|
errr... takde kot selama itu.. cer baca bawah ni..
Sebentar tadi, adik saya meletakkan satu bungkusan plastik kecil di atas meja saya. Apa di dalamnya?
Ya..sabun Popinjay. Seingat saya, kali terakhir saya menggunakan sabun ini adalah pada tahun 1990, hampir 21 tahun yang lalu.
Akhirnya, Popinjay di dalam genggaman dan sangat teruja untuk melihat dan mencium baunya.

Tetapi malangnya,
Sabun ini adalah bukan yang tulen seperti yang saya pernah gunakan dulu.
Perbezaannya?
1. Nama pun dah lain – Parrot Botanical (sepatutnya Popinjay) dan “made in Thailand”
2. Pembungkusan berbeza – kertas pembalut dah lain rasanya
3. Warna sabun dan cetakannya juga lain (seingat saya) yang asal lebih gelap warnanya dan dicetak popinjay.
4. Paling penting – baunya hampir sama tetapi lebih kuat dan tengit, tak seharum dan selemak bau asal.
Tetapi, ini pun dah kira baik untuk mengenang memori di zaman kanak-kanak saya dahulu.
Paling penting, saya nak tunjukkan pada isteri yang tidak pernah kenal sabun ini.
Adakah isteri saya akan terpikat pada keharuman sabun Popinjay ini? ENTAHLAH..I dont Know, tetapi saya pasti tidak!
|
|