CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LailaTempawan

Legenda Mahsuri

   Close [Copy link]
Post time 15-4-2009 12:15 AM | Show all posts
langkawi=>laghwi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2009 09:39 AM | Show all posts
teruskan......pakcik tanggo saya nak tau cite selanjutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 11:43 AM | Show all posts
Tokok tambah dalam Mahsuri
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]

Vanidah Imran

KISAH hidup Mahsuri iaitu wanita yang mati dibunuh kerana menjadimangsa fitnah memang tidak asing lagi dalam cerita masyarakat Melayusejak turun-temurun.

Pengkisahan tragedi yang berlaku di Pulau Langkawi pada masa lampauitu dikatakan banyak bercampur antara unsur sejarah dan mitos yangditokok tambah bagi menjadikannya lebih menarik untuk diceritakankepada khalayak.

Riwayat Mahsuri bukan setakat tersurat dalam buku-buku sejarah danhikayat, malah ia juga terus diperkatakan sehingga ke hari initermasuklah menerusi medium perfileman dan teater.

Terbaru, pengarah Fauziah Nawi tampil ke depan bagi mementaskan teater berjudul Mahsuri yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, mulai 24 hingga 30 April ini.

Bagi menambahkan lagi tarikan penceritaan kisah Mahsuri, kata Fauziah, beliau turut menokok tambah jalan cerita kisah wanita malang itu bagi menyesuaikannya dengan situasi semasa.

"Sebelum ini pun kisah Mahsuri ada pelbagai versi. Contohnya,saya akan gantikan watak ibu mertua yang dikatakan membunuh Mahsuridalam cerita legenda itu dengan watak kakak ipar.

"Sebabnya, saya cuba mencari di mana logiknya apabila ibu mertuasanggup membunuh menantunya. Mungkin pertukaran watak itu akan lebihditerima oleh para penonton kelak," katanya pada sidang media Mahsuri di IB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aktivis teater itu turut memaparkan logik adegan Mahsuri yangkononnya mengeluarkan darah putih selepas watak legenda tersebutditikam sebagai salah satu tanda kebenarannya yang menjadi mangsafitnah.

Semua itu dilakukan bagi menyesuaikan logik dan pemikiran masyarakathari ini yang jauh lebih ke depan berdasarkan fakta-fakta yang bolehditerima akal dan pemikiran para penonton.

"Skrip teater ini ditulis oleh Rahimidin Zahari iaitu salah seorangkakitangan IB berdasarkan kajian yang telah dijalankannya sebelum ini.Misalnya, teater ini menggambarkan adegan Mahsuri yang mengeluarkandarah putih selepas ditikam.

"Kami gambarkan tikaman itu melalui tulang selangka Mahsuri danmenembusi buah dadanya hingga darah yang mengalir itu dibaluti airsusu. Mungkin sebab itu darah Mahsuri yang keluar dikatakan berwarnaputih," ujarnya.

Tambahnya, tokok tambah yang dilakukan itu tidak menjejaskan jalancerita asal, sebaliknya ia mampu mengelakkan para penonton bosan keranakisah legenda itu telah banyak kali diulang penceritaannya.

Selain berunsurkan cerita legenda yang popular, Fauziah mementaskan Mahsuri kerana mendapati banyak elemen positif yang boleh dikongsi oleh para penonton apabila ia dipentaskan kelak.

Apatah lagi, pementasan Mahsuri memang dirancang oleh IB sebagai salah satu genre pementasan bagi mengisi kalendar di panggung bertaraf dunia itu.

"Bagi saya, Mahsuri merupakan seorang wanita yang sangat hebat. Diabolehlah dianggap sebagai wanita yang berdikari, mempunyai pemikiranjauh, baik hati, sanggup berkorban dan sangat menyayangi keluarganya.

"Semua unsur positif yang dimiliki oleh Mahsuri itulah seharusnyadiambil iktibar oleh kaum wanita supaya semangat yang ada dalam diribeliau terus dihayati sampai bila-bila," katanya.

Pementasan teater yang akan mengenakan harga tiket dari RM30 hinggaRM100 itu dijangkan akan menggunakan seramai kira-kira 100 pelakon.

Pelakon baru, Arja Lee merupakan antara pelakon yang terpilih dalamsesi uji bakat yang diadakan bagi memegang watak suami kepada Mahsuridalam pementasan tersebut.

Biarpun masih mentah dalam gelanggang teater, namun Fauziah yakindengan bakat, kesungguhan pelakon muda berusia 25 tahun itu untukmenggalas watak yang tidak kurang mencabar itu.

"Saya dapati Arja mempunyai kebolehan dan bakat tetapi yang lebihpenting kehendak dan komitmennya dalam pementasan ini amat besar. Sayayakin dengan kecenderungannya itu. Malah, saya juga sudah biasa bekerjadengan orang baru dalam bidang lakonan.

"Apa yang penting dia sanggup belajar dan mendengar kata demi melakonkan watak itu dengan sebaik mungkin," komennya.
Bagaimanapun, sebagai pengarah dan pelakon berpengalaman beliautidak menafikan terdapat riak kegoyahan sewaktu Arja mula-muladipertemukan dengan Vanidah Imran yang melakonkan watak Mahsuri.

Namun, atas bimbingan dan yakin dengan bakat lakonan yang semakincerah digilap dalam siri-siri latihan yang telah diadakan, ia memberibanyak keyakinan kepada pelakon muda itu.

"Contohnya, masa Arja mula - mula pegang Vee (Vanidah) dia macamrasa takut. Apatah lagi saya ingatkan dia bahawa Vee isteri orang.Tetapi Arja dan Vee faham batas dalam melakonkan watak masing-masing.

"Ini kerana, pada mulanya saya menjangkakan Rashidi Ishak (suamiVanidah) boleh melakonkan watak yang akan dilakonkan oleh Arja itu.


"Sebabnya lebih senang kalau ia dilakonkan oleh Vee dan Rashidikerana mereka memang suami isteri. Sayangnya, Rashidi ada komitmenlain," jelas Fauziah lagi.

Selain Arja Lee dan Vanidah Imran, Mahsuri yang menyelitkanelemen nyanyian, tarian dan pencak silat itu turut dilakonkan olehpelakon hebat seperti Azizah Mahzan dan Abu Bakar Juah.

Sementara itu, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, beliau yakin Mahsuri mampu menarik perhatian segenap lapisan masyarakat biarpun ia merupakan naskhah lama yang sudah banyak kali dikitar semula.

Malah katanya, golongan penonton terutamanya generasi muda hari iniakan tertarik menonton pementasan dalam genre itu jika ia turutmenyelitkan nilai-nilai hiburan yang bersesuaian dengan mereka.

"Seperti yang saya selalu sebutkan sebelum ini, pementasan sepertiini merupakan salah satu tanggungjawab sosial IB bagi memastikan senipersembahan berteraskan seni dan budaya kita tidak pupus begitu sahaja.

"Tahun lalu, IB misalnya pernah mementaskan randai yang diangkatdaripada cerita masyarakat Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Bagisaya, apa juga naskhah lama atau moden mampu menarik perhatian penonton.

"Apa yang penting, cara ia dipersembahkan mestilah menarik, adaunsur-unsur hiburan dan nilai moralnya yang tersendiri. Dan ia jugadipersembahkan oleh orang yang berpengalaman," katanya.

Sumber : utusan.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 11:45 AM | Show all posts
Teater Mahsuri Lakonan Vanidah Imran di Istana Budaya



INFO TEATER MAHSURI

Kategori : Teater
Tarikh : 24 - 30 April 2009
Masa : 8.30 Malam

SINOPSIS
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan  dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.

Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.

PelakonUtama:
Vanidah Imran
Azharudin Ramli (Arja Lee)
Azman Md Hasan
Azizah Mahzan

Pengarah
Fauziah Nawi

Pengarah Artistik
Irwan Ismadi Shahrim

Penulis Skrip & Lirik Lagu
Rahimidin Zahari

Pengarah Muzik
Mohd Yazid Zakaria

Komposer
Iryanda Mulia Irwadi

Pengarah Teknikal
Jamaluddin Md. Nor

Pereka Tata Cahaya
Mohd Firdaus Mohamad Hanif (Pitt Hanif)

Tempat Persembahan
Panggung Sari, Istana Budaya

Tiket
RM30, RM50, RM70 & RM100

Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel  :  03-4026 5558
Faks:  03-4026 5552
Waktu Operasi:  9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja)  9.00 Pagi - 1.00 T/Hari  (Sabtu)

Pembelian/Tempahan Tiket Secara Online
www.ticket2u.biz    Tel: 03-4149 8600



TAWARAN ISTIMEWA POTONGAN HARGA 30% TEATER MAHSURI DI IB

Rakan-rakan Facebook Istana Budaya,
Sebagai menghargai anda menyertai kami, Sukacita kami menawarkan potongan harga/diskaun 30%  untuk anda dan rakan-rakan yang ingin menonton Teater Mahsuri yang bakal dipentaskan pada 24-30 April 2009, 8.30 malam di Panggung Sari, IB.

Sila maklum, potongan harga/diskaun 30% ini hanya untuk pembelian tiket yang berharga RM70 & RM100 sahaja.

Teater ini sedang giat menjalani latihan untuk memberi persembahan yang terbaik untuk anda. Pementasan ini akan ada unsur-unsur lagu/nyanyian, lakonan dan tari. Pasti anda terhibur.

Terima kasih atas sokongan anda peminat seni pementasan.

sumber: budiey.com
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 12:18 PM | Show all posts
pakcik tanggo.... pulau langkasuka ada kaitan dgn kerajaan langkasuka lama ke?
nmpknya keluarga mahsuri ada interaksi dgn pedagang2 luar rupanya...

nmpk makin menarik...

sumpah laghwi? tak pernah dgr....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 12:47 PM | Show all posts
bilaghwi = disebabkan sumpahmu.
laghwi jadik langkawi disebabkan lidah melayu.. laghwi = sumpah saya, jadi tu maksud langkawi, sumpah mahsuri ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2009 02:13 PM | Show all posts

Balas #501 clavriene\ catat

Arigatogosaimashita.
Ganbarimasu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 02:15 PM | Show all posts

Balas #502 cikepong08\ catat

Kenapa, Terkejutttttttttt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 02:19 PM | Show all posts

Balas #503 kakbedah\ catat

......... Terus yg mana satu utk kamu. Ada banyak la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 02:47 PM | Show all posts

Balas #505 eyllaz\ catat

........Sayangnya kalau saya tahu awal, saya akan hubungi Fauziah Nawi (pelakon yg saya minati ) utk dlm soal ini.Saya boleh membantunya utk memdedahkan apa yg saya belum ceritakan lagi d sini. Lebih menarik lagi munkin boleh meminjamkan barang asal Mahsuri utk d gunakan spr Kain tudung yg d pakai Mahsuri ketika dia d tikam,barang-barang pertunangan, senjata beliau ketika beliau guna ntk bersilat dan lain-lain lagi. Pasti membuat dewan itu gawat bangat dan penonton menangis sangat. Saya ada versi saya yg lengkap dan kalau d filemkan berfilem-filem jadinya. Kata-kata ini benar dari saya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 02:49 PM | Show all posts

Balas #506 garlicOil\ catat

.. Ada , Rajin-rajinlah buka Quran kerana itu manual manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 02:55 PM | Show all posts

Balas #506 garlicOil\ catat

Benar anggapan kamu tu. Bila sampai babnya saya jelaskan. Tidak d cedok dari mana-mana atau di jajah oleh sesiapa, maksud saya versi saya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 02:56 PM | Show all posts

Balas #507 tinbeskut\ catat

Sila ikuti cerita seterusnya. Dgn iklas saya jelaskan d sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 03:30 PM | Show all posts

Legenda Mahsuri

SUMPAH LAGHWI


Ayat 225
Tidaklah diperhitongkan oleh Allah apa yg sia-sia pada sumpah kamu. Tetapi akan diperhitunkan kamuoleh apa yang diusahakan dia oleh hati kamu. Sedang Allah adalah Maha Pengampun,Lagi Maha Penyayang.

TIDAKLAH DIPERHITUNGKAN OLEH ALLAH APA YANG SIA-SIA PADA SUMPAH KAMU.

Disini terdapat kata LAGHWI yang didalam terjemahan ini kita artikan sia-sia.
Menurut arti yang biasa, laghwi artinya ialah kata -kata terlanjur atau kata-kata yang tidak diperhitungkan masak-masak. Bercakap asal bercakap saja.
Maka dalam hal ini ahli tafsir yang muktabar telah mengeluarkan berbagai pendapat. Menurut Ibnu Abbas dan Aisyah dan sebagian ahli tafsir, arti LAGHWI disini ialah KATA TERBIASA YANG DIUCAPKAN ORANG SEKADAR MENGUATKAN KATA SAJA, MITHALNYA TIDAK! DEMI ALLAH! didalam percakapan hari-hari, dengan tidak bermaksud hati sebagai bersumpah.
Menurut Al Marugi, begitulah arti LAGHWI  pada sumpah itu, yang telah sama pendapat-pendapat ulama diatasnya.

Menurut dari Hurairah SUMPAH LAGHWI itu ialah bersumpah untuk memastikan bahawa yang akan kejadian adalah begitu. Tetapi kemudian setelah sampai waktunya, maka yang kejadian itu berbeda dengan yang telah dipastikannya itu. Itu pun termasuk SUMPAH LAGHWI.

Menurut riwayat yang lain dari Ibnu Abbas, SUMPAH LAGHWI ialah SUMPAH SESEORANG SEKETIKA DIA SANGAT MARAH. Pendapatnya itu dianuti juga oleh Thawas dan Makhul.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by tanggo at 16-4-2009 14:47
........Sayangnya kalau saya tahu awal, saya akan hubungi Fauziah Nawi (pelakon yg saya minati ) utk dlm soal ini.Saya boleh membantunya utk memdedahkan apa yg saya belum ceritakan lagi d sini. L ...


Kalau itu terjadi pasti gah kepada umum tentang cerita sebenarnya.Tak apa ke orang yg bukan keturunan(pelakon)menggunakan barang-barang tinggalan Mahsuri,misalnya keris beliau kerana kekadang tiada keserasian.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 03:42 PM | Show all posts

Balas #516 sayapghaib\ catat

Saya boleh uruskan semuanya dan saya kena ada disitu supaya adap-adap dan peraturan tertentu d ikut.Kalau d baca d atas amat kurang cerita yang bolen melonjak hingga jadi tsunami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 03:45 PM | Show all posts

Balas #516 sayapghaib\ catat

Masa masih ada buat mereka. beritahulah mereka. Pasti kita akan berjumpa d IB.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 04:06 PM | Show all posts

Balas #518 tanggo\ catat

Kalau macam tu InsyaAllah meletup pentas Bangsawan Mahsuri ni.Awal 90an dulu Ibu Saudara saya yg aktif dalam Bangsawan Negeri Kedah pernah memegang watak Bonda Kepada Mahsuri.Tapi sayang, saya memang tak ada link dengan Pementas theater Puan Fauziah ni.

[ Last edited by  sayapghaib at 16-4-2009 16:11 ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by tanggo at 16-4-2009 15:45
Masa masih ada buat mereka. beritahulah mereka. Pasti kita akan berjumpa d IB.


Mr Tanggo pun akan ke IB?
Eyla dah tempah 8 ticket tuk tayangan 24hb ni... insyaAllah harap dpt jumpa disana ya (^_^)v
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 04:11 PM | Show all posts

Balas #519 sayapghaib\ catat

Boleh agakdah u siapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058216 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list