CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: toritonz82

~♡ STACY FC XI:SEMI FINAL MM 13 NOV-GOOD LUCK DEAR ♡~

 Close [Copy link]
Post time 13-10-2009 01:15 AM | Show all posts
bole tak???


toritonz82 Post at 11-10-2009 08:36


bestnya...:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 01:16 AM | Show all posts
cntk stacy kat rmh t'buka 2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 03:26 AM | Show all posts
motif aq x tido lagi????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 04:00 AM | Show all posts
Stacy kat Warna Warni Aidilfitri

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 07:10 AM | Show all posts
salam stacianz singgah sebentar dipaagi yg cerah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 08:30 AM | Show all posts
kat open house pm kat pekan tue...stacy n akim duet lagu aku dan dirimu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2009 10:17 AM | Show all posts
Assalamualaikum....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by nurash_here at 13-10-2009 10:26


'Terimalah saya sebagai Stacy'

Oleh Sakini Mohd Said
[email protected]



Rap

WALAUPUN terpaksa menunggu hampir dua jam,langsung tidak mematahkan semangat peminat untuk menanti kemunculan penyanyi pujaan mereka. Malah, masing-masing sudah tersemat di minda mahu pun berbual gembira bercerita mengenai aksi lincah juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), siapa lagi kalau bukan Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan panggilan Stacy.

Akhirnya, penantian mereka berbaloi apabila kelibat Stacy dan juga abangnya, Chaq memasuki dewan hotel, justeru menggamatkan lagi suasana.Sudah tentu, tiada apa yang diinginkan selain dapat melihat secara dekat persembahan bertenaga Stacy dan wajahnya yang comel itu.

Justeru, apabila langkah penyanyi kelahiran Sabah ini menuju pentas menyanyikan lagu yang kini mendapat perhatian ramai, Pakai Buang,masing-masing terpaku malah terpesona dengan kelantangan dan rentak tarian yang dipersembahkan Stacy. Melihat pada aksinya yang begitu bertenaga, maka tidak menghairankan apabila ada sesetengah pihak menggelarnya, Anita Sarawak versi muda.

Menyentuh pada gelaran itu tatkala bertemunya selepas majlis Warna-Warni Aidilfitri Bersama Stacy dan Chaq, di Hotel Brisdale, baru-baru ini, Stacy, 19,hanya tersenyum di kala persoalan itu diajukan kepadanya. Malah,percakapan mesranya sebelum itu terhenti seketika mungkin memikirkan jawapan sesuai untuk diberi.

Akui Stacy, dia sememangnya meminati penghibur bertaraf antarabangsa itu tetapi untuk menyamainya bagaikan langit dengan bumi. Apatah lagi, perjuangannya dalam industri baru bermula dan tidak mungkin layak digelar sebegitu.

"ertama kali terdengar gelaran itu, terkejut juga. Rasanya, rentak lagu dan persembahan yang saya pamerkan berdasarkan personaliti sendiri dantidak terniat langsung untuk terikut-ikut dengan penyanyi yang sudah ada nama dalam industri ini, apatah lagi kak Nita.

"Karakter saya memang seperti ini, seorang yang lincah, peramah, gembira dan suka menari di atas pentas. Mungkin disebabkan itu, ada yang melihat saya seperti kak Nita versi muda. Tetapi, saya rasa tidak layak langsung digelar sebegitu kerana pengalaman masih cetek dan banyak perlu dipelajari.

"Bagaimanapun, saya bersyukur apabila perjuangan ini dihargai. Bagi saya, gelaran itu satu penghargaan yang tidak ternilai harganya sepanjang dua tahun membabitkan diri dalam industri.Namun, saya harap masyarakat menerima saya sebagai Stacy dan bukan orang lain.

"Setiap hari, saya bekerja keras membentuk identiti yang memberi kelainan berbanding artis lain. Lagipun, ramai menasihati saya agar tampil dengan identiti tersendiri kerana peminat tidak suka artis yang hipokrit. Melihat saya di pentas, itulah diri saya yang sebenarnya," katanya.

Bekerja dalam industri hiburan,secara tidak langsung memberi ruang besar kepada Stacy untuk bertemu dengan Anita. Atas alasan itu, Stacy sentiasa mengambil peluang mendekati Anita di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh stesen televisyen mahupun syarikat korporat apabila berkesempatan bertemu dengannya.

"Kalau berpeluang, memang menjadi idaman saya menjayakan persembahan pentas bersamanya. Bagi saya, kak Nita tidak pernah sombong atau lokek ilmu. Banyak nasihat dan motivasi yang dia berikan kepada saya. Paling saya ingat ialah kita perlu kental, banyak bersabar dan tidak mudah putus asa sekiranya mahu berjaya dalam industri," katanya.

Karakter Stacy yang begitu lincah orangnya, ramai mengetahui dia berupaya menyanyikan lagu bergenre rancak dengan baik. Malah, lagunya sebelum ini iaitu Aku Stacy, Gagap dan terbaru Pakai Buang, semuanya berkonsepkan rancak. Justeru, timbul persoalan adakah Stacy hanya mampu menyanyikan lagu rancak saja?

"Saya tahu peminat mudah bosan sekiranya tampil dengan satu konsep lagu saja. Walaupun diri amat meminati lagu rancak dan suka menari di pentas, sebagai penyanyi saya perlu mempelbagai serta mencuba semua genre lagu. Bukan tamak, kerana jauh dari sudut hati ada terlintas untuk tampil dengan lagu berkonsepkan balada malah ada permintaan dari peminat.

"Menyanyikan lagu balada, memberi cabaran tersendiri kerana menguji penjiwaan melodi seseorang penyanyi itu. Mungkin, selepas ini saya akan mempertaruhkan lagu balada dalam single terbaru. Ketika ini, saya dalam proses mengumpulkan material untuk album kedua.

"Masih banyak lagi yang perlu dilakukan iaitu anggaran dalam 99 peratus dan saya baru saja keluarkan single duet bersama Adam AF (2) berjudul Menggegar Dunia. Lirik dan gubahan adalah Edry Kru, masih mengekalkan konsep rancak. Ada permintaan dari peminat yang inginkan kami digandingkan bersama kerana masing-masing pandai menari," katanya.

Mengenai perkembangan terkininya di bawah pengurusan baru, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selepas tertutupnya operasi Maestro Talent &Management Sdn Bhd (Maestro), kata Stacy, kerjayanya lebih terurus berbanding sebelumnya.

"Bukan bermaksud Maestro tidak bagus.Cuma artis di bawah AESB tidak ramai jadi tumpuannya lebih banyak serta terurus. Mereka banyak bertanya mengenai masa depan dan tahu apa yang sesuai untuk seseorang artis itu," katanya.

Berkaitan dengan majlis Warna Warni Aidilfitri, beritahu Stacy semuanya diuruskan oleh kelab peminatnya, Stacy Frenz. Walaupun dia bukan beragama Islam, namun Stacy tidak kekok menggayakan kebaya moden tajaan Noor Arfa Batik dan melayan mesra peminatnya.

"Selepas keluar dari AF tahun lalu,saya agak terkejut apabila diberitahu yang saya sudah ada kelab peminat sendiri. Mereka banyak mengadakan majlis kepada saya seperti hari jadi dan hari raya. Ini adalah kali kedua mereka menganjurkan majlis hari raya dan saya tidak perlu keluarkan apa-apa langsung. Mereka uruskan semua dan saya cuma datang menghiburkan dan menyanyikan lagu saja,"katanya.

Selama satu jam setengah, peminat dihiburkan dengan kelantangan dan kerancakan Stacy ketika mendendangkan tiga buah lagu,Senandung Hari Raya, The Climate dan Pakai Buang. Selain itu, acara turut diselang-selikan dengan persembahan abangnya, Chaq bersama rakan rapatnya yang juga peserta Mentor musim ketiga iaitu Thye dan Hairul.

Peminat bukan saja dilayan mesra oleh artis yang hadir malah turut berpeluang bergambar mesra bersama artis kesayangan mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 10:31 AM | Show all posts
P
"ertamakali terdengar gelaran itu, terkejut juga. Rasanya, rentak lagu danpersembahan yang saya pamerkan berdasarkan personaliti sendiri dantidakterniat langsung untuk terikut-ikut dengan penyanyi yang sudah ada namadalam industri ini, apatah lagi kak Nita.

nurash_here Post at 13-10-2009 10:21



apsal ada smiley gelak kat atas tu..aku xletak pun..huhu..
dan yg musykil time nak edit xde plak benda tu..heran2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:34 AM | Show all posts
wow memang the boom lah minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:36 AM | Show all posts
apa2 pun diharapkan stacy tidak lupa diri ye.... ingat kerjaya untuk tolong keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:54 AM | Show all posts
salam semua...morning
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 11:02 AM | Show all posts
526# red_eye_cherry

cherry...brape lagu duet? ada lagu BI jgak ke?

shida yg ambik gambar2 stacy ckp dorang duet lagu BI...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 11:13 AM | Show all posts
bezz dgr stacy nyanyi lagu the climb..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 11:17 AM | Show all posts
529# nurash_here

kekadang mcm tu xpecially klau text dicopy paste dari website lain...mgkin server Cari blur skit dipagi hari..npk abjad 'P'  dia ingat smiley ini ...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 11:20 AM | Show all posts
534# alyaalexa

article tu ckp 'the climate' lak...typo error la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 11:24 AM | Show all posts
534# alyaalexa

article tu ckp 'the climate' lak...typo error la tu
cekman Post at 13-10-2009 11:20


hahaha.. mesti penulis nie tak lulus bahasa inggeris ataupun tak lulus mengeja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 12:24 PM | Show all posts


kekadang mcm tu xpecially klau text dicopy paste dariwebsite lain...mgkin server Cari blur skit dipagi hari..npk abjad'P'  dia ingat smiley ini ...hahaha
cekman Post at 13-10-2009 11:17


tulah pasal...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 12:25 PM | Show all posts
Stacy-The Climb

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 02:10 PM | Show all posts
kat open house pm kat pekan tue...stacy n akim duet lagu aku dan dirimu
red_eye_cherry Post at 13-10-2009 08:30


ada video tak??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.170352 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list