|
Lebih ramai pelumba kita ke luar negara
KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menghantar lebih ramai pelumba senior dan junior menyertai pertandingan trek dan lebuh raya di luar negara bermula bulan ini.
Selain membabitkan pelumba trek elit seperti Azizulhasni Awang, Mohd. Ederus Yunus, Josiah Ng, Junaidi Nasir, Mohd. Rizal Tisin dan Fatehah Mustapha ke Melbourne, beberapa pelumba muda akan menyusul dihantar menyertai Piala Asia di Bangkok dari 10-12 Oktober ini.
Presiden PKBM, Abu Samah Wahab berkata, penghantaran lapan pelumba trek junior ke Bangkok itu adalah sebahagian daripada program pendedahan dan pembangunan pihaknya dan MSN.
"Selain pelumba elit yang akan menyertai kejohanan trek sirkit Piala Dunia di Melbourne (November), California (Disember), Beijing (Januari) dan Copenhagen (Februari), kita tidak lupa untuk mendedahkan pelumba pelapis.
"Mulai Jumaat ini (esok), mereka akan menyertai trek Piala Asia di Bangkok dengan harapan kita dapat melahirkan beberapa lagi pelumba elit negara," katanya, semalam.
Lapan pelumba muda itu ialah Hafiz Sufian, Hanizam Basri, Mohd. Jauhar Ikhwan, Firdaus Izwan Jaafar (pecut berpasukan), Mohd. Saufi Senan, Mohd. Shahrul Hafiza (perlumbaan mata, madison) serta dua pelumba wanita, Uracca Leow dan Nor Azian Alias (perlumbaan mata, ujian masa individu).
Menurut Abu Samah, pemergian pelumba trek itu kemudiannya akan disusuli dengan penghantaran enam pelumba muda lebuhraya ke Jelajah Hong Kong-Shanghai dari 17 hingga 26 Oktober ini.
Enam pelumba tersebut ialah Mohd. Akmal Amrun, Amir Mustafa Rosli, Thum Weng Kin, Mohd. Zamani Mustaruddin, Jasmin Ruslan dan Mohd. Fazli Anuar.
"Ia sebahagian daripada usaha kita untuk mengenalpasti lebih awal pelumba yang akan mewakili negara ke Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan," jelas beliau.
Selain pelumba junior, pelumba lebuh raya senior juga akan dihantar menyertai perlumbaan di luar negara iaitu Jelajah Indonesia pada penghujung November ini.
****************************************************************************************
hantar sampai hujung dunia pun... kalau sendiri tak ada motivation
sebenar.. susah juga.. -- kalau dapat coach yang memang bagus...
ada discipline dalam practice... memang cyclist malaysia boleh berjaya
dengan lebih cemerlang di peringkat antarabangsa -- |
|