CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FaithNoMore

Doa solat jemahat pun mau pertikai.....

  [Copy link]
Post time 25-8-2010 01:19 PM | Show all posts
nama mursidol merangkap menteri besa pun tak disebut dalam
doa solat jumaat di masjid2 'serambi m ...
d'zeck Post at 25-8-2010 12:29


tulah..nama Benyahu, Obama, Lee Kuan Yu...Khatib kununnya lepasan Al Azhar ni tak nak sebut plak..sebut la kan..bukan rosak akidah pun kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 01:28 PM | Show all posts
Khatib pertahan doa Lim
Oleh Norakmah Mat Youb

2010/08/25
GEORGETOWN: Khatib Zakaria Ahmad yang menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, sehingga mencetuskan kontroversi, tetap mempertahankan tindakannya walaupun mengakui pendekatannya tidak sesuai.

Beliau berkata, berdoa untuk orang bukan Islam supaya diberi hidayah memeluk Islam tidak salah, tetapi akur pendekatan dan tempat digunakan adalah salah.
Pendekatan saya salah dan tempat berdoa itu juga silap. Mungkin tidak sesuai dalam khutbah Jumaat. Selepas ini, saya tidak akan mendoakan sebegitu pada khutbah Jumaat, katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berhubung isu itu di pejabat JHEAIPP di sini, semalam.
Anak_Nogori Post at 25-8-2010 11:41

Jadi sah la Zahid Hamidi tak buat fitnah ekkk??
bukan apa.... sebelum ni AL percaya jugak kata2 orang2 beriman dari PAS apabila mereka mengatakan isu doa ni hanyalsh fitnah da merupakan dakyah UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:35 PM | Show all posts
Tu lah siapa yang tak kesian...

Tapi Maideen lagi kesian kat bidadari bidadari syurga habuan  ...

Jadi cuba lkick bayangkan Ostad Abe Jak berdiri diatas sebuah busut ditebing sungai yang mengalirkan arak yang lezat rasanya. Dia menyelak kainnya sambil dikelilingi bidadari bidadari yang terpaksa buat buat takajut. Sian sungguh... mungkin ada bidadari yang terpaksa menahan menguap sebab boring.

Wallahualam.
Maideen. Post at 25-8-2010 12:27

ilang lapo aku maideen haih!!!
depa kata ketawa banyak taim posa.. makruh....
nanya la AL... korang pahala...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:00 PM | Show all posts
Ha ha ha ha ...................mmg takleh blah la Maideen..bidadari kena buat2 terkujut... ...
FaithNoMore Post at 25-8-2010 13:04

Tu lah pasal..........kita harap bidadari bidadari habuan Ostad Abe Jak bersabar.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:01 PM | Show all posts
ilang lapo aku maideen haih!!!
depa kata ketawa banyak taim posa.. makruh....
nanya la AL... kor ...
Al Lebam Post at 25-8-2010 13:35

Kita yang tak jadi bidadari tu, buleh lah ketawa Al.......prrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:24 PM | Show all posts
Hehehe tak payah pening2 marah2.....

Khatib tu dah mengaku dah..... adesss

mungkin lepas ni...khatib tu akan diiktiraf sbg ejen umngok oleh kipas-susah-mati Pasngok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 02:29 PM | Show all posts
Pos ni...ehhh...pes..ehhh pas ni betul2 buat penaya org la..... betul2 buat tak ngaku.... sampai org semua pecaya tmasuk aku gak was2....

la ni dah ngaku....
tokojut kucing aku..... pakai kopiah pun...alahai..... jadi balaci satu.... ni siang2 puasa pun menipu.....tuka la jadi  PAk Sanggop hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:37 PM | Show all posts
Jadi sah la Zahid Hamidi tak buat fitnah ekkk??
bukan apa.... sebelum ni AL percaya jugak kata2 o ...
Al Lebam Post at 25-8-2010 13:28


kalau UMNO kang...mula la depa desak minta maaf dan desak letak jawatan..no satu diMahboob Naib Presiden PAS tu la..lani isu ni macam ayam kena simbah ngan air panas plak dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 03:02 PM | Show all posts
Hari ini, Mufti Perak, Sahibul Samaah Tan Sri Harussani Zakaria telah membuat kenyataan menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.Anak_Nogori Post at 24-8-2010 10:32


Bicara harmoni buat Mufti Perak — Mohd Asri Zainul Abidin
August 25, 2010


25 OGOS — Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang “dikecohkan” sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati SS Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya “malu”) dengan fatwa SS Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?” Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan SS Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh SS Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan “sejahtera” itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun SS Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh — bukan lemah seperti saya — dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia “Islam adalah agama yang rahmat”, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan “assalamualaikum” sahaja. Perkataan “assalamualaikum” itu memang bermaksud “kesejahteraan ke atas kamu”. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan “salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru “salam 1 Malaysia” juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

5. Kata Abdullah bin Mas’ud: “Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: ‘Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu’ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).”

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam erti kata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Sama ada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim. Firman Allah: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).

9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.

11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?

12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau “Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).
Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.
Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya SS Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
* Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 03:15 PM | Show all posts
Hehehe tak payah pening2 marah2.....

Khatib tu dah mengaku dah..... adesss

mungkin lepa ...
Mytune Post at 25-8-2010 14:24

Walaupon khatib dah menaku masih ada  lobai tukang konar baring....prrrrrrpfffftght

Mungkinkah sijahil yang dulu kata dengar kutbah jumahat wajib hukumnya? Kalau hantar jahiloon macam ni nak konar baring, baik tak payah lah....hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 04:03 PM | Show all posts
aku tak tau la kalu ada manusia yg percaya bulat2 perkara2 bodoh mcm neh......giler ke haper nk ganti nama Agong dgn Guan eng......tak logiklaaa....jgnla emo sgt....lain kali siasat la betui2.....menteri ohh menteri....kan dah memalukan diri........
melia_star Post at 20-8-2010 15:16


Ini posting dari ms 1 thread ini....

Ada sesiapa nampak lobang malang yang buat posting diatas? Adakah lobai malang dah malu atau terasa bodoh? ;)

Sama sama lah kita renungkan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 04:24 PM | Show all posts
Ini posting dari ms 1 thread ini....

Ada sesiapa nampak lobang malang yang buat posting dia ...
Maideen. Post at 25-8-2010 16:03



Dia tentu malu nak masuk Maideen..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 04:27 PM | Show all posts
Ini posting dari ms 1 thread ini....

Ada sesiapa nampak lobang malang yang buat posting dia ...
Maideen. Post at 25-8-2010 16:03



    hai meden .....nk malu aperr....perkara neh biasalah berlaku pd org yg kureng ilmu mcm ai....tak mcm org2 berilmu tinggi mcm u n fren tuh....kdg2 langsung tak nmpk btg idung kt tred sundri....


selamat berbuka meden dan selamat beramal.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 04:36 PM | Show all posts
Hai..panjang umur dia...rupanya selama ni dia nyuruk belakang pintu daaaa..bila ditegur baru kepala dia keluar..wakakakakakakakakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 04:36 PM | Show all posts
Dia tentu malu nak masuk Maideen..
Anak_Nogori Post at 25-8-2010 16:24



    hai cik AN.....malang betui tak dpt pi gathering buka poser tuh....kalu idak leh jumpak kann....


oklah...nk OUT....Selamat berbuka pose....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 04:39 PM | Show all posts
bukan nyurukla cik AN....ai cek NOTICE tuh....then ternmpklah meden reply ai....terharu kerna meden reply...tu yg ai masuk tuh.....

alamak....oklahh...babai........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 04:40 PM | Show all posts
Bicara harmoni buat Mufti Perak — Mohd Asri Zainul Abidin
August 25, 2010
9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana

25 OGOS — Saya ...
a_gen2 Post at 25-8-2010 15:02


Benda camgini yg banyak ahli politik2 mainkan. Sampai kenkadang merugikan agama dan bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 04:55 PM | Show all posts
Bicara harmoni buat Mufti Perak — Mohd Asri Zainul Abidin
August 25, 2010


25 OGOS — Saya ...
a_gen2 Post at 25-8-2010 15:02


Yang hang paste panjang2 buat apa? Khatib sendiri dah mengaku yg dia buat benda yg dia rasa betul TETAPI  salah kerana tidak kena pada tempatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 05:06 PM | Show all posts
Biasala Pis semua benda dia nak politikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 05:14 PM | Show all posts
Walaupon khatib dah menaku masih ada  lobai tukang konar baring....prrrrrrpfffftght

Mungkinka ...
Maideen. Post at 25-8-2010 15:15


hahaha..geng2 tak mau dgr khutbah dah kuar.  Siapa pulak kata solat ko tak sah.. tak payah putaq belit laa..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.063448 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list