|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'
[Copy link]
|
|
Kerajaan diminta haramkan jualan arak di premis 24 jam selepas 10 malam
Januari 7, 2023 @ 6:30pm
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/2015_HQ271115AZ006_1673087676.jpg)
Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas jam 10 malam, kata Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu.
Beliau berkata, pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan berlebihan, sekali gus menyebabkan risiko berlaku kejadian seperti kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah.
"Selain itu, pengharaman itu bagi memelihara generasi muda daripada terjebak melakukan aktiviti yang sia-sia dan boleh membahayakan diri sendiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu menyifatkan langkah pengharaman penjualan arak pasti akan memberi kesan jangka panjang lebih baik kepada masyarakat dan keluarga kerana setiap individu akan terpelihara daripada bahaya pengaruh alkohol yang amat membimbangkan.
Katanya, kerajaan tempatan boleh mengenakan larangan berkenaan kepada premis jualan runcit yang beroperasi selama 24 jam dalam kawasan seliaannya sebagai permulaan kepada langkah berkenaan.
Ramesh Rao berharap usaha itu akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan sosial dalam komuniti semua rakyat daripada semua lapisan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan harmoni. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
saranan atas ni sokong sangat2. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok, org I sendiri yg bg cadangan . |
|
|
|
|
|
|
|
benda yg baik mcm ni harap2 dpt cepat lulus. |
|
|
|
|
|
|
|
mgkn dpt kurangkan sikit kes pemandu mabuk pd tengah mlm. |
|
|
|
|
|
|
|
Piala AFF: Ribuan peminat bola sepak banjiri Dataran Merdeka
07 Januari 2023 11:33pm
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/01/07/2049493.jpg)
Reaksi para penyokong pasukan Malaysia yang hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Thailand di Dataran Merdeka malam ini. - Foto: Bernama
RIBUAN peminat bola sepak membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan tayangan aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menerusi skrin besar di sini malam ini.
Tinjauan mendapati suasana gamat menggegar lokasi sambutan Hari Kebangsaan itu apabila skuad Harimau Malaya menjaringkan gol pada aksi secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8.30 malam ini.
Ibu bapa juga dilihat tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama merasai suasana hangat aksi menentang Thailand itu.
Normardiana Ramli, 40, ketika ditemui berkata, dia menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) bersama tiga anaknya untuk memberi peluang mereka merasai pengalaman berkenaan.
"Anak-anak saya memang nak sangat tengok bola, tapi sebab tiket dah habis, saya bawa juga mereka ke sini walaupun naik LRT. Anak juga merasai semangat kesukanan dan turut menyokong Harimau Malaya,” katanya.
Pengembara rakyat Romania yang juga peminat bola sepak, Tanasie Gabriela, 25, turut tidak melepaskan peluang merasai kemeriahan di sini dengan mengenakan jersi Harimau Malaya.
Menurut Gabriela, dia mengetahui mengenai tayangan berkenaan melalui iklan di televisyen dan hadir bersama tiga rakannya.
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/01/07/2049494.jpg)
Reaksi penyokong pasukan Malaysia yang hadir di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, Malaysia menentang pasukan Thailand. - Foto: Bernama
"Pengalaman yang hebat menyaksikan masyarakat tempatan sangat teruja menonton perlawanan itu kerana ia tidak berlaku di negara kami, kami hanya menonton perlawanan bola sepak di stadium.
"Saya dan kawan-kawan adalah peminat bola sepak, sudah tentu kami mahu merasai pengalaman seperti ini di Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama.
Perlawanan menentang Thailand malam ini menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mengatasi lawan 1-0 menerusi jaringan Muhammad Faisal Abdul Halim.
Skuad kendalian Kim Pan Gon akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok pada 10 Januari.
Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
menang tipis klu ikutkan. |
|
|
|
|
|
|
|
nti lawan kt thailand jgnlah kalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Piala AFF: Menang 1-0 tidak cukup - Pan Gon
08 Januari 2023 12:36am
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/01/08/2049527.jpg)
Kim Pan Gon memeluk penjaring tunggal gol negara, Mohamad Faisal Abdul Halim selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Malaysia dan Thailand. - Foto Bernama
KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengakui kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama malam ini, tidak mencukupi untuk mengukuhkan peluang ke final Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Menyedari aksi sengit menanti skuad Harimau Malaya di separuh akhir kedua di Stadium Thammasat pada Selasa ini, Pan Gon menaruh yakin anak buahnya kekal tenang dan terus berjuang bagi memastikan mereka tidak tersingkir.
" Kemenangan 1-0 jelas tidak mencukupi apatah lagi beraksi di laman sendiri tapi saya tetap gembira dengan keputusan malam ini.
"Ia satu perlawanan sukar kerana Thailand adalah pasukan kuat. Kita cuba memberi tekanan kepada mereka tapi ia tidak mudah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam ini.
Bagaimanapun, Pan Gon berasa lega kerana pasukan kebangsaan tidak dibolosi pada aksi malam ini selepas pemain sayap lincah negara Mohamad Faisal Abdul Halim membuka jaringan pada minit ke-11.
"Kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol, keputusan sepatutnya berpihak kepada kita 3-0 namun pasukan lawan juga mempunyai banyak peluang mendapatkan gol. Cuma pemain adalah manusia dan melakukan kesalahan. Saya harap para pemain dapat pulih dengan cepat,” katanya.
Mengenai gol hasil tandukan Dominic Tan pada minit ke-55 dinafikan oleh pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Pan Gon berkata: "Saya tidak nampak (insiden) itu dengan jelas, saya tidak boleh kata apa-apa.”
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking kecewa dengan kekalahan dialami anak buahnya biarpun mereka mendominasi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Sebagai jurulatih, saya tidak suka kekalahan sebegini tapi ini adalah bola sepak dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Saya tidak pernah menyangka Thailand boleh mendominasi permainan kerana Malaysia berbeza sama sekali di peringkat kumpulan,” katanya.
Pada masa sama, beliau yakin mampu mengubah keputusan apabila menerima kunjungan Malaysia di laman sendiri pada Selasa.
"Ia keputusan baik buat Malaysia dengan penyokong yang hebat tapi kami juga mempunyai peminat hebat dan saya pasti mereka akan mendorong pemain untuk menjaringkan gol,” katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Covid-19 catat 571 kes baharu, empat kematian
oleh MUKHRIZ MAT HUSIN 08 Januari 2023 08:11am
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/01/08/2049532.jpg)
Sebanyak 571 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara setakat 7 Januari 2023. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 571 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 5,029,908.
Berdasarkan data daripada portal KKMNow, terdapat empat kematian yang dicatatkan.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,874 orang daripada lebih lima juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 11,431 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 10,812 pesakit dikuarantin di rumah, manakala 585 menerima rawatan di hospital.
Data itu juga menunjukkan, sejumlah 34 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 551 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,981,603.
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg kes setiap hari 500+ |
|
|
|
|
|
|
|
minggu lps ada kes turun 300+ dlm 2-3 hari |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 jgnlah naik lebih dr 600 |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada penurunan dlm kes covid minggu dpn |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kita semua jaga diri, jaga kebersihan bila keluar |
|
|
|
|
|
|
|
klu ada nmpk sanitizer masa keluar gun je sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|