Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 9,531 kes (2,261,289 kes kumulatif, 94.8%);
- Kes baharu : 7,509 kes (2,384,542 kes kumulatif);
- Kes import : 16 kes (8 warganegara; 8 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,493 kes [6,967 warganegara (93.0%); 526 bukan warganegara (7.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 695 kes ( 630 kes disahkan COVID-19 ; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 347 kes ( 281 kes disahkan COVID-19 ; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,663 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,961 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 702 kluster.
Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 116 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 7,393 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 16 Oktober 2021 @ 6:30 petang. LAMPIRAN 1 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 OKTOBER 2021 NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Idaman TigaTempat KerjaJohorKulai7170
2Batu Tiga KluangTempat KerjaJohorKluang46264
3Industri Bunga Tanjung Dua 2Tempat KerjaNegeri SembilanSeremban dan Rembau22252
4Industri Dua Jalan Bestari SatuTempat KerjaSelangorKlang2653
5Kampung Sekolah JuruPendidikan LainPulau PinangSeberang Perai Tengah1149
6Dah Bukit BeranganPendidikan LainKedahPadang Terap4850
7Jalan Hospital LatiInstitusi Pendidikan KPMKelantanPasir Mas913
8Bukit SapiKomunitiPerakHulu Perak1823
9Jalan Denai DuaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru3038
LAMPIRAN 2 NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 15 OKTOBER 2021 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | WP PUTRAJAYA | 1.04 | NEGERI SEMBILAN | 1.03 | WP KUALA LUMPUR | 0.97 | PERLIS | 0.96 | KELANTAN | 0.96 | TERENGGANU | 0.92 | MELAKA | 0.92 | SELANGOR | 0.91 | SABAH | 0.88 | PULAU PINANG | 0.85 | PAHANG | 0.84 | JOHOR | 0.84 | KEDAH | 0.84 | PERAK | 0.80 | SARAWAK | 0.76 | WP LABUAN | 0 | MALAYSIA | 0.87 |
|