CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

Konsert SATU @ IB : [Kongsi Pengalaman,Review,Gambar & Komen]

[Copy link]
Post time 1-7-2009 12:16 PM | Show all posts
557# khyree
penulis tu tgk hari jumaat.
hari jumaat mmg boring sikit.
tambah2 ada segmen penaja.
sultanmuzaffar Post at 1-7-2009 12:10 PM



yerr  maybe lah  ..... tapi apa leh buatkan.. datok dah buat terbaik.....

pada aku set tak payah nak gah sangat.... cam gtuh dah memadai... dapat gak rasa impak diaa... huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 12:19 PM | Show all posts
Sementara itu, Siti juga menjelaskan bahawa pihaknya masih lagi berbincang sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan konsert tersebut dalam bentuk CD, VCD dan DVD.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:25 PM | Show all posts
xde sape2 ke nak tepek the sun [of a bitch] tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:31 PM | Show all posts
"Siti bukan sahaja legenda, tetapi dia merupakan sejarah paling hebat dalam industri muzik Malayisa. Anda harus bangga memilikinya.
"Saya sangat bangga dengan pencapaian Siti. Bahkan, saya fikir semua orang di Malaysia juga harus berbangga dengan apa yang dilakukannya buat negara"- Kris Dayanti

"Spektakular! Hebat sekali Siti Nurhaliza. Vokalnya hebat, tariannya sungguh menarik perhatian saya. Pakaiannya juga aduh sungguh cantik sekali. Bertuah Siti mendapat peluang yang baik seperti ini. Anda di Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai seorang bintang sebaik dia - Rossa

"Tabik buat Siti. Saya benar-benar terhibur dengan persembahannya. Konsert ini berjaya dalam segenap aspek,"  NIng Baizura

- komen artis2 yg menonton persembahan SATU Siti Nurhaliza dipetik dari Utusan Malaysia today!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:38 PM | Show all posts
sayang ct...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:55 PM | Show all posts
Dengarnya...: Kris, Rossa puji konsert Siti


SITI NURHALIZA bersama Rossa (kiri) dan Krisdayanti.

PADAmalam konsert terakhir Satu Datuk Siti Nurhaliza, Cik Normah dan suamisempat jugalah meluangkan masa untuk menontonnya. Walaupun Cik Normahsibuk, namun demi Siti, Cik Normah memang takkan lepaskan peluang.Maklumlah penyanyi nombor satu negara. Bukan saja vokalnya yang menarikperhatian Cik Normah, malah wajahnya yang cantik itu juga membuatkanCik Normah jadi minat gila padanya.

Memang ramai sungguh yangdatang malam itu. Kebanyakannya wajah yang memang Cik Normah kenalsangat. Ada Gayah Gebu, ada Papa Gosip, CAK, Marilyn Cantik dan Diva LaVida pun ada. Seronok kerana sesekali dapat berkumpul sambilbertukar-tukar cerita sensasi. Tapi bukanlah cerita itu yang Cik Normahnak panjangkan di sini.

Cik Normah cuma nak tumpang banggakerana selain tetamu kehormat, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri yangturut serta menyaksikan konsert itu, ada juga artis tanah air dan dariluar negara. Ha! Yang artis luar negara itu pastinya dua diva terkenalyang juga kawan karib Siti iaitu penyanyi Rossa dan Krisdayanti.

Sebaiksaja selesai konsert, Cik Normah sempat jugalah menyelit di sebelahkedua-dua penyanyi itu yang kelihatan khusyuk bersembang dengan wakilmedia Malaysia. Dapat jugalah Cik Normah menangkap biji butir perbualanmereka. Rupa-rupanya si wartawan tadi bertanyakan pendapat merekamengenai konsert yang baru saja mereka saksikan tadi.

Denganwajah yang penuh teruja, Kris berkata, dia cukup kagum denganpersembahan Siti dan menyifatkan penyanyi itu sebagai legenda dansejarah yang dicipta negara dek bakat luar biasa yang dimilikinya itu.Bangga sungguh Cik Normah dengan kenyataan Mbak Yanti itu. Begitu jugadengan kenyataan yang dikeluarkan Rossa yang kebetulan hadir keMalaysia untuk mengadakan mini showcase di Life Center malam Sabtulalu.

Rossa nampaknya begitu cemburu dengan Siti keranaberpeluang membuat konsert yang cukup canggih dan berprestij seperti diIstana Budaya. Malah penyanyi sensasi ini juga menaruh harapan untukmengadakan persembahan di pentas itu.

Apa yang pasti,persembahan Siti memang memukau ramai penonton. Vokal ialah senjatautama Siti di samping pesona dan aura yang dimilikinya kala beraksi.Tak rugi Cik Normah beli tiket beratus ringgit malam itu kerana hasilyang Cik Normah dapat memang berbaloi. Sehingga sekarang masihterbayang-bayang di depan mata akan kehebatan konsert itu.

- BHarian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2009 12:57 PM | Show all posts
over sgt cik normah nih punye stetmen
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 01:03 PM | Show all posts
haha...  tahu tak perrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 01:29 PM | Show all posts
SATU falls short
Datuk Siti Nurhaliza mesmerises with her powerful voice but is let down by entertainment skill
Bissme S.

       
DATUK Siti Nurhaliza proved one thing at her Konsert Ekslusif SATU at Istana Budaya last Friday night – this songbird can sing.

In my opinion, Siti has without doubt the best voice in the country and no other singer can hold a candle to her. In fact, she can even give Celine Dion and Mariah Carey a run for their money.

But what Siti fails to realise is that a powerful voice does not a good concert make. She needs to have showmanship and well- choreographed dances and good sets to turn a concert into a showpiece.

Backed by about 25 dancers and 20 musicians, she performed a three-hour show that showcased much of her hits, both past and present.

However, her back-up dancers were a disappointment. If anything, the dances were clichéd and out-dated. The only exciting bit happened near the end when they and Siti performed a stomping march to the tune of Destinasi Cinta.

Another dance worth mentioning was when she performed the number Siti Situ Sana Sini with her -dancers in the background dressed like construction workers.

It did not help that the sets also lacked creativity. Using a broken photo frame and flashing stills of beautiful images on a backdrop somehow did not convey the feeling of a concert.

When it comes to Siti, so much more is expected of her. After all, she is the country’s No.1 singer and has won over 200 awards.

Perhaps, Siti should not have started her concert with ballads like Hati, Seindah Biasa and Sutramaya. It gave the impression that it was going to be a slow affair.

Things only took off when she sang a medley of her Malay traditional hits – Cindai, Balqis and Nirmala. These more upbeat songs would have made a better start.

Despite all these, the singer still managed to bring the crowd to their feet. She wrapped up the concert with Destinasi Cinta, Di Taman Teman and Cahaya Cinta.

Meanwhile, main sponsor of the concert, Maxis Communications Bhd, has donated RM120,000 from the proceeds of the Maxis Gala Night last Friday to Yayasan Nurjiwa.

The charitable organisation is founded by singer Datuk Siti Nurhaliza and her husband, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 01:30 PM | Show all posts
-the sun article-
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 01:57 PM | Show all posts
569# sydney81

agak sakit hati baca article The Sun tu... :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:21 PM | Show all posts
kalau benda betul, terima ngan positif

kalau vokal perfect semua, tarian ada mcm tak kena

musti la orang kata


/- 'kawan baik' ct dulu pun, pantang orang komen pasal persembahan dia yang ala-ala tu..terus je nak saman. harap ct dan peminat dia waras laa bila orang komen positif
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:35 PM | Show all posts
sapa kwn baik tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by eddysheddy at 1-7-2009 14:40
SATU falls short
Datuk Siti Nurhaliza mesmerises with her powerful voice but is let down by entertainment skill
Bissme S.

         
DATUK Siti Nurhaliza proved one thing at her Konsert Ekslusif SATU at ...
sydney81 Post at 1-7-2009 13:29

takdelah teruk sgt komen dia ni.. vokal diakui hebat.. siap cakap celine ngan mariah pun mcm boleh terjejas..hehe
dia ni maybe bukan melayu so dia mungkin tak berapa gemar sgt show ada lagu2 tradisional bagai..

btw rasanya dia antara penonton yg kurang paham mesej konsert ni..
ini terbukti bila dia kata ct tak patut nyanyi lagu hati, seindah biasa dan sutramaya..

mungkin dai terlupa yg konsert ini turut diinspirasikan satu Malaysia, so ia turut menyanyikan lagu2 bertemakan patriotik, bersatu padu, kekitaan, kecintaan, kebersamaan.. lagu2 ni mmg sesuai diletakkan dipermulaan sebab lepas tu CT nak tonjolkan lagu2 yg menyentuh ttg SATU dari sudut perjalanan hidup dia pulak.. bayangkan kalau lagu2 tu diletakkan di hujung.. sangat antiklimaks konsert nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:42 PM | Show all posts

Hi!!

artcile kat d-SUN tu, bak kata Sultan Muzaffar, penulis mungkin tgk hari Jumaat, n it's a bit boring, I dunno, so they say.

dan aku rasa, mungkin dia tak mendalami apa MESEJ TERSIRAT yg cuba disampaikan CT. Aku rasa msg nya tak lah tersirat sgt n tak sukar difahami. Apakata penulis article tu baca komen dlm blog SULTAN MUZAFFAR tentang MESEJ2X dlm setiap segmen yg dipersembahkan. Bagi aku ada sequence utk setiap segmen.


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:42 PM | Show all posts
heheh.. apa apa pun ct dah buat terbaik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 02:44 PM | Show all posts
ala..kalau nak dibandingkan 1 komen negatif,10 komen positi,mestilah org fokus yg 10 kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:46 PM | Show all posts
x ada yg tepek yg ni ke?
komen yg sgt memberangsangkan

Larut dalam emosi Siti

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA & SHAZRYN MOHD. FAIZAL



KONSERT Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza merupakan rakaman perjalanan kisah hidup dan kerjaya Siti selama 14 tahun bergelar anak seni.

--------------------------------------------------------------------------------



SELAMA tiga malam berturut-turut bermula 26 Jun lalu, Panggung Sari di Istana Budaya (IB) bergema dengan alunan indah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.Di pentas itu, Siti memecah tradisi konsep persembahannya selama ini.

Banyak keindahan yang dirakamkan dalam persembahan berskala eksklusif seiring dengan nama konsertnya, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza.Vokalnya tidak wajar dipertikai. Kesemua 32 buah lagu popularnya yang disampaikan selama lebih dua jam mengagumkan ramai termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang hadir memberikan sokongan buatnya pada malam terakhir persembahan.Barangkali juga tidak salah untuk menyatakan Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza boleh dijadikan kayu ukur tertinggi dalam profil seninya.Masakan tidak, persembahan itu menghampiri apa yang diidamkan oleh Siti iaitu membawakan konsep persembahan penghibur pujaannya, Celine Dion di Caesar's Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat. Adunan paling melonjakkan momentum persembahan Siti selama tiga malam di IB juga ialah pelbagai emosi yang tercetus kala penyanyi bersuara emas ini melantunkan vokal lunaknya dalam pelbagai genre lagu yang disampaikan.Lebih indah lagi, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza turut menggabungkan segala episod kehidupan Siti yang dirangkumkan penceritaannya menerusi lagu dan visual dalam persembahan berkonsepkan teatrikal.Pendek kata apa yang mampu dirumuskan dalam artikel ini ialah audiens benar-benar larut bersama emosi yang merangkumi segenap aspek personaliti biduanita muda negara ini. Maka benarlah kata banyak pihak, Siti masih berada di liganya yang tersendiri. Kenyataan yang wajar dipersetujui juga ialah persembahannya tempoh hari sudah tentu membuatkan ramai penghibur terbilang yang lain gentar untuk mengadakan persembahan di pentas yang sama.Barangkali juga kenyataan ini adalag hakikat yang pahit untuk diterima teman seangkatan lain. Tetapi itulah cabaran buat mereka.Tinggalkan hal itu kerana artikel ini mahu membawa anda yang tidak berkesempatan menonton konsert itu tempoh hari untuk sama-sama merasakan bagaimana larutnya kami dalam emosi Siti tempoh hari.Inspirasi 1Malaysia

Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza diterbitkan seiring dengan inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia juga merupakan rakaman penceritaan perjalanan seni Siti yang berusia 14 tahun.Selama tempoh itu, Siti berkelana mencari peluang memahat nama sehingga ke kedudukan hari ini. Kita semua sedia maklum, Siti mencetuskan fenomena yang bukan kecil. Hakikatnya, berulang kali disebut Siti pada malam itu dia dilahirkan untuk menghiburkan masyarakat dengan anugerah yang ada padanya.Justeru, segala kesukaran dan kesenangan selama menjadi artis dicerita dan dipersembahkan menerusi nyanyiannya menerusi konsert yang dijayakannya sepanjang tiga malam tanpa cela itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:49 PM | Show all posts
32 lagu selama 2 jam?
fuh!hebatnya stamina dia
aku nak nyanyi satu lagu pun mengah dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.081191 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list