CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
Post time 8-1-2023 02:07 PM | Show all posts
ok la nk bersiap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2023 02:07 PM | Show all posts
mlm karang in shaa Allah reply kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 02:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 02:48 PM | Show all posts
'Jumlah doktor masih tak cukup di hospital kerajaan'


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bilangan doktor di negara ini masih kurang, biarpun Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan penambahan 4,914 perjawatan tetap yang dikhususkan kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang ditawarkan pada tahun ini.

Jurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK), Dr Muhammad Yassin, berkata ia berikutan jumlah itu hanya membabitkan bilangan sedia ada yang hanya bertukar status daripada kontrak kepada lantikan tetap.

"Pertambahan perjawatan itu tidak meningkatkan bilangan doktor dalam KKM kerana jumlah itu hanya bertukar status, realitinya bilangan doktor masih sangat kurang berbanding yang diperlukan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

"Kami tiada data berkenaan baki kakitangan kontrak berikutan hanya KKM mempunyai maklumat lanjut, kerana terjadi perubahan besar angka doktor kontrak dalam perkhidmatan sejak HDK ditubuhkan pada Julai 2021 selepas sistem kontrak diperkenalkan pada Disember 2016.


"Ini kerana ramai sudah ditawarkan jawatan tetap, selain yang baru dilantik sebagai kontrak dan sebahagiannya pula meninggalkan KKM.

"Namun difahamkan, terdapat lebih 20,000 doktor kontrak dalam perkhidmatan awam yang ada sekarang, sekali gus menyebabkan masa depan mereka tidak menentu jika tiada usaha dibuat bagi membantu mereka mendapatkan jawatan tetap yang diperlukan," katanya kepada BH, hari ini.

Pada September 2021, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, sejak akhir 2016, setiap pegawai perubatan latihan siswazah dilantik secara kontrak iaitu lebih 24,000 orang, namun yang ditawarkan secara tetap hanya 1,000 saja.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, Khairy dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak 10,583 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi dengan peruntukan RM336.35 juta dan daripada jumlah itu, seramai 4,186 pegawai sudah dilantik mulai Jun hingga Oktober 2022.

Untuk rekod, hampir 5,000 doktor kontrak membabitkan 948 pakar perubatan dan 4,028 pegawai perubatan meletakkan jawatan sejak 2016 hingga Jun 2021.

Sementara itu, Dr Muhammad berkata, pekerja kesihatan lain juga wajar diberi perhatian untuk dilantik ke jawatan tetap demi kelancaran sistem kesihatan di negara ini.

"Selain pegawai perubatan, pergigian, farmasi, pekerja kesihatan kontrak lain iaitu jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai persekitaran kesihatan, pegawai dietitik, pegawai fisioterapi dan penolong pegawai sains perlu diberi perhatian," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... i-hospital-kerajaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 02:49 PM | Show all posts
tapi ramai jer doktor yg hanya dapat kontrak saje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 02:49 PM | Show all posts
dan bukannya tetap
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2023 02:50 PM | Show all posts
terus menolak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 02:51 PM | Show all posts
Pindaan Akta OKU 2008 dijangka dibentang Jun - Nancy


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tengah bertopi) bersama peserta larian '27th Annual Charity Walk-Jog-Wheel-Athon' Anjuran Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 bagi memperkasakan aspek kemudahan dan penguatkuasaan terhadap hak golongan itu dijangka dibentangkan di Parlimen, Jun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pindaan akta itu disifatkan penting berikutan ia diakui lemah, khususnya dalam aspek penguatkuasaan antaranya terhadap pihak yang melanggar hak golongan terbabit.

"Kita ada pasukan khas untuk meminda dan memperkuatkan akta itu untuk menyelesaikan dan membantu isu berkaitan golongan OKU.

"Ini kerana akta ini difahamkan agak lemah dan tidak mempunyai 'gigi' contohnya penguatkuasaan, ada tempat letak kereta untuk OKU tapi tidak ada yang menguatkuasakan jika ada pihak lain letak kereta di situ," katanya kepada pemberita, di sini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan '27th Annual Charity Walk-Jog-Wheel-A-Thon' di Dataran Merdeka, di sini, yang disertai 1,580 peserta termasuk 200 OKU.

Melalui majlis itu, jumlah kutipan yang berjaya diperoleh daripada 30 NGO ialah kira-kira RM200,000.

Pada masa sama, Nancy berkata, pihak kementerian juga sedang dalam persediaan bagi menyerahkan Laporan

Negara untuk Jawatankuasa Konvensyen Bagi Hak OKU (CRPD).

Beliau berkata, semua inisiatif ini adalah usaha untuk menambahbaik komitmen terhadap kepentingan golongan OKU di negara ini.

Katanya, sehingga Disember lalu, sebanyak 633,653 golongan OKU berdaftar di bawah agensi kementerian.

"Namun kita mengharapkan lebih ramai lagi golongan OKU dapat berdaftar untuk merancang program dan inisiatif lebih baik buat golongan itu," katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, kementerian sentiasa akan membantu khususnya dalam aspek kaunseling terhadap mana-mana pihak yang berdepan dengan tragedi atau bencana.

"Kita lebih kepada memberi bantuan dalam aspek kaunseling dan bekerjasama dengan agensi lain," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan kes kebakaran membabitkan dua kanak-kanak yang rentung di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, minggu lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... dibentang-jun-nancy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2023 02:51 PM | Show all posts
semoga golongan oku akan terjaga dan tidak di abaikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:13 PM | Show all posts

Angin kencang, laut bergelora di beberapa kawasan perairan

    Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
    8 Januari 2023, 2:05 pm

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan beberapa kawasan bagi tempoh tertentu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dilaporkan melibatkan Seksyen A iaitu untuk perairan Malaysia.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dijangka di kawasan perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga hari ini.

“Selain itu, amaran turut dikeluarkan dijangka di kawasan perairan Sabah Timur dalam tempoh 11 hingga 14 Januari,” katanya pada hantaran tersebut.



Ujarnya, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Bagi Seksyen B perkapalan pula, amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) melibatkan angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Ia dijangka di kawasan perairan utara Condore serta barat laut Reef North sehingga hari ini. Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Seterusnya amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) melibatkan kawasan perairan Samui, Tioman, selatan Condore, utara Bunguran, Reef North dan Layang-Layang sehingga hari ini.

Amaran sama turut dikeluarkan melibatkan di perairan timur Palawan dan Sulu dalam tempoh 11 hingga 14 Januari. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... a-kawasan-perairan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:13 PM | Show all posts
berhati hati semua


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:21 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:36 PM
bg nov ddk rmh santai2 tu dah kira memanjakan diri
sbb klu nk g spa pun nov kn drive mgadap jam ba ...




betul tu nov
dududk kat uman pun terapi utk memanjakan diri secara percuma
kalau ke spa akan kena bayar pula, lepas tu jauh lagi
balik nanti akan terasa letih pula


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:23 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:37 PM
sbb brg tu x match dgn stock card
dari segi size dan qty
brg br smpi dr warehouse bbrp mgg sblm ex ...




mungkin ada kesilapan semasa mengemaskini stock card tu
atau terlupa nak tanda di stok card
tapi itu kan biasa sajee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:27 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:37 PM
x bole buang dr system lg
sbb kn siasatan menyeluruh dulu

mungkin ada kesilapan teknikal semasa barang keluar masuk kot

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:37 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:38 PM
matt bila last dtg png
cer dtg sini tgk sendiri environment dkt sini




rasanya dah lama matt tak pergi Png
tapi masa matt pergi dulu, hari minggu pun tetap ramai saje orang

atau mungkin pelancung luar yg ramai masa hujung minggu tu?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2023 03:39 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:38 PM
rsnya lps tu bapa nov bwk g klinik
tp nov dah lunyai kot

yelah nak baik pun makan masa juga
kena banyak minum air
nov rehat kat umah masa tu kan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:40 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:38 PM
rsnya lbh cintakan pada dunia
dan harta benda smpi sggp putuskan silatulrahim

itu lah
manusia lebih cintakan dunia dah harta benda dari hari akhirat
mereka nampak kebendaan depan mata saje


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:41 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:39 PM
semlm mlm weekend tp pkl 10 dah terlelap
letih sgt

bagus lah kalau nov tido awal tu
letih buat keje2 rumah kan?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2023 03:42 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-1-2023 08:39 PM
nov x de ms nk layan perasaan lelaki
nk2 pulak ade isteri

ok faham faham
bagus lah prinsip nov tu
semoga tak ada insan yg terasa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.102379 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list