CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Marja (berry) - Pelbagai

[Copy link]
Post time 29-8-2009 10:04 AM | Show all posts
ya allah syd....................
kalo benda tu senang dpt..........
campaklah cutting kat cni ya................

ngko kalo menempek lomah iman den..............
mintak banyak2 cuttingnya ya............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 10:24 PM | Show all posts
558# Syd

Berries purple and green ni adik u tanam ke tumbuh meliar syd?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 10:55 AM | Show all posts
yang tuh tumbur meliar...
kat kaw kampung tuhh
kat umah pak mentua dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 03:41 PM | Show all posts
bolehlah suruh dia poskan cutting ya...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 04:33 PM | Show all posts
sejak tahun lepas dia bertangguh2 nak balik
bayangkan berapa beg cutting dia nak kena bawak
sbb dah tertangguh 2 tahun gitu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 04:36 PM | Show all posts
Buah herba
Oleh Rohaniza Idris
[email protected]


Sweet berry sesuai ditanam di laman kediaman.

Rasa manis buah ajaib melekat pada lidah untuk tempoh sehingga tiga jam

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang beralih mengambil makanan tambahan daripada herba kerana dijamin selamat dan tidak memberikan kesan sampingan. Pelbagai herba baru muncul di pasaran walaupun tumbuhan berkenaan sebenarnya sudah lama wujud dan dijadikan ramuan sebagai makanan kesihatan.

Sweet berry yang digelar buah ajaib atau "miracles berry" yang berasal dari Afrika Selatan adalah antara herba yang semakin mendapat tempat.

Mendapat nama daripada keunikan rasa buahnya yang manis serta bertahan selama dua hingga tiga jam selepas memakannya. Sebarang makanan atau minuman yang masam, jika dimakan dalam tempoh dua hingga tiga jam akan berasa manis kerana rasa manis "sweet berry" ini melekat pada lidah.

Pokok yang dikategorikan sebagai tumbuhan liar ini mempunyai daun yang lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya bersaiz kecil seperti biji kopi, namun sedikit lonjong, dan biasanya bertukar warna merah apabila matang.

Tinggi pokok boleh mencecah sehingga 6.1 meter dan ia ditemui hidup meliar di kawasan hutan di benua Afrika iaitu di Ghana dan Nigeria.


Buah Sweet berry kecil seperti biji kopi.

Pokok ini mula didokumenkan pengkaji Chevalier des Marchais yang melakukan kajian mengenai tumbuhan di barat benua Afrika. Dalam kajiannya itu, Marchais mendapati masyarakat setempat selalu mengunyah buah ajaib sebelum makan hidangan mereka.

Selepas diselidiki, beliau mendapati buah berkenaan meninggalkan rasa manis dan ia kekal sehingga tiga empat jam walaupun selepas memakan makanan masam.

Buah ajaib mempunyai rasa yang manis namun kandungan gulanya tidak memudaratkan kesihatan. Gulanya mengandungi protein miraculin yang merangsang deria rasa manis pada lidah, ia dapat mengubah rasa masam walaupun rasa cuka sekalipun.

Pokok ini mudah untuk ditanam dan sesuai dengan cuaca di negara ini. Buah ajaib memerlukan air dan matahari yang banyak sepanjang tahun.

Kadar pH tanah yang sesuai bagi penanaman pokok ini ialah 4.5 hingga 5.8, dan pokok sukakan tanah yang sedikit lembap dan biasanya akan berbuah selepas setahun ditanam.

Pokok ‘sweet berry’ mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Contohnya daunnya digunakan untuk mengubati sakit gigi, manakala untuk penghidap kencing manis, mereka perlu memakan tiga helai daunnya setiap hari dan dipercayai boleh mengurangkan kadar gula yang tinggi dalam darah.

Selain itu, dikatakan daun buah ajaib sesuai dimakan apabila tidak sedap badan seperti hendak demam. Rasa daunnya agak pahit dan sedikit pedas.

Selain mujarab dan mempunyai banyak khasiat, pokok ini sesuai dijadikan bonsai dan pokok pagaran bagi menghias kediaman.

Oleh kerana ia mempunyai khasiat yang banyak, harga pokok sweet berry yang sedang berbuah lebat mencecah RM500, manakala anak pokok biasanya dijual pada harga RM20 hingga RM80 bergantung kepada saiz.

Fakta:

# Nama: Miracle Berry, Miracle Fruit, Sweet Berry

# Nama Saintifik: Synsepalum dulcificum

# Buah ini menjadi isu hangat dalam industri makanan di Amerika Syarikat pada 1970 apabila ada usaha mahu menjadikannya bahan gula gantian, malah sehingga kini Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat hanya melabelkan sweet berry sebagai makanan tambahan bukannya gula.

# Di Jepun buah ini popular di kalangan pesakit diabetis dan mereka yang mengikut program penurunan berat badan.

# Selain dimakan, buah ini boleh didapati dalam bentuk yang dikeringkan dan diproses menjadi pil yang lebih mudah disimpan. Buah ajaib kering sangat popular untuk jualan melalui internet.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2009 05:39 PM | Show all posts
566# Syd evy teringat pada pakcik evy yg berkerja sebagai pegawai pertanian kat Lagud Sebrang Tenom Sabah..masa kami sekeluarga pulang berkumpul  sempena family day,pakcik evy pernah bagi kami semua makan sweet berry ni,pastu kami gigit sebiji cili padi/makan belimbing buluh..langsung tak rasa pedas/masam...pakcik evy pun ada ckp nama berry tu miracle berry...lagi baik evy minta cutting dari pakcik evy kalu berry ni bnyk gunanya...ehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 08:50 PM | Show all posts
565# Syd

Nak balik terus ke...nak balik bercuti?...hehehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2009 08:53 PM | Show all posts
567# evy8

Kalau begitu ceritanya...alang2 evy minta cutting pokok berry tu dari pakcik...i nak tumpang minta sedekah cutting tu jugak...boleh tak?...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 10:30 PM | Show all posts
569# shiina boleh shiina..nanti evy cuba calling2 pakcik evy ya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:40 AM | Show all posts
566# Syd

smlm dah rasa buah nie kat umah kak sofie. main petik then masuk mulot jek   tapi takde plak mkn benda2 lain so rasa biasa jek. pokok umah kak sofie dah besar n byk buah.

kak nanti belikan miss pokok nie bleh tak
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:44 AM | Show all posts
kalu btg pokok mulberry tu ada benda2 putih tu (bena ker) nak buat camner ek. spray neem oil bleh tak

dah merasa buah yg dah itam masa kat umah kak sofie... manis tol. kak sofie ada kasi pokok yg dia dah siap semai n ada putik buah cuma ada bena skit.

cutting mas kasik 2 dah arwah. 2 lagik elok jek. yg kak shiina kasi belum nampak tanda2 idup
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:12 AM | Show all posts
wahh... mmiss da merasa  ye mkn buah ajaib tu? awat tak try mkn bawang pastu? sure manis je... minum air masak pun manisss je..

abah kita citer ada satu lagi buah yg effect dia serupa cam buah ajaib ni.. nama dia lengat? lengit? alamak.. kita lupa lak..

rupa pokoknya macam orkid hutan, bahagian yang dimakan ialah rizom/ bebawangnya..  dia kata ni pokok hutan, sekarang dah payah nak jumpa.. zaman dia kecik2 dulu kalau nak makan buah jambu kelat / pelam masam depa carik la lengat ni dulu, pastu baru makan buah.. sure manis.. teguk air hujan pun manis dia kata...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:13 AM | Show all posts
cutting mulberi ku makin sihat nampaknya.. dah nampak ada keluar bulu2 putik buah tu.. semua cutting ada kuar putik buah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:24 AM | Show all posts
573# cikwawi

wawi aku br teringat ada minum air ribena tuan umah ku rasa manis sgt sampai mintak tambah air putih. agaknya effect mkn buat tu kot . mesti beli pokok ajaib neh

org dulu2 macam2 dorang tau kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:28 AM | Show all posts
jelesnya bila baca cerita kawan2 ttg berry masing2...bila la evy dapat tanam pokok mulberry ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 10:33 AM | Show all posts
evy, time kita takde cutting dulu pon asek jeles manjang je dengar citer org.. hehhehehe.. skrg da tak jeles da... dah happy da..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:49 AM | Show all posts
571# MMISS

Insa allah akak belikan...mmg buah dier manis....tapi kena tunggu raya yer...hehehe

Nie gambo lama pokok ajaib nya....sekarang terlampau banyak...sampai tak sempat kutip hasil nya...nak kena tukar pasu sbb akar dah terjojol kuar dari tanah..

?t=1251773184

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:49 AM | Show all posts
577# cikwawi ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 11:09 AM | Show all posts
578# sofiera

thanks kak.. rasanya smlm minum air ribena tu rasa manis disebabkan sblm tu miss mkn buah nie kot . ribena bukannya manis sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.403691 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list