CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 2-1-2009 06:10 PM | Show all posts

Reply #500 aurorae's post

auro...
nanti update kisah rayyan dan Basel dengan rutin terbaru dia ya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2009 11:51 AM | Show all posts
Erleyna, thanks ada gak orang jenguk sini.

Rayyan dah selamat duduk kat MATRI.  Sebelum pergi tu nampak jugak dia macam tak suka, sebabnya masa dapat surat tawaran, sekolah tu list down sekali all the rules and regulations incuding, no hp, no computer, no radio, no TV, no comics, no entertainment magazine etc... banyak jugak yg affect life sytle dia. Hubby aku memang purposely nak dia hidup susah, tak de mewah2 macam sekarang, apa nak semua hujung jari.

Hubby aku sorang aje hantar dia dgn bas express ke Perlis.  Dia ada call pakai public phone dlm sekolah, ok pulak dengar suara dia happy je.  Tanya dia seronok tak?  Seronok katanya.  Hubby aku kata Rayyan ni very sociable boy, bila dah keliling kawan2, terus lupa semua gadget2 kat rumah tu.  Yg bestnya, sarapan pagi dan malam makan dlm dulang, duduk bersila ramai2.  Ni memang betul2 akan didik ego Rayyan tu yg selama ni susah betul nak share barang2 dengan adik2nya.  Lunch makan kat kafe sekolah, beli.  First day kat sana, dua kali dia call aku, he he he rindu agaknya....

[ Last edited by  aurorae at 8-1-2009 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 11:52 AM | Show all posts
Basel ni tak berapa pandai bercerita.  Tanya buat apa kat tadika, duduk-duduk aje.  Aduhhhh... susah betul nak korek.  Kalau kat tadika Islam dulu, cikgu2 dia rajin bercerita kat kami apa yg Basel buat hari tu, tapi so far tadika Cina ni cikgu2 sibut sikit, takde masa nak borak2 sangat masa kita hantar dan ambik anak.  Banyak kelemahan in term of that, tapi nak bahasa Cina punya pasal,  redah je.

3 hari pertama, dia bawak balik towel basah lepas mandi tengahari, walau dah diingatkan berkali2 supaya ampai towel kat sekolah.  Semalam baru la ok.  Yg tak oknya, masa lunch dia tak makan.  Pastu pukul 5 ptg petang dah lapar, baru teringat kat bekal yg dibawa.  Dia ni cuai sikit, tak independent sangat macam Rayyan dan Sarah.  Suara pun lembut je dan selalu menangis kena buli dengan Sarah.  Itu yg kami mula2 teragak2 nak hantar sekolah Cina ke tak?   

So masa umur 5 tahun hantar tadika Islam je, nak tengok cemana akademik dia dulu.  So far dari segi akademik, dia jauh lebih cepat berbanding abang kakak dlm membaca dan mengira.  Masa cuti panjang hari tu, dia dah baca novel2 bahasa melayu kakak dia.  Macam tu jugak matematik, cikgu kata cepat aje angkat tangan nak jawab.  Kalau orang lain jawab dulu, terus menangis.  Duhhh!  Sekarang ni concern kami dari segi   pergaulan, boleh ke dia cope dengan budak2  lain tu.  Dia ni manja pun jugak, so nak kena train jadi lasak sikit.  Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.  Terima je.

[ Last edited by  aurorae at 8-1-2009 02:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 02:29 PM | Show all posts

Reply #503 aurorae's post

kagumnya dengan pendekatan u! huhuhu i rasanya tak sanggup nak antar anak p skolah jejauh cam Rayyan tu.
kalo terpaksa gaks.. mesti ku pegi antar sama.. silap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2009 09:58 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by erleyna at 12-1-2009 02:29 PM
kagumnya dengan pendekatan u! huhuhu i rasanya tak sanggup nak antar anak p skolah jejauh cam Rayyan tu.
kalo terpaksa gaks.. mesti ku pegi antar sama.. silap
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 02:29 PM | Show all posts
Dah lama tak masuk sini...diam tak diam dah 2 minggu anak2 kita bersekolah...
bg yg masuk ke drjh 1 di SJKC thn ni...selamat menempuh alam persekolahan dan belajar rajin2 tau...
dan bg ibu bapa anak2 ni pula...always be there for your child...

ada cerita yg nak haku kongsikan kat sini tp...masa tak mengizinkan...nntilah bila free nnti...
skng bnyk kerja...tak menang tangan..

to aurorae...erleyna.dan yg lain...sharing is caring...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2009 10:19 PM | Show all posts
ni cuma cut and paste job....just wanna share with parents yg ada anak kat SJKC especially those yg sepatah haram pun tak reti berbahasa mandrin...like me...
to me its a good practise...cuma rajin ngan idak jer. konsep yg sama cuma pengisiannya jer kita boleh modify skit.

Beberapa minggu lepas bossaku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichidakelas... yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikirmenggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektifsebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlahpenggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nakmasukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satusemester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cineyang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerataje... dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staffmelayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku... dah nampak

1.Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuhhati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anaksoleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb duringtidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah,tapi kena buat seikhlas hati... kalau tengah marah ...tak jadi. kalauanak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macampicitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siapmelalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, diasuka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal... .sekarang6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card semingguje,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataanpendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orangcepat-cepat. ..macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapatsebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan diebekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu... kita bolehbuat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korangmain tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origamidsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe... ... . .. satu lagicuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dansuruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelahlagi... ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan... .Korang taukenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ... sebab depa makan gunachopstik... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkanotak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak... ... .. sebab depa boleh simpansemuanya dalam otak kiri... ... .kalau termarah depa, pi balik kat carano 1 tadi, and mintak maaf kat die... ..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita katdie orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memanglah merapu takpa... ... . ..kita pun bukan tak biasa merapu... ... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissueand suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi optionmacam... ..bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop sixsence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu...... ..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat... ..semuagame yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jamsehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka,tak jadi... .Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dahterror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Diaizin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, danbersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betuidak... ... Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca... .

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dandia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyaksangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akanbuat... ..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataanlain plak... contohnya. ... Tolong senyap Abang,,,berbanding Janganbising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgnanak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antarawaktu2 doa dimakbulkan

(*credit to forumer - griffindor)


[ Last edited by  Shahir at 16-1-2009 10:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 05:08 PM | Show all posts
Next week cuti thb baru cina....eeee...sonoknya sbb anak2 ku cuti seminggu... bolehlah rehat2 sambil gi cuti2 M'sia.

Just nak tanya...ada sesiapa kat sini...even yg jadik silence reader...ada anak dlm drj 1? Camner reaksi anak2 korang dan
cikgu kelas dah start bg homework tak?

As for my kid (std 1)...dah ada gak homework tp tak bnyk la...sbb menurut cikgukelas dia, for the 1st 2 weeks is the
"minggu transisi" kena tunjuk sifat kasih sayang pd budak2 ni...dan tak boleh pukul...
tp minggu lepas masa I went to fetch my kid early from school sbb cikgu tepon suruh amik awal anakku tak sihat...masa lalu depan kelas
std 1 (next to my kid's classroom) nampak ada yg kena rotan kat tapak tangan...sian plak haku nengok budak yg kena tu...tp mmg cam ni la
kat sklh cina...adatlah tu kalau kena rotan... lupa bawak buku...rotan...tak siap homework...rotan...even anakku yg baru masuk ni pun
very de berhati2 dan selalu pastikan yg kerja sklh, buku2 semua intact sbb tak nak kena rotan...mmg ada pro dan kon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2009 02:15 PM | Show all posts
Maaf kalau ada yg dah bertanya. saya teringin juga anak nanti nak dihantar ke sekolah cina. tapi saya concern abt food etc. cam mana you all control that your child tak akan mkn yang haram. even kalau kita bagi bekal, how sure are you that dia tak akan mkn what ever yg kawan dia offer. how sure your child tahu halal haram. just want to share and know so I boleh buat keputusan nak gi antar dia ke sekolah cina ke or not.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 03:17 PM | Show all posts

Balas #509 watie_na\ catat

watie...

ni I paste balik jawapan sis aurorae berkenaan food...halal/haram and how to deal with the situation.


Originally posted by cinattebbi at 2-2-2008 09:33 AM
hi, Salam,

first time i visit thread ni.....kepada parents yang dah hantar anak ke sekolah cina.....mmg ok ke? sy mmg nak hantar anak ke sek cina tapi takut dalam bab pemakanan, sudahnya 2 ana ...

-soalan cinattebbi-


Jawapan drp aurorae :

To me, the rule is... do it if you are very certain of it.  Leave it if you still have doubt about it.

Ada orang ragu2 dgn wuduk dia, ambik wuduk berkali2, takut tak sah.  Ustaz cakap orang yg ragu2 tu sebab tak cukup ilmu, dia tak pasti apa yg dia buat tu betul atau tak.  

Sama le dgn apa yg kita nak buat ni, kena yakin. Kalau tak yakin, tak pasti ok ke tak ok, lebih baik jangan.  I remember once a sister told me if we have doubt makanan yg kita makan tu halal ke tak, maka hukum haram tu lebih berat lagi.   

As for me, all of your doubt tu memang I dah ponder habis dah.  As a parent I dah didik anak2 I tentang halal haram dan how to react when somone want to share her food.  Yg paling pasti, don't share food from home unless it is something you don't have to cook like fruit. Second, don't buy food from the canteen unless it is something we know comes right from the factory like juices and milk products,  or gula2.  And all these I tekankan hari2 sebelum they all pegi sekolah, esp masa darjah 1.

At the same time, parent must prepare attractive and delicious food too.  My children love bread, so it is easier for me -- hot dog, sandwiches, all kind of buns etc.   Then everyday I ask my standard one what she eats  during break, and if anyone shares  food with her.

Tapi kalau your child cerita dia dah makan hot dog yg kawan bagi, don't get jumpy or angry, because she's so young, or she just forgot.  Just remind her that's the kind of food which is a no no from  a Chinese friend, and don't take it again.  If she loves hot dog so much, then bring it to school.


To think about it, I remember zaman sekolah dulu, sekolah MGS. My canteen operator tu Chinese, tapi budak2 Melayu kat sekolah belasah je semua makanan, tak kira haram ke halal, apa ingredients dalam mee, dalam nasi goreng tu.  I don't think even a single parent pun   concern apa yg dijual dan sapa yg masak kat sekolah tu.  Semua assume halal je.  Pastu kawan2 Chinese yg more than half the class pun ada offer makanan, tapi pandai2 la kita nak pilih apa makanan nak ambik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 03:25 PM | Show all posts

Balas #509 watie_na\ catat

ni plak respon saya...just copy & paste jek..(dah setahun lepas bincang pasal ni...tak sangka cepat tul masa berlalu...)

(copy & paste fr pg 13):

Well...cinattebbi....bottom line is my style sama dgn aurorae.

Pd I....kalau kita masih tak yakin....ada was-wa utk anta ke SJKC ni ...baik jangan teruskan....

Kalau aurorae was fr MGS...I plak sklh convent.. Dan seingat I...almost 3/4 drp my classmates semuanya non-muslim dan the canteen operator at that time bangsa cina. Elok jer budak2 melayu makan2 nasi ayam,...tanpa ada syak wasangka halal...ke idak ayam tu...

Dan mmg ada my chinese classmate yg bawak bacon sandwich to school....siap offer lg...tp sbb dah ada pendedahan fr home...kita plak dgn baik educate kawan2 non-muslim...lama2 these friends of mine paham...kalau bawak bacon mesti they all gi makan kat tmpt lain...tak sama2 dgn budak2 muslim. Cam tu gak kalau time general assembly....musti ada sessi "lets pray..."....serupa gak....terngianag2 pesanan nenek....so...dgn sendiri...kita tak ikut  plus budak2 serta kawan2 muslim yg lain....siap geleng2 kepala tanda no...no...no...kalau ada yg budak2 melayu "kureng...sikit"...ialah umpama saling ingat mengingati ant satu sama lain.

Budak2...kalau dr kecik dah didedahkan dgn apa yg halal dan haram...siap ada penjelasan supaya mrk paham, insyaallah...segalanya bermula dr rmh.

Sklh kebangsaan pun bagus....cuma SJKC nih bnyk cabaran. Bukan kata SK tak de cabaran ya...Dr segi bahasa...bukan mudah kalau kita mmg sepatah haram pun tak tahu...lebih2 lg persekitaran, budaya dan mcm2 la berbeza...termasuklah isu2 yg sensitf. Perlu kuat serta tabah dan itu realiti...kita tak reti nak ulas serta berfalsafah, cuma I belajar utk hormati pendirian serta pilihan ibubapa yg lain dlm mendidik, mencorak anak m'ka. Masing2 wat pilihan yg pd m'ka adalah terbaik utk anak masing2.


Hope this wld help.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by watie_na at 2-2-2009 02:15 PM
Maaf kalau ada yg dah bertanya. saya teringin juga anak nanti nak dihantar ke sekolah cina. tapi saya concern abt food etc. cam mana you all control that your child tak akan mkn yang haram. even  ...


Salam Watie dan Shahir, lama betul saya bercuti kali ni....

Thanks Shahir dah tolong cover banyak.  Saya nak share apa yg berlaku kat tadika anak saya tahun 2009 ni.   Anak ke 4 saya baru masuk tadika Cina, tadika yg sama seperti kakaknya dulu.   Malangnya sebab penurunan bilangan kanak2 Melayu, mungkin jugak sebab dah tak ada cikgu melayu, tadika tu dah ambik tender masak dari orang Cina pulak.  Kalau kami tak biasa dengan cikgu2 dia, memang usaha cari tadika lain.  Tapi sebab dah biasa dengan sistem tadika tu, kami masukkan jugak anak kami ke situ.

So setiap pagi saya kena sediakan makanan untuk 3 kali, selain sarapan, roti/sandwich untuk makan pagi, dan  nasi untuk makan tengahari (anak saya transit kat situ sebelum ke tadika islam).  Pernah sekali sebab sibuk sangat , saya beli mee goreng kat gerai, petang tu anak saya terus muntah2 dan ceret-beret.  Terus dah tak berani nak belikan makanan dari gerai lagi, untuk bekal makan tengahari.

Saya pesan kat anak, jangan sesekali makan makanan yg tadika atua kawan bagi, lagipun kita tak bayar.  Anak saya tu jika dibandingkan dengan yg lain2, agak dependent sikit.  Dia tak berapa pandai uruskan diri sendiri, so memang saya concern sangat takut dia termakan gak.  

Tapi masa berjumpa cikgu, cikgu bagitau anak saya refuse semua makanan (walau makanan ringan yg dibeli dari kedai, bukan masak) dan minuman sirap yg dia offer, semasa anak saya terlupa bawa bekal minuman.

Dari situ saya tau yg anak saya betul2 ingat pesanan saya.  Dia tak berani nak ambik makanan dari cikgu, walaupun bukan yg dimasak, sebab dia belum tanya lagi samada saya benarkan atau tidak.  Insyaallah, kita usaha sedaya yg boleh, mana yg diluar kemampuan kita untuk mengawal, kita serahkan pada Allah.

Rayyan anak pertama saya cerita, semasa darjah 1 dulu,  sorang classmate melayu dia selalu beli mee di kantin sehingga jadi buah mulut semua pelajar melayu kat situ.  Walau dah dinasihat kawan2, masih tak terima sebab katanya mak pak dia tak cakap pun tak boleh.  Last2 berita tu sampai kat cikgu kelas (of course Cina), dan budak melayu tu cuma berenti beli mee lepas cikgu sendiri bagitau yg mee tu tak halal.

update: semalam Basel cakap cikgu bagi gula2 halal kat dia.  Nak tergelak aku dengar.

[ Last edited by  aurorae at 6-2-2009 08:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:47 PM | Show all posts

Salam...

Salam pd tuan tanah... kita cuba follow thread nie tapi baca lompat2 nak cepat abis...

betullah.. klo nak sekolahkan anak di tadika Cina dan Sekolah Cina.. mmg banyak cabaran.. saya yg juz SR niehh pon rasa mcm x mampu nak sekolah anak kat situ...

Anak saya tahun nieh masuk 4 tahun.. igt nak sekolah kat tadika cina.. sbb jiran kelilling majoriti cina... anak2 berkawan dan bermain dgn anak2 derang... bila buat besday party.. mmg kita invite anak2 derang.. tapi bila baca pengalaman tuan tanah dan kawan2 kat sini.. mcm x mampu plak... kita bekerja mcm x mampu plak nak sediakan bekal anak  dr pg sampai petang huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:11 PM | Show all posts
jgn risau ttg hantar anak2 ke sekolah cina.... slalunya parent risau x dapat nak tolong anak buat kerja sekolah n etc... anak2 pent semua sekolah cina n kami parent mmg sepatah haram x reti bahasa tu... tapi pent nampak anak2 yg belajar SJ ni lebih independent sbb dorang tau parent dia x tau bahasa tu so kat skolah dia akan jadi lebih fokus. lagi pon keupayaan anak2 belajar ni jgn ingat mcm kita... dorang nih lebih senang serap segala jenis pelajaran. pent advice kat parent semua hantarla anak2 belajar bahasa lain2.. IQ pon jadi makin tinggi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by alysa79 at 11-2-2009 02:47 PM
Salam pd tuan tanah... kita cuba follow thread nie tapi baca lompat2 nak cepat abis...

betullah.. klo nak sekolahkan anak di tadika Cina dan Sekolah Cina.. mmg banyak cabaran.. saya yg juz SR ...



SR tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 11:42 AM | Show all posts

Reply #515 aurorae's post

hi you all....
aku aada.. jadik silent reader jer.. takdak ceritaaa

hihi aku pon wonder.. SR tuh apa??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2009 04:08 PM | Show all posts
Hi all, assalamualaikum.

Aku dan husband dah fikir banyak kali dan rasanya next year nak tukarkan Sarah ke sekolah lama abang dia.  Sekolah sekarang ni very exam oriented, dari darjah 1 dah ada tusyen (sekolah buat) tapi masih opsyen lagi.  Start darjah 2 sampai 6 dah wajib.  Bayaran sekolah memang mahal gila, macam2 jenis buku kena beli.   Lepas tu rupa-rupanya some teachers sambung lesson yg tak habis pagi tu, dlm kelas tusyen dan bagi homework melambak2 even masa tusyen day (2 hari seminggu, cover semua subjek UPSR).  

Sarah balik sekolah melepek penat, terus tertidur.  Aku tak sampai hati nak kejut, biar dia tidur sampai pagi.  Bila terbangun aje pukul 5.30 tu, bergegas dia buat semua homework yg kurang2 ada 5 subjek kena cover.  Pastu selalu mengadu cikgu maths cina rotan dan cakap dia tak pandai maths.  Aku rasa bukan Sarah tak pandai, dia masih belum menguasai bahasa cina degan cekap lagi sebab dia pendiam sikit, susah nak berkomunikasi.

Bulan Mac ni masa aku nak daftarkan Basel terus ke sekolah lama Rayyan, dan tanya procedure untuk tukarkan Sarah.  Kalau kena buat surat rayuan pun takpe.  Sekolah Rayyan dulu tak pernah ada masalah macam ni.  Rayyan tak pernah pegi tusyen sekalipun (start darjah 4 dan cover subjek bahasa Cina, Melayu dan English sahaja), cuma tulis surat pada GB dia kena pegi kelas agama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 04:43 PM | Show all posts
iye ke?
sori la auro.. aku lupa.. apa nama sekolah Sarah?
Rayyan plak apa nama ex skola dia tuh??

ayoyo sangat kesian sama Sarah..
alahai rasa tertekannya dia kan? padahal baru jer umur 7 tahun..
bebudak sebaya enjoy je g skolah..
homework kat skola da leh settle...sebab sikit sangat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 2-3-2009 04:43 PM
iye ke?
sori la auro.. aku lupa.. apa nama sekolah Sarah?
Rayyan plak apa nama ex skola dia tuh??

ayoyo sangat kesian sama Sarah..
alahai rasa tertekannya dia kan? padahal baru jer umur 7 t ...



Sarah - SRJK Woon Hwa
Rayyan - SRJK Kangkar Pulai

Sarah dah 8 tahun .... ramai sangat anak, nama pun kadang2 tertukar masa panggil.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 03:15 PM | Show all posts
teringat kenangan 23 tahun dulu masa sekolah rendah sbb aku sekolah cina...masa rehat kalau tak bawak bekal kena la berlapar..tak pun makan jajan yang dorang jual kat kantin..makanan lain yang dorang jual semua cina yang masak..and masa tu cuma satu family iaitu adik beradik aku je yang sekolah cina..mmg betul sekolah cina ni kena hafal..hafal..n hafal..kalau tak susah oo nak ingat tulisan tu..and satu perkataan ada banyak bunyi n makna..tapi papepun..bestnya kenangan masa tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.245900 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list