CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jazaa

Senarai Perawat Islam & Testimoni.......

  [Copy link]
Post time 4-10-2012 10:20 AM | Show all posts
ok ni perawat pertama. yg ni yg OK. Panggil dia kak ros. Lokasi: Kubang Gajah, Perlis. cara pengubatan: guna air kelapa (org peghelih panggei ayaq nyoq).

ringkasan cerita saya mula sakit pada thn 2004, time tu masih belajar di matrikulasi dan langsung x pernah menyedari pun yg terkena buatan org walaupun selalu ja nmpk hantu raya,sakit2,mimpi bukan2,bdn rsa sgt berat,selalu menangis xbersebab,selalu rasa sayu. mak ckp tu mainan perasaan sy saja.

pada tahun 2008, secara kebetulan pergi rumah kak ros ni sbb nak mintak tlg ubatkan kakak saya yg sakit. kakak dah sambung belajar ke luar negara, sbb tu dia xleh dtg sendiri. so bila p kat kak ros ni,saya pun saja syok2 konon nak berubat resdung la, malas bgn pg la apa la (msalah bodo2 ja). then dia minta suruh baring (tak kisah la nak baring pun sbb sama2 perempuan kan.lgpun org lain xnmpk). cara dia merawat, bila kita baring tu, dia akan berdoa dan letakkan tapak tgn dia pd kita,bermula drp ubun2 sampai ke kaki. dlm 20-30 minit jugak la kena baring tu. tgh dirawat tu xtahu psal apa jantung dok berdegup kencang. tapi lepas habis tu dia xckp apa2,dia suruh saya dtg lagi dan next time dtg,bawa air kelapa. kalau setakat masalah resdung ja,takda nya gigih nak kena berulang pi kat dia balik. tapi lepas blk rumah, saya rasa bdn saya jd lagiiiiiii berat,lg malas,lg susah hati,rsa mcm xmau pi dah kat kak ros tu.tapi kuatkan semangat,pi jugak.sbb sbnrnya sy pun ada instinct terkena gangguan,tapi instinct  tu dilemahkan oleh mak yg selalu dok kata "hg tu yg malasss,bukan ada ibilis pun dok kacau hg.cuba lwn perasaan mls tu."

kali ke-3 pergi berubat kat kak ros tu baru dia bagitahu yg dia dpt kesan ada unsur gangguan dlm diri saya,ada org hantar sbb berdendam. waktu ni hubungan saya dgn kak ros ni dah agak rapat. terus terang saya katakan, mungkin saya xberapa nak serasi dgn kaedah rawatan dia walaupun byk je pesakit2 lain yg p dekat dia tu ckp lega byk dgn kak ros ni. tapi saya pulak,lain jadinya.makin kerap saya pi berubat dekat kak ros,makin sakit jadinya (benda tu dok melawan kot?).

walaupun kaedah pengubatan dia ni mgkin kurang serasi dgn saya,tapi kak ros ni byk nasihatkan saya.byk pengisian jiwa yg saya dpt drp dia.dia nasihatkan saya mcm nasihat seorang ibu kpd anak.saya belajar utk redha dgn ujian Allah ni.saya didik diri saya utk x rsa dendam dgn org yg buat tu walaupun saya tahu siapa, malah saya bersyukur,krna ujian ini,saya mula rapat dgn Allah.kalau lah Allah xberi saya ujian mcm ni ketika saya masih remaja,mungkin saya masih terus lalai dan leka dgn dunia ni. kak ros juga selalu pesan "lepas ni kalau xmau berubat dgn kak ros dah pun xpa,tapi cari la org yg betul2 ikhlas nak merawat kita.sbb byk perawat skrg suka ambil kesempatan".dia byk memperkuatkan dalaman saya utk terus lawan balik sakit ni.dia menanamkan dlm diri saya supaya tidak bergantung sepenuhnya kpd perawat krna mereka pun cuma berikhtiar utk tlg kita,tapi kesembuhan bergantung kpd semangat diri pesakit tu sendiri utk lwn balik,dan berharap lah hanya pd Allah.

jd sapa2 yg dok area2 utara,kalau nak try pi kat dia boleh la.saya yakin dia xda guna khadam ke apa ke.perwatakan dia,bertudung labuh,air muka yg bila kita tgk dia,kita rasa tenang.bila bercakap,penuh dgn kata2 nasihat seperti ibu dan anak.

*lain2 perawat nnt saya sambung.



Last edited by erin86 on 4-10-2012 10:24 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 03:03 PM | Show all posts
erin86 posted on 4-10-2012 10:20 AM
ok ni perawat pertama. yg ni yg OK. Panggil dia kak ros. Lokasi: Kubang Gajah, Perlis. cara pengubat ...

cepat la sambung
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:25 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-10-2012 03:03 PM
cepat la sambung

wak tom srg je yg request.org lain takpun?

next perawat "ustaz hipokrit" tp byk nak kena ingat balik.banyak sgt benda pelik2 dia suruh buat.sbb benci,psl dia byk yg dah delete drp memory.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:30 PM | Show all posts
erin86 posted on 4-10-2012 03:25 PM
wak tom srg je yg request.org lain takpun?

next perawat "ustaz hipokrit" tp byk nak kena inga ...

orang lain takut nak masuk thread nih, takut hantu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:34 PM | Show all posts
hantukiller posted on 3-10-2012 03:24 PM
huh! ingat calon terbest untuk dijodohkan.... ni calon untuk mintak dirawat..... tak payah le... jau ...

tolonglah adik dia...kesian pulak i baca.... biarpun jauh... kan dapat pahala...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:40 PM | Show all posts
veriton77 posted on 4-10-2012 03:34 PM
tolonglah adik dia...kesian pulak i baca.... biarpun jauh... kan dapat pahala...

Kalau dia depan aku, cun pulak tu, tentu aku dah bantu.... ni dia nunnnnnnn jauh disana hehe



Pahala susah nak dapat le, kalau ada sikit riak pun, jangan harap pahala tu ada... dah nama pun berinternet, riak tu dah jadi perkara utama, tentunya pahala tu nun jauhhhhhhhhhhh, takkan mungkin kita peroleh



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2012 04:08 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-10-2012 03:40 PM
Kalau dia depan aku, cun pulak tu, tentu aku dah bantu.... ni dia nunnnnnnn jauh disana hehe
...

bila pahala susah nak dapatlah kita kena carik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 04:11 PM | Show all posts
veriton77 posted on 4-10-2012 04:08 PM
bila pahala susah nak dapatlah kita kena carik....

kene carik, betul, tapi terniat nak pahala pun takkan dapat pahala, sebab tak ikhlas pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 04:19 PM | Show all posts
erin86 posted on 4-10-2012 03:25 PM
wak tom srg je yg request.org lain takpun?

next perawat "ustaz hipokrit" tp byk nak kena inga ...

bila nk smbung citer....nk request gak nie

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 04:19 PM | Show all posts
veriton77 posted on 4-10-2012 03:34 PM
tolonglah adik dia...kesian pulak i baca.... biarpun jauh... kan dapat pahala...

Kih kih kihk ih....  tgk tu..ada org tolong rayu kan... kih kih kih kih...

Veriton77... setiap perawat ada cara masing2... perjalanan ghaib ke sesuatu tpt utk hal perubatan tidak semudah di sngka. Ini kerana di setiap persimpangan ada sahaja mahkhluk yg berserongkol dgn syaitan dan iblis menanti apa2 shj peluang utk membuat kerosakan utk mencukupkan point/ 'pahala' sbg profil diorg. Kena2 pulak jarak yg jauh.. ada plak tol..haa.. byg kan ler brp byk coooooobaaaan utk tiba ke 'crime venue' tuh.. kalo sempat berpiknik ke.. take 5 dulu ke.. ok la.. ni tiba je kene jerkah dgn hantu tu.. heee.. Aaagaknyeeee...

Tp utk Wak HK ni x pasti plak reason terbaik dia.. Mukin gk wak tamau jin yg x bersalah pon terzaassst kot.. heeee...

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 04:43 PM | Show all posts
Perawat kedua.  “ustaz hipokrit”.


Sbb kan xlega2 jugak berubat dgn kak ros, salah srg ustaz kat skolah mak saya recommend srg “ustaz” ni.org panggil dia “H”.ustaz skolah tu kata ustaz H ni kawan dia.so, mak pun mcm ok je,maklum lah,yg memperkenalkan tu pun adalah seorang ustaz yg mengajar subjek agama di sekolah.xda la syak apa2...

H ni berasal drp salah 1 negeri dr pantai timur. Dah ada isteri dan anak2 (katanya lah). Asyik berpindah-randah dr 1 negeri ke 1 negeri. Lepas dah byk penduduk kat tempat tu dpt tau penipuan dia, dia pindah p negeri lain pulak.mcm tu lah cara dia cari duit. Dia pernah cerita kat saya, dia belajar ilmu nak mengubat org ni, dia pi menuntut di salah satu negeri di Indonesia (saya lupa). Bertahun2 merantau di sana then balik, start mengubat org yg kena buatan org ni. Cara dia berubat adalah dia akan p ke rumah pesakit tu.

Kali pertama dtg rumah, dtg seorang diri. berubat mcm biasa. Sembang2...Dia ada tanya2 sikit apa yg saya rsa sblm2 ni, then dia baca2 apa tah lama jugak (menilik kot), baru dia habaq apa mslh saya. Dok buat “pala tau” habaq yg nu yg ni. Dia kata lelaki yg buat kat saya tu motif dia dendam. Saya dah tahu dah siapa lelaki tu, tapi saya sj tanya dia, “eh, ada 2 org kot yg saya syak xpuas hati dgn saya, yg mana 1?”.Dia mcm susah nak habaq muka mcm mana, dia kata “saya xberapa perasan sgt sbb imbasan muka lelaki tu mai sekelip mata ja dlm bygan saya tadi.” Dia dok cuba elak jugak soalan saya nak suruh dia describe mcmana rupa laki tu (khadam dia xcukup terer kot nak describe mcmana rupa org tu.).

Dia suruh pi amik air yg dlm tong besar dan dia jampi air tu. Xdgr dia baca ayat quran ke ayat apa. Tapi yg peliknya, dia buka penutup botol tu, dia selupkan jari telunjuk dia dlm air dan buat putaran dgn jari dia beberapa kali (nak muntah aku bila ingat2 balik pi minum air tu)

Then, mak bwk air kopi jamu dia dgn biskut 4 segi. Smbil2 tu kami borak2 kosong lah. Dia byk bercerita dan cara dia bercakap mcm suka bangga diri. Dia dok cerita psl2 hantu, jin la apala. Kalau dia solat srg2 kat rumah, kdg2 ada mahkluk2 lain dtg jd makmum dok aminkan masa tgh solat. Then dia dok cerita psl Pontianak suka dok bertenggek kat pagar rumah dia. Then dia cerita kalau nak jd bomoh ilmu hitam ni mudah je,ambik ayat2 quran letak sbg pengalas kaki sblm nak masuk toilet, and cerita pasal sembelih kambing jd korban la apa la seriously wkt tu saya xtau kenapa dia dok cerita benda2 mcm tu.saya pun wkt tu muda lg mmg xpernah dgr benda2 mcmni.melopong je la dgr story dia. Plg xbley blah skali, pas minum kopi tu,hisap rokok dlm rumah kitorang!!!punya biadab!!rumah kami xpernah ada org isap rokok dlm rumah. ashtray pun xda.pastu abu rokok jatuh atas karpet.

Lg 1 xbley blah, bila mak nak kasi duit,buat malu alah “eh2, xpe...saya ni tolong kerana Allah, bla  bla bla” buat ckp mcm alim ulamak pulak.Last2 amik jugak duit tu.

Mlm tu, H ni call mak, dia ckp sakit saya ni teruk. dia syorkan suruh buat tangkal azimat utk saya pakai sepanjang masa kecuali msk toilet. dia letak harga RM 900. dia kata azimat tu dibuat oleh sekumpulan org alim yg akan buat solat hajat selama 7 mlm jumaat berturut2 ntah apa lg la dia dok merepek. dan dia syorkan suruh mak buat azimat tu utk semua ahli keluarga. bygkan berapa ribu dia nak tipu duit kami. mak kata"saya xda duit la byk tu". dia dgn segera kata "xpa2, boleh pakai duit saya dulu. kesian anak makcik.dia sakit teruk.dia perlukan azimat ni." bila mak bgtau saya, saya berkeras jugak la kata saya xpernah percaya azimat2 ni.awat jd lain mcm pulak dah ustaz H ni.ptg td mai umah ok ja.ni dah makin pelik la ni dok suruh org pakai tangkai2 ni. dah la nk mintak smpai RM900. xmau2". so mak pun habaq elok2 la dekat H ni kata xmau.so dia pun ok.xkata apa.

Habis cerita utk kali pertama dtg rumah. Ada byk kali jugak dia dtg. Nnt sambung lain...tapi takut juga nak cerita psl perawat2 xbetol ni.agak2 khadam depa balik report tak kat bomoh2 ni kata ada forumer cari dok jaja cerita psl tuan dia?kang xpsl2 kena santau. Takut ni...sbb cerita ni more to si perawat la kan,x details kan sgt psal jenis sakit ni. so sambungan cerita bergantung kpd keadaan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 04:45 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 4-10-2012 04:19 PM
Kih kih kihk ih....  tgk tu..ada org tolong rayu kan... kih kih kih kih...

Veriton77... setiap ...

i tidaklah merayu...  cuma ada rasa kasihan di hati nie.. since kamu2 yang pandai berubat @pengamal perubatan yang sering berkongsi ilmu tentang alam ghaib ini di sini... so i anggap kamu2 nie semua nyer pandai2 dalam hal tersebut.. lagi pulak dia meminta tolong @ pandangan di thread ni... then di sokong oleh "seseorang" yang mengatakan HK nie calon yang sesuai... itu ajer... so i usulkan kepada HK...by the way...
cara masing2 nie... no komen... i kenal rapat dengan insan yang boleh menyembuhkan guna ayat2 al-quran.... bukan setakat mengubat... amalan harian, solat, zikir, puasa sentiasa diamalkan... bak kata HK, cite lebih2 riak pulak kan... he3...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 05:19 PM | Show all posts
Seronok gak baca pengalaman berubat nih, Last edited by gammbir33 on 4-10-2012 05:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 05:36 PM | Show all posts
veriton77 posted on 4-10-2012 04:45 PM
i tidaklah merayu...  cuma ada rasa kasihan di hati nie.. since kamu2 yang pandai berubat @pengama ...

Steaddyy..
Pd aku dlm hal ni motif ttp dismpaikan walau dlm berkias atau bergurau. Cuma pd pihak yg memerlukan tu mukin sudah ambil langkah yg sewajarnya iaitu dgn PM ke.. amik no ke.. kan...

Aku pernah dpt pengajaran dari 1 kes.
Ada seorg budk lelaki 'budk isap gam' punya org. Dtg mintak tolong selamat kan adik pempuan dia dr trus jd bohsia dan mangsa kerakusan bapak dia sendiri.

Selidik punya selidik..ini kisah asalnya... Bapak dia kawen 2. Dr isteri pertama ada 6 anak. Dr isteri kedua 6 anak termasuk 2 beradik nih. Yg dia berani ckp, setiap anak lelaki dan perempuan dr adik beradik dia semua dh selamat di Baligh kan oleh bapak dia. yg adik beradik lelaki semua selamat disuntut. At least skali dlm seumur hidup. Yg perempuan dia blasah lps period.

Dh kene blasah dgn bapak..s adik pempuan dia pon terus jadik pemurah dan x berkira pd sesiapa pon. Ditakdirkan atas rayuan si abang, kami pon bantu la sbb kbtulan bpk dia dpt tau dan suh balaci dia buru kitaorg. Spls beberapa adegan melibtkan polis dan pihak hospital..akhirnya bapak budk ni ditangkap... Krn x tahan dgn Tekanan adik beradik bapak budk ni,, akhirnya mak budk ni nk gugurkan kes.

Tuhan je tau lps kami bersusah payah lari dr buruan, duit myk, masa, byk hal kami ketepikan demi 'maruah' yg x tau apa harganya... mak dia nk tarik kes.. siap boleh kuar statement... " adakah saya yg datang mintak tolong pada awak? .. kee..awak yg datang tetiba ? Awak yg cari psal" ... ok... fine.. Puas nk pujuk ati tau.. seb baik Allah bg pahal time kitaorg tgh ikhlas btol nk tolong budk berdua tu.. huuu...

Kesimpulan..Jgn tolong selagi org x minta tolong betol2. .................. Eheeeeee........bukan utk org dlm forum ni ye...Peaceeeeeee......





Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 01:14 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 4-10-2012 05:36 PM
Steaddyy..
Pd aku dlm hal ni motif ttp dismpaikan walau dlm berkias atau bergurau. Cuma pd pihak ...

setiap yang terjadi ada hikmahnyer... mungkin Allah nak tunjuk sesuatu kat kita...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 02:45 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 4-10-2012 05:36 PM
Steaddyy..
Pd aku dlm hal ni motif ttp dismpaikan walau dlm berkias atau bergurau. Cuma pd pihak ...
Kesimpulan..Jgn tolong selagi org x minta tolong betol2. .................. Eheeeeee........bukan utk org dlm forum ni ye...Peaceeeeeee......
Yg ni aku setuju sangat

Tapi kalau nak mintak tolongpun kene la usaha sikit,  sikit jek.... korbankan sikit masa dan tenaga jumpa perawat.... dan buat apa yg perawat arahkan atau sarankan.... tapi yg terpenting, doa!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 04:55 PM | Show all posts
hantukiller posted on 5-10-2012 02:45 PM
Yg ni aku setuju sangat

Tapi kalau nak mintak tolongpun kene la usaha sikit,  sikit jek.... kor ...

We talked same language already sir. Absolutely what i mean.

Huu..ni nk settle kan kes 'org mintak tolong...janji bagi tumit je.. skang dh menjalar ke pinggung'. Jenis ni poon ada.. Part aku x mengubat ler.. psl cenni aku kene jd moderator supaya perawat dan 'org itu' tak saling meng Kezzzummmmppp.. Rabbi Yassir wala tuassir,,,, jgn la la sampai iblis syaitan dpt peluang menggoda... mampus aku dok tengah2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 04:56 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 4-10-2012 05:36 PM
Steaddyy..
Pd aku dlm hal ni motif ttp dismpaikan walau dlm berkias atau bergurau. Cuma pd pihak ...

ya Allah....teruk nye si bapak tuh, terkejut aku bace citer ko ni


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 05:19 PM | Show all posts
edoraixora posted on 5-10-2012 04:56 PM
ya Allah....teruk nye si bapak tuh, terkejut aku bace citer ko ni

Btol sis.. walau ni x masuk kategori serangn mistik pd aku, tp ia ttp misteri coz bapak dia blasah jugak anak2 dr isteri pertama. That's y kitaorg rasa perlu bantu..

Dr yg kami dgr, Bapak dia ni slalu lpak dgn polis2.. so masa kami buat laporan kt IPD, ada polis bg info kt bapak dia. Pasal tu kami kene buru. Dgr pula bapak dia ni ada 'penggerun'. mukin isteri-isteri dia pon gorun nk menghalang perbuatan suami dia.

Lps kami dpt boloskan diri dr buruan, dh selamat siket kami  bw la girl ni ke hospital utk cek kesan2 tuuu..atas cabaran polis kt ipd tu...Arrangement dgn IO dia, akan ada org jbtn kebajikan amibl n jg dia sbg saksi disamping utk keslmtn dia dan kitaorg. taaapi... org Jbtn kebajikan yg patut pikap budk ni x datang2... ntah apa dia takot.


So.. gamble la.. bw balik lg budk ni..sorok kt rumah kwn dgn pengetahuan abg dia.... last2 kitaorg buat aduan kt IPK... time tu ada salah sorg bapa sedara timbalan ketua polis terengganu. Just buat2 sembang dgn dia utk dpt mklmt cena nk mengadu dgn ketua polis melaka sendri . X bagtau dia pon psl nti takot dia bgtau parent..x psl2 aku plak kene curfew.. heee...

Akhirnya kitaorg dpt jumpa Datuk Christopher Wan  dlm bilik perjumpaan paling atas, then brief dia psl kes ni. Dh org awam kan...blasah lah ayat x sayang mulut. Bukan nk kene Disiplin Inquiry pon kan.. hee.... Bengang je polis2 dept dlm bilik tu..
But.. same thing...

' Org awam yg nk bantu mangsa bg sesuatu kes, takda apa2 peruntukan undang2 membolehkan polis melindungi org awam itu selagi tiada laporan polis dibuat atas kes serangan fizikal.'

He...tgk..nk tolong org pon kene pertaruhkan nyawa dan hartabenda sendiri.. heee...

Dlm hal moral dan agama, mmg satu tuntutan utk saling membantu.. tp pasti ada had / batas kan? Sedaya mana kita sanggup membantu tu..biar Allah tentukan. Btw.. syukur coz bapak hantu tu masih dlm penjara dan kalo ikut pertuduhan jika semau saksi / mangsa beri kerjasama, mmg peluang utk bapak hantu tu keluar payah la.. tapi x tau la sejauh mana aman nya kitaorg nih. Psl baru2 ni dgr lagi cubaan utk lepaskan si bapak hantu nih.

Wallahu alam... Thrill betoll,,,  tetiba dah x tau beza hantu dgn org - dgn hantu killer.. eh... termasuk plak.. heeee....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:54 PM | Show all posts
salam....ermmm menarik thread nie....

wid nak tanya laa...sapa antara semua leh wat rawatan dr jauh.....wid igt nak tanya something le....malu le nak tanya kat sni....erkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.084239 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list