|
memang nak buat investment..tu pasal nak tahu details...untuk kira2 wang dlm simpanan contoh macma MLM dorang ada brief details camne nak buat investement dgn platform sekian2...lepas paham baru decide...takpe laa nanti aku pm laa sape2 yg berkuasa kat sini..bukan apa takut nanti cakap aku tanya je lebey..invest nye idok..tu pasal aku lebeh suka baca faham dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by clairekimberly at 10-11-2008 05:32 PM
memang nak buat investment..tu pasal nak tahu details...untuk kira2 wang dlm simpanan contoh macma MLM dorang ada brief details camne nak buat investement dgn platform sekian2...lepas paham ...
U just PM sapa sapa, edy ke., jel ke, lat ke, atau sapa sapa ..
Once u faham, u decide, tak salah, kalau awak rasa tak sesuai dan tak suit dengan kehendak anda...
Btw, sekarang masa sesuai nak invest,,,harga tengah rendah...
boleh lawat kesini...
www.fmutm.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kirawang at 10-11-2008 11:24 PM
U just PM sapa sapa, edy ke., jel ke, lat ke, atau sapa sapa ..
Once u faham, u decide, tak salah, kalau awak rasa tak sesuai dan tak suit dengan kehendak anda...
Btw, sekarang masa ses ...
ermm setuju dgn kirawang...
nak invest carik jer UTC yg berkenan dan sesuai...
p/s: thankz koling bg penjelasan ptg td..masih berpikir..insyaAllah positif. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita baik untuk penggemar fund china macam tauke dengan jel....Postif reaction after stimulus package ..Hopefully consistent,,,
China lonjakkan harga saham
--------------------------------------------------------------------------------
London 10 Nov. - Bursa saham Asia dan Eropah melonjak hari ini berikutan pengumuman pelan rangsangan ekonomi bernilai 4 trilion yuan atau AS$586 bilion (RM2.06 trilion) yang dibuat China.
Menurut laporan agensi berita, Indeks penanda aras Bursa Saham Shanghai meningkat sehingga 7.27 peratus, peratusan kenaikan tertinggi dalam sehari, selepas kerajaan China mengumumkan pakej perangsang yang besar untuk merangsangkan ekonomi negara itu.
Tokyo melonjak 5.81 peratus, Hong Kong naik 3.5 peratus dan Sydney meningkat 1.4 peratus.
Pada awal dagangan di Eropah, London meningkat 2.77 peratus, Paris naik 3.10 peratus dan Frankfurt didagangkan tinggi 2.83 peratus.
Di Amerika Syarikat, Indeks Dow Jones meningkat 2.85 peratus.
''Pakej rangsangan China telah memberikan kesan kepada kestabilan dalam jangka terdekat,'' kata Pakar Strategi di BNP Paribas Ian Standard.
''Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan terhadap ekonomi sejagat dalam jangka panjang sehingga memaksa memerlukan negara komunis itu mengambil tindakan yang drastik,'' tambah beliau.
Pada Ahad lalu, China mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan harapan untuk meningkatkan permintaan domestik dalam suasana eksport yang semakin menurun kerana pasaran asing menyusut berikutan krisis kewangan global.
Langkah itu telah diluluskan kabinet pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Rabu lalu dan langkah itu juga akan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur serta sektor lain berikutan pertumbuhan domestik yang lembap.
''Dengan pelan berskala besar itu, ia diharap dapat memberikan kesan yang sewajarnya untuk menangani isu semasa.
''Tetapi kita tidak dapat menyangkal kejutan global adalah kuat dan pakej tersebut tidak dapat memulihkan ekonomi China tetapi hanya akan melambatkan pertumbuhan,'' kata Penganalisis Calyon, Sebastien Barbe.
Pertumbuhan ekonomi di negara itu akan menyusut kepada sembilan peratus pada suku ketiga tahun ini, paras terendah dalam lima tahun disebabkan pengurangan eksport.
Di Kuala Lumpur, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turut meningkat 10.29 mata atau 1.2 peratus untuk ditutup pada paras 904.24 mata.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj berpendapat, pakej rangsangan yang diumumkan oleh China bagi membantu memulihkan ekonominya merupakan satu langkah yang baik bagi pasaran saham Asia dan Malaysia.
''Ia memberikan satu semangat atau nafas baru kepada pasaran tempatan mahupun Asia memandangkan China adalah negara yang mempunyai hubungan dagangan yang baik dengan Malaysia dan negara-negara di rantau ini.
''Selain itu, langkah tersebut juga menunjukkan China berani bertindak dengan menyuntik dana ke pasaran bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan penguasaan ekonomi dunia kini mungkin beralih kepada China,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Penganalisis Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Koay Yi Chuan juga berpendapat pasaran saham China mempunyai pengaruh yang besar kepada pasaran saham tempatan dan dunia.
Katanya, seluruh dunia saling bergantungan dan kebanyakan eksport melalui China boleh memanfaatkan pasaran dunia, terutama AS.
''Republik itu merupakan penyumbang utama kepada ekonomi dunia iaitu lebih 25 peratus. Kalau ekonomi China stabil maka pasaran AS pun serupa dan secara tidak langsung juga menguntungkan Malaysia," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
U all kena tungu next year, najib nak make sure masa dia start jadi PM, ekonomi nampak cantik je..
......................................................................
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion yang diumumkan baru-baru ini akan dimulakan pada suku pertama tahun depan.
"Kita berharap pada suku pertama tahun depan, projek dalam pakej ini dapat dimulakan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Parlimen semalam.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, satu unit khas akan diwujudkan di Kementerian Kewangan bagi memantau dan melaporkan kepada Menteri Kewangan perkembangan projek di bawah pakej rangsangan berkenaan.
Katanya, kerajaan juga akan melaksanakan langkah liberalisasi terhadap sektor perkhidmatan bagi menjadikan negara ini lebih berdaya saing pada peringkat global, bertujuan menarik kemasukan lebih banyak pelaburan terus asing yang membabitkan sektor logistik dan perkhidmatan profesional.
"Mesyuarat bersetuju dalam keadaan ekonomi pada masa ini, beberapa langkah perubahan struktur perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia lebih kompetitif.
"Antaranya mengamalkan dasar progresif liberalisasi dari semasa ke semasa dan langkah yang terbaru ialah perubahan liberalisasi dalam sektor perkhidmatan yang bakal diumumkan sedikit masa lagi. Langkah liberalisasi ini kita jangka akan meningkatkan pelaburan luar dalam sektor dan sub sektor tertentu," katanya.
Najib berkata, mesyuarat membincangkan tiga kertas kerja iaitu keadaan ekonomi negara dan dunia pada masa ini dan ramalan serta andaian untuk tahun depan serta pakej dan strategi untuk mencapai pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dan langkah perubahan struktur yang boleh dilakukan serta strategi menggalakkan pelaburan sektor swasta.
Selain itu, kerajaan perlu menentukan sumber pertumbuhan dan pendapatan baru dan menentukan bekalan tenaga pekerja mahir serta pekerja berpengetahuan untuk keperluan dalam negara termasuk di kawasan pembangunan koridor. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kirawang at 11-11-2008 07:49 AM
Berita baik untuk penggemar fund china macam tauke dengan jel....Postif reaction after stimulus package ..Hopefully consistent,,,
China lonjakkan harga saham
-------------------------- ...
ada sorg prospek nak invest asia ittikal
tp tak confirm lg... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa....
pagi2 dah drop.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skywalker107 at 11-11-2008 10:07 AM
ada sorg prospek nak invest asia ittikal
tp tak confirm lg...
lawa avatar...nak terbang gi mane tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dan nak wat investment ni kita kena tahu gak laa eh turun naik harga saham negara dunia kan?tidak boleh bergantung pada agent semata2 kan?atau kita just bagi duit satu plastik bagi agent je handle..takde kes macam tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by clairekimberly at 11-11-2008 01:22 PM
dan nak wat investment ni kita kena tahu gak laa eh turun naik harga saham negara dunia kan?tidak boleh bergantung pada agent semata2 kan?atau kita just bagi duit satu plastik bagi agent je handl ...
Itu sudah semestinya. At least u kena tahu la sikit2. Kena tahu mcm mana unit trust invesment. Sebab dia mid term to long term investment. Kalau duit u tu u nak invest less than 1 year saya tak nasihatkan la invest kat unit trust ni. U kena tahu jugak u punya investment portfolio. U ni jenis yg high risk ke? moderate ke? consevative ke? baru la kita boleh suggest fund mana yg sesuai dgn u. Basic pelaburan ni senang je high risk high return. Kalau boleh carila yg full time consultant sbb diaorg akan monitor betul2 naik turun pelaburan u. Saya cadangkan u PM je sapa2 dlm ni jumpa u personally baru boleh explain dan bincang apa yg u nak utk pelaburan u baru kita boleh suggest dan buat investment plan utk u. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kirawang at 11-11-2008 07:49 AM
Berita baik untuk penggemar fund china macam tauke dengan jel....Postif reaction after stimulus package ..Hopefully consistent,,,
China lonjakkan harga saham
-------------------------- ...
alhamdulillah...... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian melayu melayu ni..
orang suruh berniaga, tak nak , sanggup jadi kerani..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000
Oleh WAN SYAMSUL AMLY
KUALA LUMPUR 11 Nov. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazli at 11-11-2008 11:34 AM
lawa avatar...nak terbang gi mane tu...
hazli, kau ni mana..humaidi tak de, kau ponteng class.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kirawang at 12-11-2008 09:35 AM
hazli, kau ni mana..humaidi tak de, kau ponteng class..
ade bos..semalam je tak berkesempatan nak gi kelas, ade hal yg tak dpt di elakkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kirawang at 12-11-2008 09:35 AM
hazli, kau ni mana..humaidi tak de, kau ponteng class..
Humaidi pi haji ker? Tolong.... where is my upline nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikfen at 12-11-2008 01:20 PM
Humaidi pi haji ker? Tolong.... where is my upline nih...
Iya la kot, dia pi haji..Dia buat Haji Marlboro...
Org lain pi selepas raya, dia pi sebelm puasa lagi..
apa susah, kau tempek gambar ni kat Bukt Antarabangsa..
kau tulis Tajuk...." MENCARI BUSINESS PATNER HILANG"
Bukan setakat Humaidi, jel, tauke meor dan anak, mereka tolong carikan...
Btw, cik fen, kau nak tanya apa2, tanya masa training. So, kau nak belajar, attand training,,,,
[ Last edited by kirawang at 12-11-2008 04:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|