Post Last Edit by dauswq at 6-8-2010 20:51
BAB 17: Kisah cinta Gilbert
Dari jauh, Hakimi melihatserombong kapal disusuli dengan bunyi deruman enjin. Matanya mengerling ke arah kapal tersebut.Dia tersentak lalu mengejutkan Sarah dari tidur.
“Sarah, bangun ,” kata Hakimi sambil menggerakkan tubuh Sarah.
Sarah terjaga. Hakimi meminta Sarah memandang ke arah kapal yang beransur-ansur menghampiri bot mereka. Kelihatan seorang gadis Caucausian melambaikan tangannya kepada Hakimi di hujung muncung kapal. Dia tidak lain tidak bukan ialah Gilbert.
Hati Sarah berbunga gembira umpama instrumentasi raspodi biru. Dia memegang Hakimi dengan perasaan yang cukup riang. Hakimi pula berasa serba-salah kerana wanita yang bertandang itu ialah Gilbert. Pasti Gilbert akan cemburu melihat aksi mesra mereka. Hakimi menjatuhkan tangan Sarah daripada lengannya. Gilbert pula memandang mereka dengan wajah riang berbaur sinis.
Di belakang Gilbert, kelihatan dua orang polis marin bersedia untuk menginjak ke bot Hakimi. Sampai sahaja mereka di bot Hakimi, mereka melompat dan terus mendekati ketiga-tiga penjahat yang diikat dengan tali itu. Gilbert pula mendapatkan Hakimi.
“How are you, Hakimi? ,” tanya Gilbert kerisauan.
“Thank you. I do not know how to pay you ,” kata Hakimi.
“Come. Board our ship, ”kata Gilbert seraya menarik tangan Hakimi.
Hakimi memandang Sarah dengan wajah yang sayu dan serba salah. Namun, apakah dayanya untuk menidakkan realiti yang sudah termaktub. Dia tidak seharusnya meneruskan hubungan haram ini malah tindakannya itu bakal mengundang parah kepada Sarah, yakni Sarah akan dilabel sebagai isteri yang curang kepada suaminya. Sarah mengerti akan perlakuan Hakimi. Redha dengan ketentuannya. Jodohnya bersama Hakimi hanya takat merelakan pemergiaannya disisi Gilbert. Hatinya sebak mengenangkan cinta yang tidak kesampaian.Sekali-sekala terbit rasa kesal mengikat tali perkahwinan dengan Dr. Azmin sekian lama dahulu.
Sarah bangun dan segera melangkah kakinya ke atas kapal berhampiran. Sedang asyik memikirkan Hakimi, kaki kirinya tersekat di antara celah kedua-dua bot itu lantas dirinya mengalami ketidakseimbangan. Sarah hampir tersadung. Hakimi yang dari tadi memerhati Sarah tergerak untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke atas laut.Risau dan bimbang, begitulah perasaan Hakimi ketika itu. Namun, Hakimi tidak bergerak mendapatkan Sarah tatkala melihat Sarah berjaya mengimbangkan dirinya.Malah tangannya juga dicengkam oleh Gilbert secara perlahan. Sebaik sahaja melihat Sarah melangkah masuk ke dalam bod dengan selamat, Hakimi beransur-ansur meninggalkan tempat itu ke sudut lain dalam kapal.
Gilbert kelihatan tersengih manja.Kali ini tiada unsur menjengkelkan terbit dari sisip wajah Gilbert. Gilbert mungkin cemburu tetapi dia bijak menyembunyikan perasaan cemburunya itu.Lagaknya bukan lagi seorang gadis yang kaya dan jahat dari kaca mata orang. Tiada lagi aksi keanak-anakan seperti yang menjadi amalannya selama ini. Mungkin Gilbert sudah sedar bahawa perangainya itu telah membuatkan Hakimi kecewa sehingga Hakimi tergamak memutuskan tali perhubungan mereka.
Mengimbau kembali kisah Gilbert di biliknya semalam, Gilbert agak marah dengan perlakuan Hakimi. Dia memekik seperti orang histeria, tidak dapat menerima kenyataan bahawa Hakimi bukan lagi miliknya. Belum pernah lagi ada lelaki yang bertindak membelakangi Gilbert. Gilbert berasa geram lalu merenyutkan cadar katilnya. Geram dan benci, itulah yang berada di fikirannya sekarang.
“How can Hakimi do this to me?How can?.. I feel so terrible inside my heart..I feel like I want to kill myself, “ kata Gilbert dengan air matanya yang merebas turun.
“What can I do? What should I doto win back Hakimi? ,” kata Gilbert lagi sambil menekup tapak tangannya ke atas dada. Akhirnya, dapat jua dia menenangkan dirinya. Pembantu rumah hanya memandang Gilbert dengan wajah yang simpati,kelu tidak berkata-kata. Dia sedang memegang dulang yang berisi surat. Air minuman dan kudapan pagi sudah diserahkan kepada Gilbert. Gilbert mengerling kearah pembantu rumah itu. Matanya merah saga disebabkan genangan air mata. Bukan pembantu rumah yang menjadi tumpuannya,tetapi surat yang terletak di atas dulang tersebut.
“Who sent the letter? Is he our honourable guest who came yesterday? ,” tanya Gilbert.
“I am afraid to tell.... Can you guarantee that you wouldn’t punish me afterwards? ,” pinta pembantu rumah itu dalam keadaan gementar. Dia tidak takut akan Gilbert, tetapi lebih bimbang dengan kerjayanya sebagai pembantu rumah yang mungkin dipadamkan daripada senarai pekerja serta-merta sekiranya dia mendedahkan nama pemilik poskad itu.
“Who? ,” tanya Gilbert lagi dengan nada memujuk.
“But... ,” kata pembantu rumah sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
“Okay, I promise I wouldn’tpunish you...Don’t tell me Hakimi is the one who sent the letter? ,” tanya Gilbertuntuk memastikan anggapannya itu. Pembantu rumah itu menggangguk. Tampaknya benar anggapan Gilbert. Pembantu rumah tersebut segera menyerahkan poskad kepada Gilbert. Gilbert mengoyakkan sampul surat itu. Di dalamnya tersisip poskad yang cantik. Nukilan di penjuru atas muka depan poskad adalah milik Hakimi. Gilbert kenal benar. Tanpa berfikir panjang, Gilbert memalingkan poskad ke muka belakang. Di belakang poskad, tercatit beberapa tandatangan berserta ucapan ringkas. Gilbert ada mencabar Hakimi untuk membuktikan kesetiaannya dengan mendapatkan tandatangan dari rakan sebangsanya. Hakimi berjaya mendapatkan tandatangan itu. Janji Hakimi dikotai seperti yang dipinta oleh Gilbert. Gilbert tahu Hakimi tulus ikhlas mendapatkan tandatangan itu. Hakimi seorang yang jujur dan mulus. Mengenang balik memori pertemuan pertama mereka di University of Michigan, Ann Borr , Gilbert bertaut Hakimi di sebuah kelas kelolaan Prof. Obrigines. Pada masa itu, Gilbert tiba lewat ke kelas menyebabkan Prof. Obrigines bertindak menghalaunya keluar. Prof.Obrigines mungkin kelihatan agak mengjengkelkan tetapi beliau seorang yang tegas terutamanya jika pelajarnya takhir ke kelas. “ Go out from my class ,” arah Prof. Obrignes sambil menunjukkan jarinya ke arah pintu. Gilbert malu kerana dia diusir keluar di hadapan rakan sekelasnya. Hakimi memandang Gilbert dengan penuh simpati.
“I’m the daughter of Brad, the directorof Carlsberg. Do you dare? ,” kata Gilbert dengan lagaknya.
“Who are you trying to mess my class? Go away...I don’t want to see you..Looking at you is like seeing my wife,” kata Prof. Obrigines dengan nada yang tegas.
“I will sue you... ,” marah Gilbert lantas melemparkan kapur ke atas lantai. Kapur terbelah dua. Gilbert menoleh badannya sambil menjinjing begnya ke arah pintu keluar. Air matanya berjujuran keluar. Melihat keadaan Gilbert yang agak malu itu, Hakimi lekas bangun dan bergerak ke arah mereka.
“Prof...May I say something? ,” pinta Hakimi. Pelajar lain bingung melihat aksi spontan Hakimi. Mereka memandang sesama sendiri.
“You teach us about morality...we suppose to protect our right and so on..But ,” kata Hakmi sebelum menarik nafas menyambung hujahnya.
“What happened here is you deny the right of individual to state their reason for being late..also, you saidjust now ‘looking at you is like seeing my wife’..do you try to discriminate women? You teach us that sexism is violating women’s right to be treated equally as men do..then, I suppose that Thomas Jeffersons has failed to impress us that, “all men are created equal”, right ? , “ kata Hakimi dengan penuh yakin.
Prof. Obrignes terkedu seketika dengan hujah ringkas Hakimi. Tampaknya sebab beliau berbuat demikian difahami oleh Hakimi.
“Wow...you are so great...I like your arguments.”
“Gilbert, go and have your seat ,” tambah Prof. Obrigines sambil menepuk tangannya yang ternyata kagum dengan hujah Hakimi. Kelas tersebut bingit dengan bunyi berlapuk-lapuk tepukan tangan pelajar lain. Gilbert memandang Hakimi dengan wajah yang gembira. Dirinya sudah tenteram. Dia tidak berasa malu lagi kerana orang ramai menumpukan pandangan mereka ke arah Hakimi. “Thank Hakimi ,” bisik hati kecil Gilbert.
Memikirkan kembali kisah silamnya itu, Gibert tersengih. Kenangan itu akan dipahat di sanubarinya buat selama-lamanya. Dari situlah jua dia jatuh cinta pandang pertama. Siapalah lagi kalau bukan Hakimi. Gilbert sekarang memakukan pandangan kepada bingkisan ucapan ringkas daripada Hakimi. |