Post time 12-7-2021 10:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asma87 replied at 12-7-2021 09:25 PM
Kalau x display maksudnya owner FB dah remove la kot
Ni pulak i copy komen dekat post fb ni
Makin terdedah kes ni rasa makin fishy pasal SA.
Terbaca ni kat salah satu komen d post lain.. Ada kah kak Zurianty Sudin orng yg menemui bella ni?? Semoga bella dapat keadillan..
Bella : Tip of the iceberg
Beberapa hari lepas aku ada berbual panjang dengan seorang kawan. Kawan ni aku dah kenal lebih kurang 16 tahun masa aku mula kerja di KLCC. Selain kerja hakiki, dia memang aktif dengan aktiviti NGO rajin tolong orang sana sini.
Lepas aku resign tahun 2013 aku tak jumpa dia dah. Jumpa di FB je atau kadang kadang berborak di wassap. Tapi hari tu dia wassap aku dan bgtau nak ceritakan something.
Something yang dimaksudkan ni ialah cerita kebenaran tentang Bella anak SD yang teruk kena dera (Masa ni isu Bella baru gain momentum di media sosial).
Aku cakap ok call aku anytime kau free, aku bersedia.
Tak lama lepas tu fon aku ringing, dan lepas borak ringan lebih kurang kawan aku mulakan cerita;
*Aku tulis dalam point form supaya lebih mudah
1. "Aku pergi Rumah Bonda (RB) cari Bella. Bila aku tahu Bainun kena Covid dan kena hantar ke Sg Buluh, aku jadi pelik sebab budak budak yang 5-6 orang di RB termasuk Bella tu macam mana? Tak test Covid ke? Aku dah lama tak jumpa Bella last jumpa awal tahun ni.
Bila aku nak ke RB Bainun akan mengelak bagi alasan macam macam. Aku pun hairan, Bainun ni dah macam adik aku tapi kenapa dia macam nak taknak aku jumpa Bella? So now Bainun dah ke Sg Buluh, ini peluang aku ke RB jumpa Bella!
Tapi macam mana aku nak masuk kondo?"
2. "Aku call adik yang setiap hari provide makan ke RB, aku cakap aku ada nak bagi makanan. Aku dapat pinjam akses kad. That's it masa aku sampai depan pintu, aku terus panggil Bella"
3. "Bella keluar dari bilik stor, muka dia lemah, dari depan pintu aku dah nampak penuh luka bernanah di tangan kanan Bella. Masa ni mata aku dah berair - suspicious aku selama ni jadi kenyataan! Patutlah masa aku jemput birthday party dulu Bella tak datang, patutlah Bainun asyik elak bila aku nak jumpa Bella! Patutlah macam ada something wrong!"
4. "Aku rasionalkan fikiran, walaupun masa ni air mata dah berambu. Aku tahu inilah bukti aku kena simpan untuk hukum si pendera durjana! Ketar tangan aku onkan video henfon, sebak pecah hati remuk emosi aku masa Bella tanggalkan lengan baju tangan kiri tu.
Astaghfirullahalaziem patutlah dia pakai baju luar, penjenayah nak sorok luka yang punya teruk seluruh badan! Ko boleh dengar suara aku menangis nangis dalam video tu, aku tak tahan! Bella yang elok comel beberapa bulan lepas hari ni depan mata aku jadi macam ni, macam binatang kena seksa"
5. "Orang pertama aku call masa tu Syed Azmi. Dia tak percaya dan minta aku urus sendiri kalau aku yakin tu kes dera. While dia janji nak call JKM immediately. Aku masa tu dengan luluh hati terus bawa Bella ke HKL, bayangkan 6 jam aku di HKL nak selesaikan urusan Bella, sampai terketar ketar kaki.
Aku beli nasi kasi Bella makan, nasi tu jatuh 2-3 biji luar bungkusan Bella kutip semula ambil makan. Ya Tuhan betapa lapar Bella, dan betapa punya lama dia tak diberi makan yang sempurna. Di HKL pun aku masih menangis. Aku tak tahu nak bgtau siapa kecuali Kak Mona, aku inform Kak Mona apa jadi pada Bella di RB.
Paling aku kecewa, Syed Azmi tak return call aku. In fact esoknya aku check dengan JKM ada tak sesiapa buat laporan pasal penderaan di RB?
Jawapan pegawai JKM - TIDAK ADA!
Dia janji nak call, tapi malang apa pun tak dibuat.
6. "Aku buat laporan polis. Report yang Scrut viralkan tu aku lah yang buat. Masa di RB aku dapat tahu cerita dari budak budak lain, mungkin semua takut bila aku tahu Bella kena dera. Rupanya Bella setiap pukul 6.30 pagi kena berdiri tepi dinding, tak diberi makan. Kalau nampak dia duduk budak budak lain akan pukul. Yaa pendera Bella bukan sorang, tapi hampir semua yang ada di RB terlibat dalam kecelakaan mendera Bella, hari hari! Bella ni sampai derang ikat tangan sumbat dalam stor!"
7. "Bella budak baik, budak tak buat masalah, tak kacau orang, tapi kenapa dia kena dera sampai macam tu? Ini bukan setakat dera, ini ATTEMPTED MURDER! Aku akan pastikan semua yang terlibat kena hukum!"
8. "And you guess what? Hari ni (hari yang kami berborak) aku dan Kak Mona terima LOD dari peguam Bainun. Dia nak saman kami. Bayangkan aku yang selamatkan Bella yang dah separuh mati kena dera, Kak Mona pula lawan di FB tegakkan kebenaran - sudahnya kami yang nak kena saman. Gila!"
9. "Aku dah kontek sorang peguam kawan aku untuk respond LOD tu"
(At this point aku bgtau yang Scrut pun dah sediakan seorang peguam untuk defend)
10. "Aku masih trauma. Tak dapat tidor malam, in fact dah jadi depression sejak aku jumpa Bella dalam keadaan menyayat hati macam tu.
Dan kau tahu apa yang paling gila? Bella ditinggalkan dalam keadaan dia positive Covid. Ya Bella positive Covid di RB, tapi orang yang konon konon jaga Bella tak nak dedahkan, sebab apa? Kalau Bella keluar konfemlah kantoi KKM nampak kecederaan badan sana sini yang sangat teruk"
*****
Ya tuan puan, kawan aku ni lah hero sebenar yang bersusah payah buat akal nak jumpa Bella, selamatkan Bella bawa ke hospital, buat report polis buat dan segala benda demi Bella.
Kalau dia tak jumpa Bella entah kan mati budak tu tak lama lagi.
Semua video yang dirakam, gambar luka luka badan Bella yang didera - kawan aku ni lah yang rekod simpan semua bukti.
Kenapa aku tulis tajuk Bella : Tip of the iceberg?
Dengan munculnya kes Bella telah timbul pelbagai persoalan lain;
- Kenapa setelah berbelas hari masih belum ada tahanan?
- kenapa si pendera masih bebas siap boleh saman orang? Adakah dia ada bekap politik?
- kenapa RB boleh beroperasi sebegitu rupa?
- kenapa ramai budak termasuk Bella (SD) dijaga oleh sorang perempuan yang belum berkahwin? JKM benarkan mengapa?
- Dah ada aduan ex RB yang start buka mulut, mereka dulu pun ada yang kena pukul kena dera. Bukti bukti ini sedang dikutip. Siap lah!
- Makin banyak cerita under carpet muncul, yang kalau kita susun infographicnya boleh jadi berselirat dan kompleks.
Whatever it is, kita doakan semoga pendera Bella dan sesiapa yang bertanggungjawab dalam isu penderaan kejam ini akan ditangkap segera dan mendapat balasan setimpal di dunia dan di akhirat.
Sepatutnya dua malam lepas kami buat live session anjuran Scrut untuk menerangkan naratif sebenar pasal Bella dan RB. Poster dan panel semua dah ready, tapi last minit call off, kawan aku rasa dia masih trauma tak sanggup nak bercerita kepada audience. Cukuplah katanya dia cerita pada aku, Kak Mona, peguam dan Scrut.
InsyaAllah kita on di lain masa, bila kawan aku dah gain konfiden.
Atau kita nak panggil Syed Azmi dan Bainun Live sekali?
Post time 12-7-2021 11:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
haruslah replied at 12-7-2021 10:14 PM
Open secret la welfare ni byk kejadian x diingini
Cuma reveal dgn x jer....
Kalau x masakan senang ...
Boleh x kalau i syak jantan single yg lepas dpt ank angkat ni geng2 pedophile or in pedo ring?? I JARANG SGT nampak perempuan yg ambik ank angkat bila single sedangkan perempuan ni naluri ibu dia kuat. X silap i yg pernah is misha omar n bini si pizz peroz. Tu pon mcm dah dibiarkan ank angkat tu , mcm xtggal sekali dgn almy.
Tp yg jantan, sajat, tokri, hael, jelas sgt lgbt masing2 but still boleh dpt ank angkat?? I know they dpt bukan thru jkm, hence i punya syak wasangka.
Post time 12-7-2021 11:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
haruslah replied at 12-7-2021 10:14 PM
Open secret la welfare ni byk kejadian x diingini
Cuma reveal dgn x jer....
Kalau x masakan senang ...
Iols lagi heran camno abam sajat tu leh dapat anak angkat kembo lak tu. Kira mak kandung tu la yg rela hati bagi kan. Takkan JKM senang hati je bagi.
La ni budak2 tu pun ntah cemana keadaannya dgn bapak tah kemana.
Post time 12-7-2021 11:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
acikhan replied at 12-7-2021 07:22 PM
haku tgk ig catrionaross tu die update latest bideo bella...kesian die tau naive je + tgn die abis m ...
Aku dah lepas byk hari baru gagahkan ngk video tu..tu pun aku ngk sekerat2...terasa nyilu bila dia tarik baju lengan panjang tjk luka berair bernanah tu...luka gitu mmg kena dressing kt klinik or kena thn kt wad terus...kita kalo anak2 luka gitu dah kalo bukan ttp dgn pembalut takde la nak pakai bj engan panjang...mcm lukà kena mende panas je kan..mcm arwah farhan kena iron...waàa....i cant trust ppl yg talk too much dah skarang...sib baik aku pun takde instinct nak pollow2 si sa tu...
Post time 12-7-2021 11:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Potpouri replied at 10-7-2021 01:01 AM
Aku mula2 dulu rsa SA ni okay tau.
Tapi satu hari tu aku terlayan live dia kat fb dengan sorg mak ...
Finally ada yg notice bnda cenggini.
I pun dulu neutral ja ngn SA tu. Tapi bila ada satu topic tu dia acah lbih pandai dari pakar sbb dia social activist & advocate hak kanak-kanak kununnya. I jadi menyampah. U pndg rendah org lain. Padahal yg bg advice kat u tu lagi lama dlm bidang ni & dia mmg pakar.
Ada bnyk lagi hal yg buat i rasa tak best. So unfollow je lah. Mls dah nk ikot mana2 charity ke apa. Focus kat family & anak kucing lbih baik.
Post time 12-7-2021 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ehh apehal tadi aku baca kat fb pengarah hidung tak siap tu kata dia dengar story sebelah pihak…mcm ada twisted story je nnti…aku x kisah la asal pelaku tu dpt hukuman setimpal…
Jap... Kenapa cerita ni macam kata jumpa bella di RB? Bukan bella dijumpai dengan kesan dera kat kondo SB ke? Ikut info yang lain bella tinggal di RB 4 bulan je iaitu tahun lepas... Correct me if I'm wrong...
Post time 12-7-2021 11:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
domok replied at 12-7-2021 11:26 PM
Jap... Kenapa cerita ni macam kata jumpa bella di RB? Bukan bella dijumpai dengan kesan dera kat k ...
Yes i pon x faham bab tu. Yg tu i biar KIV dlu, since bukti pd badan bella lebih nyata. Xpasti org tu salah tulis ke mcm mana. Atau cerita awal yg x complete
Post time 12-7-2021 11:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols follow je influencer2 ni tp be realistic la kalu betul salah tetap salah. Iols bukan sejenis follow hingga taksub nk back up2 kalahkan dpt elaun pulak. I akan follow sbb ade juga sisi baik bermanfaat. Tp biaselah diorg bile ramai follower tu kadang2 ada jgk post2 yg perasan best, riak terancang, mcm dielah terpaling. So kene pandai2 la digest ape kita nak baca. Tp acik muhaha tu mmg iols tak bole. Pusing tang mane pun tetap tak nampak aura positifnye.
Post time 12-7-2021 11:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dalam byk2 update.. aku paling suka baca update fdaus ahmad... sebab lengkap kronologi bilamana mula2 bella dijumpai.. cerita 1st hand dari kwn nya.. iaitu mommy... org yg selamatkan bella.. n reveal sekali perangai SA... yg boleh x percaya.. janji nak call jkm tp x call.. post fdaus ni .. straight to the point.
X meleret2...
Post time 12-7-2021 11:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
matjerk replied at 12-7-2021 11:36 PM
Geli geleman tgk SA masa dia lompat2..pastu buat2 sebak.. ckp.psl kids...masa dia start cakap psl ...
Ada yg syak bainun tu gf heols , gmbar rapat2, sbb tu backup kemain. Tp i highly doubt it. Dah la aku suka SA ni, kenapa la ko ni. At least buat post backup Bella? Ni mcm tau tp choose to keep shut. Kalau i lah, kwn i yg kena tgkap, i akn buat posting yg mmg i terkejut then backup bella. Tp SA ni ckp dia xnk post apa2 pasal ni sbb RISAUKAN KESIHATAN MENTAL SI TERTUDUH
Post time 12-7-2021 11:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Masukkeluar at 12-7-2021 11:43 PM
honeybee1802 replied at 12-7-2021 11:17 PM
Aku dah lepas byk hari baru gagahkan ngk video tu..tu pun aku ngk sekerat2...terasa nyilu bila dia ...
aku pulak skrg dh turn off dan x percaya dh dgn manusia manusia yg bajet terpaling dlm segala hal..tak kisah lah dlm agama ke, kebajikan ke, sedekah ke..lagi lagi yg show off segala benda..langsung aku tak percaya..sbb bg aku smua berselindung disebalik kebaikan..
byk dh cth..sejak covid ni, tuhan buka aib satu persatu..yg dlu di sanjung, dipuja puji..satu satu pekung aib terbuka.
sifir aku mudah je..kalau manusia tu mmg bermasalah pd hati (tak ikhlas, ada niat lain) dlm buat kebaikan, hujung hujung akn tersingkap keburukan..its all about time..tak kisah la sesiapa pn..itu yg aku pegang.
sbb tu jgn terlampau taksub dgn manusia manusia sebegini ni. ko nk buat baik buat je biar tuhan je tahu tak perlu nk tunjuk terpaling ke apa.