|
[Tempatan]
Polis masih siasat kehilangan Acap
[Copy link]
|
|
bomba kan yang buat statement tu based on discussion dengan orang kampung...
|
|
|
|
|
|
|
|
videoviral.com
April 10, 2019 - Viral
“Tapi Ia Lari Bila Nampak Kami,” – Orang Asli Jumpa ‘Sesuatu’ Semasa Pencarian Acap!
SELAIN pasukan beruniform, sukarelawan, perawat kerohanian Islam dan ustaz, misi pencarian peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohamad Ashraf Hasan turut dilakukan penduduk Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan.
Beberapa lokasi hotspot seperti kawasan Gua Tempurung, Bukit Batu Putih, Gua Kandu dan sekitarnya sudah diredah beberapa kumpulan Orang Asli tetapi hakikatnya Mohamad Ashraf atau Acap tiada di situ.
Malah pada malam Selasa, Azri Amon, 36, dan seorang rakannya mencari di sepanjang laluan lebuh raya (PLUS) bagi membantu melengkapkan pemantauan pakar survival dan taktikal, Solo Ambush baru-baru ini.
“Semua tempat kami sudah masuk… kawasan 3, 4 dan 5 (tepi lebuh raya) bermula pukul 6.30 petang hinggalah selesai kira-kira pukul 10.15 malam, hasilnya kosong.
“Naluri kata Acap tiada di situ. Cuma semasa perjalanan ke lokasi 4 (berdekatan Sungai Jahang) kami terserempak dengan seekor harimau akar tapi ia lari bila nampak kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Acap dipercayai hilang sejak 23 Mac lalu.
Pada masa sama, Azri yang juga seorang juruteknik di Slim River memberitahu mereka tidak terdengar sebarang bisikan mahupun suara tetapi mengakui ada diganggu entiti atau makhluk halus.
“Ia berlaku di kawasan kami jumpa banyak cendawan di lokasi 4, macam ada orang baling kayu tapi tiada kelibat yang kami nampak.
“Ikut kepercayaan kami, ia semangat halus yang mengganggu ketika mencari ikan dan memburu pada waktu malam,” katanya.
Pulang dengan hampa
Selepas pencariannya gagal, Azri membuat kesimpulan kehilangan Acap suatu misteri hingga komuniti Orang Asli yang mahir selok belok hutan juga tidak dapat sebarang petunjuk mengenai kedudukan pemuda itu.
“Amat misteri sekali kerana tiada jejak langsung… tiada petunjuk. Sebelum ini ada kes orang sesat juga melibatkan peserta larian tapi sehari dah jumpa.
“Kes Acap berbeza. Saya harap usaha mencari dia diteruskan sehingga ditemui. Kami sudah cuba sedaya upaya,” katanya.
Misi pencarian Acap.
Atas alasan itu, Azri yang menetap di Kampung Orang Asli Sungai Peria turut berkongsi pandangan bahawa Acap mungkin tersasar ke kawasan Hutan Kinta.
“Ia sekadar analisis kami. Boleh jadi dia tersasar ke lokasi 5 yang ada laluan bawah lebuh raya di seberang ke arah Hutan Kinta.
“Dekat situ kawasan hutan tebal dan tiada line telco. Kalau di sekitar lokasi 1,2 (kawasan kampung dan kebun), 3,4 dan 5 (tepi lebuh raya) line telco kuat,” katanya.
Teori Acap sesat
Azri berpendapat Acap mungkin tersesat disebabkan mahu menggunakan jalan pintas untuk sampai ke garisan penamat dekat Gua Tempurung.
“Dia sesat sendiri. Ada dua faktor sebab dia nak short cut atau pandangannya untuk ke laluan sepatutnya telah dikaburi.
“Itu andaian saya. Lokasi 1,2,3,4 dan 5 ada jalan pintas kawasan kampung, boleh sampai ke Gua Tempurung. Laluan trail.
Ujar mereka, Acap berkemungkinan sesat setelah melalui jalan pintas.
“Siapa yang tak pernah masuk agak keliru kerana ia jalan kebun durian, kelapa sawit dan getah orang kampung,” katanya.
Ketika ditanya mengapa tiada sebarang jejak atau barang milik mangsa ditinggalkan, Azri berpendapat Acap mungkin cuba mencari jalan keluar.
“Kawasan 1, 2, 3, 4 dan 5 dia sesat tapi dia tak fikir lagi nak tinggalkan jejak sebab dia mungkin tengah berusaha cari jalan keluar.
“Masuk hari ketiga hingga sekarang mungkin dia ada tinggalkan jejak tapi dia sudah berada di kawasan tengah hutan. Itu antara teori kami,” katanya.
Paparan skrin peta lokasi pencarian.
Namun lelaki suku kaum Semai itu berkata, Acap mungkin bernasib baik jika dapat menemui laluan balak yang membolehkannya sampai ke Tanah Rata, Cameron Highland.
“Jalan balak tu dari lokasi 5 (tepi highway) Gopeng boleh sampai ke kawasan Tanah Rata. Untuk jalan kaki ke Tanah Rata pula memakan masa hampir seminggu.
“Itu kalau dalam keadaan lemah. Kalau kuat ada spare makanan dalam empat hari boleh sampai. Kalau nak ke kampung berdekatan dari laluan balak tadi mungkin dalam 20 kilometer sebab lokasi sudah di tengah hutan,” katanya sekadar berkongsi pandangannya mengenai kehilangan Acap yang masuk hari ke-19 ini.
Menurut kepercayaan mereka, kata Azri, laluan di lokasi 5 tepi lebuh raya menuju ke Gua Tempurung merupakan kawasan ‘keras’ yang ada kaitan dengan alam mistik.
“Kadang-kadang di situ selalu terjadi kemalangan di lebuh raya. Penduduk di sini memang tahu mengenai perkampungan tersebut.
“Sebelum highway itu dibuat, tengah-tengah highway itulah rumah mereka. Bila dah buat jalan mereka pindah tepi tapi masih guna highway untuk menyeberang ke Gua Tempurung.
“Pernah orang kampung saya balik kerja waktu malam terlanggar seorang lelaki berjubah hijau. Bila dia berhenti tengok orang tu dah tak ada,” ceritanya lagi.
Sumber : Mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
hybrid la sangat... hahaha... tapi aku menyampah puak2 indon poyo camni sebab merosakkan nama orang perak aje...
|
|
|
|
|
|
|
|
takde la maju sangat tapi kira membangun jugak la... cuma jenis berkelompok jadinya ada tempat masih belum terusik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam article tu ckp
"Ujar mereka, Acap berkemungkinan sesat setelah melalui jalan pintas.
“Siapa yang tak pernah masuk agak keliru kerana ia jalan kebun durian, kelapa sawit dan getah orang kampung,” katanya."
Jangan acap tengah bersedap2an makan musang king dlm tu sampai lupa dunia luar sudah la... |
|
|
|
|
|
|
|
as of now diorang amek kebarangkalian acap sesat masuk ke hutan seberang highway tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... aku pun kompius sebab kejap kata sangat maju bertamadun... kejap kata masih mengekalka tradisi lama... tapi nama watak tu sheols kata sebab muka diorang sama cam nama diberi... puteri nora sebab muka macam noradanish... panglima jalal sebab ensem cam jalaludin hasan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Red_gem replied at 10-4-2019 09:58 PM
Smlm tgk drama nur, bleh plk i terimagine abg jalal with pahlawan melayu lama pnye costume. Mcm x ...
Ada dua panglima sebenonye dekkk
Panglima jalal and panglima FAHRIN
|
|
|
|
|
|
|
|
Beautifulliar. replied at 10-4-2019 09:52 PM
Baca surah yasin tkpe. Jgn htr pendamping
Mati lah sume kene
Huhuhu... kalau akak jenuh la nak cari.. bermula kilang Nestle, ke pengedar berdaftar, TESCO, GIANT, KK Mart, 7 Eleven, Kedai Rakyat 1Malaysia, Speedmart99, kedai runcit, kedai dan tak lupa kedai Acheh.. semua tu jual Milo...
Tak masuk lagi kedai mamak, kedai makan juga lori Milo di Sure Heboh... huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 10-4-2019 09:59 PM
cerita la weih... menyelit satu dua kisah sementara tunggu update acap...
Aku hjg thn lps naik gng semanggol, nama gunung tp tarap bukit je, tgi lg bukit kutu so anyway aku engage bdk situ gak lah jd guide, bkn la nak suh guide sgt tp cam teman la kira, tkt gak 1st time nak naik, sbbnya aku nak naik sorang, memula nya janji ari isnin nak naik, tp dia tak jadi, aku masa tu balik umah makcik aku masa tu kat bagan serai so aku cam open la, tp isnin tu kan dia tak jadi - aku tetap nak naik sorang pun sorang la, sbbnyab bdk tu ckp ada je org naik weekdays org situ2 gak, so aku xla takut tak pikir lain pun, masa aku naik pun perasaan aku cam nice2 je, aku dh siap baca blog n tanya2 org yg dah penah naik, sekali dpt naik sekerat je sbb aku tak jumpa jalan, padahal aku dh baca blog sume, nampak okay je jelas trek, masa tu lps dr viewpoint (area lapang blh nampak sawah padi kat bawah), patutnya ada lorong nak teruskan trek naik ke atas, aku tak jumpa, puas la p kanan takleh naik p kiri takleh tak jumpa jalannya, so aku pun patah ler balik, lps tu selasa baru la bdk tu jadi nak guide aku, naik la dgn dia, sekali nampak pulak trek nya, lps view point aku ckp td tu terpacak betul2 dpn tu lorong nak naik, aku dah mcm eh ? semalam saya tak nampak pun jln ni, bdk tu cite la 2minggu sebelum aku dtg pun ada kes, tp bdk2 tu night hike, naik sunrise kat peak la, pun berpusing2 dlm tu tak leh naik takleh turun, tapi yg bagusnya ada phone line, so diorg call kwn2 suh naik hambat diorg lah, pun tak jumpa2 sampai siang terang benderang, dlm pkl 11am kot br jmpa n dpt keluar |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 10-4-2019 10:08 PM
takde la maju sangat tapi kira membangun jugak la... cuma jenis berkelompok jadinya ada tempat ma ...
Ko kena paham perasaan aku. Aku compare kemajuan kampung tu skang ni dgn tahun 90an |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 10-4-2019 10:09 PM
as of now diorang amek kebarangkalian acap sesat masuk ke hutan seberang highway tu...
Actually GUT tu sebelah kanan ke sebelah kiri hiway PLUS? kalau arah utara la... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu OA yang tolong tu kata patutnya kalau sesat, acap boleh jumpa jugak jalan or perkampungan... takpun jalan balak yang akan lead dia ke satu perkampungan ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
chanteksekali replied at 10-4-2019 10:13 PM
Aku hjg thn lps naik gng semanggol, nama gunung tp tarap bukit je, tgi lg bukit kutu so anyway aku ...
Lawa wei view atas tu, n just a short hike, kalau padu sejam settle aku pakai sandal je wei, tak plan pun nak naik tp sbb masa tu semanggol cam trending so tu yg membuak2 naik, even masa tak nampak jln tu pun aku tak pikir apa pun, aku ingat cam semak kot tempat ni hmm sekali |
|
|
|
|
|
|
|
chanteksekali replied at 10-4-2019 10:13 PM
Aku hjg thn lps naik gng semanggol, nama gunung tp tarap bukit je, tgi lg bukit kutu so anyway aku ...
Ni bukit yg nampak dari jalan lalu kampung, sawah padi cantik tu ke? kalau datang dari Kuala Matang lalu bukit berapit etc sebelum kuar hiway.. kawasan tu mmg cantik.. kalau boleh beli tanah mmg best.. tenang cantik je even tgk tepi jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 10-4-2019 10:13 PM
Ko kena paham perasaan aku. Aku compare kemajuan kampung tu skang ni dgn tahun 90an
sebagai perak murtad, iols sentap chuols cakap area situ tarap 90an... hahahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
milo_888 replied at 10-4-2019 10:19 PM
Ni bukit yg nampak dari jalan lalu kampung, sawah padi cantik tu ke? kalau datang dari Kuala Matan ...
Aku tak tau la yeke dak yang ko maksudkan ni, tapi dia dekat2 dgn rnr gunung semanggol tu, tp akses dia dr jln dalam lah, dr hiway takleh msk, starting point kat masjid gunung semanggol, lalu tali air, view 360, nmpk hiway n nampak kg & sawah padi |
|
|
|
|
|
|
|
milo_888 replied at 10-4-2019 10:15 PM
Actually GUT tu sebelah kanan ke sebelah kiri hiway PLUS? kalau arah utara la...
kalau menghala ke utara, belah kanan... |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 10-4-2019 10:17 PM
sebab tu OA yang tolong tu kata patutnya kalau sesat, acap boleh jumpa jugak jalan or perkampungan ...
Prepare for the worse je la.. apa2 pun banyak yg positif boleh belajar dari kes ni..
1-SOP/safety/organizing events kat hutan belantara mohon diperketatkan
2- Program membanteras acara tahyul dikalangan rakyat Malaysia
3- Pembongkaran pencerobohan kawasan hutan kalau jumpa (entah2 acap jumpa kawasan balak haram/poachers yg buru haiwan liar then kena kurung sbb nak simpan rahsia)
|
|
|
|
|
|
|
|
uish... sebaek ko tak teruskan jugak sebab biasanya kalau mata ditutup, adalah lebih baik turun aje... ko sorang pulak tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|