|
PENTING!! SYURGA DAN NERAKA ISTERI, SUAMI TENTUKAN
[Copy link]
|
|
Reply 517# HOTlips
Bukan pe kak Hot.. kalo orang tak kenal Islam neh, akan menganggap Islam hanya memuliakan lelaki. Padahal suami isteri tu adalah rahmat keduanya, hidup dengan keseimbangan dan saling bertolak ansur. Bukannya somi tu pemegang kunci sorga neraka isteri. Kelebihan somi cumalah dia adalah penjaga, pemegang amanah yang segala permasalahan isteri adalah di pundaknya. Mudahkah nak masuk sorga pemimpin rumahtangga yang banyak tugasan ini? Tiliklah diri sendiri sebelum menunding jari pada isteri.
Kak Hot, kalo somi ajak isteri segera ke tempat tido, katanya dosa besar isteri tak turuti. Apahal pulak kalo isteri ajak somi ke tempat tido, somi lak duk layan bola sampai 3 pagi? dosa ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply zamnie
Jgn tanya deme. Tanya suami zamnie. Suami zamnie yg tentukan syurga neraka zamnie ...
HOTlips Post at 31-3-2011 10:33
hmmm.. nak tny somi lak eks? die mcm ok jekk lah tp tak tahu lah dlm hati khennn... |
|
|
|
|
|
|
|
takde istilah berat sebelah dalam hukum Tuhan...
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa' 4:34)
Suami adalah pemimpin keluarga yg bertanggung jawab memberi nafkah dan didikan agama kepada isteri dan anak2,isteri pula sebagai permaisuri kepada suami,melahirkan zuriat,mengurus rumah tangga.
sebaiknya suami dan isteri perlu mengawal sifat keegoan,bertimbang rasa,bertolak ansur,tolong menolong,sayang menyayang...contohi le Rasulullah dan isteri2 baginda dlm menharungi hidup berumah tangga...insyaallah selamat bahagia dunia akhirat.
“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 523# fathan
“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)
I love u my fren..sapa yang beriman ngan Allah ni, senang sikit nak terima hidayah, kalu hanya berkiblatkan akal dan logik , mentafsirkan al-quran ikut kepala hotak sendiri, memang susah sikit nak terima kebenaran, depa takut kalu depa ngaku kebenaran, nanti Allah berlaku tak adil kat depa, depa bersangka buruk ngan Allah...depa ingat suami tu mampu tuk pukul depa, dera depa, sayang depa , belai depa kalu bukan tu semua dengan kehendak Allah jugak..itu la susahnya orang yang tak nampak Allah di dunia, bukan mata kepala yang buta tapi mata hatinya.
Beriman kepada takdir (qadar) yang Allah SWT telah tetapkan kepada setiap hamba baik itu takdir baik maupun takdir buruk. Firman Allah SWT, "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di Bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya" (QS Al Hadid 22)
Dan dari ayat di atas jelas Allah SWT katakan bahwa takdir yang Allah SWT berikan kepada setiap hambanya sudah ditentukan sebelum Allah SWT menciptakan langit dan Bumi sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Allah telah menulis (di Lauhu Mahfuzh) segenap takdir makhluk 50.000 tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi" (HR. Muslim)
Termasuk apakah ia menjadi ahli surga atau neraka, Allah SWT sudah tentukan 50.000 tahun sebelum alam semesta ini diciptakan. Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas'ud ra., Rasulullah SAW bersabda, "Maka demi Allah, yang tiada tuhan yang haq disembah melainkan Dia, sesungguhnya seseorang diantara kamu beramal dengan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dia dan surga kecuali sehasta, namun telah terdahulu ketentuan (takdir) Tuhan atasnya, lalu ia mengerjakan perbuatan ahli neraka, maka ia masuk ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang diantara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antara dia dan neraka kecuali sehasta, namun telah terdahulu ketentuan (takdir) Tuhan atasnya, lalu ia beramal dengan amalan ahli surga, maka ia masuk ke dalamnya" (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Pada hadits lain Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang dari kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya, apakah ia termasuk penduduk neraka atau penduduk surga" (HR. Imam Bukhari)
Maka dari itu Imam Abu Ja'far Ath Thahawi (239 – 321 H) pada kitabnya Al Aqidah Ath Thahawiyah yang diberi ta'liq (komentar) oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz mengatakan, "Semenjak dahulu kala Allah Ta'ala telah mengetahui berapa jumlah hamba-Nya yang akan masuk surga dan yang akan masuk neraka. Total dari jumlah itu tidak akan bertambah dan tidak akan pula berkurang"
Adakah aku tak beriman dengan qada' dan qadar ketentuan Allah, ataupun depa yang tak nampak redha Allah bersama redha suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply baghal
Salam Tuan baghal ,
Sebab tak daq dalillah jadi bergini. Dalil yang ada lebih ...
Al-Patih Post at 30-3-2011 05:18
Aku pakai dalil Al-Quran, hadis , ijmak ulamak dan kias (yg bersandarkan Al-Quran dan hadis), ..cerita hang tu, jadi iktibar boleh la, banyak lagi kisah sedey kalu nak berkongsi, ada sahabat Nabi saw dulu yang kena belah perut, kena hempap batu demi pertahankan akidah (di manakah Allah masa tu? adakah Allah tak adil? sebab apa depa terima jugak ujian tu? sebab depa nampak janji Allah di sebalik tu...) tp masalah hari ni, islam pada syariat saja, tauhid sesat jauh..macamana nak beriman ngan Allah, macamana nak yakin yang Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, jangankan badan tercalar..terguris sikit pon kalu kita redha, Allah ganti dengan syurga..tapi masalahnya isteri derhaka hari ni, nampak muka perangai suami tak elok tu, bukan nampak janji Allah di sebalik ketaatan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 516# bintang
Bintang tidak kisah pasal hadis apa yang anda bawa, jika ia menepati Quran, dan logik pada akal kemanusian (kerana Islam itu logik) terima dengan berlapang dada akan suruhan Allah dan Rasul.
Cuba sayang bawak hujah akal logik, dimana logiknya bila terkentut kena ambik wuduk semula, sedangkan wuduk bukannya basuh punggung... |
|
|
|
|
|
|
|
soklan pulak:
mcm mana kalau suami ajak tidor tp kita menolak & ckp mlm esok lak?? suami pun set ...
zamnie Post at 31-3-2011 10:09
Itu la tolak ansur namanya sayang, bukannya suami ni zalim sangat..what u give, i get back...
Kebanyakkan suami ni, depa sebenarnya dah ampunkan isteri dalam hati depa cuma depa rahsiakan, depa tunggu isteri meminta maap dulu, supaya keampunan itu ada nilainya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 521# bintang
Kak Hot, kalo somi ajak isteri segera ke tempat tido, katanya dosa besar isteri tak turuti. Apahal pulak kalo isteri ajak somi ke tempat tido, somi lak duk layan bola sampai 3 pagi? dosa ke tak?
Ubah sikit ayat tu,
Kak Cool, kalo mak bapak suruh anak segera ke tempat tido, katanya dosa besar anak tak turuti. Apahal pulak kalo anak nak mintak mak bapak temankan tido, mak bapak lak duk layan wrestling 3 pagi? dosa ke tak? (ada ka mak bapak tengah dok layan wrestling, anak kacau..tak patut) |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahirahmanirahim
Isu yang saya cuba bangkitkan ini adalah kebenaran yang san ...
baghal Post at 3-3-2011 19:33
saya tak faham tentang satu hadis ni... " Jika perempuan (isteri) menjadikan salah satu tangannya terbakar dan sebelah lagi di gunakan untuk memasak dan dihantarkan kepada suaminya, padahal suaminya tidak redha terhadap perempuan (isteri) itu, maka pada hari kiamat nanti, isterinya berada bersama dengan Yahudi dan Nasrani."
boleh ke saudara terangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu puan kawen paksa ka, sapa yang pilih suami puan tu?
Masalah taek elok rujuk kat IWK mcm ...
baghal Post at 4-3-2011 01:49
saya setuju dgn hukum allah..walaumacamane berat,payah, makan hati sekalipun...suami tetap suami..pemimpin..syurga di bawah tapak kaki suami..isteri xkan mendapat keredhaan allah,jika tidak mendapat keredhaan suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau si suami tu penzina isteri menderhaka pada suami ? isteri tu masuk neraka jugak ke ?... ramai suami jahat sekarang ni.... jgnlah label pompuan tu macam pompuan zaman jahiliyah...
saya bagi ayat....
suami juag tidak akan terlepas ke syurga jika segala tanggungjawabnya pada isteri dan anak2 tidak sempurna... iateri sangkut ... suami apa lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak faham tentang satu hadis ni...
boleh ke saudara terangkan?
hanahani5865 Post at 12-4-2011 15:45
" Jika perempuan (isteri) menjadikan salah satu tangannya terbakar dan sebelah lagi di gunakan untuk memasak dan dihantarkan kepada suaminya, padahal suaminya tidak redha terhadap perempuan (isteri) itu, maka pada hari kiamat nanti, isterinya berada bersama dengan Yahudi dan Nasrani."
Ini dinamakan qias, Nabi saw maksudkan, kalaulah seorang isteri itu menjadikan sebelah tangannya sebagai bahan bakar (mcm kayu api) tuk memasak, dan sebelah lagi digunakan tuk memasak ( kacau mcm pegang senduk ), tujuan nya untuk menjamu suaminya makan, sampai sebegitu besar pengorbanan seorang isteri tapi kalu suaminya tidak juga redha terhadap isteri itu (tentulah ada sebabnya) , tetap juga isteri itu dibarisan orang kafir di akhirat kelak.
Kebanyakkan perempuan yang tidak bersetuju dengan hukum Allah ni adalah dari kalangan yang tidak mampu tuk taat ngan suami dan sentiasa bersangka buruk ngan suami. Kalu pun benar suaminya seorang yang jahat akhlak, perogol bersiri atau geng mamak sekalipon, dia patut sedar ,Allah itu tidak zalim, Allah lebih lagi mengetahui tentang hal hambaNya..sebenarnya redha suami pada isteri itu datangnya dari redha Allah...kalu suami itu berlaku zalim pada isterinya, Allah takkan berlaku zalim pada hambaNya, cuma masalahnya kita rasa kita nih dah cukup baik, orang lain je tak sedar kebaikkan kita terutama suami kita.
Yakinlah, berimanlah dengan janji Allah, lelaki baik tuk perempuan baik, lelaki jahat tuk perempuan jahat...lelaki zina tuk perempuan zina dan sebaliknya...yang banyak persoalan nih adalah yang tak yakin ngan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 534# assafdiyah4
suami juag tidak akan terlepas ke syurga jika segala tanggungjawabnya pada isteri dan anak2 tidak sempurna... iateri sangkut ... suami apa lagi...
Itulah pointnya, tanggungjawab suami bukannya kecik..neraka padahnya..dosa anak dan isteri nak kena tanggung, dosa sendiri pon harapkan rahmat Allah jer nak lepas..
Fitrah manusia itu tak suka pada benda2 yang menyakitkan, menakutkan, menyusahkan dan yg sewaktu dengannya..sebagaimana Allah juga ugut manusia yg engkar dengan neraka, begitu jugak Nabi saw qiaskan yang neraka itu milik suami agar rasa takut itu wujud tuk menyedarkan isteri agar jangan derhaka sebab pointnya bukan nak longgok banyak2 pompuan dalam neraka tapi nak bagi mudah isteri tu masuk syurga andai dia pandai pikat hati suaminya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini dinamakan qias, Nabi saw maksudkan, kalaulah seorang isteri itu menjadikan sebelah tanga ...
baghal Post at 13-4-2011 00:21
setuju sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini dinamakan qias, Nabi saw maksudkan, kalaulah seorang isteri itu menjadikan sebelah tanga ...
baghal Post at 13-4-2011 00:21
oo.mcmtu..sbb tu sbg isteri sebelum tdo saya akan minta maaf pada suami & mohon supaya suami redhai saya..insyaallah dgn redha suami,saya akan mendapat keredhaan allah swt..insyaallah..
bagi saya, isteri2 wajib taat pada suami asalkan suami x suruh melakukan kemungkaran..kalau kita ikhlas menjadi suri hidup suami kita, sntiasa bdoa pada allah, insyaallah allah akan bantu kita hadapi semua kesusahan..seperti saya, saya wanita bkerjaya,saya tgh sarat mengandung 8 bulan..setiap hari saya berulang alik dari KL-putrajaya,putrajaya-KL..saya x pnh lupa tanggungjawab bangun pagi sediakan makanan utk suami saya ke kerja, solat bjemaah bsama2 suami, balik kerja ptg, saya kalau boleh cuba keluar ofis awal,maklumlah keadaan trafik di KL menggila..tu pun untuk saya curi masa masak makan malam untuk suami..setiap hari saya lakukan bnd tu..saya ikhlas & dengan harapan suami sentiasa maafkan kesalahan saya & meredhai saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 538# hanahani5865
Alhamdulillah ..
btw, nak tanya hanahani dah kawen brp lama? anak brp eks? saja je nak tanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hanahani5865
Alhamdulillah ..
btw, nak tanya hanahani dah kawen brp lama? anak brp ek ...
zamnie Post at 13-4-2011 09:19
mungkin ada akan ckp "ala, baru khwin mmg lah indah saje, cer tgk 4/5 thn lagi" kan..
saya baru je khwin..2 tahun..tgh pregnant anak sulung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|