|
[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4
[Copy link]
|
|
1) Seperti mengajar itik berenang
Selama ini Salleh umpama seperti mengajar itik berenang kepada Aziz sedangkan Aziz adalah seorang arkitek bertauliah.
2) Seperti kera mendapat bunga
Kelakuan Azmi seperti kera mendapat bunga kerana langsung tidak menghargai hadiah kecemerlangan yang diterimanya dari syarikat.
3) Seperti ayam berak kapur
Lili diarahkan balik ke rumah kerana mukanya seperti ayam berak kapur kerana banyak kali muntah.
4) Seperti cacing kepanasan
Amir seperti cacing kepanasan kerana takut ditangkap polis akibat perbuatannya menjual air ketum.
5) Seperti katak dibawah tempurung
Ilmu tentang teknologi mestilah belajar dari muda agar kita tidak seperti katak dibawah tempurung.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Idris seperti mengajar itik berenang apabila mengajar Lan berenang kerana Lan adalah seorang penyelam
Zaleha seperti kera mendapat bunga apabila menolak pemberian telekung dari suaminya
Muka Zizi pucat seperti ayam berak kapur kerana keracunan makanan
Isaac berpeluh seperti cacing kepanasan sementara menunggu hasil ujian covid
Kita perlukan ilmu dalam kehidupan supaya tidak hidup seperti katak di bawah tempurung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dahlia.Julia at 4-2-2022 02:03 PM
1) {Seperti mengajar itik berenang}
Perbuatan Amir menunjukkan kepada Bakri cara menukar bateri kereta tak ubah seperti mengajar itik berenang kerana Bakri sebenarnya seorang mekanik.
2) {Seperti kera mendapat bunga}
Camelia yang tidak pandai bermain alat muzik terpinga-pinga seperti kera mendapat bunga apabila menerima hadiah piano daripada bapanya.
3) {Seperti ayam berak kapur}
Muka penjenayah itu seperti ayam berak kapur apabila ditangkap oleh polis bersama barang bukti di tangan.
4) {Seperti cacing kepanasan}
Daim seperti cacing kepanasan apabila disoal bertubi-tubi oleh bakal bapa mertuanya.
5) {Seperti katak di bawah tempurung}
Emma tidak tahu-menahu perkembangan semasa di dalam negara, tak ubah seperti katak di bawah tempurung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. Seperti mengajar itik berenang
Kesungguhan Maria mengajar Linda memasak agak menghiburkan peminat kerana Linda sendiri merupakan seorang Chef yang terkemuka. Tidak ubah seperti mengajar itik berenang, begitu antara komen di laman sosial.
2. Seperti kera mendapat bunga
Tindak tanduk YB Anuar setelah memenangi kerusi ADUN di kawasannya tidak ubah seperti kera mendapat bunga, menyebabkan para pengundi tidak mahu lagi memilihnya pada pilihanraya akan datang.
3. Seperti ayam berak kapur
Muka Jamil pucat lesi seperti ayam berak kapur bila menyedari kehilangan wang di dalam akaunnya.
4. Seperti cacing kepanasan
Kamal seperti cacing kepanasan bila isterinya berjaya menghidu perbuatan curangnya.
5. Seperti katak di bawah tempurung
Sepanjang hidup Ahmad, dia tidak pernah keluar dari kampungnya. Kehidupannya seperti katak di bawah tempurung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Seperti mengajar itik berenang
Dia mengajar pakar IT tu seperti mengajar itik berenang...
2) Seperti kera mendapat bunga
Habis jahanam hadiah itu, seperti kera mendapat bunga dibuatnya...
3) Seperti ayam berak kapur
Terkebil-kebil dia seperti ayam berak kapur apabila dimarah...
4) Seperti cacing kepanasan
Seperti cacing kepanasan dia bila disua soalan cepu emas itu...
5) Seperti katak dibawah tempurung
Dia seperti katak di bawah tempurung kerana tidak pernah ke luar negara... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SEPERTI MENGAJAR ITIK BERENANG
aziz seperti mengajar itik berenang pada khai yg sudah arif tentang menbaiki radio itu
SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA
tingkah laku azi seperti kera mendapat bunga bila terima hadiah dari secret admire
SEPERTI AYAM BERAK KAPUR
sejak balik dari bercuti ali seperti ayam berak kapur je
SEPERTI CACING KEPANASAN
dia seperti cacing kepanasan setelah menerima panggilan telepon sebentar tadi
SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG
ali tidak pandai menggunkan computer seperti katak bawah tempurung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
holaaaa....
buat ayat berdasarkan peribahasa ini ( satu peribahasa +10)
1) Bagai bunyi cempedak jatuh
2) Bagai kumbang putus tali
3) Bagai mural tercabut ekor
4) Seperti abu di atas tunggul
5) Seperti embun di hujung rumput
** 1 peribahasa 1 ayat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Bagai bunyi cempedak jatuh
Munir terjatuh dari pokok mangga di tepi rumah bagai bunyi cempedak jatuh.
2) Bagai kumbang putus tali
Pencuri tabung masjid itu sempat melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar penduduk kampung.
3) Bagai mural tercabut ekor
Cikgu Fatimah memarahi anak-anak muridnya bagai murai tercabut ekor kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
4) Seperti abu di atas tunggul
Kedudukan Daniel dalam syarikat seperti abu di atas tunggul setelah kegagalannya mendapatkan projek baru dari kerajaan.
5) Seperti embun di hujung rumput
Cinta Taufik kepada isterinya seperti embun di hujung rumput apabila dia berkahwin lagi seorang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terdengar bunyi terhempas dari tingkat atas bangunan bagai bunyi cempedak jatuh
Saleha berasa lega selepas diceraikan bagai kumbang putus tali
Rancangan memasak Chef Wan tidak bosan ditonton kerana celoteh beliau bagai murai tercabut ekor
Golongan pekerja kontrak di semua agensi pekerjaan seperti abu di atas tunggul kerana kedudukan tidak tetap dan tidak terjamin
Perhubungan pasangan kekasih seperti embun di hujung rumput kerana tidak semuanya berakhir di jinjang pelamin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
holaaaa...
keyword hari ini
1) Langgar
2) Lembik
3) Lumpuh
4) Licin
5) Longgar
** 1 keyword 1 ayat
** keyword valid sehingga ada keyword baru
|
|
|
|
|
|
|
|
1) Langgar
Satu video tular kes langgar lari antara kereta dan motorsikal.
2) Lembik
Seharian Sofea tidak makan kerana siapkan tugasan hingga badannya jadi lembik tidak bermaya.
3) Lumpuh
Syafiq lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar tahun lalu.
4) Licin
Waktu hujan keadaan jalanraya agak licin dan berbahaya.
5) Longgar
Banyak sekatan kini sudah pun longgar dan ia menggembirakan rakyat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Langgar
Langar lampu merah merupakan satu kesalahan
2) Lembik
Dia rasa tak larat, habis lembik kaki nak berjalan
3) Lumpuh
roslan mengalami sakit lumpuh setelah terlibat dengan kemalangan
4) Licin
Hujan lebat jalan raya jadi sangat licin
5) Longgar
Roda basikal kena longgarkan skru baru lah senang buka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Langgar
pemandu jalan raya suka melanggar lampu merah dan menyebabkan kemalangan
2) Lembik
pisang yg lembik dan separa masak sedap dibuat cekodok
3) Lumpuh
akibat kemalangan tempoh hari,ali lumpuh separuh badan
4) Licin
jalan raya selalunya licin selepas hujan
5) Longgar
seluar yg dibeli adik sedikit longgar kerana tersilap ambil size |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Langgar
Seorang lelaki tua cedera parah dalam kejadian LANGGAR lari dan dikejarkan ke klinik berdekatan.
2) Lembik
Aduh kecewa sungguh bila kuih tepung talam yang saya buat tadi agak LEMBIK dan susah untuk dipotong.
3) Lumpuh
Mak Esah terus setia menjaga dan menguruskan suaminya yang LUMPUH sejak 10 tahun lepas.
4) Licin
Jalanraya menjadi agak LICIN dan membahayakan penunggang motosikal selepas hari hujan.
5) Longgar
Setelah setahun mengamalkan pemakanan sihat, banyak baju menjadi LONGGAR.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Filem Langgar dibintangi oleh Ady Putra sebagai teraju utama
Anak dara Senah masak nasi lembik kerana terlebih sukatan air
Shahronizam menjadi lumpuh selepas kemalangan
Tudung kain jenis satin sangat licin dan susah dibentuk
Kelonggaran setelah berakhirnya PKP diambil mudah oleh segelintir rakyat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. Saksi kejadian diminta melaporkan kemalangan itu ke balai polis berdekatan bagi memudahkan polis mengesan pelaku langgar lari.
2. Pengguna yang mengalami masalah ketupat Adabi lembik setelah dimasak boleh membuat aduan secara DM di media sosial Adabi.
3. Zahari lumpuh sebelah kanan anggota badan sejak diserang angin ahmar pada tahun 2006.
4. Dalam tempoh tidak sampai tiga jam, semua empat tan durian yang dijual, licin dibeli pengunjung.
5. Tidak wajar longgar SOP ketika kes meningkat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keyword hari ini
1) Langgar peraturan menyebabkan dia dikenakan tindakan tatatertib.
2) Lembik lutut mendengar berita dia dilanggar lari pula.
3) Lumpuh sudah jentera kerajaan negara itu.
4) Licin lantai rumah itu menyebabkan kemalangan.
5) Longgar pula baju-baju semua. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
holaaaaaa.......
keyword hari ni
1) Musnah
2) Meriah
3) Mangkat
4) Mimpi
5) Muslihat
** 1 keyword 1 ayat
|
|
|
|
|
|
|
|
1) Musnah
Segala persiapan Maria untuk hari perkahwinannya musnah selepas rumahnya terbakar.
2) Meriah
Majlis kenduri sambut menantu di sebelah pihak perempuan amat meriah.
3) Mangkat
Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun.
4) Mimpi
Haqiem Rusli popular dengan lagu bertajuk mimpi.
5) Muslihat
Orang tua itu sangat licik dan penuh dengan muslihat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Musnah
rumah setinggan itu musnah dijilat api semalam
2) Meriah
rumah jiran sangat meriah dgn kedatangan saudara mara yg datang dari jauh
3) Mangkat
kerabat diraja yg mangkat akan disemadikan dikawasan yg telah ditetapkan
4) Mimpi
semalam saya mengalami mimpi yg sangat indah
5) Muslihat
ank kecik saya sangat nakal dan mempunyai banyak muslihat untuk org simpati pada dia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|