“Sehingga hari ini, saya sebenarnya tidak pernah berpeluang menaiki LRT dan pengangkutan awam yang lain. Sekalipun dibenarkan keluar dengan kawan pasti akan ditemani ibu atau paling tidak pasti ada pengawal peribadi yang memantau dari jauh.”
salam. Mengikut sumber yg boleh dipercayai, mangsa telah menyerang pengacara itu. Mangsa yg ingat pengacara itu adalah rakannya telah menampar2 pipi pengacara itu. Setelah menyedari yg pengacara itu bukan rakannya, dia terus kembali ke mejanya tanpa memohon maaf.
Statement ini sy dapat dari sumber dari pihak pengacara itu sendiri. Maaf, sy bukan ingin menyebelahi mana2 pihak tp wajar kita mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak. Supaya dpt mengelakkan dari berlakunya salah faham.
Dan ingin sy menjelaskan di sini yg berada bersama pengacara tersebut adalah abg beliau. Dan bg sy walaupun cara abg pengacara itu tidak wajar, tetapi cuba kita melihat dari sudut pemikiran mereka pula. Adakah anda sebagai abg or kakak sanggup membiarkan adik anda ditampar berkali-kali dan membiarkan mangsa itu berlalu pergi tanpa memohon maaf hanya kerana anda tersalah org.
Renung2kan. Apa pun tindakan kedua-duanya baik mangsa ataupun si tertuduh itu tidak wajar. Maka, mari lah kita sama2 berdoa agar mereka dapat berdamai.
cloudy_83 Post at 3-4-2012 09:59
Bukn dira la tapi puteri sarah
myariesa Post at 3-4-2012 10:07
oh, syukur bukan Dira.
Puteri Sarah @ Saleha tak jadi itu iya?
sesungguhnya, kelab2 malam ini memang dipenuhi golongan sampah masyarakat.
DIRA mohon maaf dan minta situasinya difahami kerana enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan menyerang dan mencederakan seorang wanita di sebuah kelab hiburan, minggu lalu.
HAMPIR seminggu nama pelakon serta pengacara popular, Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.
Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.
Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.
Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.
Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.
"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.
"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada Sensasi Bintang.
Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.
Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.
"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, Melodi," jelas Aminuddin kepada Sensasi Bintang.