|
SOALAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK
SILA JAWAB SEMUA SOALAN DAN MASA MENJAWAB ADALAH SEHINGGA 16 JULAI 2012( ISNIN ) JAM 11.00 PAGI.
1. APAKAH PERASAAN ANDA MENANTIKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA?
sangat gembira kerana masih ada umur utk bertemu dan beribadat pd bulan ramadhan al-mubarak ini. al-hamdulillah
2. BAGAIMANAKAH PERSIAPAN DIRI DAN KELUARGA DALAM MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN?
xdek pon buat persiapan. cuma beli extra sedikit makanan kering dan tin utk masa2 kecemasan.
3. PUKUL BERAPA PALING AWAL UNTUK BANGUN BERSAHUR DAN MENU BAGAIMANA ANDA SEKELUARGA BERSAHUR?
paling awal pun pukul 5pg. menu bergantung pada permintaan. setiap hari akan berubah, yg penting ada yg pedas2 sikit. baru ada selera nk bersahur.
4. PILIHAN MENU BERBUKA PUASA, MENU MASAKAN SENDIRI ATAU BAZAR RAMADHAN?
mestilah menu makanan seimbang yg menjadi pilihan. klo free masak sendiri lebay baik dr beli kt bazar ramadhan
5. BAZAR RAMADHAN YANG MENJADI PILIHAN DAN MAKANAN YANG WAJIB SETIAP HARI?
tiada bazar ramadhan yg jd pilihan. asalkan makanannya sedap saya ok jer. nasi adalah makanan wajib saya setiap hari
6. BERTARAWIKH DIMANA, MASJID ATAU SURAU?
mostly kt surau. sbb dekat ngan umah dan jemaahnya rata2 saya kenali dan mudah mesra
7. BAGAIMANAKAH CARA ANDA MEMUJUK ANAK KECIL UNTUK BELAJAR BERPUASA?
fahamkan kpd mereka apa itu puasa, kenapa perlu puasa dan kebaikan puasa.
8. PADA PENDAPAT ANDA WAJARKAH ANAK-ANAK DIBERI UPAH JIKA BERJAYA MELAKSANAKAN PUASA SEHARI PENUH?
x wajar sbb puasa itu adalah rukun islam yg ke-4. tekankan pd mereka upah hanya sekadar suka2 sahaja
9. SETUJU ATAU TIDAK KEHADIRAN RAMADHAN SEDIKIT SEBANYAK MENGUBAH SUASANA PERSEKITARAN , CONTOHNYA DI TEMPAT KERJA, KITA AKAN MERASA LEBIH TENANG BERBANDING BULAN BIASA?
bergantung pada situasi, jika kerja terlampau banyak, da xdek masa nk pk ttg tenang, yg difikir caner nk settle kerja tersebut dgn kadar segera.
10. BERAPA KALI ANDA PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERBUKA BERSAMA KELUARGA?
almost hari-hari saya akan berbuka dgn mereka. tiada istilah baper kali pulang ke kg utk berbuka bersama mereka.
* Markah bergantung pada cikgu yang bertugas* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK
SILA JAWAB SEMUA SOALAN DAN MASA MENJAWAB ADALAH SEHINGGA 16 JULAI 2012( ISNIN ) JAM 11.00 PAGI.
1. APAKAH PERASAAN ANDA MENANTIKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA?
sangat2 tak sabar rasanya...lgpun tahun ni situasi dah lain so mmg kena belajar biasakan diri.
2. BAGAIMANAKAH PERSIAPAN DIRI DAN KELUARGA DALAM MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN?
belum sempat lg nak shopping keperluan utk bulan puasa..harap2 dalam minggu ni dpt siapkan segala keperluan utk family.
3. PUKUL BERAPA PALING AWAL UNTUK BANGUN BERSAHUR DAN MENU BAGAIMANA ANDA SEKELUARGA BERSAHUR?
dulu paling awal pkl 3 pg sb masa tu tak tido pon lg..so terus jer sahur siap2..utk tahun ni insyaalllah bangun dlm pkl 4:30 pg..masak menu yg simple jer..mcm mi sup,bubur ayam..klu nasik hanya panaskan lauk baki berbuka dan goreng ikan pekasam/masin or rebus telur asin...
4. PILIHAN MENU BERBUKA PUASA, MENU MASAKAN SENDIRI ATAU BAZAR RAMADHAN?
dua2 kena ada ikut mood jugak..ada hari tu rasa malas sgt so g bazar beli jer..
tp nasik ttp kena masak gak...lauk plak akan masak 1,2 jenis..kuih muih lebih senang beli jer..
5. BAZAR RAMADHAN YANG MENJADI PILIHAN DAN MAKANAN YANG WAJIB SETIAP HARI?
dekat dengan kampung ni jer...mmg antara bazar teramai kt tempat ni...takde makanan yg wajib pon..beli apa2 jer yg tekak rasa tingin nak makan.
6. BERTARAWIKH DIMANA, MASJID ATAU SURAU?
masjid sbb sebelah umah jer...so utk tahun ni pon insyaallah kt tempat yg sama.
7. BAGAIMANAKAH CARA ANDA MEMUJUK ANAK KECIL UNTUK BELAJAR BERPUASA?
selalu bg kt anak2 buah upah duit raya dan belanja kt tempat peberet dia selepas raya nnt..biasanya mmg anak2 buah yg 2 org tu akan puasa penuh..dan tuntut adiah tu tiap kali raya.
8. PADA PENDAPAT ANDA WAJARKAH ANAK-ANAK DIBERI UPAH JIKA BERJAYA MELAKSANAKAN PUASA SEHARI PENUH?
wajar sangat..mmg dengan cara tu berkesan utk mendidik diorg berpuasa penuh.
9. SETUJU ATAU TIDAK KEHADIRAN RAMADHAN SEDIKIT SEBANYAK MENGUBAH SUASANA PERSEKITARAN , CONTOHNYA DI TEMPAT KERJA, KITA AKAN MERASA LEBIH TENANG BERBANDING BULAN BIASA?
setuju.tempat keje kebanyakkan mmg berbangsa melayu..yg bangsa lain setakat ni mmg sgt2 menghormati kitorg tiap kali bulan puasa..xde nak makan depan2 mcm selalu..
10. BERAPA KALI ANDA PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERBUKA BERSAMA KELUARGA?
sebab dah mmg duduk dengan family,so tiap2 hari la dpt berbuka puasa sama2..
* Markah bergantung pada cikgu yang bertugas* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK
SILA JAWAB SEMUA SOALAN DAN MASA MENJAWAB ADALAH SEHINGGA 16 JULAI 2012( ISNIN ) JAM 11.00 PAGI.
1. APAKAH PERASAAN ANDA MENANTIKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA?
sangat suka...dipanjangkan umur untuk sama2 mengerjakan ibadat ini
2. BAGAIMANAKAH PERSIAPAN DIRI DAN KELUARGA DALAM MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN?
tiada persiapan...cuma harap2 dapat cuti pada hari permulaan puasa
3. PUKUL BERAPA PALING AWAL UNTUK BANGUN BERSAHUR DAN MENU BAGAIMANA ANDA SEKELUARGA BERSAHUR?
pada pkl 4.30, utk masak nasi n lauk bersahur. Selalunya daging goreng bwg, telur masin dan serunding daging
4. PILIHAN MENU BERBUKA PUASA, MENU MASAKAN SENDIRI ATAU BAZAR RAMADHAN?
kalau air - mesti berbuka dgn teh o panas, dan lauk biasanya ikan bakar..sbb ayah suka ikan bakar. Masak sendiri
5. BAZAR RAMADHAN YANG MENJADI PILIHAN DAN MAKANAN YANG WAJIB SETIAP HARI?
Surie tak singgah dkt bazar ramadhan..sbb tak suker bersesak2 dgn org...kalau teringin nak makan makanan beli, akan singgah kedai seorang akak nie...tiap kali bulan puasa dia akan bukak gerai kat ghumah dier...menunya bertukar2 setiap hari..dan harganya sgt murah 
6. BERTARAWIKH DIMANA, MASJID ATAU SURAU?
surau..sbb dekat dgn rumah
7. BAGAIMANAKAH CARA ANDA MEMUJUK ANAK KECIL UNTUK BELAJAR BERPUASA?
org yg tak posa takleh raya...hahahha...suhler depa posa..nanti gula2kan dgn baju raya pilihan mereka
8. PADA PENDAPAT ANDA WAJARKAH ANAK-ANAK DIBERI UPAH JIKA BERJAYA MELAKSANAKAN PUASA SEHARI PENUH?
boleh...kalaulah anak2 itu berusia 7 thn @ kurang...kalau dah bsr2 tue..mmg tak wajar
9. SETUJU ATAU TIDAK KEHADIRAN RAMADHAN SEDIKIT SEBANYAK MENGUBAH SUASANA PERSEKITARAN , CONTOHNYA DI TEMPAT KERJA, KITA AKAN MERASA LEBIH TENANG BERBANDING BULAN BIASA?
yup...rasernyer opis makin sunyi...memasing kurang bercakap
10. BERAPA KALI ANDA PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERBUKA BERSAMA KELUARGA?
mmg duk dgn famili...so hari2 berbukak dgn mrk
* Markah bergantung pada cikgu yang bertugas* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sempat gaks  |
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK
SILA JAWAB SEMUA SOALAN DAN MASA MENJAWAB ADALAH SEHINGGA 16 JULAI 2012( ISNIN ) JAM 11.00 PAGI.
1. APAKAH PERASAAN ANDA MENANTIKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA?
rasa berdebar-debar, semoga Allah mempermudahkan amalan kita
2. BAGAIMANAKAH PERSIAPAN DIRI DAN KELUARGA DALAM MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN?
biasa sahaja
3. PUKUL BERAPA PALING AWAL UNTUK BANGUN BERSAHUR DAN MENU BAGAIMANA ANDA SEKELUARGA BERSAHUR?
paling awal jam 4.45 atau mungkin terlajak. Menu - lebih berbuka puasa atau membuat sandwich, kalau tak sempat hanya makan cornflakes atau coco crunch dengan susu
4. PILIHAN MENU BERBUKA PUASA, MENU MASAKAN SENDIRI ATAU BAZAR RAMADHAN?
Berbuka puasa semestinya nasi, sebab anak-anak dan suami makan nasi dan selalunya kami akan masak sendiri
5. BAZAR RAMADHAN YANG MENJADI PILIHAN DAN MAKANAN YANG WAJIB SETIAP HARI?
Jarang ke Bazar Ramadhan sebab suami suka masakan rumah. Kalau beli pun hanya murtabak sahaja.
6. BERTARAWIKH DIMANA, MASJID ATAU SURAU?
Surau....sebab dekat dengan rumah
7. BAGAIMANAKAH CARA ANDA MEMUJUK ANAK KECIL UNTUK BELAJAR BERPUASA?
Saya tak pernah memujuk anak berpuasa, hanya beritahu yang bulan Ramadhan kita diwajibkan puasa mereka dengan sendirinya akan memberitahu mahu berpuasa
8. PADA PENDAPAT ANDA WAJARKAH ANAK-ANAK DIBERI UPAH JIKA BERJAYA MELAKSANAKAN PUASA SEHARI PENUH?
sebab tak pernah melakukannya jadi tak tahu hendak memberi pendapat
9. SETUJU ATAU TIDAK KEHADIRAN RAMADHAN SEDIKIT SEBANYAK MENGUBAH SUASANA PERSEKITARAN , CONTOHNYA DI TEMPAT KERJA, KITA AKAN MERASA LEBIH TENANG BERBANDING BULAN BIASA?
ya .... kita akan kurang bercakap dan hanya membuat kerja
10. BERAPA KALI ANDA PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERBUKA BERSAMA KELUARGA?
Keluarga saya duduk bandar jadi tiada istilah balik kampung, suami pula sememangnya tidak balik berbuka dikampung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum ...masukkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ungu_merah at 16-7-2012 14:27
SINOPSIS CERAMAH
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
SAMBIL2 BERKUIZ KITA BERTAZKIRAH
JAWAB SOALAN BERDASARKAN KEPADA PETIKAN DI ATAS
1. Apa yang anda faham mengenai peristiwa dan malam LAilatulqadar?
2. Kenapakah malam Lailatulqadar sangat dinanti-nantikan oleh orang mukmin dan apakah kelebihannya?
3. Tanda-tanda kehadiran malam lailatulqadar yang sering diperkatakan oleh para alim ulamak?
4. soalan bonus - Berapakah perkataan LAilatulqadar yang terdapat dalam petikan di atas ?
SILA JAWAB SEHINGGA 3.00 PETANG 17 JULAI 2012
*MARKAH BERGANTUNG KPD CIKGU YANG BERTUGAS* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
timakasih momod anis 4 d tachangs |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 531# cmf_anisss84
tq nini bg kacang
nak minta tolong edit tajuk ade soklan baru |
|
|
|
|
|
|
|
makacih nini  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_anisss84
tq nini bg kacang
nak minta tolong edit tajuk ade soklan baru
ungu_merah Post at 16-7-2012 14:29 
DONE....... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan pagii
laaaaa...xder owang jwb ke soklan ni....huhuhuhu
klu camtuh biar juju yg jwb.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan pagii
laaaaa...xder owang jwb ke soklan ni....huhuhuhu
klu camtuh biar juj ...
ungu_merah Post at 17-7-2012 08:09 
waalaikumussalam....
semala anisss ingat nk jawab tp separuh jer... malas lak nk berfikir... he..he.. |
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumussalam....
semala anisss ingat nk jawab tp separuh jer... malas lak nk berfik ...
cmf_anisss84 Post at 17-7-2012 08:49 
agaknyer org xminat soklan yg macam ni kotigt ikut teks senang copy paste jer jawapannyer....
oklah noted lenkali xkasi soklan camni.... |
|
|
|
|
|
|
|
SAMBIL2 BERKUIZ KITA BERTAZKIRAH
JAWAB SOALAN BERDASARKAN KEPADA PETIKAN DI ATAS
1. Apa yang anda faham mengenai peristiwa dan malam LAilatulqadar?
~ ianya berkait rapat di antara turunnya ayat al-quran dan ibadah orang Islam dan juga disebut bahawa Lailatulqadar ini adalah lebih baik daripada 1000 bulan dan pada malam berlakunya lailatulqadar tersebut para malaikat dan Jibril akan turun dengan keizinan dari Allah untuk setiap urusan dan sesungguhnya padamalam tersebut akan rasa sejahtera sehingga terbit fajar
2. Kenapakah malam Lailatulqadar sangat dinanti-nantikan oleh orang mukmin dan apakah kelebihannya?
~ kerana ianya telah diwar-warkan sejak dahulu sewaktu zaman RAsulullah SAW lagi yang mana banyak fadhilat pabila beribadah dan beribadah di malam lalilatulqadar adalah ibarat beramal selama 1000 bulan
3. Tanda-tanda kehadiran malam lailatulqadar yang sering diperkatakan oleh para alim ulamak?
~ Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
4. soalan bonus - Berapakah perkataan LAilatulqadar yang terdapat dalam petikan di atas ?
~ melalui pengamatan rasanya ada 28 perkataan lailatulqadar
SILA JAWAB SEHINGGA 3.00 PETANG 17 JULAI 2012
*MARKAH BERGANTUNG KPD CIKGU YANG BERTUGAS* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalam dan pagi
ana hantam saja jawab soklan tue
betul atau x terpulanglah  |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
alamak UM bg soklan subjek pendidikan islam....
nak skip jwb..takot salah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|