|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'
[Copy link]
|
|
ok
kalau dah 600k matt akan tag Nov kat DW
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nov dah tahu mahal kedai tu
nov jangan lah lagi pergi makan kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo resto hameediyah yg terkenal tu kee?
yang permaisuri agung suka makan kat situ
ari tu pun matt ada terbaca kat paper yg ada pelanggan komplen pasal harga makanan yang mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau punch kat cashier tu memang harga dah fixed
memang mahal lah resto tu
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh lah nov berehat kat rumah sambil2 buat keje rumah juga
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa matt pun ingat skit2 saje
cuma sekarang ni nov masih lagi memakai celak mata
betul ke nov dah tua?
mana adaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo nay yg jenis tersipu sipu malu ?
nak tapi malu ya
hehee
kalau nov jenis santai tu ok lah
tak kisah orang nak cakap apa pun kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
memang nov tak mentioned rege
tapi matt dah tahu, matt ada baca yg tng ada keluarkan kad itu
memang kad tu cantik
dah RM1 yg nov beli kad tu didermakan kepada yg memerlukan
matt lupa kepada siapa mereka dermakan
matt baru try sekali guna kad tu
memang senang kalau nak top up tak payah cari kiosk atau stesyen minyak
nov dah guna kad tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah keselamatan kesihatan giat diteruskan di lapangan terbang - MAHB
Januari 8, 2023 @ 5:17pm
AddThis Sharing Buttons
Share to WhatsApp
Share to FacebookShare to TwitterShare to LinkedInShare to More
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/SEMPADAN_NEGARA_1673169423.jpg)
(Gambar hiasan) Balai Ketibaan di KLIA - FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA: Langkah keselamatan kesihatan di lapangan terbang sudah dilaksanakan sejak pandemik COVID-19 bermula, dan akan diteruskan dengan lebih giat terutama berikutan peningkatan ketara pergerakan trafik antarabangsa pada 2022, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Dalam satu kenyataan, hari ini, MAHB memaklumkan bahawa kumpulan itu merekodkan kira-kira 143,000 pergerakan pesawat antarabangsa bagi operasinya di Malaysia, tahun lalu.
Katanya, sebahagian besar atau kira-kira 111,000 daripada pergerakan berkenaan adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Melalui kelonggaran sekatan perjalanan terkini oleh Kerajaan China, kumpulan (MAHB) menjangka jumlah pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang kami akan mencatat lebih banyak peningkatan pada 2023.
"Terdapat penerbangan masuk dan keluar ke China yang beroperasi di KLIA sejak 2022, dan kekerapannya telah meningkat beransur-ansur pada suku terakhir tahun itu," katanya.
MAHB berkata, KLIA dijangka menerima 11 penerbangan dari China, hari ini, dengan sembilan daripadanya di terminal utama KLIA dan dua lagi di klia2.
Katanya, lapangan terbang itu bakal menerima purata sebanyak 10 penerbangan harian pada minggu akan datang.
Menurut MAHB, kumpulan itu akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan serta agensi lain berkaitan bagi memastikan keselamatan kesihatan semua penumpang di rangkaian lapangan terbangnya adalah terpelihara.
Berikutan perkembangan positif berkenaan, kumpulan itu telah meningkatkan persediaan untuk menyambut ketibaan lebih ramai penumpang, terutama dari segi kemudahan dan penambahbaikan perkhidmatan.
Ini termasuk menyediakan sebanyak 16 bas ulang-alik yang beroperasi 24 jam setiap hari bagi memastikan pergerakan penumpang antara bangunan satelit dengan bangunan terminal utama berjalan lancar, sebagai alternatif kepada perkhidmatan Aerotrain.
Selain itu, turut disediakan meja bantuan dikendalikan kakitangan yang boleh berbahasa Mandarin di kedua-dua terminal di KLIA. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... di-lapangan-terbang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hiharap tiada kes covid yang tinggi selepas ini |
|
|
|
|
|
|
|
semoga rakyat malaysia diberi kesihatan yang baik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mattzzx at 9-1-2023 05:29 PM
'Pelajar terpaksa guna data internet sendiri di universiti'
Oleh Adibah Hani Hasnan - Januari 8, 2023 @ 3:39pm
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/handphone27_1673163545.jpg)
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kemudahan capaian internet dan Wi-Fi yang lemah di kolej kediaman pelajar Universiti Malaya (UM), turut berlaku di beberapa universiti awam lain di seluruh negara hingga menyukarkan pelajar ketika sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Keadaan itu menyebabkan pelajar terpaksa menggunakan data internet sendiri untuk kegunaan sesi PdP hingga membebankan mereka.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak, Sazman Iskandar Abdullah, 23, berkata kemudahan Wi-Fi di sekitar fakulti dan kolej kediamannya sukar diakses, malah data internet sendiri juga agak lemah jika mereka mahu menggunakannya untuk urusan PdP.
"Masalah ini sudah lama berlaku dan tiada tindakan dilakukan pihak atasan untuk menaik taraf kualiti rangkaian Wi-Fi di sini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, pelajar jurusan Sains Akuakultur di Universiti Putra Malaysia (UPM), Izzah 'Atirah Mohd Hir Tarmidi berkata, akses capaian internet kurang memuaskan ketika di kolej kediaman pelajar.
"Di UPM, ketika berada di kolej kediaman, capaian internet atau WiFi memang agak perlahan, tetapi pelajar tidak menghadapi masalah di setiap bilik kuliah kerana talian sangat memuaskan dan tiada gangguan untuk kegunaan sesi PdP," katanya yang juga wakil Majlis Perwakilan Kolej di UPM.
Selain itu, pelajar jurusan Komputer Sains (Sains Data) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Batrisyia Issyam, 23, pula berkata, pelajar di universiti itu mudah mendapat akses rangkaian Wi-Fi di fakulti dan di perpustakaan kerana tahap kualiti internet yang semakin baik selepas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menerima aduan pelajar.
"Walaupun capaian internet dan Wi-Fi di fakulti serta di perpustakaan sangat memuaskan untuk kegunaan PdP, namun masih ada masalah akses internet di kolej kediaman pelajar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ndiri-di-universiti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian kepada pelajar yg tiada kemampuan |
|
|
|
|
|
|
|
Capaian Internet lemah di IPT, menteri minta laporan
Oleh Suraya Ali - Januari 8, 2023 @ 3:30pm
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/internet_1673163902.jpg)
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menyediakan laporan lengkap berkaitan isu capaian lemah internet di kampus universiti tempatan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata laporan itu diperlukan sebagai asas beliau memahami isu berkenaan yang didakwa dihadapi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Beliau berkata demikian dalam ciapan Twitter bagi menjawab isu berkenaan hari ini.
Sementara itu, seorang pelajar Universiti Malaya (UM), Amir Sirajudin, berkata masalah gangguan capaian internet berlaku di kampus universiti itu sehingga mengganggu proses pembelajaran pelajar.
"Walaupun mungkin tidak dianggap kritikal oleh sesetengah pihak, gangguan seminggu sekali atau dua kali seminggu itu menjejaskan proses pembelajaran dan usaha kami menyiapkan tugasan kuliah," katanya ketika dihubungi.
Amir berkata, beliau dan pelajar lain di kampus meminta kerajaan memandang serius perkara ini dan menambahbaik kualiti capaian internet di kampus.
"Mungkin pihak kerajaan dan universiti boleh pertimbangkan untuk memperbanyakkan kawasan liputan wifi, ada kawasan di sini tidak ada wifi seperti beberapa kafe di fakulti," katanya.
Gangguan yang berlaku tidak kerap namun kesan daripadanya, pelajar terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk mendapatkan capaian Internet di tempat lain atau membayar untuk perkhidmatan tambahan.
"Saya juga ingin mencadangkan jika boleh diwujudkan pakej khas Internet untuk mahasiswa yang mungkin boleh mengurangkan masalah ini, namun perkhidmatan pakej tersebut hendaklah berkualiti dan mampu dimiliki oleh pelajar," katanya.
Sebelum ini, Eksekutif Umum Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) 2022, Muhammad Noraiman Zulkifli berkata kualiti rangkaian Wi-Fi di kolej kediaman di UM tidak memuaskan, tidak stabil dan kerap hilang.
"Ini sangat menyedihkan kerana walaupun negara bergerak ke gerbang rangkaian 5G, perkara asas seperti ini masih tidak selesai dan tiada perancangan drastik diambil oleh kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi menangani perkara ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... nteri-minta-laporan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menteri dah berbunyi
semoga tindakan segera di ambil |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/01FB1BBD-4C56-4345-BA6D-93655F1B74A4.jpeg)
Kos umrah naik mendadak ekoran kenaikan harga hotel di Mekah, Madinah -Matta
PETALING JAYA -Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) memaklumkan berlaku kenaikan mendadak harga bagi pakej umrah bagi jemaah yang ingin menunaikan ibadah itu ketika ini.
Ini kerana kata Naib Presiden Haji dan Umrah Matta, Mohd. Azri Abd Razak, perkara itu berlaku ekoran kenaikan mendadak kadar hotel di Mekah dan Madinah.
Jelas beliau, kenaikan itu berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di kedua-dua kota suci pada masa ini.
“Ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah dari seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih.
“Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Azri berkata, agensi pelancongan turut berdepan kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.
“Kenaikan harga mendadak oleh pihak hotel membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah.
“Dengan keadaan dan kecelaruan yang berlaku sekarang, pihak Matta meminta agar semua jemaah umrah untuk bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan yang berlaku di Madinah dan Mekah,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ekah-madinah-matta/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
diharap kos yang naik tidak membebankan jemaah |
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx replied at 8-1-2023 03:21 PM
betul tu nov
dududk kat uman pun terapi utk memanjakan diri secara percuma
kalau ke spa akan ke ...
Dulu2 klu g spa nov ambik cuti. Pegi hr kj so x kacau weekend |
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx replied at 8-1-2023 03:23 PM
mungkin ada kesilapan semasa mengemaskini stock card tu
atau terlupa nak tanda di stok card
tap ...
Brg yg silap tu org sblm nov msk kj yg handle. X tau la brg ape yg diorg anta g warehouse dulu tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|