|
LEMAK SAYUR CAMPUR
Bahan-bahan
1 batang carrot kecil
5 batang kacang panjang
3 pokok sawi
3 ulas bawang merah [hiris]
1 biji cili merah [hiris]
1 cawan air
2 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/b udang kering
garam
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masak sehingga mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak [naik minyak]
3. Bila nampak mendideh tutup api dan hidangkan.
[ Last edited by srisaujana at 7-5-2009 16:33 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ROJAK BETIK
Bahan-bahan
Bahan Sayuran:
1 biji betik muda kecil
1 batang timun
1/4 biji nenas [buangkan kulit dan mata tunas]
sedikit kapur makan untuk rendamkan betik
keropok goreng [pecahkan sikit]
Bahan-bahan kuah
5 ekor ikan selayang
3 s/b cili mesin
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 s/b cuka
1 s/b gula merah
1 s/b gula
garam
Cara Memasak
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya.
2. Parutkan panjang dan rendamkan ngan air kapur sikit.
3. Timun dan nenas di hiriskan nipis dan kecil.
4. Toskan betik supaya kering airnya.
5. Letakkan semua bahan dalam pinggan dan dihidangkan dengan kuah rojak ikan.
Kuah:
1. ikan dibersihkan dan dibakar tanpa garam [boleh juga panaskan dalam microwave..masukkan sikit air dan masak pada MEDIUM selama 15 minit]
2. Bila ikan telah masak ambilkan isi dan hancurkan [mesin atau tumbuk].
3. Masukkan isi ikan dan semua bahan dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh dan agak pekat.
5. Hidangkan dengan sayuran yg disediakan |
|
|
|
|
|
|
|
(KERABU SOTONG)
[ Last edited by srisaujana at 7-5-2009 16:40 ] |
|
|
|
|
|
|
|
KERABU DAUN SELOM (KERABU SOTONG)
Bahan-bahan
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir
Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda
Cara Memasak
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.
[ Last edited by srisaujana at 7-5-2009 16:41 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ACAR BUAH
Bahan-bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau
Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan
1 biji sayur peria
2 biji telur
minyak
garam
Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak
1. Peria dibelah 2 dan buangkan biji. Hiris anggaran 1 cm tebal dan rendamkan dengan air garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Toskan peria dan masukkan dalam kuali. Kacau rata.
4. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau rata. Biarkan sekejap.
5. Kacau masakan dan masukkan garam.
6. Hidangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
PECAL MANGGA
Bahan-bahan
1 biji mangga muda [ 500 gm]
1 batang timun [buangkan biji/tengahnya]
1 batang carrot
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 biji ciliapi
daun salad [jika suka]
Bahan Kuah
1 cawan santan pekat
1 s/b sos ikan
1 s/k gula
2 s/b jus limau
2 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 ekor ikan bakar [ambil isi]
Cara Memasak
1. Semua bahan sayuran disagat panjang atau dihiriskan halus.
2. Gaulkan semua bahan suapaya rata.
3. Rasakan asam garam dan hidangkan segara |
|
|
|
|
|
|
|
eh apsal amik dari site kak liza? biasa klu resepi beliau banyak yg dah ada kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
DALCA
Bahan-bahan
600 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..
dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.
2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan |
|
|
|
|
|
|
|
Off topic. Kak Liza tu kat FNR ni di kira Sifuu or Legend la. If I cook kak liza punya resipi, bila hidang, I cakap to my family, ini resipi Kak Liza. My husband pun nanti angguk je. Teringat sekali tu dia tanya, you ni personally kenal Kak Liza ke?. I said tak la.. tapi kadang2 adala dia reply my post, I bangga sampai sanggup tak tidur sebab nak memasak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jeeja07 at 8-5-2009 09:44
Off topic. Kak Liza tu kat FNR ni di kira Sifuu or Legend la. If I cook kak liza punya resipi, bila hidang, I cakap to my family, ini resipi Kak Liza. My husband pun nanti angguk je. Teringat sek ...
wahhhhh..peminat fanatik kak liza nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
KAILAN BELACAN
tumis bawang merah, bawang putih, cili merah n belacan yg di blend kasar
masukkan sayur
masukkan sos tiram n garam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lady_On_Earth at 14-5-2009 21:06
salad
http://i672.photobucket.com/albums/vv84/LOE25/07052009474.jpg
sebiji tomato potong dadu
sebiji bawang potong dady
cili merah hiris halis
cili padi hiris halus
perahan limau nipis
...
yang nie boleh tempek kat thread aneka salad dan kerabu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|