CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
Post time 11-6-2005 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 11-6-2005 06:31 PM:


aku tengok ni pedesrrian pun aku pening...

dia main semberang...lepas tu dia take her sweet own time to walk...

walk pulak gelek macam kat runwat catwalk,

padahal it was green light fo ...


TAkde kereta tak Bang Matz, that's why dia jalan aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2005 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 11-6-2005 06:31 PM:


aku tengok ni pedesrrian pun aku pening...

dia main semberang...lepas tu dia take her sweet own time to walk...

walk pulak gelek macam kat runwat catwalk,

padahal it was green light fo ...




Dia kena kontrol cun la bang matz, kalo dia terhegeh2 seberang illegally, nampak tak cool..
So illegal pun, kena maintain cun,:love:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 13-6-2005 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 11-6-2005 07:00 PM:


TAkde kereta tak Bang Matz, that's why dia jalan aje...


kereta ada.....dia macam tak indahkan kenderaan....

bus driver pulak....dia tak press the horn....apek relak aje...tengok dia gelek.

i seldom see this kind of sight....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 10:23 AM | Show all posts
HILANG $2,817 AKIBAT CUAI KETIKA BERKELAH

KECUAIAN semasa berkelah di Sentosa membawa padah kepada seorang lelaki petang kelmarin apabila beliau kehilangan wang tunai dan barangan peribadi bernilai $2,817.

Polis berkata lelaki 40-an tahun itu pergi berkelah di Pantai Siloso bersama anak perempuan dan anak saudaranya sekitar 10.30 pagi.

Sebelum berenang sekitar 4.15 petang, beliau meletakkan beg kanvasnya di sebuah pondok kecil. Beg itu kemudian didapati hilang.

Polis berkata, beg itu mengandungi wang tunai $250, AS$220 ($367), kamera video bernilai $1,600 dan tiga telefon bimbit bernilai $600.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang pelajar berusia 21 tahun hilang beg yang ditinggalkan di tempat duduk grandstand stadium Universiti Nasional Singapura (NUS) Jumaat lalu.

Polis berkata, pelajar wanita itu meninggalkan begnya untuk berlari-lari anak di balapan.

Beliau kemudian mendapati begnya, yang mengandungi barangan peribadi, wang tunai $380 dan telefon bimbit bernilai $530, lesap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2005 09:05 PM | Show all posts
hari Harian Metro semua ceta2 sedih ah... wa baca pun wa sedih...


Edisi Utara: Saya hanya hidup 20 hari
Oleh Ahmad Saufi Mansor dan Zulfa Mohamad
[email protected]

SEBERANG JAYA: 揂bang mungkin hanya akan hidup selama 20 hari lagi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2005 09:06 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Petanda ajalOleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]

BATU PAHAT: 揝ejak beberapa minggu lalu, dia terlalu manja dengan ibunya sehinggakan tidur pun mahu bersama,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2005 09:07 PM | Show all posts
Edisi Timur: Maut di riba Ibu
Oleh Sharifah Salwa Sayed Hassan
[email protected]

MARANG: 揝aya sempat memangku arwah yang berlumuran darah sebelum mendengarnya menarik nafas tersekat-sekat tiga kali dan menutup mata untuk selamanya,
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 08:17 AM | Show all posts
WANITA MAUT TERJATUH DARI FLAT TINGKAT 10
Oleh
Norman Sawi


SEORANG wanita meninggal dunia apabila beliau terjatuh dari sebuah flat tingkat 10, dipercayai semasa menjemur pakaian, semalam.

Allahyarhamha Halizah Adam, 35 tahun, ditemui terbaring di kaki Blok 156, Simei Road, dengan beberapa batang galah di sekelilinginya sekitar 10.30 pagi.

Menurut polis, beliau disahkan meninggal dunia 15 minit kemudian.

Seorang jiran di tingkat dua, yang ingin dikenali hanya sebagai Cik Nasah, memberitahu Berita Harian beliau terdengar bunyi kuat seperti barang berat terhempas dan menyang ka ia bunyi dahan kering pokok palma terjatuh di luar flatnya.

'Tapi dari tingkap dapur, saya dapat lihat sepasang kaki berkulit cerah tersadai melintang di atas longkang kecil. Saya tak sanggup nak jenguk lagi untuk melihat tubuhnya. Saya terus beritahu jiran sebelah rumah yang kemudian telefon polis,' kata Cik Nasah.

Menurutnya, seorang jiran yang bekerja sebagai jururawat cuba memberi bantuan kecemasan tetapi mendapati tubuh itu sudah menjadi mayat.

Menurut satu sumber yang rapat dengan keluarga Allahyarhamha, beliau tidak tinggal di flat itu tetapi selalu ke sana untuk membantu kakaknya membuat kerja rumah.

Allahyarhamha dipercayai sedang menyidai kain baju basuhan dari tingkap dapur flat itu apabila beliau tidak dapat mengimbangi badannya.

Keluarga itu enggan memberi komen apabila ditemui semalam.

Seorang remaja yang tinggal di situ, Fariz Sidek, 14 tahun, berkata dia melihat banyak kain jemuran dan beberapa galah berselerakan dekat tubuh Allahyarhamha.

'Saya nampak banyak darah menitik apabila pegawai polis memasukkan badannya ke dalam beg kanvas,' kata Fariz.

Semasa Berita Harian pergi ke tempat kejadian semalam, tiada kesan darah dapat dilihat.

Menurut penyelia pekerja pembersihan di kawasan itu, yang ingin dikenali hanya sebagai Encik Sulaiman, pekerjanya telah membersihkan kesan darah selepas tubuh Allahyarhamha dibawa ke hospital.

Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2005 08:21 AM | Show all posts
dah ajal... tapi cara mati dia sungguh sedih... semoga Allah ampuni dosa dia yg lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 11:17 AM | Show all posts
Singapura
2 rakan maut semasa tuju ke Genting

Motosikal yang ditunggang langgar satu sama lain di lebuh raya

By Farid Hamzah
Dan Rabiatul Adawiya Binhan


SEKUMPULAN penunggang motosikal dari Singapura terpaksa membatalkan rancangan bercuti di Genting Highlands apabila dua daripada mereka maut setelah kenderaan mereka berlanggar dalam perjalanan.

Allahyarham Abdul Rahim Rahmat, 32 tahun, dan Mohd Aswad Ahmad, 26 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal mereka berlanggar antara satu sama lain di Lebuh Raya Utara Selatan dekat simpang Sedenak, sekitar 8.45 pagi semalam.

Semasa dihubungi Berita Harian, Pegawai Penyiasat (IO) di Pejabat Trafik Daerah Johor Bahru Utara, Balai Polis Kulai, Inspektor Muhamad Polley Ahaya, berkata siasatan awal menunjukkan Allahyarham Abdul Rahim hilang kawalan motosikalnya lalu melanggar pembahagi jalan.

'Motosikalnya lalu terbabas ke laluan kiri. Kemudian, Mohd Aswad, yang sedang memotong sebuah kereta, berlanggar dengan motosikalnya,' kata beliau, yang menambah kemalangan sering berlaku di kawasan itu.

Menurut rakan mereka, Encik Riduan Abu Bakar, 25 tahun, kumpulan 11 pemuda berusia antara 24 dengan 32 tahun itu berangkat dengan enam motosikal pada 7 pagi semalam untuk bercuti di Genting Highlands hingga esok.

Seorang lagi anggota kumpulan itu, Encik Shahrizat Ibrahim, 24 tahun, berkata beliau melihat Allahyarham Mohd Aswad dan motosikalnya tercampak ke udara.

'Saya tak pasti apa yang menyebabkan nahas itu. Pada masa yang sama, saya lihat Allahyarham Abdul Rahim terbaring di tengah lebuh raya berlumuran darah,' katanya.

Isteri Allahyarham Abdul Rahim, Cik Farizah Abdullah, berkata beliau sedang bekerja apabila diberitahu tentang nahas itu lalu bergegas ke Malaysia dengan meninggalkan empat anaknya di bawah jagaan kakak iparnya.

'Saya masih dalam keadaan terperanjat dan tidak tahu apa rancangan saya selanjutnya,' katanya, 33 tahun, yang berharap mayat suaminya dapat dikebumikan hari ini.

Keluarga Allahyarham Mohd Aswad tidak dapat dihubungi.


My brother punya kawan is one of the riders. Sampai sekarang badi....katanya one of them, kepala putus....
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 14-6-2005 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 14-6-2005 08:17 AM:
WANITA MAUT TERJATUH DARI FLAT TINGKAT 10
Oleh
Norman Sawi


SEORANG wanita meninggal dunia apabila beliau terjatuh dari sebuah flat tingkat 10, dipercayai semasa menjemu ...
There's 1 time,I nk jemur kain baju gk..galah tu terlalu berat.& I ni pendek..I lose balance & start 2 shout "MAK"...nasib baik tk jatuh bawah..walaupun frm 2nd floor...
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 14-6-2005 11:52 AM | Show all posts
everyday ada berita orang mati....seram jugak kalo pikirkan ajal n maut kita...
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 15-6-2005 09:27 AM | Show all posts
MJ is innocent..............
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 15-6-2005 09:29 AM | Show all posts
kat msn,ada 4 year old boy died after disney ride..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2005 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 14-6-2005 11:17 AM:
Singapura
2 rakan maut semasa tuju ke Genting

Motosikal yang ditunggang langgar satu sama lain di lebuh raya

By Farid Hamzah
Dan Rabiatul Adawiya Binhan


SEKUMPULAN penunggang motosika ...



1000cc ah enjen....

kalo nak potong kereta kat highway malaysia....berapa laju tu speed...


kalo ada pillion lagi tak tahu cammana....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2005 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 14-6-2005 11:52 AM:
There's 1 time,I nk jemur kain baju gk..galah tu terlalu berat.& I ni pendek..I lose balance & start 2 shout "MAK"...nasib baik tk jatuh bawah..walaupun frm 2nd floor...




kalo tak kuat or what, beli yang penyidai jaring2 tu jemur je kat dapur....
lantai dapur maybe basah la pasal air menitis tapi boleh mop nanti.....


Jemur baju kat luar kadang2 angin tiup kuat sangat, kadang2 takut merbahayakan diri or orang lain kat bawah blok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2005 08:16 AM | Show all posts
PENUMPANG LARIKAN TELEFON BIMBIT

AIR susu dibalas dengan air tuba.

Itulah yang dialami seorang pemandu teksi selepas beliau membantu seorang penumpang lelaki.

Kebaikannya meminjamkan telefon bimbit kepada penumpang itu dibalas dengan kejahatan - si penumpang bukan saja tidak membayar tambang malah melarikan telefon bimbitnya.

Menurut polis, apabila pemandu teksi itu menurunkan penumpang tersebut di Blok 508, Ang Mo Kio Avenue 5, sekitar 10.50 malam Isnin lalu, dia memberitahu beliau dia tidak mempunyai cukup wang untuk membayar tambang $7.70 kerana mempunyai hanya $5.

Penumpang itu kemudian meminjam telefon bimbit pemandu teksi tersebut kononnya untuk menelefon seorang anggota keluarganya yang boleh membantu membayar tambang tersebut.

Tetapi selepas membuat panggilan, penumpang tersebut terus melarikan diri bersama telefon bimbit berharga $80 itu.

Pemandu teksi itu mengejar tetapi gagal mengesannya.

Menurut polis, lelaki itu berumur 30-an tahun, setinggi 1.68 meter, berambut pendek dan bertatu seluruh badan.

Dia memakai baju putih ketika kejadian itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2005 08:17 AM | Show all posts
PEMENANG LOTERI JADI PENCURI BILA $1.5J HABIS

BERLIN - Seorang lelaki berusia 49 tahun di Jerman, yang menghabiskan kesemua wang loteri yang dimenanginya, lebih rela menjadi pencuri daripada mengemis bantuan daripada pejabat kebajikan masyarakat, menurut seorang jurucakap mahkamah bandar Meiningen, tengah Jerman, kelmarin.

Sebaik saja wang loteri sebanyak 760,000 euro ($1.54 juta) itu habis dibelanjakan menjelang musim bunga 2003, dia mula jadi penyamun, menjarah kereta dan memecah masuk rumah orang untuk mencuri walaupun hanya satu euro.

'Dia mengaku melakukan 60 kesalahan,' kata jurucakap tersebut.

Lelaki itu, yang berhenti kerja sebaik saja menang loteri pada 1997, malu hendak meminta bantuan dari pejabat kebajikan masyarakat, kata beliau. - Reuters.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2005 08:30 AM | Show all posts
Edisi Timur: Budak pengsan digegar bapa tiri

Oleh Alias Abd Rani
[email protected]

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dipercayai mengambil kesempatan menggoncang tubuh comel anak tirinya berusia dua tahun sehingga tidak sedarkan diri ketika isterinya keluar dari kereta untuk membeli barang di sebuah kedai di bandar ini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika lelaki berusia 27 tahun itu bersama isteri, berusia 20 tahun, pergi berhampiran Pasar Besar Kedai Payang.

Mangsa yang sebelum itu ceria dipercayai ditinggalkan ibu bersama bapa tiri di dalam kereta, dan didapati tidak sedarkan diri sebaik ibunya kembali semula ke kereta, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dalam keadaan panik, ibu mangsa meminta suami menghantar anak mereka ke Hospital Kuala Terengganu (HKT) dan doktor mengesahkan berlaku gegaran pada otak kanak-kanak berkenaan.

Mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKT untuk rawatan lanjut dan sehingga kini masih tidak sedarkan diri.

HKT kemudian membuat laporan polis pada hari kejadian selepas mangsa dipercayai didera kerana berlaku kecederaan dalaman pada mangsa.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Lim Char Boo, berkata ibu mangsa bekerja sebagai pembantu kedai makan manakala bapa tirinya penjual burger dan peniaga kedai telefon bimbit.

Beliau berkata, berdasarkan laporan hospital, polis kemudian menahan bapa tiri mangsa kira-kira jam 10.20 pagi, semalam di HKT bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, bapa mangsa tidak mengaku mendera anaknya dan polis akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

揚olis masih tidak mengetahui motif sebenar kejadian yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalaman, bagaimanapun penahanan bapa tiri mangsa dijangka dapat membantu siasatan.

揕aporan hospital juga menunjukkan tidak berlaku sebarang kecederaan luaran pada diri mangsa,
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 16-6-2005 08:40 AM | Show all posts
ayam itek angsa semua last days  kat ubin.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060141 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list