse rumah darul ihsan ... malunya baca..

Ja~ aku sumpah kau dapat balasan kat dunia & akhirat.. satu hari kau dah tenat, aku doa anak kau mandikan kau air kencing

Sly~ kau kena langgar trailer tapi kau tak mati
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 09:01 AM | Show all posts
KEKECOHAN DALAM PKMS

PEMIMPIN DISERANG AHLI WANITA

Oleh
Nazri Hadi Saparin

SEORANG pemimpin parti pembangkang, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), dikatakan dihantuk di kepala dengan pasu sehingga cedera oleh seorang anggota wanita parti itu.

Ketua perhubungan PKMS itu, Encik Ramli Mohamad, yang juga anggota majlis tertinggi parti tersebut, dimasukkan ke hospital dua hari.

Menurutnya, serangan itu ekoran pertengkaran mengenai urusan parti. Ia berlaku 28 Mac lalu sejurus sebelum satu mesyuarat di Bangunan PKMS di Changi Road.

Encik Ramli, 47 tahun, memberitahu Berita Harian beliau diserang dengan pasu oleh seorang anggota majlis tertinggi juga semasa cuba meninggalkan bilik mesyuarat.

'Apabila saya ingin beredar, tiba-tiba dia pekik 'aku benci tengok muka kau' dan hantuk kepala saya dengan pasu,' katanya. mesti tak hensem

Beliau telah memberi keterangannya mengenai serangan itu kepada polis semasa terlantar di hospital.

Menurut Encik Ramli, akibat serangan itu beliau dirawat dua hari di hospital dan menerima tiga jahitan di kepala.

Encik Ramli berkata pada hari itu beliau telah ke Bangunan PKMS sebelum mesyuarat bulanan parti untuk menyerahkan beberapa dokumen, termasuk sepucuk surat daripada bendahari PKMS, Cik Lella Mahdziah Mohamed.

Pertengkaran kemudian berlaku antara beliau dengan beberapa anggota yang hadir sehingga berakhir dengan serangan itu, kata Encik Ramli.

Menurutnya, dalam surat itu Cik Lella ingin memaklumkan bahawa beliau tidak lagi bertanggungjawab ke atas dana PKMS setelah tidak dibenarkan menyelaras dana tersebut.

Encik Ramli berkata ini bukan kali pertama beliau menjadi mangsa serangan oleh anggota lain PKMS.

Beliau mendakwa diserang tiga anggota lain pada 30 Januari dan 25 Februari dan telah membuat laporan polis berhubung insiden-insiden itu.

Menurutnya, serangan terkini itu adalah yang paling serius.

Polis mengesahkan laporan tersebut dan sedang menyiasat.

Ketika dihubungi, pimpinan PKMS menafikan kejadian-kejadian itu adalah berkaitan urusan parti.

Difahamkan sejak beberapa bulan lalu PKMS menghadapi masalah dari segi pucuk pimpinan. Beberapa anggota majlis tertinggi dikatakan kurang senang terhadap pucuk pimpinan baru parti itu.

Difahamkan 10 anggota majlis tertinggi telah mengambil tindakan guaman ke atas pucuk pimpinan PKMS, termasuk presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden.

Ketika dihubungi, Cik Lella berkata beberapa anggota majlis tertinggi mula prihatin tentang cara pentadbiran parti selepas pemimpin baru mengambil alih September lalu.

Mereka antara lain mendakwa pemimpin PKMS menyalah guna kuasa dan tidak mengikut perlembagaan.

Seorang lagi anggota majlis tertinggi, Encik Shafie Saleh, berkata anggota yang lantang menyuarakan pandangan tidak disenangi.

'Saya juga diugut menerusi SMS supaya tinggalkan parti jika tidak mahu sesuatu yang memudaratkan berlaku kepada saya dan keluarga,' katanya.

Anggota wanita yang didakwa menyerang Encik Ramli tidak dapat dihubungi.



:clap: :clap: girl power....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 09:04 AM | Show all posts
KES BUNUH NONOI

ADA KESAN DIPERKOSA SEBELUM DIBUNUH
Bapa tiri mula dibicara

Oleh
Khalid Khamis

BUDAK dua tahun yang dikatakan dibunuh bapa tirinya, Allahyarhamha Nur Asyura Mohamed Fauzi, atau Nonoi (foto), didera secara seksual sebelum dibunuh.

Ini dinyatakan pendakwa raya, Encik Christopher Ong, dalam kenyataan pembukaan pada hari pertama perbicaraan ke atas bapa tiri Nonoi, Mohammed Ali Johari (foto), 30 tahun, di Mahkamah Tinggi semalam.

Encik Ong mengemukakan bukti pakar forensik yang mengesahkan ada kecederaan pada bahagian kemaluan budak itu, dan berkata pendakwa raya akan membuktikan Mohammed Ali membunuh Nonoi dengan sengaja.

Pekerja penghantaran itu dituduh membunuh Nonoi dengan melemaskannya antara 3 dengan 6 petang pada 1 Mac tahun lalu di flatnya di Blok 90, Pipit Road.

Mayat Nonoi ditemui dalam keadaan bogel dan reput dalam semak samun di bawah Jejambat Aljunied.

Encik Goh berkara ujian pakar dari Pusat Perubatan Forensik, Profesor Madya Gilbert Lau, menunjukkan kemaluan Nonoi mempunyai kesan cedera dan ia menunjukkan budak itu kemungkinan besar dicabul atau dirogol.

'Pendakwa raya menguta rakan kes bahawa selepas menyebabkan kecederaan terhadapnya (Nonoi), tertuduh membenamkan muka Nonoi dalam baldi berisi air dan melemaskannya.

'Ini dasar tuduhan bunuh terhadap tertuduh. Pendakwa raya akan membuktikan bahawa kematiannya disebabkan percubaan tertuduh untuk menyembunyikan perbua tannya mencederakan kemaluan Nonoi,' kata Encik Goh.

Beliau juga akan membuktikan dakwaan Mohammed Ali bahawa dia tidak sengaja meninggalkan Nonoi terbe nam dalam air kerana terlupa selepas menerima beberapa panggilan telefon adalah dusta.

Siasatan menunjukkan dia tidak menerima panggilan telefon pada waktu kejadian, ujar Encik Ong.

Peguam bela, Encik R.S. Bajwa, membantah dakwaan pendakwa raya itu dan berkata anak guamnya telah memberitahu isterinya bahawa dia berulang kali membenamkan muka Nonoi dalam air hanya untuk membuat Allahyarhamha berhenti menangis.

Disebabkan dia menerima panggilan telefon, dia terlupa hingga membiarkan Nonoi terbenam dalam air. Apabila dia kembali, Nonoi sudah meninggal dunia.

Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Kan Ting Chiu, bersetuju perenggan yang mempunyai dakwaan itu perlu dipadamkan oleh pendakwa raya.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pada hari pembunuhan itu, Mohammed Ali dan isterinya, Cik Mastura, menghantar Nonoi dan adik lelakinya, Daniel, ke flat datuk dan neneknya di Blok 62, Circuit Road, sekitar 11 pagi.

Nonoi dilaporkan hilang sekitar 7 malam itu dan usaha mencarinya tidak berhasil sehingga pada pagi 4 Mac Mohammed Ali mengakui membunuh Nonoi kepada Cik Mastura dan ibu Cik Mastura, Cik Rozanah Salleh.

Mohammed Ali menyerah diri di Balai Polis Bedok sekitar 11.45 pagi 4 Mac dan membawa polis ke tempat mayat Nonoi dihumban.

Perbicaraan disambung hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 09:36 AM | Show all posts
bapak tiri nonoi... confirm tali gantung :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 09:45 AM | Show all posts

Reply #490 Browneyes's post

ha eloklah tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 10:39 AM | Show all posts

Reply #490 Browneyes's post

mmg patut kena gantung
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 10:57 AM | Show all posts

Reply #492 gadis_aries's post

:setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 12:55 PM | Show all posts

Reply #489 Browneyes's post

apa punya bapa tiri daaa...:@ :@

cian budak tu baru 2 tahun ekkk...




"It takes years to build trust, and a few seconds to destroy it.
It only takes a few seconds to hurt people you love and it takes years to heal."
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 5-4-2007 12:55 PM
apa punya bapa tiri daaa...:@ :@

cian budak tu baru 2 tahun ekkk...



honestly eh aku syukur budak tu dah mati.. ini jenis family hanyut.. mak dia pompuan tak senonoh.. bapak tiri pulak binatang.. datuk tiri ngaku warak.. kalau bom meletup dia tak sedar.. tak pernah aku dengar ada bom meletup kat kawasan rumah dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 04:28 PM | Show all posts
tak terbayang aku bila dia kena gantung.....ada ke mcm saddam hussin?...

jgn peguam dapat buktikan waktu dia bunuh tu otak dia tak betul sudahlah..tak pasal2 terlepas dari tali gantung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by fatz at 5-4-2007 04:28 PM
tak terbayang aku bila dia kena gantung.....ada ke mcm saddam hussin?...

jgn peguam dapat buktikan waktu dia bunuh tu otak dia tak betul sudahlah..tak pasal2 terlepas dari tali gantung....

saddam mati aku nangis..

dekni mati menyusahkan ramai orang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 08:33 PM | Show all posts
Woman found dead near Singapore River


SINGAPORE: The body of a woman was found near the Singapore River on Thursday morning.
The Singapore Civil Defence Force (SCDF) received a call before 5am and dispatched its emergency teams. The officers searched the water and the coastal areas. And just before 8am, they found the body of a 26-year-old woman floating near the river banks, close to the construction area of the Marina Bay Integrated Resort. She was pronounced dead at the scene. Police have classified the case as an unnatural death. In separate incidents on Thursday morning, the SCDF managed to rescue a 39-year-old woman from the Kallang River by using a life buoy and rescue lines. And at Boat Quay, members of the public helped to pull a 20-year-old man out of the water. Both of them have been sent to the hospital for treatment.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 02:36 AM | Show all posts
Asia's richest woman, Nina Wang, dies
By Donny Kwok Wed Apr 4, 7:07 AM ET






HONG KONG (Reuters) - Asia's richest woman, Nina Wang, has died of an unspecified illness after reports she had been battling cancer, leaving unanswered questions over her estimated $4.2 billion (2.1 billion pound) fortune.
Known for her signature pigtails and nicknamed "little sweetie" by the local media, Wang, 69, won a court case in 2005 for her late husband's business empire in a case filled with tales of adultery, kidnapping and murder.
The Hong Kong heiress, whose maiden name was Kung, was reported by local newspapers to be suffering from cancer, but that was never officially confirmed.
"Chinachem Group's chairwoman Nina Wang Kung passed away on April 3 and the details of the funeral will be announced later," her personal assistant, Ringo Wong, told Reuters by telephone.



...kalaulah dulu aku amik angpow yang dia beri kat aku tu......






Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 02:43 AM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 6-4-2007 02:36 AM
Asia's richest woman, Nina Wang, dies
By Donny Kwok Wed Apr 4, 7:07 AM ET

.kalaulah dulu aku amik angpow yang dia beri kat aku tu......


agaknya sekarang mesti dah duk kat kondo......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073829 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list