Edited by dauswq at 29-5-2016 07:30 PM
Dah siap aku nye review.. @dauswq .....
Rating Keseluruhan Drama: 8.5 + 8.9 + 7 + 3.5 + 4 = (7.975/10)
1. Cerita (8.5/10)
Marriage Contract merupakan sebuah drama tentang kehidupan, kasih sayang dan keluarga. Meskipun ia sebuah drama ringan, namun garapan menarik membawa kita ternanti-nanti apakah yang bakal terjadi seterusnya.
Bagi anda yang ingin tenang-tenang aja, silakan menonton drama ini kerana anda pasti terpikat dengan para pelakon yang menjayakan setiap watak masing-masing.
Ia mengisahkan bagaimana Kang Hye Soo bersama anaknya Cha Eun Sung menjalani kehidupan yang sukar berikutan hutang piutang yang ditinggalkan selepas kematian suaminya akibat kemalangan.
Kecelaruan hidupnya membawa pertemuan dengan Han Ji Hoon pemilik restoran The Promise, seorang yang cengil dan sangat mementingkan diri. Pertemuan itu menimbulkan pelbagai konflik.
Uee memegang watak Kang Hye Soo terpaksa meneruskan kehidupan dengan apa saja cara yang boleh mendatangkan wang bagi membayar balik pinjaman Ah Long. Tubuh kurus keringnya membuktikan betapa peritnya hidup dalam keadaan sebegitu sehingga memaksa beliau menandatangani kontrak untuk menderma hatinya kepada mak Han Ji Hoon yang menghidapi penyaki thati kronik akibat terlalu banyak minum minuman keras dan kuat merokok.
Lee Seo Jin sebagai Han Ji Hoon meskipun sudah jadi bujang terlajak, namun karisma dan ketokohannya berjaya membawa kejayaan di dalam syarikat milik bapanya sehingga menjadikan ia dicemburui oleh abang tirinya. Rupa-rupanya kejayaan tersebut tidak menghalang bapa Ji Hoon untuk mengatur hidup kedua dua anaknya.
Ending drama ini sangat memberikan kelegaan kita yang menonton. Tiada jawapan Yes or No yang diberikan.Meskipun pengarah dan penulis memberi jawapan terbuka untuk penutup drama ini namun ia adalah satu pilihan yang tepat. Tidaklah cliché macam kebanyakan drama korea lain.
Jauh di sudut hati, kita tahu hakikat kehidupan Hye Soo tetap akan mati suatuhari nanti.
Tapikan, kalau pengarah matikan watak Hye Soo, pasti ada yang kecewa berhari-hari. I also wish Hye Soo’s death in earlier episodes. But I salute the choice.
2.Keberkesanan Lakonan (8.9/10)
Kekuatan drama ini terletak pada pemilihan para pelakonnya. Setiap pelakon memainkan peranan penting dan memberikan persembahan hebat dengan menguasai watak masing-masing.
Uee[Pencalonan Best Actress]
Uee bukanlah pelakon idaman saya. Entah mengapa I’m a bit sceptical about her acting in previous drama. Namun begitu, watak Kang Hye Soo dilakonkan dengan sangat berkesan. 4 Thumbs Up! She nailed it!
Setiap tutur bicara, memek muka dan gerak badannya berjaya membuatkan kita merasa pedih, sedih, pilu, kecewa dan merana. Rasa cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan terhadap Cha Eun Sung ternyata segar dan tampak rasa keibuan yang menyerlah.
Di dalam drama ini, Uee tidak perlukan wardrobe yang fancy. Coordinator beliau memang berjaya menyediakan pakaian yang sangat bersesuaian dengan watak yang dibawanya.
Sewaktu di dalam beberapa episod awal, saya tidak percaya itu adalah Uee. Ini adalah kerana, Uee yang saya kenal sebelum ini adalah gadis aktif, seksi dan menggoda. Wanjeong Daebak!!!
Lee Seo Jin
Tidak dinafikan Lee Seo Jin berjaya membawakan watak Han Ji Hoon. Seorang pemuda yang grumpy, berlagak dan cerewet. Namun begitu, watak ini biasa-biasa saja.
Keistimewaan Lee Seo Jin ialah dari segi penyampaian emosinya. Perasaan cinta dan kecewa ternampak jelas di wajah dan matanya. Seolah-olah beliau menyampaikan cintanya yang tak berbelah bahagi pada Uee.
Tidak pernah lagi melihat sisi lakonan beliau di dalam drama yang lain. Namun di dalam rancangan Varieti ternyata beliau seorang yang sangat gentlemen. Sememangnya watak Han Ji Hoon ini dicipta khas untuk dia.
Shin Rin Ah [Pencalonan Supporting Actress]
Sebenarnya bukan mudah untuk melihat sisi lakonan kanak-kanak yang memberi impak kuat. Terutamanya bagi mereka yang berumur bawah 8 tahun.
Watak Cha Eun Sung tepat dan bersuaian dengan sikapnya. Chatty, talkative,cute, thinker, responsible. Kita boleh kaitkan Cha Eun Sung macam anak-anak kita sendiri. We feel so closed with this witty cute girl. Memek wajahnya tidak menunjukkan kekeliruan dalam setiap babak yang dilakonkan. Sangat bersahaja.
Pencalonan: · Uee –Pencalonan Best Actress · Shin Rin Ah – Pencalonan Best Child Actress
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)
Anything about family mmg akan buat kita tersentuh dan cepat leleh. Oleh itu, drama ini berjaya membuai emosi penonton dengan jalan cerita yang menarik.
Garapan yang sangat menarik dibantu storyline sangat kemas membuat kita nak tahu apakah kesudahan cerita ini.
Hebatnya drama ini turut terletak pada skripnya. Dialog yang dihasilkan memberi makna tersendiri. Tiada pengulangan ayat yang menyakitkan telinga dan kita tidak akan terasa seperti, “Eh! Macam biasa dengar je ayat ni”.
Sepanjang episod ada je scene yg buat tuna tersentuh hati hasil kombinasi dialog yg dituturkan oleh Hye Soo dan Eun Sung. Tidak perlu scene meleleh air mata, tetapi mendengar dialog yang dituturkan serta aksi dan memek muka, pasti membuat hati terusik.
Di antara scene yang berjaya buat tuna rasa sedih:
1. Episod 4: Hye Soo peluk mak Ji Hoon semasa mak Ji Hoon nak bunuh diri dengan meredah kereta yg bersimpang siur di dalam hujan lebat
2. Episod 5: Eun Sung tanya Ji Hoon, dia sayang Hye Soo tak? dan adakah dia akan mati sama macam bapak dia dulu...
3. Episod awal2 semasa Hye Soo kena kacau dgn loanshark. geram je... rasa nak selamatkan je Hye Soo 4. Episod 6: Hye Soo sakit teruk dan Ji Hoon hantar ke hospital. Aksi turun tangga di mana Cha Eun Sung bawa kasut mak dia sangat memberi impak buat tuna. Tanpa dialog. Tapi…sedihhhh… 5. Episod Ji Hoon kecewa terpaksa berpisah dengan Hye Soo. Dia pulang ke rumah dan terbaring disofa dalam keadaan mabuk. Kita terasa sangat penderitaan Ji Hoon waktu itu. Dialog yang dituturkan pula seolah merobek hati. Hanya orang yang pernah kecewa sahaja akan faham dan lakukan aksi yang sama. Huwaaaaaaaaaaaaaa……. 6. Episod 8: Ji Hoon pegang tangan mak dia malam last day nak operate tu buat kita rasa sedih sangat. Tanpa dialog. Tapi angle yg powerful dan meaningful
7. Ada banyak lagi. Kang tulis panjang sangat la pulak. hihihi
Tuna juga nak respect toing-toing kat Director kerana pandai pilih angle yang catchy, sentimental dan relevan untuk setiap babak. Tak reti nak cakap. Tapi setiap angle yang diambil walaupun tanpa dialog, seolah2 tubuh pelakon tu yang bercakap dengan kita melalui lontaran emosi yang terhasil.
4. Skor muzik (3.5/5)
Semua background music/OST biasa-biasa saja. Ia serasi dengan plot dan jalan cerita namun begitu, tiada yang boleh membuatkan teringat-ingat. I wish ada lagu yang boleh buat kita berhantu mendengarnya. Kerana tanpa lagu yang kuat, ia menyukarkan untuk kita recall babak yang menarik.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Drama ini agak menarik untuk ditonton semula kerana terngiang-ngiang suara Eun Sung dan teringat-ingat memek muka Ji Hoon. Terbayang-bayang deritanya Ji Hoon sewaktu berpisah dengan Hye Soo.
It’s ok. Everything is ok. Even if you become a mess, it’s ok. If you are a hundred times, a thousand times more of a mess that you are now, it’s ok. No matter what happens, it’s ok. No matter how you become, No matter what, you are Kang Hye Soo.
|