CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Juliaesqa

Sakura...20 things why i love you

 Close [Copy link]
Post time 7-12-2008 02:51 PM | Show all posts
kak jue...jangan cuti lama sangat....

tak pun bawak la celcom broadband balik kampung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 09:09 AM | Show all posts
nanti lps puas beraya jgn lupa sambung panjang2 k
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by aptseroja at 6-12-2008 19:31
lepas raya sambung lagi...........


kena smbung pnjng2 lagi pnjng2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:21 PM | Show all posts
cam berada diawang2an.... sungguh romantis dan cam Sakura tu pun ada hati gak kat Ryan.... biarlah cinta mereka menyatukan dua hati dan impian mereka..... Jue...  nxt n3 cepat skit.... tak sabar ni ..... kalau Sakura tak dpt jumpa ibunya...tapi dia dpt jumpa kekasih idaman hati....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 12:22 AM | Show all posts
romantiknya
ryan dah jatuh cinta kat Sakura

sambung lagi pleeeze
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 03:37 PM | Show all posts
blum sambung lagi.................................
alahai............................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2008 07:57 AM | Show all posts
kak jue... lamanya cuti........
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 08:56 AM | Show all posts
Sakura dimana kamu?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 09:40 AM | Show all posts
wah, menarik juga cter nie...., mula2 tgk tajuk cam tak berminat nak baca, tapi bila dah star baca..., baru la tau cter nie menarik.....
so bila lagi bleh smbg...., nmpknya cter nie dah bertambah peminat lg nie...hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:27 PM | Show all posts
bestnya cite nie mcm drama bersiri pulak....n3n3n3
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 04:03 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagiii ngeh ngeh ngeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 07:12 PM | Show all posts

Balas #509 sueh2306\ catat

tak kenal maka x cinta (tapi citer ni mmg besa2 jer pun..sekadar hiburan tuk kwn2 kat cari ni..:victory: )..saje jer highlite "20 thing y i love u" mana tau kot2 ada yg pernah tulis nota ni terbaca .....lepas ni leh la u all semua bagi cadangan nk bagi tajuk apa...jue pun fening x tahu nk letak apa

[ Last edited by  Juliaesqa at 12-12-2008 07:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 07:17 PM | Show all posts
Sebelum berangkat pulang ke bilik mereka, Ryan menemui Smith dan Jean untuk mengucap terima kasih diatas kesudiaan mereka membenarkan dia dan Sakura bermalam di suite tersebut.
“Itu bukan perkara besar Ryan saya tahu awak siapa. Dengan apa yang awak ada satu hotel ni pun awak boleh dapatkan.” Puji Smith yang merasakan dia tidak patut menerima ucapan itu dari seorang pemuda yang cukup berjaya dalam perniagaanya berbanding dengan dirinya yang masih lagi mencari peluang untuk mengukuhkan perniagaannya.
Ryan tersenyum mendengar komen Smith, “Smith, saya hanya menumpang. Semua itu milik ibu saya.” Balas Ryan tersenyum hambar, teringat kembali pergaduhan antara dia dan ibunya tempohari.
“Jangan risau, satu hari nanti akan jadi milik kamu juga.” Jawab Smith. Ryan tersenyum tidak mahu komen banyak tentang itu. Segalanya dia serahkan pada ibunya, baginya segala harta itu boleh dicari tanpa mengharapkan ibunya.
“Oh ya, kamu boleh menginap dibilik itu sehingga beberapa hari lagi tak perlu risau kerana sudah ditempah sehingga percutian kami berakhir.” Jelas Smith tersenyum lebar. Dia berbesar hati dapat mengenali Ryan secara dekat, lagi lama Ryan disitu lagi bagus. Boleh dia mendapatkan pandangan dari Ryan untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya seperti Ryan dan ibunya yang memiliki empayar perniagaan yang begitu kukuh dan disegani.
“Thanks Smith, tapi kami tak pasti berapa lama lagi kami disini. Apa-apa hal kita jumpa lagi.” Ucap Ryan lalu bersalaman dengan Smith dan Jean.
Sebaik sahaja sampai dibilik Sakura meluru masuk ke dalam biliknya, beberapa minit kemudian dia keluar bersama selimut dan bantal untuk Ryan.
“Wah, baiknya hati cinderella ni.” usik Ryan lalu menyambut pemberian Sakura itu.
“Sayakan Cinderella…mesti baik hati.” Balas Sakura sengaja memuji dirinya sendiri.
“Kalau macam tu…tak nak ajak saya tidur atas tilam tu ke? Kat sofa ni keras sakit badan nanti.” Usik Ryan lagi sambil mengurut lehernya mengharap simpati Sakura.
“Boleh…tapi sebelum tu biar saya patahkan leher awak dulu.” Jawab Sakura segera berlalu.
Ryan ketawa berdekah. “Garangnya…” jerit Ryan pada Sakura yang sedang menutup pintu biliknya. Ryan tersenyum sendirian, malam itu dia tidur dengan hati yang tenang dan mengharapkan agar mimpi indah mengiringi tidurnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 07:17 PM | Show all posts
Ketika mentari belum lagi menunjukkan sinarnya Sakura sudah pun bersiap sedia untuk berangkat menjalankan misinya, dia perlu segera keluar sebelum Ryan tersedar dari lena. Pemergiannya perlu dirahsiakan dari pengatahuan lelaki itu.
Kertas kecil yang sudah ditulis sengaja diletak atas meja tidak jauh dari tempat Ryan  tidur. Untuk mengelak kertas itu hilang ditindih pula menggunakan telefon bimbit Ryan. Setelah memastikan segala keperluannya dibawa Sakura melangkah dengan begitu berhati-hati menuju ke arah pintu, dalam hatinya berdoa agar Ryan tidak terjaga dari lenanya.
Sebaik sahaja pintu ditutup Sakura menarik nafas lega, dia tersenyum sendirian kerana berjaya keluar tanpa disedari oleh Ryan. Jam tangan dikerling, “awal lagi..” bisik Sakura pelahan.
Walaupun lega kerana berjaya menyerlinap keluar namun hatinya kembali resah memikirkan nasib kali ini sama ada bertuah atau sebaliknya. Nafas ditarik sedalam mungkin lalu dihembus dengan pantas, dengan pujian syukur kehadrat Ilahi dia memulakan langkahnya. Harapannya cukup tinggi agar segala penantian selama ini berakhir. Dia sedar kemungkinan ibunya tidak mengenalinya atau mungkin sudah gembira bersama keluarga barunya namun bagi Sakura cukuplah jika dia dapat menatap dan memeluk seketika ibu yang selama ini tidak pernah dilihat.
Dari Jungmun Resort Sakura mendapatkan bas menuju ke Bandar Jeju yang terletak di utara pulau tersebut. Perjalanan yang mengambil hampir satu jam itu langsung tidak menjemukan. Pemandangan bunga canola yang kekuningan bertebaran dikiri kanan jalan begitu mengasyikkan. Kebanyakkan penumpang bas tidak melepas peluang untuk mengabdikan keindahan itu didalam lensa masing-masing. Begitu juga dengan Sakura sekali sekala dia merakam keindahan semulajadi itu, jika bersama Ryan sudah pasti dia mengarahkan lelaki itu berhenti seketika supaya gambar yang diambil lebih cantik dan tentu sekali wajahnya akan terakam dalam gambar itu. Satu senyuman terbit dibibirnya sebaik sahaja teringat pada Ryan, lelaki yang berwatakan pelik! Desis hati Sakura.
Terbayang kembali kenangan ketika bersua di kedai kasut ketika itu jantung Sakura seakan terhenti berdegup sebaik sahaja terpandang wajah Ryan yang begitu sempurna dimatanya, senyuman serta tutur kata Ryan yang begitu sopan memukau naluri kewanitaannya. Namun perasaan kagum akhirnya bertukar menjadi benci apabila mengatahui sikap Ryan yang tidak sehebat luaranya. Episode pergaduhan mereka mula terbayang difikiran Sakura, satu -persatu bermain difikirannya. Namun, perasaan meluat pada lelaki itu hilang sama sekali sejak bersama-sama di Pulau Jeju. Sikap Ryan yang selama ini menjengkelkan berubah sama sekali. Walau sesekali Ryan menyindir namun dia tahu itu semua sekadar usikan dari jejaka Korean itu. Sikapnya yang begitu mengambil berat dan kadang-kadang sukar dijangkakan menarik minat Sakura untuk mengenali Ryan dengan lebih dekat. Namun tinggal satu tanda tanya yang kini bermain difikiran Sakura, adakah betul lelaki itu tidak tertarik pada wanita? tapi kenapa dia tetiba baik pada aku? Layanannya serta renungan matanya seperti lelaki normal lain, hati Sakura terus bercanda.
Bunyi pengumuman dari pemandu bas mematikan lamunan Sakura, tanpa disedari dia sudah pun sampai ke Bandar Jeju. Tanpa berlengah dia segera turun dari bas berkenaan dan membelek peta Bandar tersebut dengan khusuk. Setelah  mengenal pasti kawasan yang ingin dituju Sakura segera melangkah dengan penuh yakin. Tidak sampai 15 minit Sakura sampai ke kawasan dituju. Kelihatan kedai masih belum dibuka, agaknya aku terlalu awal. Desis hati sakura.
Sementara menunggu kedai dibandar itu beroperasi Sakura berjalan sambil mencari kedai bernama ‘Jeju Gimbap’ dimana menurut maklumat terakhir yang diperolehi,  15 tahun lalu ibunya pernah bekerja dikedai tersebut namun Sakura begitu berharap ibunya masih bekerja dikedai yang sama atau mungkin pemilik kedai itu boleh memberi  sedikit  maklumat mengenai ibunya.
Sudah hampir satu jam berjalan disekitar kawasan berkenaan, kedai mula beroperasi. Orang ramai mula menjalankan aktiviti masing-masing. Sesekali Sakura disapa supaya mengunjungi kedai mereka. Kesempatan itu digunakan oleh Sakura untuk bertanyakan dimana terletak kedai yang ingin ditujuinya.  Namun kebanyakkan mereka tidak pernah mendengar nama kedai yang dicari Sakura. Raut wajah mereka berkerut apabila mendengar nama kedai itu disebut Sakura. Hampir tiga jam berlegar dikawasan itu namun tiada seorang pun diantara mereka mengatahui dimana kedai itu berada.
“Gimbap Jeju..?” ulang salah seorang penduduk Bandar itu, seperti yang lain wajahnya berkerut cuba memikirkan dimana kedai itu berada namun akhirnya jawapannya seperti yang lain “Tapi..” tiba-tiba wanita muda itu seakan teringat sesuatu. “kalau tak silap, diatas bukit sana ada sebuah kedai Gimbap. Tapi  namanya tak sama dengan nama kedai yang kamu cari ni. kamu cuba bertanyakan pada mereka, mungkin mereka tahu.” Terang wanita muda itu tersenyum mesra. Selepas mengucapkan terima kasih Sakura segera menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh wanita itu. Harapannya menggunung agar ada maklumat baru yang akan diperolehi sebentar nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 07:18 PM | Show all posts
“Selamat pagi..” ucap salah seorang pekerja kedai ‘Gimbap café’. Sakura membalas ucapan itu dengan tunduk hormat. Sebelum pekerja itu terlebih dahulu menjemput Sakura masuk dengan segera Sakura menyatakan hajatnya. Namun seperti sebelum ini jawapan gadis comel itu sama sahaja. Dia juga tidak pernah mendengar nama kedai itu. Kekecewaan jelas terpancar di wajah Sakura. Satu keluhan berat dilepaskan.
“Kenapa kamu mahu ke kedai itu? Sedangkan kami menyediakan gimbap yang istimewa di pulau ini. Kopi disini pun antara yang terkenal dibandar ni.” terang gadis itu cuba menarik minat Sakura menikmati hidangan kedai mereka.
Mata Sakura melilau melihat keunikan hiasan dan reka bentuk kedai itu, moden bercampur klasik, pandanganya sempat singgah dipintu masuk kedai itu “Ya, saya tahu kedai ini cukup popular..” puji Sakura apabila melihat wajah-wajah artis Korea yang pernah mengunjungi restaurant itu terpampang dipintu masuk. “tapi..saya mahu cari kenalan saya yang pernah bekerja dikedai itu.” Sambung Sakura lagi cuba menyembunyikan hasrat sebenarnya.
Mendengar jawapan Sakura pekerja itu sedikit terlopong, barulah dia faham kenapa wajah gadis dihadapanya itu agak kecewa apabila dia tidak mempunyai maklumat tentang kedai yang dicari Sakura.
“Kamu bukan warga korea kan?” soal gadis itu mula berminat ingin mengatahui asal usul Sakura, walau pun Sakura begitu fasih berbahasa Korea namun raut wajah gadis itu sedikit berbeza.
Mendengar pertanyaan itu Sakura tersengih, “Bukan, saya dari Malaysia.” jelas Sakura bangga dapat menyebut nama tanah airnya. Serentak itu wajah gadis itu tersenyum gembira.
“Kamu dari Malaysia..?” soalnya dengan sebutan ‘Malaysia’ agak pelik namun Sakura memahaminya. Dengan segera Sakura mengangguk lalu tersenyum.
“Kami sering menerima kunjungan pelancong dari Malaysia. Kebanyakkan mereka sungguh ramah dan baik hati.” Puji gadis itu, wajahnya jelas menunjukkan kegembiraan apabila mengatahui Negara asal Sakura.
“Tapi..kamu begitu lancar berbahasa Korean.” Wajah gadis itu berkerut namun dalam hatinya berasa bangga apabila ada bangsa asing yang begitu fasih menggunakan bahasa ibundanya. Dia yakin Sakura bukan seperti pelancong asing yang lain, seperti ada sesuatu yang ingin dicari Sakura. Desis hati gadis itu.
“Saya belajar di Seoul…” jawab Sakura ringkas malas menceritakan dengan lebih terperinci tentang dirinya.
Gadis itu mengangguk mula faham kenapa Sakura begitu fasih menggunakan bahasa mereka. “Kamu kelihatan letih, apa kata makan sahaja disini. Kami ada menyediakan makanan untuk vegetarian. Minuman kamu biar saya yang belanja.” Pelawa gadis itu ramah, kasihan pula melihat wajah murung Sakura. Kebiasaanya pengunjung Malaysia lebih berminat menikmati hidangan vigaterian apabila singgah di café mereka.
Sakura tersenyum gembira seakan tidak percaya dengan pelawaan gadis itu, penduduk disini begitu berhemah. Mungkin mereka sudah terbiasa menerima kunjungan para pelancong dan sudah di ajar menghormati dan bermesra dengan pengunjung. Tidak hairanlah  jika  pulau ini menjadi tumpuan. Teka Sakura lalu mendapatkan meja yang terletak ditepi tingkap. Kedudukan restaurant dikawasan yang agak berbukit membolehkan pengunjung melihat kebiruan air laut yang sayup.
Gadis tadi menghidangkan makanan yang menjadi pilihan Sakura, seperti yang dijanjikan sebentar tadi dia membawa segelas kopi yang masih lagi berasap. Bau aroma kopi itu menyebabkan perut Sakura mula terasa begitu lapar. Selepas menjemput Sakura menikmati makanan itu dia meminta diri untuk menyiapkan kerjanya. Namun dia sempat berpesan pada Sakura sebelum beredar agar menemuinya terlebih dahulu. Sakura mengangguk setuju, sudah pasti dia akan menemui gadis itu nanti.
Kopi asli buatan  tempatan tersebut dihirup pelahan, bau aroma serta suhu yang masih panas begitu enak tatkala terkena deria rasanya dan sekaligus membuat badannya yang agak dingin kembali panas. Resah hatinya hilang seketika tatkala disapa hembusan bayu  laut yang lembut dan dingin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 03:33 PM | Show all posts
tq jue.... nanti sambung lagi ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 07:12 PM | Show all posts
ryan tak bangun tido lagi ker atau pun dia buat-buat tido jer masa sakura keluar tu.....

mesti dia follow sakura dalam misi pencarian sambil menyorok2 disebalik pokok atau apa2 jer lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 11:04 AM | Show all posts
teruskan kak jue...

penantian ni, sungguh satu penyiksaan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 07:49 AM | Show all posts
nak lagi plzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:20 AM | Show all posts

Reply #515 Juliaesqa's post

last post 12 hb   hari ni dah 15 ley .  Lamanya nak tunggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.361788 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list