CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 9-12-2009 10:21 AM | Show all posts
Salam  Sejahtera...
Terima kasih kerana menerangkan...
Apabila seseorang diberi pengetahuan oleh Allah tentang diriNya, merupakan satu kelebihan yang utama dan pastinya ditentang oleh puak yang jahil tentang Tuhannya kerana menganggap itu sesat kerana mereka tidak tahu.


betul tu..... Bukan nak cerita ttg zat tuhan..... cuma hal keadaannya...
Kebenaran itu milik tuhan.... Bukan nak menang pun dlm menyampaikan...
Jika sesat... sila lah ditunjukkan sesatnya... ISLAM itu bersaudarakan....
Baru dikata ISLAM... saling ingat mengingati.... ye tak..?
Kalau tak tau salah.... manakan tau yg benar....
Mengaku salah dng tuhan siapa yg tak nak......

Terima kasih sekali lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2009 10:28 AM | Show all posts

Bila memperkatakan tentang 'Tauhid Rububiyah', Iman Syafie membawakandalil dari Firman Allah "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih berganti malam dan siang......" maka dijelaskan oleh Imam Syafie;" Maka Jadikanlah makluk ciptaan Allah sebagai dalil akan adanyapencipta, janganlah menyusahkan dirimu dengan sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh akalmu"
Nazrulism Post at 8-12-2009 23:43


betul ka tuan ni ASWJ?? Biar saya crita;

Golongan ASWJ ini timbul pada akhir kurun ketiga hijrah diketuai 2 orang ulama' besar dalam ilmu usuluddin iaitu Syeikh Abu Hasan al-Asya'ari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Nama penuh Syeikh Abu Hasan ialah Abu Hasan Ali bin Ismail bin Abi Basyar, Ishak bin Salim bin Ismail bin Abdillah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Asya'ari. Abu Musa al-Asya'ari ialah seorang sahabat Nabi yg terkenal dlm sejarah Islam.

Nama penuh Syeikh Abu Mansur al-Maturidi ialah Muhammad bin Muhammad bin Mahmood, lahir di desa yg bernama Maturid di Samarkhand dan meninggal pd tahun 333H di Samarkhand.

Mereka inilah yg berusaha mengikis fahaman Muktazilah yg banyak berkembang pd masa itu. Mereka banyak menekankan bab akidah..

Maka mengikut ASWJ,

   1.Dalam aqidah itu berada dalam aliran Abu Hasan Asya'ari dan Abu Mansur Maturidi


   2.Dalam syariat itu berada dlm aliran;  a. Imam Syafie
                                                          b. Imam Maliki
                                                          c. Imam Hambali
                                                          d. Imam Hanafi

  3. Dalam Akhlak itu dalam aliran Imam Junaid Al-Baghdadi, Al-Qusyairi, Al-Ghazali, Asy-Sya'rani dan ulama2 muktabar seumpama mrk itu.

Imam Syafie adalah dlm bidang Syariat, memang kebanyakkan ilmunya dapat dinilai dan dicapai dgn akal..namun persoalan dosa pahala, syurga neraka tetap xtercapai akal, namun ianya wujud dan Nabi juga telah menceritakan hal keadaan itu walaupun d luar batas akal manusia..

hanya manusia yg beriman yg mempercayai semua itu, sebab tu saudara izzansdy cakap kalau xdak tauhid memang susah nak percaya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 10:30 AM | Show all posts
Salam  Sejahtera...
Terima kasih kerana menerangkan...


betul tu..... Bukan nak cerita ttg zat tuhan..... cuma hal keadaannya...
Kebenaran itu milik tuhan.... Bukan nak menang pun dlm menyampaik ...
izzansdy Post at 9-12-2009 10:21


Mungkin seribu orang xterima tp seorang yg terima pun dah syukur lah tu..

Punca sesat itu ialah tidak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 10:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 9-12-2009 11:18
Jauhilah sufi@tarekat insya Allah anda akan selamat.....
abuasri Post at 9-12-2009 09:09


Salam sejahtera...
Perihatin anda kpd yg diatas kerana atas dasar sudah banyak kumpulan yg menyeleweng( dari segi AKIDAH)
yg ini sy maklum...

Tapi makna terekat itu perjalanan...dlm AGAMA , perjalanan supaya lebih kenal akan tuhan
Bukan hanya setakat kenal nama bg zat ( ALLAH ).
Sedangkan manusia yg sedang bercinta pun bukan setakat nak kenal nama, nak kenal budi perkertinya..ye tak
Akal yg waras pasti dahulukan budi pekerti dari rupa...
Disini tuhan tak berrupa, maka semakin kuat lah kita ingin mengenal budi pekertinya( melalui sifat2nya)
Jadi salah ke tarikat nie??? Atau rasul tak ajar nie ke??Adakah ALQURAN tidak menyatakan sifat2 tuhan??
Ibadat melalui jasad dan jiwa....Akal dicipta utk menilai yg baik dan buruk...
Kesimpulannya yg kenal tuhan jiwa bukan akal....
Itu le sebabnya tuhan senantiasa memandang jiwa hambanya( fahami rukun ihsan)
Dan perjalanan( tarekat) ini mestilah berpandukan AlQURAN dan sunnah....( ASWJ)

Jng selalu berpikiran negatif....fikiran yg terbuka, ialah ia tidak terus mengatakan tarikat itu
salah....selidiki dulu AKIDAHnya....jika salah, tinggalkan..
Tidakkah makna ISLAM itu menyerah....yg menyerah akal ke jiwa...???
Jiwa yg menipu akan lahirkan akal yg menipu....
Dan penyerahan kpd tuhan( tauhid) disini bukan boleh dibuat2....( MAHA MENGETAHUI TUHAN )

Dari itu terpulanglah pd anda utk mencari dan mengikuti jln yg paling selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 9-12-2009 11:04
Salam sejahtera...
Perihatin anda kpd yg diatas kerana atas dasar sudah banyak kumpulan yg menyeleweng( dari segi AKIDAH)
yg ini sy maklum...

Tapi makna terekat itu perjalanan...dlm AGAMA , perjalanan supaya lebih kenal akan tuhan
Bukan hanya setakat kenal nama bg zat ( ALLAH ).
Sedangkan manusia yg sedang bercinta pun bukan setakat nak kenal nama, nak kenal budi perkertinya..ye tak
Jadi salah ke tarikat nie??? Atau rasul tak ajar nie ke??
Ibadat melalui jasad dan jiwa....Akal dicipta utk menilai yg baik dan buruk...
Kesimpulannya yg kenal tuhan jiwa bukan akal....
Itu le sebabnya tuhan senantiasa memandang jiwa hambanya( fahami rukun ihsan)
Dan perjalanan( tarekat) ini mestilah berpandukan AlQURAN dan sunnah....( ASWJ)

Jng selalu berpikiran negatif....fikiran yg terbuka, ialah ia tidak terus mengatakan tarikat itu
salah....selidiki dulu AKIDAHnya....jika salah, tinggalkan..
Tidakkah makna ISLAM itu menyerah....yg menyerah akal ke jiwa...???
Jiwa yg menipu akan lahirkan akal yg menipu....
Dan penyerahan kpd tuhan( tauhid) disini bukan boleh dibuat2....( MAHA MENGETAHUI TUHAN )

Dari itu terpulanglah pd anda utk mencari dan mengikuti jln yg paling selamat....
izzansdy Post at 9-12-2009 10:48


Benar....banyak menyeleweng bermula dari munculnya aliran ini hingga ke hari ini......

Makna tarekat adalah jalan.....tetapi yang ditegaskan disini tarekat yang diasaskan bukan daripada ajaran Nabi SAW.....munculnya aliran² ini adalah tokok tambah di dalam agama......jika dilihat kebanyakkan amalan² golongan ini adalah rekaan oleh guru² mereka lalu dijadikan syarat di dalam aliran mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:27 AM | Show all posts
Benar....banyak menyeleweng bermula dari munculnya aliran ini hingga ke hari ini......

Makna tarekat adalah jalan.....tetapi yang ditegaskan disini tarekat yang diasaskan bukan daripada ajaran  ...
abuasri Post at 9-12-2009 11:18


Salam sejahtera...

Jika anda , dan adik beradik anda ditinggalkan org yg anda kasihi(org tua)...maaf hanya utk mendekatkan
faham anda sahaja....

Lalu anda nangis dng kuatnya...
kakak anda nangis tersedu2...
Abg anda diam shj( tapi matanya merah.... menahan kesedihan)...
anda dan saudara pasti anak2 yg baik.. yg tidak menghianati orgtuanya...

Boleh kah saya mengatakan salah satu dari anda tak sayang org tua anda??

Amal itu terdiri diatas ilmu...
disini tangisan tadi diatas kematian org tua( ilmu)..

Dari itu saya ulangi lagi.... selidiki AKIDAHnya dahulu....jng mengambil keputusan terburu2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2009 11:44 AM | Show all posts
Amal itu terdiri diatas ilmu...
disini tangisan tadi diatas kematian org tua( ilmu)..
izzansdy Post at 9-12-2009 11:27


Salam Ya Akhi,

anda mengatakan amal itu terdiri diatas 'ilmu....benar saya bersetuju dengan kenyataan anda......saya ingin menambahnya supaya ia lebih² lagi nampak kemas....benar....amal itu terdiri diatas 'ilmu tetapi 'ilmu itu mestilah bertepatan dengan ajaran Nabi SAW.....bukannya direka oleh guru² maka ia mewajibkan untuk diamalkan.....

Lihat sahaja di dalam sufi@tarekat penuh dengan amalan² yang agak ganjil untuk di amalkan.....dakwaan mereka kepada yang merasa pelik kerana mereka adalah bukan ahli tarekat......

benarkah begitu.....seolah² aliran ini hanya untuk golongan² tertentu sahaja bertentangan dengan ajaran Nabi SAW yang menyebarkan amalan bukan untuk golongan tertentu.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:48 AM | Show all posts
Dari itu saya ulangi lagi.... selidiki AKIDAHnya dahulu....jng mengambil keputusan terburu2...
izzansdy Post at 9-12-2009 11:27


Tidak pernah saya mempersoalkan akidah golongan ini....yang saya persoalkan adalah amalan² yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri.....

Sebagai contoh solat pun ada penetapannya....jumlah rakaatnya,kafiatnya....bagaimana pula dengan golongan ini yang menokok tambah amalan hinggakan ada yang berzikir hingga lupa akan diri sendiri......

Bahkah golongan ini amat² taksub kepada syeikh² mereka hinggakan sanggup berbuat apa sahaja tanpa banyak bantahan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2009 11:49 AM | Show all posts
Benar....banyak menyeleweng bermula dari munculnya aliran ini hingga ke hari ini......
Makna tarekat adalah jalan.....tetapi yang ditegaskan disini tarekatyang diasaskan bukan daripada ajaran Nabi SAW.....munculnya aliran² iniadalah tokok tambah di dalam agama......jika dilihat kebanyakkanamalan² golongan ini adalah rekaan oleh guru² mereka lalu dijadikansyarat di dalam aliran mereka.....
abuasri Post at 9-12-2009 11:18


salam Tuan,
Sila Tuan Buktikan Kata2 Tuan Dengan Hujah Nas Dan Dalil......
dan berikan contoh2 Amalan dan kumpulan yang sesat..???
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:05 PM | Show all posts
Salam Ya Akhi,

anda mengatakan amal itu terdiri diatas 'ilmu....benar saya bersetuju dengan kenyataan anda......saya ingin menambahnya supaya ia lebih² lagi nampak kemas....benar....amal i ...
abuasri Post at 9-12-2009 11:44


Salam sejahtera...
Tak terang penerangan saudara dng "amalan ganjil" yg diamalkan tarekat2 itu....cuba terangkan.
Sebelum dijauhi....ini penting....sudah diselidik AKIDAH TAUHIDnya belum (kumpulan tarekat yg dikata sesat)????

Atau boleh ke kita kata RASUL2 terdahulu sebelum adanya ISLAM itu salah....
Apa amalan mereka????
AKIDAH MEREKA DNG RASUL YG treakhir pasti sama... cuma ISLAM itu tlh disempurnakan tuhan.
(ada syahadah, solat, puasa, zakat, haji)


Jadi jika AKIDAH org2(terekat ) tadi benar..... merugilah saudara....kerana menjauhkan diri dari rahmat tuhan.

Buat kali yg terakhir...... SELIDIKI AKIDAHnya dahulu....

Jika salah, saling ingat mengingatilah...... kalau mereka berdegil juga... hindarilah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:21 PM | Show all posts
Salam sejahtera...
Tidak pernah saya mempersoalkan akidah golongan ini....yang saya persoalkan adalah amalan² yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri.....


Ini yg membimbangkan nie.... anda tak persoalkan AKIDAH mereka ... lalu anda kata
amalannya salah / anda sangsi...

AMAL terdiri diatas ILMU ( AKIDAH )....
Maaf kan saya, tak faham betul saya pendirian anda...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:25 PM | Show all posts
salam Tuan,
Sila Tuan Buktikan Kata2 Tuan Dengan Hujah Nas Dan Dalil......
dan berikan contoh2 Amalan dan kumpulan yang sesat..???
salikin Post at 9-12-2009 11:49


Boleh rujuk sendiri kitab hakikat tarekat naqsyabandiah karya H.A FUAD......

Nilailah dengan neraca agama yang sebenar...pasti akan dapat kebenarannya.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:28 PM | Show all posts
Salam sejahtera...


Ini yg membimbangkan nie.... anda tak persoalkan AKIDAH mereka ... lalu anda kata
amalannya salah / anda sangsi...

izzansdy Post at 9-12-2009 14:21


adakah mereka menambah rukun islam ataupun rukun iman....????
jika saya mempersoalkan akidah mereka sudah tentu saya mempersoalkan keIslaman mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 9-12-2009 14:53
adakah mereka menambah rukun islam ataupun rukun iman....????
jika saya mempersoalkan akidah mereka sudah tentu saya mempersoalkan keIslaman mereka.....
abuasri Post at 9-12-2009 14:28


Salam sejahtera..

Jadi di mana salahnya??? berzikir( ingat) tuhan..... boleh dikata bidaah ke?
Atau aturcara guru berzikir yg diturunkan kpd muridnya yg nak dipersoalkan??
Atau ketika mereka berzikir mereka tak ingat tuhan???
Kalau anda mampu berzikir ketika mencari nafkah .... lakukanlah.... saya sokong benar....

contoh:
Guru sekolah sekular banyak.... tapi cara mereka berlainan meskipun text( bukunya) sama...
contoh ada banyak cara nak dapat kan angka 10 dlm ilmu hisab...
1+ 9 = 10
11 -1 = 10
2 * 5 = 10
100 / 10 = 10

jng nanti bila ada cara lain utk mendapatkan 10 itu anda kata salah....

Ketika org itu beriman ia tak akan melakukan dosa....
tapi ia berlaku sebaliknya....

Org yg salah akidahnya tak akan kenal tuhannya...malah ada yg ngaku tuhan...contohnya ... FIRAUN

Ilmu tuhan yg kita ketahui hanya sedikit..... itu pun sebanyak mana tlh kita kuasai...???
Dan yg paling utama ILMU AKIDAH TAUHID..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 03:26 PM | Show all posts
pemborongan hujah-hujah....  apa yang dapat aku simpulkan....

abuasri  >>  sebab tareqat/sufi banyak yang tokok tambah dan ada sesat, maka jauhilah semua tareqat/sufi.  ikut lah sunnah supaya jadi ahli sunnah wal jamaah.

baghal >>  sebab majoriti pengikut 4 mazhab besar ikut aqidah mazhab Abu Hasan Asya'ari dan Abu Mansur Maturid, maka siapa yang tak ikut macam ni bukan ahli sunnah wal jamaah.

????

Siapa lagi ada pemborongan untuk ASWJ?  salikin, izan, ussoppp?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 07:08 PM | Show all posts
Boleh rujuk sendiri kitab hakikat tarekat naqsyabandiah karya H.A FUAD......
abuasri Post at 9-12-2009 14:25


Salam Tuan Abuasri,

Saya ada baca dan simpan huraian tarikat Naqsyabandiah H.A Fuad...saya tak nak komen.
Saudara mengambil kesimpulan tulisan H.A. Fuad untuk menghukum seluruh kaum tarikat/sufi salah saya kira mgkn pendapat saudara salah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2009 07:40 PM | Show all posts
Salam Tuan Abuasri,

Saya ada baca dan simpan huraian tarikat Naqsyabandiah H.A Fuad...saya tak nak komen.
Saudara mengambil kesimpulan tulisan H.A. Fuad untuk menghukum seluruh kaum tarikat/su ...
salikin Post at 9-12-2009 19:08


Mengapa anda tidak memberikan ulasan...sedangkan kitab itu memperjelaskan kedudukan dan tatacara tarekat naqsyabandiah....?

jika pengarang itu salah dan silap mengapa tidak ada seorang pun yang bangkit menegakkan kebenaran itu....?

Sebelum saya memiliki kitab itu saya telah pun berada di dalam tarekat....apa yang dijelaskannya bertepatan dengan tarekat yang saya ikuti sebelum ini.....

Baiklah jika saya silap sila berikan kitab² ulasan mengenai sufi@tarekat yang benar.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 07:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 9-12-2009 14:53



Salam sejahtera..

Jadi di mana salahnya??? berzikir( ingat) tuhan..... boleh dikata bidaah ke?
Atau aturcara guru berzikir yg diturunkan kpd mu ...
izzansdy Post at 9-12-2009 14:41


berzikir ingan Allah bukannya disyaratkan dengan kafiat² tertentu.....
Adakah ajaran Nabi SAW mensyaratkan kafiat apabila hendak berzikir.....?

Ketahuilah.....pendustaan terbesar ke atas Nabi SAW selepas syiah adalah golongan sufi.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 10:49 PM | Show all posts
pemborongan hujah-hujah....  apa yang dapat aku simpulkan....

abuasri  >>  sebab tareqat/sufi banyak yang tokok tambah dan ada sesat, maka jauhilah semua tareqat/sufi.  ikut lah sunnah supaya jadi  ...
ibnur Post at 9-12-2009 15:26


Ramai lagi pemborong2 hujah ASWJ yg patut tuan panggil...

        mana sirikapi? mana nazrulism? mana mohd mus? mana hujah tuan sendiri?..

biar banyak pilihan...pilih yg mana sesuai ngan jln masing2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:17 PM | Show all posts
jika pengarang itu salah dan silap mengapa tidak ada seorang pun yang bangkit menegakkan kebenaran itu....?
abuasri Post at 9-12-2009 19:40

Tuan Abuasri bangkit tegakkan....Saya nampak karisma Tuan....insya allah kami bantu Tuan...

Baiklah jika saya silap sila berikan kitab² ulasan mengenai sufi@tarekat yang benar.....


Sebelum tu Tuan cite kefahaman Tuan tentang ASWJ......? Sufi/Tarikat yang sesat? dimana yg ditokok tambah bole?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077320 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list