|
Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)
[Copy link]
|
|
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 01:23 AM
Tima kasih Shieda. Lama tak jumpa Memula dulu KK buat jugak mandi air daun tu. Pastu dah stop sebab tak sempat nak tumbuk2 daun seblum mandi. Perawat bagi daun bidara, daun durian belanda sume kering jer dalam plastik. Huhu.
Ow yang gel pun okey ye.. ingatkan bila dah proses dia tak jadi. Boleh la try jugak. insyaAllah.
Kelmarin buat jugak mandi air daun ni (sejak sekian lama tinggal). Tapi KK bedal sekali satu plastik tu buat mandi. Dah tumbuk letak dalam bekas campur air doa, KK yasinkan pulak seround. KK biar air tu lama sikit sebab buat keje lain dulu seblum mandi. Pastu tengok warna air tu bertukar jadi cam kemerah2an. Memang cenggitu ke kalau biar lama?
Lepas mandi jadi sakit kepala sangat cam otak bengkak. Tah la efek daun bidara tu ke apa... KK buat xtau je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 01:05 PM
4. Tips Sound Perawat
Amboi, poyo betul nak sound2 perawat kan. Takdelah.
KK cuma terasa kesal sangat kenapa sesetengah perawat layan KK macam jin. Maksudnya, berkasar ngan KK walaupun dah cakap KK sakit... Memanglah KK meracau dan pukul2 diorang. Tapi sebenarnya KK sedar. Cuma KK takleh kontrol apa yang berlaku. Bila kuat, KK dapat kontrol. Dapat sound perawat yang telebih kasari KK. Dapat tahan tangan kaki daripada membedal perawat. Bila tak kuat, KK tenggelam la kene tunggang ngan setan.
Kejap KK. Kejap bukan. Yang penting KK sedar dan malu dengan apa yang berlaku.
KK ngadu kat Eda pasal ni. Cerita kat dia pasal tudung KK tercabut apa sume. Memang KK sniri cabut pun masa ngamuk tu. Takde salahkan ust. Cuma jauh di sudut hati KK lebih suka kalau waktu tu ust berenti ruqyah dan biar KK cool down. Eda ngucap panjang dengar. KK memang suka consult ngan dia sebab dia lebih berpengalaman buat rawatan ni.
'Macam tu, kalau rasa yang cakap tu ialah KK, mengucap dulu pastu baru cakap ngan perawat. Bila boleh mengucap, perawat akan tahu itu KK,' pesan Eda.
'Ooo... ngucap dulu. Camtu rupanya. Malangnya, most of the time takleh ngucap pun. Nak sebut nama sniri pun kompius,' KK balas.
'Takpelah, sekurang-kurangnya KK dapat ingatkan perawat,' kata Eda lagi.
Skarang KK dah paham maksud ustazah Amy dulu, dia kata Allah biarkan sedar sebab nak jaga KK. Memang takleh nak harap perawat jaga KK. Perawat yang KK jumpa kebanyakannya lebih anggap KK jin daripada sorang perempuan. Mungkin jugak sebab diorang dah biasa sangat handle pempuan kerasukan sampai takde rasa apa lagi. Cam doktor la kalau selalu sangat bedah mayat lelama dah rasa cam bedah patung.
Lately KK sniri letak rules kepada perawat. Jangan bawak KK masuk ICU. Tolong stop kalau KK ngamuk. Jangan kasi KK minum ngan gelas, takut KK pecahkan. Dan akhirnya, jangan pegang KK. Tah cemana perawat nak merawat kalau dah banyak sangat pantang camni.
5. Budak Kecik from Nowhere
Sebenarnya memang boleh merawat tanpa pegang. Untuk kes KK la. Orang lain KK tak tau. KK (@ whoever dalam ni) memang boleh disakitkan dengan semata2 dengar ruqyah je. Contohnya, Ust Zaidi yang KK biasa ni.
Satu hari weekend ni, KK rasa sangat tak stabil. Rasa taknak berubat, rasa nak nangis, tapi paksa diri gak gi DS. Dalam keadaan camtu KK memang tak berani baca dengan perawat yang kasar2. Takut terus mengamuk langsung takleh kawal. So KK request ust Zaidi yang lemah lembut ni. Sambil tunggu giliran, KK ulang2 baca 'la haula wala quwwata illa billah' banyak2 kali. Akhirnya KK insaf yang KK memang tak mampu kawal diri. Selama ni Allah yang tolong KK dengan kekuatan Dia. Sebab, dah banyak kali KK datang DS dengan penuh 'persediaan', dengan minda positif, semangat ceria, sudahnya kena ruqyah aku ngamuk juga.
Kali ni KK datang dengan perasaan tak tentu arah, trauma dan rasa takut pada perawat... dan tak tau cemana nak tenangkan diri lagi. Mampu minta tolong Allah je jaga KK jangan jadi bukan2 cam selalu.
Ust Zaidi pun nampak keadaan KK yang tak tenang. Dia guide KK baca ikrar pemutus, untuk putuskan apape ikatan yang ada antara KK dan si dia dalam ni. Merepek2 mulut KK sambil nak habiskan baca ikrar tu. Kejap dapat ikut, kejap meracau. Last2 habis jugak baca. Ust baca ruqyah lepas tu dia tak mengamuk, cuma menangis je mendayu-dayu dan merengek dengan suara yang sangat .............. comel ke?
KK pasti. Tu suara KK. Mestilah suara KK sebab keluar dari tekak KK. Tapi suara tu KK tak pernah buat kat sesiapa pun dalam dunia ni. Suara yang sangat manja macam budak kecik.
Sebelum ni pernah keluar juga suara tu, masa berubat kat Ampang. Yun bagitahu KK merengek2. Masa berubat tu KK tak peka sangat sebab perut sakit kene tepuk.
Kali ni KK dengar dengan jelas sebab dia tak mengamuk. Dia cakap tak nak keluar. Tak nak pergi mana-mana. Nak duduk dengan KK je. Pastu merengek merayu la sakit. Sampai KK dengar suara Ust Zaidi pun berubah jadi nada kesian dan simpati. Masa tu KK tunduk je dan mata terpejam. Memang urat2 badan rasa ngilu takleh nak explain. Bila Ust Zaidi diam, dia bukak mata jeling apa Ust buat.
Tamat sesi rawatan tu KK baru boleh betul2 pandang ust. Baru keluar suara KK yang normal, jawab salam ust. KK tanya ust, siapa yang cakap tadi tu? KK ke? Ust senyum je. KK dah termalu kat situ sebab cakap manja2 depan laki walaupun bukan KK yang cakap pun. KK bangun dan ciao laju2. Malunyaaa!!!
Apapun KK syukur sangat tak jadi apape yang teruk haritu. Mungkin berkat zikir hawqolah. La haula wala quwwata illa billah. Tiada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 07:09 AM
6. Jadi Keluarga DS
Alhamdulillah, akhirnya KK pun jadi sebahagian keluarga besar DS. Batch KK ni ramai juga pesakit masuk jadi pelajar. Mungkin setiap batch pun macam tu kot. Hari pertama sangatlah mendebarkan. KK takut jadi pape yang tak diingini bila duduk dalam majlis Tuan Guru Dato' Harun Din. Selalunya bila bayang muka Tuan Guru je KK dah rasa cam nak menggelupur.
Kuliah pertama ialah sesi pengenalan. Tuan Guru ceritakan latar belakang beliau dan DS. Cemana cawangan-cawangan dibuka. Tuan Guru jelaskan skali citer beliau pindahkan jin satu bas. Sampai Sultan Brunei pun tanya beliau kesahihan citer tu. Memang tak sahih pun. Confirmed.
Perasaan KK masa tu dalam pada excited, rasa menyampah pulak tengok muka Tuan Guru. Bila TG buat lawak KK gelak. Tapi dalam hati cakap, 'eleh, lawak la sangat annn...' Benci betul perasaan bertentangan camni. Selalu berlaku camni kat guru-guru yang KK suka. KK ignore je buat xtau. Waktu TG citer latar belakang perubatan Islam, beliau sebutkan hadis Nabi merawat orang kerasukan.
Ada dialog berbunyi, 'ukhruj ya aduwallah!' - 'keluarlah hai musuh Allah!' TG sebut dialog tu kuat2.
Doe... perut KK yang memulas, loya. Tetiba kepala pening. Perasan pulak yang dalam ni orang cakap ngan dia. Padahal Tuan Guru cerita sirah Nabi. Apapun nampaknya dia memang bereaksi. Dari pening jadi sakit kepala. Bila habis kelas, drive balik umah kul 11 malam, KK jadi marah tak ketahuan. Rasa cam semua kete atas jalan tu nak race ngan KK. Padahal bape bijik kete la yang ada tetengah malam tu. Pantang nampak kete kat depan KK terus tekan pedal dan potong dia laju2. Makin KK istighfar, pujuk hati, makin rapat kaki tekan pedal minyak. Mujur la jalan lengang dah memalam tu. KK takut sangat ngan diri sniri.
Dah nak tidur tu kepala masih sakit. Menjalar pulak sakitnya ke biji mata. KK pikir habislah, esok pagi aku bangun bijik mata ni dah pecah. Hoho sib baik bangun ada lagi. 
Esoknya lepas baca yasin kepala sakit balik. Gi keje dalam keadaan blur cam separuh mamai. Baca apape nampak terapung. Mental block. Camne ni... baru satu hari kelas dah jadi camni. Fade up pulak rasa. KK bincang ngan Yun boleh ke nak atasi kesan gangguan ni dengan drug? KK terfikir nak jumpa psikiatris dan mintak antidepressant. Yun kata sesetengah kes memang boleh. Cam dia yang kena main kejap2 jadi darah tinggi, lepas makan ubat jadi okey je BP dia.
Rabu. Badan KK pulak menggigil tahapa pasal. Ni tak tahan nih. Mintak EL dan terus call member ajak teman gi DS. Kat sana dapat giliran baca ruqyah ngan ust Ali kiut yang KK pernah terajang dulu. Adoi malunya. Ust Ali terus pass KK kat ustazah. Lepas rawatan ni alhamdulillah lega. Ustazah nasihatkan KK jangan miss kelas walau apapun berlaku. Godaan ke, rasa menyampah ke apa lantakkan jer. Cemana susah pun datang jugak. Dan, JANGAN AMBIL DRUG. Buat rosak otak kau jer.
Tulah citernya kali pertama masuk kelas ngan Tuan Guru Harun Din. Kelas kedua cuma mual jer. Kelas seterusnya dah takde rasa apa lagi. Nyampah tengok muka TG pun dah hilang. Alhamdulillah.
7. Kesan Lepas Berubat
Selama ni KK ingat, kesan lepas rawatan mestilah jin @ gangguan tu pergi tinggalkan kita selama2nya. Rupanya kalau dia masih ada pun KK boleh rasa cengkamannya berkurangan. Skarang Alhamdulillah KK dah rasa lebih baik. Takde istilah 'back to normal' sebab KK tak pernah normal pun sebelum ni. Ni baru nak jadi normal. Macam baru keluar dari kelambu. Banyak benda yang jadi jelas dalam fikiran, contohnya perkahwinan. @evilcooler pernah cakap sebelum ni yang KK tak rasa nak kahwin sebab bawaan gangguan ni. Mungkin ada benarnya. Sekarang baru KK dapat faham dan terima yang perkahwinan tu satu proses normal untuk dilalui manusia. Kesian kan, KK dah 30 taun baru paham benda ni. Orang dah beranak-pinak dah.
Otak KK yang pelupa, disorganize cam parkinson pun dah takde lagi. Alhamdulillah. Ini yang paling KK syukuri. Sebab tanpa otak, apalah fungsi manusia atas dunia ni. KK bekerja ngan laju dah tak toleh belakang lagi. Sesekali tengah kerja tu KK terberenti, terfikir betapa syukurnya KK dah sembuh, dah sampai tahap ni, daripada sebelum ni KK rasa nak mati. KK berterima kasih sangat kepada semua perawat yang tolong KK. Tak tahu macam mana nak balas budi diorang.
Tapi bila dah tenggelam dengan kerja, sampai 2-3 hari stayback kat opis, dah takde lagi ngaji tengah malam, datanglah balik benda2 tak diundang. KK rasa balik mencucuk2 kat badan. Yang bergerak2 bawah kulit tu skarang turun ke bawah pusat pulak. Tau je dia mana nak nyorok bila KK dah tak bagi perawat pegang badan. Mimpi2 pun makin ekstrem sampai KK dah tersekat nafas dalam tido. Kalau tuhan tak bangunkan tu memang langsung mati tak sempat ngucap.
Bisikan2 hati jangan cakaplah. Meracau dalam sedar dah jadi normal. KK dah tak tau mana satu diri KK yang sebenar. Rasa macam yang merapu meracau tu pun KK juga. Kalau betul itu jin, macam mana dia bleh guna otak KK, segala pengetahuan, pengalaman KK, kawal suara dan angota badan KK? Cemana benda tu berlaku? Jangan2 takde jin pun. Tapi KK yang sakit mental. Bila perawat suh 'keluar' pun KK tak pernah rasa ada pape yang nak keluar. So takyah la gi berubat... sebab taktau apa yang nak dibuang... kan.
Macam dah tertukar ngan akak Clover. KK plak masuk fasa in denial tuh.
Dah malas nak fikir. Lantaklah KK siapapun. Yang penting selagi boleh kerja, KK kerja.
The nightmare is over. Sekian update. Tima kasih daun keladi yang sudi baca. 
|
|
|
|
|
|
|
|
btabahlah kelipkelip... jgn la bputus asa...
KK berterima kasih sangat kepada semua perawat yang tolong KK. Tak tahu macam mana nak balas budi diorang.
trs berusaha.. tu jawapan dia.. meke buat part meke, kelipkelip buat part kelipkelip k..
usaha meke terhad, stakat bila kelipkelip blh jumpa meke.. tp usaha kelipkelip tu, akn tletak pd kelipkelip sniri hadnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih ab Limi ab Limi ni perawat jugak ke? Asal nasihat tu rasa cam jujur sangat menusuk ke ati neh...
Sebenarnya kan... dah tak sanggup nak lalui proses 'suppress' yang uncle AhKwan pernah cakap dulu. Sakit. dan Malu. Tapi mende nya tak keluar2 jugak. Terdetik nak keluar ade la sekali-dua time sedar tapi waktu rawatan berlagak kemain dia. Fade up rasa.
Time weekdays rasa macam 'okey, weekend ni gi berubat'.
Bila tiba weekend betukar jadi 'senarnya mana ada pape kat aku ni. Tak malu ke tersorong2 gi DS? Perawat tahu tau yang kau buat2.'
Benci dah nak hadap situasi ni tetiap minggu. Over and over and over.
KK dah tak caye KK ade jin. Tak percaya diri. Tak percaya ape dah kecuali tuhan.
kene take a break dulu kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
me org bese2 jah.. sama je mcm org lain, skadar singgah2 jln2 cr pasal..
proses 'suppress' tu xleh nk komen sbb me x reti mende.. maaf lah..
cumanya, dlm apa keadaan pon, jasmani dan rohani akan sentiasa terkait..
walau jasmani kuat, tp rohani lemah.. akn sampai masanya jasmani pon akn jd lemah..
kalo jasmani lemah, rohani pon lemah.. makanya lbh mudah kita tombang...
kedua elemen biar seimbang.. kalo kata org tua2.. kalo badan kita kasi mkn, rohani pon kena isi jugak..
dan pengisian rohani takdak org blh buat kecuali diri sdiri..
sbb tu kata apa yg perawat blh buat terhad, kalo nk dbanding dgn apa yg empunya badan blh buat..
selama kita msh punya kesedaran diri, makanya peluang utk mengisi rohani tu tetap ada..
kalo dah x sedar diri tu mmg xleh nk watpape la.. kalo dah mcm meke yg kat icu tu kan..
kunci dia 1.. yg ptg sgt.. ikhlas.. dgn keikhlasan insyaAllah akan dtg rahmat Allah..
tolak ke tepi rasa tpaksa.. apapon amaln nk buat.. tetapkan niat yg 1.. lillahi ta'ala..
insyaAllah...
|
|
|
|
|
|
|
|
check in....arwah bapak aku pun mmg baran...raya taun lepas..mak aku ada keluarkan dua barang kepunyaan arwah...satu parang panjang,katanya parang terbang..satu lg pisau,katanya bila terkena pisau tu lukanya parah bawa ke mati..Wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelipkertas replied at 4-2-2016 02:32 AM
6. Jadi Keluarga DS
Alhamdulillah, akhirnya KK pun jadi sebahagian keluarga besar DS. Batch KK ni ...
KK ada je shieda kat mps ni tp byk SR je ..cuma kadang2 terpanggil utk komen...
Shieda pun lalui apa yg KK lalui...walau benda yg ada dlm bdn tu wat hal mengamuk ,ketawa ,jerit dll shieda sedar tp x boleh nak kawal... kalau perawat kesape pegang kuat2 ke apa mmg rasa sakitnya...dan menatang suka la..sbb dia akan kata 'bkn aku yg sakit tp diri shieda yg sakit' ...jahat kan
Yg part denial tu ya gak...smpi satu tahap dok berkata2 sendiri...ya ke jin yg dok mengamuk merapu meraban bagai ni ke aku sendiri ni yg cam ni...kenapa aku x leh kontrol menda tu...benda yg aku cakap ni sebenarnya aku ke yg nak cakap menatang tu...hampeh tul sebenarnya...
Yg gel bidara tu boleh contact nbr ni 012-3304799 - bahariah ... harga shieda taktau sbb yg shieda punya tu hadiah dr kawan...memula x sangka ada effect gel tu ....tp dgn izin Allah ada gak perubahan... |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni seram vs kelakar... apepun... dia tu selalu ada dkt bawa paha.. atau tempat sulit.... .
|
|
|
|
|
|
|
|
macam x berbaloi ja.. g ds akhirnya perawat dah give up.. penat je hbs duit minya keta. tenaga... .
ingatkan dpt buang jin tu ... harap tt g cari tok bomoh kalu blh yg perempuan... . aq pun ada cerita juga.. nnti la bila free aq post
|
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih ab Limi. Memang betul tu bos KK pun selalu pesan kat kitorang yang bermasalah gangguan ni supaya jaga kesihatan badan juga (di samping yang rohani tu kan). Sebab bila badan lemah xcukup makan xcukup tido, rohani kita pun xkuat.. senang dia kaco.
Bos ni pun mangsa gangguan yang xsembuh2 juge. Sebab tu staf yang kene kacau hantu sume dia sayang. heheh.
Suppress tu ab Limi, kekdah memaksa keluar si makhluk seni yang menumpang ni. Lain perawat ada lelain cara dorg guna... Nasi badan la kalau dapat perawat yang guna cara keras tapi sampai ke sudah dia takmo kuar juga.
Memang nak dapat ikhlas tu yang susah. Gi berubat pun selalu niatnya berubah2 ke lain. InsyaAllah cuba improve mana yang mampu...
|
|
|
|
|
|
|
|
huh seramnya kalau bab senjata2 ni... since arwah ayah ko pun dah takde, takmo ke korang lupuskan senjata2 tu? Yang jenis terbang2 ni selalunya ada benda lain yang menerbangkan dia. Korang adik-beradik takde alami pape yang pelik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la kan... hangin sungguh bila kita yang sakit tapi dia rilek je kat situ. KK pernah 'dia' senyum2 ejek ust cakap tak sakit sedangkan dalam masa yang sama KK sakit sangat kena picit. Acaner tu bleh ada dua reaksi dalam satu rasa? Huhu.... 
Shieda masih berubat ke atau dah sembuh? Sharing2 la pengalaman Shieda plak kat sini. Nak gak tau kalau ada tips2 berguna yg KK bleh ambik. KK ske consult ngan member2 yang bermasalah camni dan ambik tunjuk ajar diorang. Bagi KK nak hadapi problem ni kita bukan kene kuat rohani je, tapi kekuatan psikologi pun kene ada sebab dia ni duk main fikiran kita sentiasa... kan.
Kat DS ada jual gel mandan bidara ni. 25 ingget sebotol. Nanti KK try beli gak la. Tapi, eh... air bidara tu nak kene teguk sket kan. Dah cane plak nak teguk gel mandian nih? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Terid kk jah akak berani petik..apa yg kk rasa, itu yg akak rs..dan alami..seakan coretan kk mewakili diri akak...
I am not alone....kita senasib..cuma mungkin punca yg berbeza...yg sampai saat ini akak masih belum ketemu kata kekuncinya...
Moga allah mempermudahkan urusan kita semua..aaameenn... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. selesai gak merempit, semalam x dan nak abiskan dah pukul 3 pagi.. cari buat maintenance .. huhuhu... ada benda nak tanya kk ni..tapi nanti2 lah.. semoga ALLAH permudahkan segala urusan kk dan kita semua..aminn |
|
|
|
|
|
|
|
yay sampai garisan penamat! 
akak chantek nak tanya apa tanyalah. kat PM pun bleh kalau cam open sangat kat cni... ^^
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelipkertas replied at 8-12-2015 08:13 PM
Takpe... ko jangan gibab. Kalau dah namanya manusia tu memang PASTI terbabas. Kat terbabas tu la t ...
Tt kenapa aku terbalik ya.. Bila hari biasa aku maaaalaaaasss sgt nk solat.. Bila lampu merah, time tu la aku jd rajin.. Nk solat..nk baca quran.. Nk masuk toilet pn sibuk nk berzikir.. Tp time hari biasa x pulak..jd malas je.. Tp kt umh mak aku je.. Bila aku duk tempat lain.. Asrama atau rumah sewa elok je x malas.. Aku pun pening.. Ahh..mainan perasaan je..haha
Btw best story ko tt.. Ada umphh! Kipidap! |
|
|
|
|
|
|
|
Bab tu sama la kita yayan. KK pun tah nape kat umah mak sume malas nak buat. Kalau kat umah sewa rajin je nak bangun malam ke apa. Kat umah mak ni rasa cam jadi orang lain pun ada. Dari sekolah lagi rasa camtu. Tapi memang elok la yayan lawan perasaan2 tu. Kalau nak mikirkan rumah ada 'benda' ke apa, memang tak jadi keje dibuatnya... 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|