CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 15-8-2008 10:51 PM | Show all posts
cuba lg esok..!!
moga azizul & josiah can make us proud dlm keirin esok.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2008 04:54 PM | Show all posts
aisehhh kalah lak azizul dgn juara olimpik 4tahun lps ryan baley
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 04:55 PM | Show all posts
:@  mendaaapppppp
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 06:17 PM | Show all posts
Azizulhasni ke pusingan kedua 200m pecut
17/08/2008 12:35pm


BEIJING 17 Ogos - Pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang mara ke pusingan kedua acara berbasikal 200 meter pecut Sukan Olimpik Beijing setelah muncul ketujuh terpantas daripada 18 orang yang disahkan layak.

Dia mencatatkan 10.272s dalam perlumbaan pusingan kelayakan di Velodrom Laoshan, Beijing yang turut menyaksikan kemunculan rekod baru Olimpik oleh pelumba terpantas, Chris Hoy dari Britain dengan catatan 9.815s.

Hoy juga merupakan pemenang pingat emas acara keirin semalam sementara Azizulhasni terkandas pada pusingan kedua kerana menduduki tempat keempat. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by h@i at 17-8-2008 04:54 PM
aisehhh kalah lak azizul dgn juara olimpik 4tahun lps ryan baley


dia kalah bergaye.. memang sengit betol.. berpeluh2 teman nengoknye... pehhhhh     
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 06:23 PM | Show all posts
Azizulhasni gagal ke suku akhir 200m pecut
17/08/2008 5:01pm


BEIJING 17 Ogos - Pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang gagal ke separuh akhir acara berbasikal 200 meter pecut Sukan Olimpik Beijing setelah tewas kepada pelumba Australia, Ryan Bayley pada pusingan kedua hari ini.

Azizulhasni, 20 yang juga juara Asia, tewas kepada Bayley yang mencatatkan masa 10.762 saat dalam persaingan di Velodrom Laoshan.

Dia mencatatkan 10.272 saat dalam perlumbaan pusingan kelayakan untuk muncul pelumba ketujuh terpantas di antara 18 pelumba yang layak.

Semalam, anak jati Dungun, Terengganu itu juga terkandas pada pusingan kedua kerana menduduki tempat keempat dalam acara keirin. - Utusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2008 06:25 PM | Show all posts
mude lagi dia nih.. hopefully next time lebih menyinar.. jgn tonggolam sudah   
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 08:46 PM | Show all posts
  sebenarnya azizul masuk suku akhir ler.. dia menang dlm final repechages utk mencari 2org lg ke suku akhir.

suku akhir lawan jaguh britain

azizul bertubuh kecik peserta tunggal asia yg layak ke suku akhir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2008 10:36 PM | Show all posts

Reply #508 h@i's post

aa'ah dia berjaya masuk quarter final esok ...
aku tengok repechages tadi ....
kagummm oooo ...dia angkat basikal dia bila nak sampai garisan penamat ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 12:16 AM | Show all posts










[ Last edited by  HangPC2 at 18-8-2008 11:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 01:40 AM | Show all posts
Perghhh cayalah Malaysia...Nike sponsor tuh....!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 06:49 PM | Show all posts





Mohd Azizulhasni Awang of Malaysia competes against Chris Hoy of Great Britain during the track cycling event at the Laoshan Velodrome on Day 10 of the Beijing 2008 Olympic Games on August 18, 2008 in Beijing, China.
(Photo by Jeff Gross/Getty Images AsiaPac)




Chris Hoy of Great Britain reacts after a heat during the track cycling event at the Laoshan Velodrome on Day 10 of the Beijing 2008 Olympic Games on August 18, 2008 in Beijing, China.
(Photo by Vladimir Rys/Getty Images AsiaPac)


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #454 dill9642's post

Bila nak buat kayuhan di Putrajaya lagi ... ? Aku baru beli MTB ... kawan-kawan satu opis pun baru beli ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 08:05 AM | Show all posts
Tebus kecewa di London 2012
HARIAN METRO

KEGAGALAN meraih pingat pada temasya Sukan Olimpik tahun ini memberi pengajaran bermakna buat pelumba muda negara, Mohd Azizulhasni Awang untuk berusaha lebih keras dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pelumba dari Dungun, Terengganu itu bertekad untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya sebutir pingat bagi menebus kekecewaan di Beijing jika layak beraksi pada temasya Olimpik yang seterusnya iaitu di London pada 2012.

“Misi saya seterusnya adalah Olimpik di London. Saya akan berusaha lebih gigih daripada sekarang kerana tidak mahu lagi kecewa,” katanya.

Pemegang rekod Asia dalam acara pecut itu berkata, walaupun berpuas hati dengan prestasinya di Beijing, terbit rasa terkilan kerana gagal menjejakkan kaki untuk beraksi di final acara keirin berikutan tersilap percaturan.

“Banyak perkara yang saya belajar. Pengalaman memang perlu namun ia juga bergantung kepada nasib. Ketika berlumba strategi, pergerakan sama penting dan kita langsung tidak boleh leka,” katanya sekembalinya ke tanah air, semalam.

Kecetekan pengalaman pelumba itu bagaimanapun dilihat sebagai punca utama kegagalan Azizulhasni terutama dalam acara keirin apabila dia menduduki tempat terakhir pusingan akhir, biarpun mendapat pujian daripada ramai pelumba handalan terutama dalam acara pecut.

-----

:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:45 PM | Show all posts
Pelumba negara tidak bersedia

Oleh MN NORZASRUDIN



ANUAR antara pelumba negara yang masih berpeluang
menyertai Kejohanan Lumba Basikal Dunia Bawah 23
Tahun di Varese.



PERSATUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ada alasan yang kukuh untuk tidak menghantar pelumba lebuh raya negara ke Kejohanan Lumba Basikal Dunia Bawah 23 Tahun di Varese, Itali pada 23 hingga 28 September ini.

Bukan sumber kewangan yang menjadi halangan tetapi kekurangan persediaan dianggap sebagai faktor utama menyekat penyertaan pelumba negara meskipun mereka telah melayakkan diri.

Jurulatih skuad lebuh raya kebangsaan, Omar Saad mengakui pelumba-pelumba negara tidak cukup persediaan untuk menghadapi kejohanan ini.

Selain diadakan pada bulan puasa, kekurangan latihan mungkin akan menyebabkan mereka tidak dapat untuk menyaingi kehebatan pelumba yang lain.
Apa yang lebih merisaukan PKBM adalah kegagalan mereka untuk menamatkan perlumbaan itu.

"Ini adalah satu kejohanan bertaraf dunia dan bakal disertai pelumba-pelumba terbaik terutamanya mereka yang beraksi pada Sukan Olimpik XXIX, Beijing bulan lalu.

" Pada temasya di Beijing itu, negara-negara terbaik di Asia seperti Iran ketinggalan jauh di belakang dan tidak mampu untuk menyaingi kehebatan pelumba Eropah.

"Jadi saya bimbang pelumba negara tidak mampu untuk bersaing dan ada kemungkinan mereka tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana apa yang saya tahu laluan di sana (Varese) sangat sukar dan banyak berbukit," kata Omar semalam.

Menurut Omar, kos perbelanjaan sangat tinggi sebaliknya pulangan yang diperoleh mungkin tidak setimpal jika menghantar pelumba menyertai kejohanan itu.
Katanya, lebih baik sumber kewangan itu digunakan untuk menghantar pelumba negara menyertai beberapa kejohanan berstatus 2.2 yang lain.

Atas alasan itu, Majlis Sukan Negara (MSN) keberatan untuk menanggung kos perbelanjaan bagi menghantar pelumba ke kejohanan itu meskipun mereka layak secara merit.

Setakat ini belum ada 'lampu hijau' yang diberi oleh MSN meskipun permohonan sudah dibuat.

Bagaimanapun peluang dua pelumba berbakat negara, Anuar Manan dan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi untuk menyertai kejohanan berprestij itu agak cerah kerana kos perbelanjaan kedua-dua pelumba ini bakal ditanggung oleh penganjur Jelajah Malaysia, Datuk Astaman Abdul Aziz.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 01:47 AM | Show all posts

Charok Tok Latah Nite Ride (Red Flag Bikers)



Sempat snap sekeping ja...

[ Last edited by  van_allen at 26-9-2008 11:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 06:22 PM | Show all posts
yang mana satu allen?

apa ni banyak copy paste berita ja....

sapa nak baca....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 07:07 PM | Show all posts

Reply #517 hyphrigian's post

pembace kat sini otak

cam scaner... boleh scan pakai mate

terus masuk otak

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #516 van_allen's post

huhu..Charok Tok Latah ni kat jitra ke nih? Join ke Jamborre BM bulan 11 nih?

Jom...After raya .... ride - Cerok To Kun.. gan geng2 prai...(pre ride Jamboree BM XC)
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 04:27 PM | Show all posts

Balas #520 Azhargoth\ catat

abg goth pun kaki kayuh no......

boh la sekeping gambaq gerek....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.262905 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list