|
Reply #558 ecam's post
Thanks ecam for uploading the photos. Good job. Nanti boleh la upload bebrapa lagi gambo fielding and gambar catches win matches dalam sawah. Bro Khirul the spinner pun rasanya nak tengok gambo dia beraksi. Semalam abang dah contact geng Soba (old boys SMAP Labu) , tengah plan game la hujung bulan ni maybe kat Selangor Turf club. Diaorang kata player kita si Khirul tu digeruni kat Nogori dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
labu?
ini suda menarik!! dengar2 team derang amat power |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #562 offcutter's post
Rasanya team tu memang power sebab performance dalam Nava shield pun mantap, maybe 3 kali menang. Lagipun diaorang semua muda-muda in their late 20s and paling tua pun 32. Masa abang borak dengan si Kamil (maybe captain) tu, ceritanya pernah lawan team UIA yg guna 100% student Sub- Continent tapi, diaorang kalah sikit je. Terer la tu. Team abang ni players in the 40s pun ada, kita main for health and fun sambil guiding our students in developing their character.
[ Last edited by airymad at 12-5-2008 09:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #562 offcutter's post
kalu saudara offcutter ni minat join la team kita orang, still looking for regular players around this bangi,kajang, dengkil,nilai,area. kita main 1-2 x on weekdays 6.00-700pm and every sunday morning at UKM net, (tumpang pakai net as alumni and ukm post grad students). Saje kempiskan perut dan bakar lemak. Bole saudara ajar kita orang bowl offcutter. Setakat ni kami pakcik-pakcik ni baru je nak master swing bowling. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh seronok baca update korang kat sini. come on, come on, banyakkan gambar dan news lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #565 Gemukkkkkkk\ catat
Ha!! hang dok tunggu apa lagi? Kalu dah syok tu, bila lagi nak join kita orang? Turun je kat bangi ni ataupun hang plan kita orang pegi Ipoh. Ecam tu pun baru je rasmi bat Gray Nichol baru & 1 set equipment baru. Tengah semangat gila tu!
By the way, all of you are invited to visit the cricket booth at Showroom 2, UNIKL MFI in conjunction with the UNIKL Malaysia France Institute Bangi Open Day , today 13th May 2008.
[ Last edited by airymad at 14-5-2008 08:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehehe ada peluang, saya cuba la hadirkan diri. bagi sokongan moral je le. |
|
|
|
|
|
|
|
oooii, bestlah gambo2 tu.
OK ke pakai kasut getah je? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #568 hamizao's post
Ok la, no problem, kita orangs semua pakai sneakers ataupun kasut ala futsal je. Team abang tu ada yang pakai seluar cotton/khakis, etc. Ada sorang tu turun pakai slack hitam sebab lepas batting dia kena pegi masjid Putrajaya sebab jadi AJK Mauilidur rasul.
Songkok letak tepi kejap , ganti dengan cap. Lepas batting pakai balik songkok pegi masjid. Semangat kriket sejati. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #569 airymad's post
Oooh! Padanlah kat AJK ada perfume semacam je! Ya, semangat tu susah nak cari punye......
BTW masih adakah kedai2 yang menjual accessories/kelengkpan untuk bermain kriket ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #570 hamizao\ catat
Kalu kriket equipment tu ada 3-4 kedai yang jual, di Komplek pkns shah alam ada satu , kedai GS Gill di jalan TAR, Kedai Kasel yg takde signboard di Taman Tun Dr Ismail, kedai Latip dan Mr Harcharan (Umpire) kat shoplots di Sri Hartamas. Dulu di Klang pun ada, tapi tak sure sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #570 hamizao\ catat
Dulu abang ada study kat Pusat Pendidikan persediaan PPP/ITM, tahun 91-93 , duduk kat hostel seksyen 18 , study kat seksyen 17, masa tu kita main/lawan kriket kat padang bola je, pasang mat.Sekarang ni tempat tu rasanya dipanggil INTEC. Tak tahu sekarang ni ada lagi tak orang main kriket kat situ. Tapi budak UITM shah alam memang ada team , abang tengok dia orang lawan untuk MASUM on Tuesday .Dia orang semua players local students kalah sikit je dgn USM yg guna 100% subcontinent students termasuk coach. team Uiitm ni lepas tu second game, petang, beat UKM 70 runs lebih.So kalu cik Hamizoa teringin nak try kriket kat shah alam tu boleh la check out dgn diaorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #572 airymad's post
Oh, bebudak UiTM ada team. Nanti Hami check dgn member Cari di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Congratulations to UITM and UTM for making it to the final of the MASUM inter varsity cricket competition at kelab Aman .In the semis both teams managed to beat IIUM and USM. Both IIUM and UTM teams are made up of sub continent international students. Latest update in the closely contested final, UTM 114 runs -all out. UITM a well balanced team should be able to chase.
[ Last edited by airymad at 16-5-2008 04:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #574 ecam's post
O-oh! Bolatu jatuh di batas kangkong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa la dedulu takde MASUM tournament untuk kriket. kalau tak, boleh merasa main wakil UM sekali dengan suresh, syed rohan, shan, williams, etc... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuanku Ja'afar mahu kementerian tumpu pembangunan kriket
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia (Kriket Melayu), Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman meminta Kementerian Belia dan Sukan memberi penumpuan lebih kepada pembangunan sukan kriket di negara ini.
Tuanku Ja'afar bertitah, kementerian berkenaan seharusnya terbabit sama secara serius dalam mengembangkan sukan itu berdasarkan perkembangan yang dicapai oleh pasukan kriket negara di peringkat antarabangsa.
"Skuad kriket negara di pelbagai peringkat usia sudah mula mencapai kehebatan di peringkat antarabangsa dan sudah tiba masanya menteri sama-sama berganding bahu untuk meningkatkan lagi sukan ini yang masih jauh ketinggalan," titahnya selepas mempengerusikan Persidangan Agung Tahunan Kriket Melayu 2008, di sini semalam.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden Kriket Melayu, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan itu amat berpuas hati dengan pencapaian skuad bawah 15 tahun negara apabila memperoleh tempat keempat Kejohanan Bawah 15 CLICO Antarabangsa di Hindia Barat yang berakhir 4 Mei lalu.
Pada kejohanan itu, Malaysia tumpas kepada Hindia Barat di pusingan separuh akhir.
Sebanyak 10 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dan sebahagian besarnya adalah daripada negara elit dunia.
Tuanku Ja'afar juga berpuas hati dengan prestasi skuad kriket bawah 19 Malaysia yang menduduki tangga ke-15 terbaik dunia, selepas bersaing di Piala Dunia Bawah 19 tahun, Mac lalu.
Justeru itu, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) diminta untuk sama-sama mencari formula positif khusus dalam sains sukan untuk sukan kriket, terutamanya dalam mengawal ketahanan mental.
Sementara itu, pengurus pasukan kriket bawah 17 tahun negara, Sham Jalil berkata, prestasi yang dicapai oleh pasukan bawah 15 tahun negara itu adalah yang terbaik dan ia sesuatu yang mengagumkan.
Beliau yang juga timbalan setiausaha kewangan Kriket Melayu berkata, walaupun Malaysia hanya sebuah pasukan jemputan bagi menggantikan Zimbabwe yang tidak dapat hadir pada kejohanan tersebut kerana masalah visa, pasukan negara telah mempamerkan aksi terbaik.
" Pasukan lain tidak menyangka Malaysia mempunyai skuad kriket yang baik dan mampu memberi persaingan hebat di kejohanan bertaraf dunia," katanya.
Jelasnya, pencapaian baik itu diperoleh berdasarkan perlawanan persahabatan yang banyak dilakukan di luar negara, sekali gus banyak membantu pasukan negara memperoleh pengalaman berharga.
Sehubungan itu, katanya, dia turut memohon kerajaan untuk memberi tumpuan lebih kepada sukan kriket di peringkat akar umbi, terutamanya di sekolah-sekolah bagi melahirkan skuad pelapis yang berjaya.
---
bola macam dah hancus, hoki pun hancus, takraw lagi hancus, badminton macam malap dah..
maybe its time utk tumpukan pada kriket lak? hope kerajaan/kementerian pandang berat pandangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #577 Gemukkkkkkk\ catat
Camne? UM and UPM tak hantor team pun untuk MASUM cricket hari tu?
Cricket dah berkubur ke kat UM? Tak kan tak cukup player? Saya rasa budak ex- SBP dan premier schools ramai study kat UM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|