CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cantthinkofany

Pertandingan Pantun Ria Warga FD

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-8-2007 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 3-8-2007 11:57 AM


ni nak jual pulak

Potong papan dengan gergaji
Gergaji memotong kayu jati
Ibu bersalin 4 bulan cuti bergaji
Apa pendapat jika dia menjadi realiti...


nak beli....

terkejut melihat avatar supermod
dari jejaka kacak ke wanita cun sekali
kandaaaa...dinda nak ke kedai pak mahmood
rasanya perlu menambah stok tongkat ali....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 07:00 PM | Show all posts
Jualan penghabisan minggu...

Senyum diberi penuhlah ikhlas,
Tiada yang sudi malu sendiri,
Andai kasih tiada terbalas,
Rajukkah hati membawa diri?


Enaknya petai mentah diratah,  :kant:
Harganya murah untuk sekati, :cf:
Andai jodoh sudah ternoktah,
Adakah benci didalam hati?


Banyak flora hampirlah pupus, :flower:
Mari kita pelihara bersama,
Keruh di dasar sudah di hapus,
Mengapa jernih tiada menjelma?


Sekiang....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 3-8-2007 07:00 PM
Jualan penghabisan minggu...

Senyum diberi penuhlah ikhlas,
Tiada yang sudi malu sendiri,
Andai kasih tiada terbalas,
Rajukkah hati membawa diri?


Enaknya petai mentah di ...



uiiiiiiiikkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 01:07 AM | Show all posts
musti tenet kat opis jek ni

hendak tidur tidurlah mata
usah diharap belaian manja
hendak tidur tidurlah mata
usah ditunggu di belai manja

merawan jala di kala senja
jala dirawan seorang diri
andai rajuk di kala senja
hati rawan seorang nan diri....

gud nite malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2007 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 3-8-2007 07:00 PM
Jualan penghabisan minggu...

Senyum diberi penuhlah ikhlas,
Tiada yang sudi malu sendiri,
Andai kasih tiada terbalas,
Rajukkah hati membawa diri?
..


belian di tengahari sabtu....

begetar jantungku menhempas dada
mengegarkan paru paru dan juga hati
janganlah merajuk wahai kanda
hilang satu masih beribu yang menanti...

Enaknya petai mentah diratah,   
Harganya murah untuk sekati,
Andai jodoh sudah ternoktah,
Adakah benci didalam hati?
..


makan petai tak ramai yang suka
kerana akan membuat tandas busuk
marah dan benci hanyalah seketika
jumpa yang baru..peminangan pun masuk...



Banyak flora hampirlah pupus,
Mari kita pelihara bersama,
Keruh di dasar sudah di hapus,
Mengapa jernih tiada menjelma?

..


karam singh walia setia membawa berita yang menguja minda
melaporkan khianat manusia tanpa hentinya
jernih yang dicari memang dah terserlah la kanda
hanya kanda yang mengelapkan mata untuk melihatnya....


[ Last edited by  cantthinkofany at 4-8-2007 01:32 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2007 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by Qurnia at 4-8-2007 01:07 AM
musti tenet kat opis jek ni

hendak tidur tidurlah mata
usah diharap belaian manja
hendak tidur tidurlah mata
usah ditunggu di belai manja

...


perut yang kembung dipaksa doktor untuk kentut
kalau tak kentut akan tersekat la perjalanan minda
belaian manja dinda memang dah patut kanda tuntut
dah lebih seminggu dinda taksub berpantun tak hirau kanda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2007 07:05 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 3-8-2007 07:00 PM
Jualan penghabisan minggu...

Senyum diberi penuhlah ikhlas,
Tiada yang sudi malu sendiri,
Andai kasih tiada terbalas,
Rajukkah hati membawa diri?


Enaknya petai mentah diratah,  :kant:
Harganya murah untuk sekati, :cf:
Andai jodoh sudah ternoktah,
Adakah benci didalam hati?


Banyak flora hampirlah pupus, :flower:
Mari kita pelihara bersama,
Keruh di dasar sudah di hapus,
Mengapa jernih tiada menjelma?


Belian selepas sholat subuh dihari minggu

Senyum diberi penuhlah ikhlas,
Tiada yang sudi malu sendiri,
Andai kasih tiada terbalas,
Rajukkah hati membawa diri?

Beli..

Cantik sungguh silayang-layang
Buat hadiah para tetamu
Apa dirayu orang tak sayang
Anggap dia bukan jodoh mu

Enaknya petai mentah diratah,  :kant:
Harganya murah untuk sekati, :cf:
Andai jodoh sudah ternoktah,
Adakah benci didalam hati?

beli..

Hari sabtu dara kepekan
Perg ke pekan naik pedati
Kita merancang Allah menentukan
Bunga-bunga benci jauhkan dii hati

Banyak flora hampirlah pupus, :flower:
Mari kita pelihara bersama,
Keruh di dasar sudah di hapus,
Mengapa jernih tiada menjelma?

beli..

Beli gandum berkati-kati
Gandum di bancuh jadi baulu
Banyakkan sabar didalam hati
Hidup tidak indah selalu

Ini jualan pertama dihari minggu

Bunga melur harum baunya
Melur kembang tepi perigi
Ku belai ku sayang bermusim lamanya
Sampai masa kau dijemput pergi

Tengah malam goreng cempedak
Cempedak ditanam tepi titi
Hendak menangis bukannya budak
Ku tahan sebak didalam hati

Bila rindu wajah mu terbayang
Ku tatap gambar mu berkali-kali
Tinggallah kasih tinggallah sayang
Dari tanah kau datang ke tanah kau kembali

[ Last edited by  haniman at 5-8-2007 07:15 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 5-8-2007 07:05 AM


Tengah malam goreng cempedak
Cempedak ditanam tepi titi
Hendak menangis bukannya budak
Ku tahan sebak didalam hati

C ...


pergi ke kedai membeli manggis
manggis di makan, jus mangga di minumnya
usia yang ada bukanlah ukuran untuk menangis
keluarlah air mata, semoga kesedihan itu terlerai akhirnya

rima aku lari woooo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 5-8-2007 07:05 AM


Bila rindu wajah mu terbayang
Ku tatap gambar mu berkali-kali
Tinggallah kasih tinggallah sayang
Dari tanah kau datang ke tanah kau kembali

C ...

ku tenung bulan tampak cahayanya
bulan purnama indah wajahnya
soalan di kubur telah pun diketahuinya
mampukah kita memberi jawapan bila tiba masanya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 5-8-2007 07:05 AM


Bunga melur harum baunya
Melur kembang tepi perigi
Ku belai ku sayang bermusim lamanya
Sampai masa kau dijemput pergi
C ...


suami isteri kerap berkelahi
terlukalah hati deria anak melihatkannya
itulah namanya suratan ilahi
siapalah kita untuk menidakkannya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 5-8-2007 07:05 AM


Enaknya petai mentah diratah,   
Harganya murah untuk sekati,  
Andai jodoh sudah ternoktah,  
Adakah benci didalam hati?  

C ...


tengok cerita mendam berahi
terkejut diri sebab ada yang mati
jodoh itu ketentuan Ilahi
buang lah benci redha di dalam hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 09:15 AM | Show all posts
nak jual plak..lama seh takjual

mudik ke hulu mencari belanja
terkumpul duit hidup terbela
kalau dah tahu isteri bekerja
tapi mengapa suami permintaannya masih berjela jela?

pergi tuisyen bersama rakan sebaya
rakan sebaya semua lelaki aje
mengapa di luar isteri bergaya dengan kebaya
tetapi di rumah mak aiiii memakai baju kelawar aje?

tersenyum pak ali berasa bangga
disunting sudah anak daranya
agama penting sebagai teras bahagia rumah tangga
tapi mengapa ramai yang abaikannya

pergi ke  kedai nak beli buah mangga
tersilap beli sedih terasa di hatinya
banyak sungguh permasalahan rumah tangga
bagaimana cara nak selesaikannya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 6-8-2007 08:47 AM

pergi ke kedai membeli manggis
manggis di makan, jus mangga di minumnya
usia yang ada bukanlah ukuran untuk menangis
keluarlah air mata, semoga kesedihan itu terlerai akhirnya


ku tenung bulan tampak cahayanya
bulan purnama indah wajahnya
soalan di kubur telah pun diketahuinya
mampukah kita memberi jawapan bila tiba masanya?


suami isteri kerap berkelahi
terlukalah hati deria anak melihatkannya
itulah namanya suratan ilahi
siapalah kita untuk menidakkannya




Pagi hari datang bertamu
Tamu dijamu berbagai juadah
Terima kasih warda atas nasihat mu
Penyejuk kalbu dipagi nan indah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 6-8-2007 09:15 AM

nak jual plak..lama seh takjual

mudik ke hulu mencari belanja
terkumpul duit hidup terbela
kalau dah tahu isteri bekerja
tapi mengapa suami permintaannya masih berjela jela?

pergi tuisyen bersama rakan sebaya
rakan sebaya semua lelaki aje
mengapa di luar isteri bergaya dengan kebaya
tetapi di rumah mak aiiii memakai baju kelawar aje?

tersenyum pak ali berasa bangga
disunting sudah anak daranya
agama penting sebagai teras bahagia rumah tangga
tapi mengapa ramai yang abaikannya

pergi ke  kedai nak beli buah mangga
tersilap beli sedih terasa di hatinya
banyak sungguh permasalahan rumah tangga
bagaimana cara nak selesaikannya


Saya beli yer warda

Bercakap malam tak nampak rupa
Cuma mendengar merdu suaranya
Bantuan isteri suami buat-buat lupa
Dia cuma ingat shorga isteri di bawah tapak kakinya

Bulan gelap pasangkan pelita
Pelita diletak di atas meja
Itulah silapnya kita para isteri dan wanita
Diluar cantik bergaya hati suami diambil mudah saja

Tak makan pagi perut rasanya loya
Lupa nak makan kerana banyak kerja
Setengahnya ingat duit saja bawa bahagia
Agama dikenang untuk menikah dah mati sahaja

Ikan sepat di masak berlada
Dihias dengan biji delima
Masaalah rumah tangga menyesakkan dada
Pupuk kasih sayang  patuhi suruhan agama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 6-8-2007 09:15 AM
nak jual plak..lama seh takjual

mudik ke hulu mencari belanja
terkumpul duit hidup terbela
kalau dah tahu isteri bekerja
tapi mengapa suami permintaannya masih berjela jela?

pergi tuisyen bersama rakan sebaya
rakan sebaya semua lelaki aje
mengapa di luar isteri bergaya dengan kebaya
tetapi di rumah mak aiiii memakai baju kelawar aje?

tersenyum pak ali berasa bangga
disunting sudah anak daranya
agama penting sebagai teras bahagia rumah tangga
tapi mengapa ramai yang abaikannya

pergi ke  kedai nak beli buah mangga
tersilap beli sedih terasa di hatinya
banyak sungguh permasalahan rumah tangga
bagaimana cara nak selesaikannya


Banyak nak kena beli ni..
Isk...

Sungguh hebat alam cakerawala,
Janganlah kita selalu alpa,
Bukan permintaan berjela - jela,
Tapi isteri jenis yang pelupa.


Nenek manis orangnya ramah,
Dia juga memakai susuk,
Baju kelawar pilihan di rumah,
Memudahkan angin keluar masuk.


Pergi bermain bersama Tania,
Akhirnya letih bermain futsal,
Terlalu sibuk mengejar dunia,
Agama diabai tanpa menyesal.


Jalur Gemilang megah berkibar,
Kami rakyatnya amat berbangga,
Bertolak ansur dan juga bersabar,
Antara petua menjaga rumahtangga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 11:13 AM | Show all posts
penyakit monday blues ku menyerang semula
tapi ku paksa juga diri untuk bekerja
wahai forumer budiman ingin ku memperingatkan
tepat jam 4.00 petang waktu Malaysia Barat
berlabuh la tirai pentas pemantunan
janganlah gusar wahai forumer sekalian
pantun gua kali ni memang serabai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 6-8-2007 10:49 AM

Nenek manis orangnya ramah,
Dia juga memakai susuk,
Baju kelawar pilihan di rumah,
Memudahkan angin keluar masuk


ekekeke, hak ni yang paling aku tak tahan,,...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 01:24 PM | Show all posts
la kat sini rupanya pantun
patut mag cari tak jumpa2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by magdalina at 6-8-2007 01:24 PM
la kat sini rupanya pantun
patut mag cari tak jumpa2



sorry morry...naik lorry petang ni
kekata yang famous dari Nasha Aziz artis yang cun
due to abe aji tuitioning last saturday la ni
thread pantun gua melompat ke bahagian atas nun.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 03:57 PM | Show all posts
Bila belanja berjimat cermat
Janganlah membeli mengikut hati suka
Adegan berpantun hampir garisan penamat
Terima kasih diberi peluang berpantun dan berseloka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.085308 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list