|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Zack tu hensem ke.Wait..
Aku rasa..
Ku iz psiko!
This an ode from a psychopath
A tormented creature.
In my madness, you must die! |
|
|
|
|
|
|
|
wei, klo ko lki, ko pukul girl. Baik jadi fonenla. A man takleh pukul a woman!!!
Apa ar Rayyan ni..ikut emosi..org laki, kna tenang..takleh emosi cm kami org perempuan ..
Aku suka Zack..A gentleman.Cair doe! |
|
|
|
|
|
|
|
I love zack..kn bgus Zack muncul dlm hidupku..hoho.
.Zack ialah watak yg aku mhu muncul dlm hidup after Qimi dlm novel R..
;)
Jie pun! hoho |
|
|
|
|
|
|
|
org cntik.beselah org gila2 kn. Ko rse, klo huduh, ada org rebut? hoho.
Tapi jdi org cntik ni bhya ar..klo dia reject org tu..risiko nk kna rogol dgn laki yg kena reject tu tinggi. Mcm drama itu..ngeriii! :O |
|
|
|
|
|
|
|
Kan menarik if plot twistnya Zack ialah psiko n perancangnya.hoho,just ckp lah!
Emang, klo bab 37 tu, kira mcm akhir for me. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-1-2015 07:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 26-1-2015 07:21 PM
Kan menarik if plot twistnya Zack ialah psiko n perancangnya.hoho,just ckp lah!
Emang, klo bab ...
Tgg saje endingnya.. rasa lg twist kot.. haha... cite ni da nak abis da... cuma tak dan naip je |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-1-2015 07:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:04 PM
Zack rasa serba salah bertentangan mata dengan Maznah. Sedari dulu wanita anggun itu tidak menyenangi hubungan Zack dengan Jie. Malah Maznah tidak mempedulikan dirinya sejak dari tadi. Terbalik dengan Dato Hanafi. Lelaki budiman itu menyapa mesra dirinya dan mengucapkan terima kasih di atas jasa Zack menghantar anak bongsunya ke hospital. Dato Hanafi nampak tidak membangga diri dengan status dan kekayaannya. Barangkali Jie mewarisi sikap Daddynya. Tak sombong dan hidup bersederhana. Jauh berbeza dengan Mommynya.
Zack perasan Maznah berubah mesra apabila Rayyan muncul. Zack tahu dirinya hidup serba kekurangan. Anak yatim piatu yang tak pasti asal usul keturunan. Jurang antara Zack dan Jie sangat besar. Janggal jika mereka digandingkan bersama.
Jie dilahirkan dan dibesarkan dalam 'dulang emas'. Ternyata Rayyan lebih sesuai berdampingan dengan Jie. Rayyan mampu memberikan kemewahan yang melimpah ruah kepada Jie. Walau Zack bekerja keras hatta seribu tahun sekalipun tetap takkan mampu menandingi kekayaan yang dimiliki oleh Rayyan.
Seorang juru rawat bertubuh kecil molek tersenyum mesra mendekati. " Dato dan Datin jangan risau. Cik Najiha cuma kekurangan rehat sebab itu dia pengsan. Cuma pastikan Cik Najiha cukup rehat dan makan ikut 'time'." Sempat mata merenung Rayyan yang berada dihadapan. Handsome ! Bisik hatinya. Yakin Rayyan bukan orang sebarangan melihatkan pakaian berjenama yang tersarung ditubuh sasanya.
"Boleh I jumpa tunang I?" Rayyan tak sabar untuk menatap wajah Jie. Rindu.
Juru rawat hanya mengangguk, tanda membenarkan.
Maznah dan Rayyan beriringan masuk. Dato Hanafi mengajak Zack untuk turut mengikut menemui Jie.
Jie lebih banyak mendiamkan diri membiarkan Rayyan dan Maznah berbual mesra. Sesekali Dato Hanafi menyampuk perbualan mereka. Zack pula tidak tahu untuk mencelah. Hanya menjadi pendengar sahaja.
Rayyan mendekati Jie. "Nah, handphone you sayang." Note 4 putih dihulur. Tiada reaksi dari Jie. "I jumpa dekat restoran sebelah butik pengantin." Rayyan cuba menarik perhatian Jie.
"You buat apa dekat sini?!" Jie menyoal kasar. Benci menatap wajah itu. Sempat Rayyan dijeling.
"Jie... behave please !" Maznah menegur pelakuan anak bongsunya yang agak keterlaluan. Tak suka melihat Jie melayan Rayyan dengan kasar. Walauapapun pertengkaran antara Rayyan dan Jie, Jie seharusnya menghormati Rayyan sebagai tunangannya.
"Sorry Mommy !" Jie terpaksa mengalah. Susahlah kalau Maznah dah bersuara. Memang Mommy berkenan benar dengan Rayyan.
"Bukan dekat Mommy tapi Ray ! Say sorry to him !" Maznah cuma mahu Jie lebih peka dengan perasaan orang lain.
"It's okay Auntie ! Ray tak kisah pun !" Rayyan tak mahu membuat keadaan jadi rumit. Sedar Jie masih marahkannya maka Rayyan sanggup menelan layanan kasar Jie.
Maznah terdiam. Hati rasa sebal dengan tindak tanduk anak bongsunya. Sebagai seorang ibu, Maznah dapat rasakan lelaki yang bernama Zack itu punca Jie melayan Rayyan endah tak endah. Maznah tidak suka dengan kehadiran Zack namun memikirkan suaminya ada sekali disitu, dia hanya membiarkan sahaja. Maznah harap sangat anak bongsunya takkan pernah berbaik semula dengan Zack. Tak sanggup bermenantukan anak yatim itu !
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus ada twist..wa sokong lu. |
|
|
|
|
|
|
|
bertambah2 kesian kat NAJIHA... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 27-1-2015 01:37 PM
Panggilan telefon dari IPD Dang Wangi awal pagi mengejutkan Rayyan. Kedua lelaki yang menyerang Jie sewaktu bersama Ku Iz ditemui mati membunuh diri didalam lokap. Hasil siasatan polis mendapati mereka 'overdose' dadah. Yang menjadi persoalan, penyerang tersebut tidak pernah menerima sebarang pelawat dan polis masih mencari punca bagaimana mereka boleh mendapatkan bekalan dadah tersebut. Kes terpaksa ditutup memandangkan kedua dua pesalah sudah mati. Motif serangan terhadap Jie juga tidak diketahui kerana kedua duanya tidak pernah membuka mulut sepanjang ditahan.
Rayyan baru teringat laporan DNA dan hasil siasatan gadis yang disyaki sebagai Hanim dan lelaki bertopi yang ditemui sewaktu di restoran bersama Jie. Kesibukan kerja dan masalah dengan tunangnya menyebabkan Rayyan terlupa betul untuk berbincang dengan Jie maupun Zack tentang hal itu.
Spontan jam tangan dibelek. Hampir 12 tengah hari. Rayyan bercadang untuk menemui Zack dan mengajak Zack menemaninya berjumpa Jie. Jie masih lagi ditahan di Gleanegles Intan Medical Centre untuk pemantauan lanjut. Tekanan darah Jie dibawah paras normal dan doktor terpaksa meneliti perubahan setiap jam untuk mengelakkan risiko sekiranya berlaku perubahan akut yang tidak normal.
Tambahan pula Jie mudah terkena alahan. Makanan seperti kekacang, haiwan berbulu seperti kucing dan habuk boleh menyebabkan gadis itu sesak nafas. Disebabkan itu ujian darah secara teliti diperlukan untuk mengenalpasti penyakit lain yang mungkin dihidapi tunangnya.
Walaupun hubungan Rayyan dan Jie masih berantakan, Rayyan masih sayang dan berharap hati Jie akan terbuka untuk menerima Rayyan semula. Mujur, Zack pula tidak ambil hati dan sudi memaafkan kekasaran Rayyan pada malam itu.
Malah, lelaki itu memang berhati mulia sanggup membantu untuk memujuk Jie supaya berbaik semula dengan Rayyan.
Walau Rayyan sedar dan nampak sendiri, jauh disudut hati Zack, lelaki itu masih menaruh hati pada Jie namun Zack dilihat tidak pernah mengambil kesempatan atas kepincangan hubungan Rayyan dan Jie.
Rayyan jadi malu sendiri bila memikirkan ketulusan hati Zack. Zack tega 'melepaskan' Jie pergi bersama lelaki lain demi melihat Jie bahagia sedangkan dirinya sehingga kini masih berat untuk 'merelakan' Jie berlalu dari hidupnya.Puas sudah Jie meminta hubungan mereka ditamatkan saja. Rayyan tak sanggup kehilangan Jie ! Biarpun Jie mungkin sudah tidak mencintainya, Rayyan tetap ingin gadis itu sentiasa berada disisinya.
Andai takdir tetap menulis jodoh mereka tiada, Rayyan rela menghabiskan seumur hidupnya bersendirian tanpa cinta. Jie adalah gadis pertama yang membuat Rayyan terpesona lalu jatuh cinta. Takkan pernah ada pengganti. Rayyan sangat pasti !
Dia tidak sekuat maupun setabah Zack yang rela melihat Jie berdampingan dengan lelaki lain. Sungguh Rayyan takkan pernah mampu menghadapi jika ianya benar benar terjadi. Mungkin Rayyan lebih memilih mati dari hidup tanpa Jie. Cinta pada gadis itu melebihi segalanya.
Tak mahu terusan hanyut dibuai perasaan, Rayyan bingkas pergi. Enggan membiarkan Zack menunggu lama. Lagipula Zack bukan seperti dirinya yang boleh suka hati keluar masuk pejabat. Langkah dipercepatkan menuju ke lif untuk turun menemui Zack. Fail yang berisi laporan DNA dan hasil siasatan dibawa sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:06 PM
Jie bosan duduk sendirian dihospital. Bayang Mommy dan Daddy masih tidak kelihatan. Viana ada berjanji untuk menemaninya tapi mungkin petang nanti. Galaxy Tab dicapai. Nampaknya Jie terpaksa melayan 'game'. Main 'Angry Bird' pun jadilah.. Fikirnya.
"Hi Najiha !" Zack menyapa mesra. Jie membalas dengan senyuman. Namun senyumannya tak tahan lama. Wajah masam apabila terpandang kelibat Rayyan.
"Najiha.. Rayyan ada hal penting nak discuss. You janganlah macam ini." Zack memujuk, lembut. Faham dengan keadaan Jie yang masih marah.
" Please sayang.. You boleh marah I sesuka hati you. Nak tampar I sepuluh kali pun tak apa ! I promise you this gonna be the last time. I takkan cemburu buta. Takkan mudah marah. I akan control temper I." Rayyan tak segan memujuk.
"Ok fine ! Forgive but not forget ! " Jie malas mahu panjang cerita. " You nak discuss apa?" Rayyan ditenung.
"You ingat tak lagi pasal puntung rokok dengan sample rambut yang you minta I buat lab test? I dah dapat report match dengan 2 orang. You boleh view report." Laporan diserah kepada Jie. " Then based on DNA match I hire PI untuk dapatkan detail lanjut pasal mereka. Semua laporan ada dalam fail ini." Rayyan menyerahkan pula fail kepada Zack.
" Family background mereka, credit history and their education level semua ada dekat dalam report." Rayyan menerangkan. Kali ini dia tidak menggunakan khidmat Taufik kerana baginya Taufik tak boleh diharap. Rayyan mengupah orang lain. Walaupun bayarannya agak mahal Rayyan tak kisah berhabis. Janji hasil kerja memuaskan hati.
Jie meneliti laporan satu persatu. Nama sebenar gadis yang menyamar sebagai Hanim adalah Zarith Sofea binti Ariffin. Gambar gadis itu ditelek. Otak Jie tidak dapat mengingati sekiranya dia pernah mengenali wajah itu. " Zack, you familiar tak dengan muka ini?" Gambar Hanim ditunjuk kepada Zack. " Ex student OSU batch I. Computer Science Engineering sama course dengan I. Tapi I tak perasan pula dia."
Zack merenung sejenak. Seketika kemudian dia menggeleng. "I rasa tak pernah kenal."
Jie bertambah pelik. Apa permusuhan sebenar Hanim dengan dirinya? Jie tak ingat jika dia pernah menyakiti hati gadis itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
entah knpa. aku rasa Zack is the bad guy. Walhal.aku suka Zack.hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kan betul.aku kata. Aku pernh kta, mungkin ada watak yg tak diceritakan msuk dlm.plan ni. Aku tahu sebb aku buat mcm tu.hoho.
Aku rasa..Zarith sofea ni ada kaitan darah dgn jie. Maybe, Zarith ni akak dia hasil hubungan ayahnya dengan perempuan lain. Eh? haha.
Atau Zarith sofea ni mencintai Rayyan dahulu ke tpi dpt ke Jie..Kehkeh
Hmmm..
Takpe.aku dok sabo tunggu twistnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 27-1-2015 10:24 PM
"You..." Jie menghulurkan gambar seorang lelaki ke arah Rayyan . "Lelaki ini ex staff youlah. Former employee of Isa Corporation Berhad. Last position Project Manager." Sekeping kertas dihulur sekali. "Padanlah mereka terus lari bila you datang dekat I malam itu." Sekarang Jie faham kenapa mereka berdua lari apabila Rayyan muncul.
Rayyan berfikir lama. Mohd Rizal bin Razif. Gambar ditenung. "La dia ke. I sacked dia tahun lepas sebab fraud." Peristiwa itu hampir dilupakan Rayyan. Kerana penipuan barang mentah oleh Rizal, ICB hampir kehilangan projek besar dan berdepan risiko saman dari developer. Projek pembinaan perumahan di Sepang terpaksa dilakukan semula. Mujur semua berjalan lancar. Namun projek yang sepatutnya memberi keuntungan berjuta susut kerana kos bahan mentah yang meningkat dua kali ganda. Upah tenaga pekerja juga bertambah untuk memastikan projek siap mengikut jadual.
"Mungkin Rizal berdendam dengan you Rayyan." Zack menyampuk. "So dia gunakan Najiha untuk balas dendam dekat you. Najiha kan tunang you." Buat masa ini Zack rasa motif utama adalah dendam.
"Tapi kenapa nak kenakan tunang I? Dia boleh balas dendam dengan I direct saja kot." Rayyan mula keliru.
Zack senyum. "You pernah dengar tak peribahasa English, if you want to attack a man, attack his heart?" Sengaja menggunakan kiasan. Zack rasa Rayyan faham.
Rayyan cuma angguk. Mengerti. Musuhnya menggunakan Jie sebagai 'umpan' untuk mengenakannya secara halus kerana Jie adalah cinta hatinya. Andai sesuatu terjadi ke atas Jie, Rayyan pasti akan merana. Mungkin Rizal mahu Rayyan merasai kesengsaraan hidup. Nampaknya Rayyan terpaksa lakukan sesuatu untuk lindungi Jie. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib tak kena sihir.klo tak..Habis daaa..Errr |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 8-2-2015 12:33 AM
Zack terpaksa pulang ke pejabat memandangkan ada kerja yang masih belum selesai. Tinggal Jie dan Rayyan berdua. Masih lagi memerah otak mencerna maklumat yang diperoleh berkenaan Rizal dan Zarith Sofea AKA Hanim.
"Sayang, you tak bosan ke dari tadi asyik membaca?" Beberapa kali juga Rayyan menguap, boring menatap helaian kertas yang berlambak. Namun, Jie dilihat tekun membaca setiap butir maklumat tanpa jemu. Dah boleh jadi penyiasat persendirian lagaknya.
Jie masih lagi fokus. Tidak mempedulikan Rayyan yang berada disebelahnya. Rayyan tak puas hati kerana Jie tidak menghiraukan dirinya terus merampas kertas dari tangan Jie. Inginkan perhatian dari tunang tersayang.
Belum sempat Jie bersuara, Rayyan menarik Jie untuk bersandar dibahunya. Jari jemari Jie diusap lembut. "I rindu sangat dengan you sayang !" Wajah tunangnya direnung. Ada satu perasaan lahir yang sukar untuk diucap dengan kata kata. Bahagia.
Jie serba salah melihatkan Rayyan yang masih tak jemu mencintainya. Tak mahu Rayyan kecewa jika takdir memisahkan mereka. " Ray... " Hati berat untuk bersuara. "Andai kata I mati, I nak you teruskan hidup you. Lupakan I dan hidup bahagia sampai akhir hayat you."Jie sendiri tak pasti kenapa dia berkata begitu.
Rayyan tersentak. " Please sayang jangan cakap macam tu ! "Tak menduga ayat 'mati' akan keluar dari bibir Jie. " Just don't !" Rayyan dapat rasakan hidupnya juga akan berakhir jika itu terjadi. Jie dipeluk erat. Takut kehilangan gadis itu.
"Ehem ehem.." Entah bila Ku Iz muncul. "Aku kacau korang ke?" Mata merenung Jie yang sedang dalam pelukan sepupunya. Riak wajah biasa. Cemburu cuba dikawal.
Rayyan cuma geleng. "Taklah ! Kau dari mana bro? Tiba tiba je muncul." Teringat peristiwa rakaman CCTV Ku Iz dan Jie tempoh hari. Rasa curiga mula timbul.
" Dari office lah. Hari tu aku jumpa Mama Long, Mama Long cakap Najiha admitted hospital. So kebetulan aku lalu sini, aku datanglah melawat." Ku Iz menarik kerusi lalu duduk. Mata merenung ke arah tangan Rayyan yang masih lagi memaut erat Jie. Kalau tidak memikirkan Rayyan adalah sepupunya, mungkin Ku Iz tidak teragak agak untuk membelasah lelaki itu yang berani menyentuh isterinya.
Jie kekok berdepan dengan 'suami' dan 'tunang'nya dalam masa yang sama. Apatah lagi menyedari mata Ku Iz yang tak lekang memerhatikannya dari tadi.
"Aku bengang betul dengan satu perempuan ni. Wife kawan aku . " Ku Iz bersuara tiba tiba. "Dia isteri orang tapi dalam masa yang sama 'flirt' dengan lelaki lain. Lepas tu tak mengaku kawan aku tu suami dia pula. Depan kawan aku boleh pulak wife dia berpeluk sakan dengan kekasih dia. Apa jenis perempuan pun aku tak taulah."
"Lelaki yang 'flirt' dengan wife kawan kau tu tahu tak perempuan tu isteri orang?" Rayyan sekadar melayan Ku Iz berbual.
"Tak tahu kot ! Actually wife kawan aku tu pernah accident, may be amnesia atau pretend amnesia sebab semua orang dia kenal tapi suami dia sendiri dia boleh tak kenal. Kau pelik tak?" Ku Iz sengaja berkata begitu. Ingin memancing reaksi Jie.
" Susah nak cakap bro ! Kena refer pakar otak lah kot." Hanya itu saja jawapan yang mampu Rayyan berikan. Lagipun tiada kena mengena dengan dirinya.
"Kalau you Najiha, you rasa wife kawan I tu purposely lupakan husband dia ke atau memang betul betul amnesia?" Tepat soalan ditanya ke Jie. Segala cerita yang terluah adalah mengenai Jie.
"No comment !" Jie tak tahu mahu menjawab bagaimana. Faham Ku Iz sedang 'mengujinya'.
Ku Iz hanya senyum. "Oklah I gerak dulu. By the way I ada buah tangan untuk you." Beg kertas bertukar tangan. "Get well soon !" Ku Iz terus berpaling untuk pergi. Mungkin lain hari saja dia bertemu Jie memandangkan Rayyan ada disitu hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-1-2015 06:38 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 01:06 AM
Shera gay mna.
Tak lama lagi dia akan muncul |
|
|
|
|
|
|
|
jgn mtikn shera taw. i love her.hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya Ku Iz terpaksa berterus terang dengan Dato' Hanafi. Tak boleh bertangguh lagi kerana Ku Iz takut bakal kehilangan Jie buat selamanya. Melihat cinta yang terjalin antara Jie dan Rayyan, Ku Iz tahu sesuatu harus dilakukan. Jie juga dilihat tidak mempercayai kenyataan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. Malah tanpa rasa bersalah Jie masih meneruskan 'pertunangan' dengan sepupunya.
Ku Iz terus masuk ke bilik pejabat yang tertulis nama Dato Hanafi seperti yang diberitahu oleh setiausaha Dato' Hanafi. Pintu diketuk. Setelah mendapat keizinan masuk, Ku Iz segera melangkah ke dalam bilik. Debaran mula terasa. Tak pasti penerimaan Dato' Hanafi.
Mata mereka bertemu. Ku Iz memulakan bicara. "Saya Tengku Hafiz." Salam dihulur tanda hormat.
"Kawan Najiha masa dekat US, kan?" Walaupun sudah berumur, Dato Hanafi masih cam anak muda dihadapannya. Inilah lelaki yang pernah memerangkap anak gadisnya dan Zack semasa di New York.
"Ye saya, Dato." Ku Iz gugup. Tak sangka Dato Hanafi masih mengenalinya.
"Panggil Uncle saja cukup." Memang Dato Hanafi rimas dipanggil gelarannya. "Ada apa Hafiz jumpa Uncle ini?"
"Pasal Najiha." Ku Iz rasa lebih mudah jika dia terus terang saja. "Dia isteri saya. Kami dah berkahwin di Ohio." Jantung berdegup pantas menanti reaksi dari Dato Hanafi.
"What?!" Wajah Ku Iz ditenung. Tak percaya. Tak mungkin anak kesayangannya membelakangkan dirinya dalam urusan perkahwinan sedangkan dia adalah wali Jie. Dato Hanafi menarik nafas panjang. Cuba menghadam kenyataan yang baru didengarinya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|