Twitter tak pernah mengecewakan sebab sentiasa ada perkara baru, dan baru-baru ini tular gambar seorang gadis yang persis muka anak selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahy iaitu Lara Alana.
 Foto: IG Lara Alana
Tweet yang dimuat naik oleh pengguna laman tersebut, Syahir Azman (@syhrazmn) mendapat perhatian netizen dengan lebih dari 16 ribu setakat ini.
Syahir turut menyertakan gambar gadis yang dikenali sebagai Nadiah Nasir (@nadiahnasirr) sebagai bukti.
Kapsyennya, "Lara Alana bila dah besar be like".
 Foto: Twitter Nadiah Nasir
Kenyataan itu disokong oleh pengguna Twitter lain. Lucu betul, baca komen-komen mereka.
Macam mana pendapat anda, sama ke tak agak-agaknya? -CARI |