CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

[Copy link]
Post time 17-3-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nama istana timbul??adakah kilang2 tu ada kaitan dgn istana?kenapa mcm kebal jer kilang2 Ni..Babi punya authority..rakyat tgh semgsara...menteri besar pn hilang p batam..celaka bangang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi betui lah TMJ duk habaq ada elemen sianida dalam badan mangsa. Awai awai lagi dia dah habaq.
Malangnya kerajaan johor masih lagi tengah menunggu laporan ujian toksikogi. Cubaan melengah - lengah.

Dari 13hb haritu dah dapat tau gas hidrogen sianida tu sebenarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Jurukamera Media Prima Bhd sesak nafas
Ibrahim Isa

Ismail menerima rawatan di HSI selepas mengalami sesak nafas. FOTO Ibrahim Isa
JURUKAMERA sambilan Media Prima Bhd, Ismail Osman, 55, terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas mengalami sesak nafas sebaik pulang dari membuat liputan pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang hari ini.

Ismail yang bekerja sebagai jurukamera sambilan sejak dua tahun lalu, tiba di HSI 2 petang tadi dan diberi bantuan oksigen selepas mengadu sesak nafas.

Ismail berkata, dia batuk dan sesak nafas sejak malam tadi namun beranggapan ia tidak serius dan bertugas seperti biasa hari ini.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, saya rasa sesak nafas dan batuk berterusan menyebabkan saya ke HSI untuk mendapatkan rawatan.

“Pasukan perubatan memberikan perkhidmatan terbaik selain diberikan oksigen, mereka mengambil contoh darah dan masukkan air ke dalam badan sehingga jam 6.30 petang tadi,” katanya.

Menurutnya, dia membuat liputan di kawasan berkenaan sejak minggu lalu dan percaya ia ada kaitan dengan Simptom Kim Kim berdasarkan perit tekak, sesak nafas dan batuk.

Semalam, akhbar ini melaporkan wartawan Harian Metro, Mary Victoria Dass terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar selepas hidungnya berdarah, sakit tekak, loya dan pening kepala ketika membuat liputan di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Mary petugas media ketiga yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar akibat ‘Simptom Kim Kim’ selepas wartawan Astro Awani, Ernalisa Othman, yang alami loya, pening dan muntah Rabu lalu.

Pada hari sama, Ketua Biro TV3 Johor, Zahir Senapiah turut menjadi mangsa ‘Simptom Kim Kim’, apabila muntah-muntah ketika berehat di rumah selepas pulang dari membuat liputan di sekitar Pasir Gudang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Negeri johor tu milik bangsa johor ketuanan Istana johor..setip tahun sultan buat kembara...jelajah masuk bnyak daerah...apesal nak salahkan org lain....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung betui pengilang. Selamber badak pi buang sisa kimia. Bomba pula tolong bersihkan free ja. Toksah susah susah nak bayaq kontraktor untuk lupuskan sisa bahan kimia. Maklumat pasai hangpa pun bukan main kemas dikunci.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika betol gas beracun itu adalah hidrogen sianida..sepatotnya semua mangsa sdh maut ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Penguatkuasaan perlu dipertingkat pantau tahap pencemaran sungai

Bernama |  Diterbitkan pada Mac 17, 2019 04:48 MYT

Chow berkata bagi mengelak insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim berulang, JAS dan pihak-pihak yang berkenaan perlu mengambil serius setiap aduan yang dibuat penduduk berhubung pencemaran. - Gambar fail

JOHOR BAHRU: Agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan perlu mempertingkatkan lagi langkah penguatkuasaan mereka dalam memantau tahap pencemaran di semua sungai, negeri ini.

Presiden Persatuan Alam Sekitar Malaysia Vincent Chow yang membuat gesaan demikian berkata langkah pemerkasaan perlu kerana penguatkuasaan sedia ada kurang berkesan dalam menangani masalah tersebut.

Ini berikutan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mendapat banyak aduan daripada masyarakat setempat berhubung pencemaran di kawasan mereka, namun tiada tindakan konkrit telah diambil oleh pihak berkenaan dalam menyelesaikan isu.

"Kekurangan kehadiran mereka (penguat kuasa) untuk memantau pencemaran tidak hanya berlaku di Sungai Kim Kim malah di sungai-sungai lain.


–– ADVERTISEMENT ––


"Ini adalah satu kelemahan besar dan saya percaya kejadian ini merupakan tamparan kepada pihak-pihak terlibat bagi memperingkatkan keanggotaan mereka yang membuat pemantauan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Sabtu.

Chow berkata bagi mengelak insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim berulang, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak-pihak yang berkenaan perlu mengambil serius setiap aduan yang dibuat penduduk berhubung pencemaran.

"Jika penduduk atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat aduan, bermakna perkara yang diadu memang berlaku.

"Pergi siasat dan adakan pertemuan dengan penduduk supaya kita tahu gambaran yang sebenar. Ini kerana ada perkara kita tidak boleh buat rumusan ringkas, sebaliknya perlu menyeluruh," kata beliau.

-- BERNAMA



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 17-3-2019 06:06 AM
Jika betol gas beracun itu adalah hidrogen sianida..sepatotnya semua mangsa sdh maut ....

Bergantung kepada dos yang disedut. Jika tinggi mengakibatkan kematian. Jika di paras lebih rendah sedikit macam depa ni la tandanya. Sakit kepala, kekejangan, pitam & sewaktu dengannya.

Tetapi isu nya memang sudah sahih wujudnya sianida itu menurut kenyataan bomba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 17-3-2019 10:48 AM

Pegawai jas leher dicekek org atasan ka. Aduan bertahun2 Dari dulu kasi buta kasi pekak. Kalau ada pencinta alam sekitar check kualiti air check makanan boleh viral. Apa sampai rakyat sendiri kena check sg laut check makanan ambil sample Buat test pastu viralkan ka. Mknn yg korang makan di bubuh bahan asing yg semakin tak ori berbanding zaman dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Racun Sungai Kim Kim: 143 masih dirawat
BERNAMA

ANTARA mangsa mendapatkan rawatan kecemasan dipercayai terhidu gas berbahaya di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 15 Mac lalu. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SERAMAI 143 orang yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih menerima rawatan di wad hospital, setakat tengah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua mereka termasuk 36 orang yang dirujuk di hospital luar daerah ini dan 29 orang di hospital luar negeri Johor.

“Setakat 12 malam tadi, tujuh pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan stabil.

“Jumlah pesakit yang dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai pula adalah seramai 108 orang,” katanya menerusi kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Dr Sahruddin, dalam pada itu berkata, seluas 1.3 kilometer (km) daripada 1.5 km kawasan tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan setakat 4 petang semalam.

Beliau berkata, kerja pembersihan berjalan lancar setakat ini dengan kerja dilakukan tanpa henti sejak dimulakan Rabu lepas.

“Baki 200 meter lagi akan diselesaikan dalam tempoh selewat-lewatnya satu hingga dua hari akan datang,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 550 metrik tan tanah dan enap cemar serta 700 metrik tan air tercemar sudah dikumpulkan setakat 4 petang semalam.

Katanya, orang ramai terus dinasihati supaya tidak menghampiri kawasan kejadian selain dalam masa sama mengambil langkah pencegahan dengan mengurangkan aktiviti luar.

Sehingga kini, institusi pendidikan di Pasir Gudang masih lagi tidak beroperasi dan hanya akan memulakan sesi pembelajaran setelah diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 12:10 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
[LANGSUNG] Perkembangan terkini dari pusat saringan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Laporan MOJO Sinar Harian Johor, Raziatul Hanum A.Rajak.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:48 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-3-2019 12:53 PM
Remyda replied at 17-3-2019 12:24 AM
Bomba kesan gas hidrogen sianida
SABTU, 16 MARCH 2019 @ 1:32 PM

menteri kesihatan kata tarak long term health effects jumpa pi lah apa pun selagi tak mati tak ada kesan long term bagi dia..... errr kalau mati nak long term apa kan for sure jadi immediate term lah  




https://www.malaysiakini.com/news/468257

Health minister: Pasir Gudang pollution won't have long-term health effects
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:54 PM | Show all posts
menteri kesihatan faham dakkk single exposure pun ada bahan kimia yg boleh sebabkan organ damage berlaku ? ......gitu jugak dgn corrosion yg menyebabkan sel dlm badan terutama dlm salur pernafasan cedera.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sultan Johor murka
Mohd Sabran Md Sani

SULTAN Ibrahim Iskandar murka terhadap pihak tertentu yang menyebarkan fitnah kononnya Baginda terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran di Pasir Gudang. FOTO Royal Press Office

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka buat kali kedua apabila Baginda difitnah kononnya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Sebelum ini, baginda murka apabila kejadian itu berlaku hingga menyebabkan 111 sekolah terpaksa ditutup dan lebih 4,000 penduduk terpaksa mendapatkan rawatan awal.

Dalam catatan terbaru di Facebook rasminya bertajuk 'Sultan Ibrahim Murka Ada Pihak Sebar Fitnah Isu Pencemaran Sisa Kimia,' baginda mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas, sebaliknya memberi tumpuan kepada cara menyelesaikan isu ini secara tuntas.

"Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah bahawa saya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu ini. Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terbabit dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan Institusi Diraja Johor," titahnya.

Beberapa hari lalu, baginda bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu dan pada masa sama melahirkan penghargaan ke atas pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mangsa yang dimasukkan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah, ada yang bertarung nyawa dalam ICU (Unit Rawatan Rapi)!

“Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa segera menangkap dan menghukum pelakunya.

“Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa yang hanya melakukan tugas seperti pemandu ambulans dan pekerja kantin sekolah,” titahnya.

Sultan Ibrahim turut menasihatkan orang ramai, khususnya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ikut akta kualiti alam sekeliling 1974,bwah buangan terjadual. jabtn alam sekitar boleh wat tangkapan dan dakwa pesalah. jika sabit kesalahan denda rm500k or penjara 5 thun atau kedua2 sekali

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
nora_balqis replied at 17-3-2019 03:22 PM
kalau ikut akta kualiti alam sekeliling 1974,bwah buangan terjadual. jabtn alam sekitar boleh wat ta ...

Ya memang betui. Itu lah hukumannya yang tidak seberapa. Tetapi Yeo Bee Yin usulkan agar pesalah itu dikenakan multiple charges. Baguih la usaha tu pasainya memang layak kena sabit banyak pertuduhan.

Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu. Bayang pesalah pun tidak kelihatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 17-3-2019 03:28 PM
Ya memang betui. Itu lah hukumannya yang tidak seberapa. Tetapi Yeo Bee Yin usulkan agar pesalah i ...

btl takat rm500k kan..bagi jerung besar..apala sgt.
bagi kami pengamal keselamatan dan kesihatan semoga kes2 macam nie akan membuka mata byak pihak..
penguatkuasaan dan kesedaran akan dpt dipertingkatkan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 17-3-2019 12:48 PM
menteri kesihatan kata tarak long term health effects jumpa pi lah apa pun selagi tak mati tak ada ...

Dengan yakin sungguh dia habaq tadak kesan jangka panjang. Apa saja yang terdedah dengan toxic substance memang akan ada kesan jangka panjang & jangka pendek.

Aku rasa dia nak tunggu kesan jangka pendek yang terus ada kematian lagu tu

Syed saddiq mai pun kemain bertutup habis muka dengan topeng

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 04:09 PM | Show all posts
dah tangkap belum yg buang benda haram ni, atau sengap je
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 06:56 PM | Show all posts


Tujuh mangsa pencemaran kimia masih di ICU


SERAMAI 143 orang yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih menerima rawatan di wad hospital, setakat tengah malam Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kesemua mereka termasuk 36 orang yang dirujuk di hospital luar daerah ini dan 29 orang di hospital luar negeri Johor.

"Setakat 12 malam tadi, tujuh pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan stabil.

"Jumlah pesakit yang dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai pula adalah seramai 108 orang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dr Sahruddin, dalam pada itu, berkata seluas 1.3 kilometer (km) daripada 1.5 km kawasan tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan setakat 4 petang semalam.

Beliau berkata kerja pembersihan berjalan lancar setakat ini dengan kerja dilakukan tanpa henti sejak dimulakan Rabu lepas.

"Baki 200 meter lagi akan diselesaikan dalam tempoh selewat-lewatnya satu hingga dua hari akan datang," katanya.

Beliau berkata sebanyak 550 metrik tan tanah dan enap cemar serta 700 metrik tan air tercemar sudah dikumpulkan setakat 4 petang semalam.Katanya, orang ramai terus dinasihati supaya tidak menghampiri kawasan kejadian selain dalam masa sama mengambil langkah pencegahan dengan mengurangkan aktiviti luar.

Sehingga kini, institusi pendidikan di Pasir Gudang masih lagi tidak beroperasi dan hanya akan memulakan sesi pembelajaran setelah diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa, katanya.- Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.536127 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list