CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 28-1-2015 12:35 PM | Show all posts
elia201 replied at 28-1-2015 02:28 AM
Nampaknya Ku Iz terpaksa berterus terang dengan Dato' Hanafi. Tak boleh bertangguh lagi kerana Ku Iz ...

Hmmmm...Nk ckp apa ye.Hmm..tkpe, tunggu next post.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2015 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 12:35 PM
Hmmmm...Nk ckp apa ye.Hmm..tkpe, tunggu next post.

Nape ek?

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 02:51 PM | Show all posts

cuba berbudi bhsa dlm post.haha.

Actually aku plik. Asal ku iz tak beriya halang zack dan jie dulu.hoho.

Tak sabar nk tunggu twistnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 03:40 PM | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 02:51 PM
cuba berbudi bhsa dlm post.haha.

Actually aku plik. Asal ku iz tak beriya halang zack dan jie d ...

dia pun baru tahu masa birthday Rayyan kan


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:17 PM | Show all posts
elia201 replied at 28-1-2015 07:40 AM
dia pun baru tahu masa birthday Rayyan kan

ye ea? ……………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato' Hanafi masih ragu. Sijil pernikahan antara anaknya dan Tengku Hafiz ditenung. Cuba mencari kebenaran yang tersembunyi. Kalau betullah Jie sudah bernikah secara rahsia dengan pemuda dihadapannya bermakna pertunangan antara Rayyan dan Jie terbatal dengan sendirinya.

"Uncle bukan tak percayakan Hafiz. Ini perkara serius ! Biar Uncle tanya Najiha dulu." Dato' Hanafi cuba berfikir secara rasional. Memang Jie anaknya pernah kemalangan dulu namun tidak sampai hilang ingatan. Atau mungkin Dato ' Hanafi yang terlepas pandang.

" Saya betul betul sayangkan Najiha, Uncle ! Kalau Uncle izinkan , saya nak nikah semula dengan Najiha di Malaysia." Memang itu niat utama Ku Iz bertemu Dato Hanafi.

"Uncle cuma nak kepastian dari anak Uncle. Buat masa ini Uncle harap Hafiz bersabar dulu. Kalau betul Najiha dah jadi isteri Hafiz, Uncle sendiri akan suruh Najiha balik kepada Hafiz." Itu keputusan terbaik buat masa ini.  

Ku Iz mengeluh diluar sedarnya. Kalau bertanya sendiri kepada Najiha memang pasti gadis itu akan bermatian menafikan. Kucing bertanduk pun tak mungkin Najiha akan mengaku mereka sudah berkahwin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2015 04:23 PM | Show all posts
elia201 replied at 28-1-2015 08:18 AM
Dato' Hanafi masih ragu. Sijil pernikahan antara anaknya dan Tengku Hafiz ditenung. Cuba mencari keb ...

Aku tunggu shera je ni. Hoho.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-2-2015 07:07 PM

Jie membelek beg kertas pemberian Ku Iz. Beg mengandungi sekotak Iphone 6 plus. Jie yang sememangnya peminat tegar android cuma meletak kotak ke tepi. Tak berminat. Ada nota diselit sekali. Jie membuka lipatan kertas lalu membaca.

Dear my lovely wife,

As per my promise I bought it for you

Truly sorry for what I have done

Sim card provided in the phone

Just switch it on

I've saved my number in contact list

Please call me anytime my dear

I'll be waiting

Lots of love
-Your abandoned husband-

Gila ! Jie menyimpan semula kotak telefon dan nota dalam beg. Akan dipulangkan kepada Ku Iz. Nampaknya lelaki itu betul betul yakin Jie adalah isterinya. Pening mula dirasakan. Bayangan kabur mula menghantui fikiran Jie. Berkeping keping seperti puzzle yang belum bercantum. Denyutan dikepala semakin kuat. Nafas ditarik panjang, cuba bertenang. Otak diarah untuk bekerja keras menyusun semula mengikut turutan.

Tiada kesimpulan tercerna. Jie rasa mungkin dia terpaksa bersemuka dengan Ku Iz untuk mendapatkan cerita sebenar. Status dirinya masih samar.

Kedengaran pintu bilik wad dibuka dari arah luar. Memikirkan mungkin kakitangan hospital yang menjalankan tugas Jie hanya membiarkan.

"Najiha.." Satu suara menyapa. Gadis itu didekati.

Jie bingkas bangun. Bersedia untuk melawan sekiranya perlu.

"Jiha please ! I nak discuss saja dengan you. I'm not gonna hurt you." Ku Iz tidak senang hati selagi masalah mereka belum selesai.

"You nak discuss apa?" Jie masih lagi berjaga jaga. Takut lelaki itu bertindak gila.

"Pasal kita ! I dah tak boleh tahan tengok you dengan Rayyan." Hati tak dapat mengawal lagi rasa cemburu lebih lebih lagi setelah melihat Rayyan memeluk isterinya tadi." So, I jumpa Daddy you. I bagitahu Daddy you kita dah kahwin." Ku Iz mahu Jie mengetahui sendiri kebenaran dari mulutnya sebelum Dato Hanafi bertanya terus kepada Jie.

"You dah gila ke ?!" Jie tak tahu untuk berkata apa. Tindakan Ku Iz diluar jangkaan !
.
" Sebab I masih waraslah I jumpa Daddy you. Salah ke?" Ku Iz merenung Jie tak puas hati. "I am your husband Jiha! Stop treating me like stranger !

"Dahlah I malas nak layan you. You baliklah !" Jie terus saja menghalau. "Sebelum tu... Beg kertas dicapai. You boleh ambil balik ni. I tak nak!" Beg diserahkan semula kepada Ku Iz.

Ku Iz tergamam dengan tingkahlaku kasar Jie. Tak sangka layanan begini yang diterima. Kesabaran semakin tipis. Bila bila masa saja Ku Iz boleh 'meletup'.

" Jiha... I belikan sebagai ganti handphone you. I ikhlas ! Kalau you tak nak you boleh buang saja." Ku Iz kesal Jie tidak menghargai pemberiannya.

"And Jiha.. I minta tolong sangat dekat you for once , tolong jangan kasar sangat bila bercakap dengan I. I cakap dengan you nak berbincang secara baik. Kalau you terus layan I macam ini, sampai bila bila pun masalah kita takkan selesai." Sebolehnya Ku Iz tak mahu bertekak lagi dengan Jie.

"Ok. Apa lagi yang you nak bincang dengan I?" Jie menyoal lembut tapi tegas.Sedar pertelingkahan antara mereka takkan membawa ke mana.

Ku Iz menarik nafas lega. Sekurang kurangnya Jie sudah mula berlembut dengannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 08:34 AM | Show all posts
elia201 replied at 28-1-2015 06:22 PM
Jie membelek beg kertas pemberian Ku Iz. Beg mengandungi sekotak Iphone 6 plus. Jie yang sememangnya ...

Dear my lovely wife,
As per my promise I bought it for you
Truly sorry for what I have done
Sim card provided in the phone
Just switch it on
I've saved my number in contact list
Please call me anytime my dear
I'll be waiting
Lots of love- sweet der!

Finally.diorang berbincang.
Sakit hati taw, jie mengada2 dgn ku iz. Geram betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 04:09 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 7-6-2015 03:55 AM

Tak semena  mena gadis  berseragam jururawat muncul masuk ke dalam bilik. Suntikan sedatif diberikan kepada Ku Iz. Lelaki itu rebah tidak sedarkan diri. Jie termangu. Tak sangka berdepan dengan keadaan genting seperti ini. Ku Iz ditenung.

"Aku nak kau ikut aku !" Gadis berpakaian jururawat mengarahkan Jie supaya menurut.  "Itu pun kalau kau nak hidup lama." Amaran keras diberikan. Mata mencerlung ke arah Jie. Berwaspada sekiranya Jie cuba melakukan sesuatu tindakan.

"Kalau aku tak nak?" Jie sengaja mencabar . Melangkah ke setapak ke belakang. Sempat telefon bimbitnya dicapai dan disorok masuk ke dalam poket. Pelakuannya pantas sehingga tidak disedari.  

"Kalau kau nak aku kelar leher dia, kau beranilah melawan." Spontan pisau diacu ke leher Ku Iz yang tidak sedarkan diri.

Jie terperangkap. Walaupun Ku Iz  menimbulkan kekacauan dalam hidupnya namun Jie tak sanggup melihat lelaki itu mati depan mata. "Fine ! Kau menang !" Jie mengangkat tangan tanda menyerah.  

" Aku nak kau keluar. Buat macam biasa.  Ada kereta Honda warna hitam nombor pendaftaran WSH 11 akan pick up kau. Masuk dalam kereta tu. Ingat ! Jangan berani lari ! Kalau tak , dia mati. " Amaran keras diberikan.

Jie mati akal. Sedar wanita dihadapannya nekad. Langkah diatur keluar, pelahan. Mata mencuri pandang ke arah gadis itu. Satu idea terbit.

Jie berpusing lalu menghadiahkan satu sepakan padu tepat mengenai perut gadis itu. Tanpa fikir panjang satu hentakan kuat menggunakan siku di kepala bertujuan melemahkan lawan. Jururawat yang menyamar rebah tidak sedarkan diri.

Jie segera keluar bilik mendapatkan petugas hospital. Sempat bercerita serba ringkas supaya melaporkan kepada polis.  Daddy nya juga diberitahu. Selesai bercakap dengan Dato Hanafi, Jie menghubungi Rayyan.

Tunangnya berjanji untuk datang segera. Meminta Jie untuk terus  bercakap di talian telefon sehingga Rayyan muncul. Tak berani mengambil risiko keselamatan Jie. Jie cuma akur. Butang  loudspeaker diaktifkan supaya Rayyan dapat mendengar suasana keliling Jie.

Teringatkan gadis tadi menyuruh Jie menaiki kereta Honda bernombor pendaftaran WSH 11. Jie terus berjalan keluar. Mencari kelibat kereta yang diberitahu tadi malangnya tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 04:13 PM | Show all posts
elia201 replied at 29-1-2015 04:09 PM
Tak semena  mena gadis wanita berseragam jururawat muncul masuk ke dalam bilik. Suntikan sedatif dib ...

wah! bravo Jie!

Betul ke Ku Iz ni laki dia?..kalau betul..Rayyan tu sia-sia je bertunang dengan Jie
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 04:51 PM | Show all posts
lg tt.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 05:40 PM | Show all posts
elia201 replied at 29-1-2015 08:09 AM
Tak semena  mena gadis wanita berseragam jururawat muncul masuk ke dalam bilik. Suntikan sedatif dib ...

Shera mna... sheraa..shera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 06:16 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-1-2015 06:37 PM

Rayyan lega melihat tiada kecederaan terhadap tunangnya. Pantas gadis itu dihampiri lalu didakap erat. Jie membalas pelukan tunangnya. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga Viana dan Khalid muncul.

" You all ni dah boleh kahwin lah I tengok. Senang ! Nak berpeluk sakan pun dah tak risau. Tak ada lah asyik 'kantoi' je." Khalid sengaja menyakat. Banyak kali juga mata melihat adegan romantik pasangan dihadapannya.

Rayyan sengih. Segan mendengar teguran dari Khalid. " Kalau Jie say 'yes' sekarang jugak I ketuk pintu rumah tok kadi nak nikah." Memang dari dulu lagi Rayyan inginkan perkahwinan antara mereka cepat terjadi.
Namun terlalu banyak halangan melanda hubungan mereka sehingga rancangan untuk berkahwin tertangguh.

Wajah Jie berubah mendengar perkataan kahwin yang menjadi topik perbualan. Serentak teringatkan Ku Iz. Kalau benar lelaki itu suaminya, hancurlah impian Jie untuk hidup bersama Rayyan.

"I rasa laparlah." Jie sengaja mengubah tajuk . "Vee, you nak teman I makan tak?" Viana direnung. Mengharap benar Viana sudi menemani. Ada banyak perkara melibatkan Ku Iz yang ingin Jie luahkan.

" Dear, I nak teman Jie makan. You dengan Ray nak follow ke atau lepak luar dulu?" Viana memandang ke arah suaminya.

"You dengan Jie pergi dulu lah. I tunggu sini dengan Ray. Daddy pun tak sampai lagi." Khalid memang sudah berjanji dengan Dato Hanafi untuk menunggu kedatangan mertuanya.

"Ok. Take care !" Viana menarik tangan Jie untuk berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 06:35 PM | Show all posts
elia201 replied at 29-1-2015 10:16 AM
Rayyan lega melihat tiada kecederaan terhadap tunangnya. Pantas gadis itu dihampiri lalu didakap era ...

Shera mna………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 29-1-2015 06:35 PM
Shera mna………………

Lagi 3 scene Sheera akan ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2015 07:12 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-1-2015 07:25 PM

Gadis yang menyamar sebagai jururawat tersenyum sinis ketika bertembung dengan Jie dan Viana. Tangannya bergari. Dua anggota polis wanita memegang erat gadis itu.

" Kau takkan selamat Najiha ! Aku akan pastikan kau mati !" Kemudiannya meronta kuat lalu terlepas pegangan dari anggota polis. Jie cuba diterkam. Namun tindakan pantas anggota polis wanita yang bernama Hana menyelamatkan keadaan. Gadis jururawat itu dapat ditundukkan.

" Cik Najiha tak apa apa?" Inspektor Hana menyoal cemas. Takut dituduh cuai ketika bertugas.

"I ok." Jie senyum bagi menghilangkan rasa serba salah polis wanita itu. Sempat mata mengerling wajah gadis jururawat. Tak pasti kenapa diri dimusuhi. Mungkin benar Jie pernah hilang ingatan dan membuat sesuatu sehingga dimusuhi? Atau ada kesilapan masa silam yang dilakukan tanpa sedar? Otak Jie tepu. Tiada jawapan tercerna.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 07:42 PM | Show all posts
elia201 replied at 29-1-2015 11:12 AM
Gadis yang menyamar sebagai jururawat tersenyum sinis ketika bertembung dengan Jie dan Viana. Tangan ...

lagi tiga scene.yeah yeah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sebenarnya yg terjadi? Kusut kepala den memikiorkannya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 08:51 AM | Show all posts
update pls...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.227842 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list