|
2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?
[Copy link]
|
|
coway_daddy posted on 24-10-2014 07:52 PM
Benar, sangat ramai sebenarnya golongan manusia yang "terperangkap" dan hidup di alam jin. Mereka ...
tt, tak boleh kah mereka yang terperangkap tu diselamatkan? boleh tak mereka yang terperangkap tu cari jalan keluar sendiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam tuan coway_daddy,
Saya tak tahu nak tanya siapa, cuma saya musykil akan sesuatu.
Pernah satu hari saya nampak bulu-bulu burung banyak bertebaran di balkoni asrama di sebuah IPT tempat saya menuntut ilmu pada waktu pagi.
Sedangkan malam sebelumnya tiada.
Apakah kemungkinan wujud makhluk berupa burung yang bergaduh dan meninggalkan tanda seperti bulu pelepah tersebut?
Untuk pengetahuan tuan, asrama tersebut berhampiran hutan sebuah bukit. Hanya pagar memisahkan antara asrama dan hutan bukit tersebut.
Maaf sekadar bertanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam....sudah masuk 21 pages. Saya dah ikuti hampir setiap page dan kesimpulannya saya dapati apakah tujuan coway daddy bukak thread ini. Jika tuan sudah 15 tahun dalam bidang alam jin..apakah yg tuan boleh kongsikan disini. Saya dapati tuan terlalu bertarik tali... penerangan yg sangkut sangkut... apa yg tuan jelaskan semuanya boleh didapati dari bacaan buku dan google.
Saya bukan ada masalah dgn tuan tapi saya rasa forumer perlukan sesuatu yg details sesuai dgn dakwaan tuan sudah 15 tahun bwrcimpung dlm bidang alam jin. Malangnya saya dapati tuan lebih suka mengelak dan memberi kenyataan yg menimbulkan lebih banyak soklan dari jawapan.
Jika tuan kata tidak bole dedahkan secara details kerana ditakuti forumers tidak faham dan timbulkan masalah dan kontroversi..maka apa gunanya tuan bùkak thread ini?
Saya sudah bertahun melayan post post disini sebagai SR. Dan mcm mcm peristiwa dah berlaku disini. Saya harap tuan kongsikan sebenar apa apa yg tuan pelajari untuk kebaikan semua. Samada forumers bol3h tima atau tidak itu hak memasing.
Harap tidak tersinggung.saya sekadar m3mberi pandangan terus terang.
Assalam |
|
|
|
|
|
|
|
hearts posted on 25-10-2014 02:04 PM
Salam....sudah masuk 21 pages. Saya dah ikuti hampir setiap page dan kesimpulannya saya dapati apaka ...
Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas teguran dan nasihat, saya amat menghargainya. Inilah cara penyampaian ilmu dan pengalaman saya, di dalamnya sudah terselit kesemuanya secara tersirat dan penuh hikmah. Penyampaian secara terus atau langsung hanya akan membantutkan perkembangan minda dan daya fikir pembaca. Metodologi inilah yang membuatkan saya kekal bertahan sebagai seorang penjinak jin dalam tempoh sudah melebihi 15 tahun ini. Terima kasih sekali lagi atas cadangan, tetapi saya akan kekal berdakwah dengan cara tersendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
im_Q posted on 25-10-2014 01:49 AM
Salam tuan coway_daddy,
Saya tak tahu nak tanya siapa, cuma saya musykil akan sesuatu.
Wa'alaikumussalam. Insiden tersebut tiada kaitan dengan golongan jin, pada firasat saya. Jika tiada sebab yang konkrit, jin sesekali tidak akan meninggalkan sebarang jejak dan kesan. Perbuatan seperti itu, hanya akan mendedahkan identiti dan kewujudan mereka di sesebuah tempat. Bukan semua golongan jin adalah "attention seeker", majoriti mereka sangat "low-profile" dan sukar untuk didekati.
|
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella posted on 25-10-2014 12:53 AM
tt, tak boleh kah mereka yang terperangkap tu diselamatkan? boleh tak mereka yang terperangkap tu ...
Ditolong, boleh. Waris dan ahli keluarga perlu berusaha mendapatkan ikhtiar daripada perawat yang berkebolehan. Menolong diri sendiri, hampir mustahil kecuali dengan bantuan terus daripada Allah. Dalam kalangan penjinak jin, mereka akan "pergi" ke alam jin untuk "merampas semula" manusia yang diculik itu. Cara 'koboi' ini paling popular digunakan oleh ustaz-ustaz perawat. Cara yang saya sering gunakan pula berbeza. Saya gunakan pendekatan dakwah, diplomasi dan perundingan yang sama sekali tidak akan menumpahkan darah, menimbulkan konflik dan serangan balas di kemudian hari. Pada masa yang sama, mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat.
Last edited by coway_daddy on 26-10-2014 10:12 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella posted on 25-10-2014 12:45 AM
boleh tuan jelaskan definisi "orang bunian" mengikut syarak, sbb byk sangat pertingkahan pendapat. ...
"Orang bunian" sama sahaja seperti jin-jin lain. Ia dipanggil sedemikian rupa oleh sebilangan masyarakat tradisional, atas faktor persahabatan dan demografi, terhad di alam Melayu sahaja. Maka dari sudut syara', hak dan tanggungjawab "orang bunian" adalah sama dengan yang ditaklifkan kepada golongan jin Muslim lain di muka bumi Allah ini kecuali jika dia jin kafir.
Last edited by coway_daddy on 26-10-2014 10:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
coway_daddy posted on 26-10-2014 09:54 AM
Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas teguran dan nasihat, saya amat menghargainya. Inilah cara pen ...
awareness, analysis thinking, critical thinking , analytical thinking, creative thinking , evaluation, hanya namakan beberapa.
rasanya tt tak mau spoon feed pembaca aka forumer.
|
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella posted on 26-10-2014 08:18 PM
awareness, analysis thinking, critical thinking , analytical thinking, creative thinking , evaluat ...
Ya, terima kasih kerana faham proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung di sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
tolong cerita lagik....
interesting nak tahu.. hehehe..
banyak benda yang TT tak kupas lagik.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama jadi silen reader kat bod ni.. nak melontarkan satu kemusykilan pasal filem Avatar....
aku sangat sangat musykil macam mana orang barat buleh terfikir buat filem macam tu... skrip yg mcm tu... kalu stakat robot/alien takpa lagi..
tapi dalam avatar tu betul2 aku rasa musykil... sampai terfikir... adakah derang2 tu pegi berguru dengan jin2... |
|
|
|
|
|
|
|
jie_kumiko posted on 28-10-2014 12:40 PM
tolong cerita lagik....
interesting nak tahu.. hehehe..
banyak benda yang TT tak kupas lagik..
Insya-Allah. Saya ada banyak kisah, saya akan cuba selitkan sepanjang usia thread ini. Saya jangka menjelang tahun 2020, thread ini akan semakin matang dan boleh dijadikan sumber rujukan berwibawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
TulenBang posted on 28-10-2014 01:35 PM
dah lama jadi silen reader kat bod ni.. nak melontarkan satu kemusykilan pasal filem Avatar....
a ...
Jawapannya, "ya"! |
|
|
|
|
|
|
|
coway_daddy posted on 26-10-2014 10:10 AM
Ditolong, boleh. Waris dan ahli keluarga perlu berusaha mendapatkan ikhtiar daripada perawat yang ...
Adakah cara “koboi” ni selalunya ada menimbulkan ataumencetuskan serangan balas, marah , dendam dan sebagainya diantara puak jinterhadap manusia?
Jenis serangan balas itu adakah secara fizikal, rohani ataukombinasi?
Dari beberapa pembacaan artikel, orang yang diculik ni,disyaki, menjadi bahan kajian ekperimen, hamba abdi, askar/soldadu simpanan,manusia hybrid dan sebagainya.
Kes orang hilang/diculik (paranormal) ini menarik perhatian,sbb byk terdapat dalam liputan media barat (tempatan ada tp sgt sikit) byk kes2orang hilang tanpa dikesan iaitu hilang secara sgt misteri. Kes2 sebegini bykterjadi tanpa mengira umur, status orang yang diculik. Tidak terhad padamanusia, haiwan juga menjadi mangsa penculikan.
Alien2 yang terhempas, tubuh badan mereka selepas menjalani postmortem, mempunyai struktur biologi sama seperti manusia, seolah fizikal luarmereka diubah menjadi humanoid. Mungkinkah mereka ini manusia hybrid?
|
|
|
|
|
|
|
|
coway_daddy posted on 28-10-2014 10:05 PM
Insya-Allah. Saya ada banyak kisah, saya akan cuba selitkan sepanjang usia thread ini. Saya jangka ...
ok.. saya tunggu
nak tanya, kalo betul pengarah filem hollywood buat filem bergurukan jin yang bertujuan untuk menyesatkan umah Islam, benarlah mereka adalah ejen AZAZIL..? just wondering, macam mana jin tu approach diorang? adakah datang menjelma sekali-sekali, or mereka yang masuk alam jin?
lagik satu, adakah betul teori iluminati?? jika betul, boleh ke tuan huraikan serba sedikit tentang teori iluminati (kalau tuan tahu la)
|
|
|
|
|
|
|
|
TulenBang posted on 28-10-2014 01:35 PM
dah lama jadi silen reader kat bod ni.. nak melontarkan satu kemusykilan pasal filem Avatar....
a ...
Aladin & The Genie keluaran Walt Disney boleh diambil sebagai kefahaman org2 disebelah barat tentang kebolehan The Genie.
Mungkinkah ada sifat2 Jin tersebut menyamai dgn kepercayaan kita khususnya Tuan @coway_daddy, ada yg berpengetahuan yg boleh berkongsi? |
|
|
|
|
|
|
|
ralat *double post* Last edited by AwgSagi on 29-10-2014 06:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam tn,
saja nak tnya teori iluminati sama ke dgn konsep jin yg tn bincangkan
dan lagi satu jin boleh kacau kehidupan kita, adake kita boleh mengacau kehidupan mereka?
|
|
|
|
|
|
|
|
tri-max posted on 1-11-2014 12:18 PM
salam tn,
saja nak tnya teori iluminati sama ke dgn konsep jin yg tn bincangkan
dan lagi satu jin ...
Wa'alaikumussalam. Ya, ada saling kaitan yang signifikan. Beritahu kami di sini bagaimana caranya manusia mahu mengganggu kehidupan jin? Kemudian kita bincangkan semula.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|